Yap, berita gembira dari Innity.

inntuapproved Akhirnya, permohonan Innity diluluskan. Yehh!


1. Sebelum permohonan untuk blog baru aku tu diluluskan, sudah 3-4 kali permohonan Innity aku digagalkan. Jadi, terima kasih kepada Innity kerana meluluskan permohonan aku kali ini.

2. Aku boleh terima permohonan aku digagalkan oleh kali ke 2,3. Tapi kalau kalau kali ke 4 ni fail juga. Terpaksalah aku cuba untuk kali ke 5. Dan akhirnya..berjaya juga lulus.

3. Blog super kali ini diluluskan dalam tempoh 24 jam selepas aku submit statistik 7 bulan blog tersebut. 3 bulan terakhir, memang puratanya setiap bulan aku dapat 100k impression dan 50k unik visitor. Jadi, tak ada sebab untuk tidak diluluskan.

4. Setiap bulan dari bulan Mac, April dan Julai telah aku cuba untuk hantar permohonanan ke Innity. Akhirnya pada bulan Ogos ini diluluskan. Mungkin berkat bulan ramadhan dan usaha tidak putus-putus aku agar blog ini diluluskan.

5. Memang aku akui, blog ini antara super blog aku yang trafiknya melampau-lampau berbanding blog-blog aku yang lain. Jadi, memang aku menaruh harapan yang tinggi dari blog ini untuk meningkatkan income Innity aku. Kalau dulu, setakat lepas minimum payout sahaja. Tapi kali ini, aku harap boleh cecah RM300-RM500 dari Innity.

6. Ya, aku tak terer macam blogger yang income Innitynya mencapai 4 angka. Tapi ini aje yang aku mampu setakat ini. Aku harap blog baru ini boleh jadi booster untuk income Innity aku tu.

7. Dengarnya cuma boleh letak 3 banner Innity sahaja untuk setiap page. Betul ke? Nampaknya sukar gak nak dapat 4 angka macam ini. Bukan sahaja ini masalah pada aku. Ini juga masalah besar pada pemain Innity yang selama ini dapat 4 angka. Tapi semuanya tetap tak mustahil asalkan trafik kita tu boleh capai 500 ribu atau 1 juta lebih setiap bulan, aku yakin boleh cecah 4 angka. Aku target ratus-ratus aje dulu.

8. Apa pandangan korang tentang Innity? Ada yang dah putus asa?

9.Jika permohonan Innity korang digagalkan. Jangan putus asa. TIngkatkan trafik blog korang dah submit blog setiap bulan. Mana tahu ada rezeki korang pada bulan itu? Akhirnya usaha 1 tahun lebih aku membuahkan hasil. Boleh start ujikaji baru untuk Innity pula. Haha..

10. Bukan senang nak lulus dengan Innity. Bagi aku, siapa yang berjaya lulus, mereka adalah blogger yang kacak dan hensem. Jadi, aku juga tergolong dikalangan blogger yang kacak dan hensem. Hehe..

Ps: Berita gembira ini aku harap dapat menceriakan lagi hari-hari aku sebagai blogger. Hoho! icon smile Akhirnya, permohonan Innity diluluskan. Yehh!


Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 58 comments. Apa plak komen korang?
topo - 04 Aug 11 at 00:27:45
tahniah bro.. hohoho makin banyak la earning lepas ni ye
rina - 04 Aug 11 at 00:40:31
bertambahla earning encik titan kita ni. :)
bEe - 04 Aug 11 at 00:58:59
Wah, bertambah blog maka bertambahlah pendapatan ye tak titan :-)
Dulua Lain Sekarang Lain - 04 Aug 11 at 01:24:04
Tahniah… makin besar lah kantong cam ni he he :D
Wizurai - 04 Aug 11 at 01:45:32
ini berita baik!
Wizurai - 04 Aug 11 at 01:52:46
oh ya, blog bahasa melayu ke english?
izwannizam - 04 Aug 11 at 02:34:42
tahniah bro…erm lepas ni kena usaha lebih lagilah..
kopisoda - 04 Aug 11 at 02:42:55
akhirnya!
best juga pakai innity nih.
mungkin satu hari aku akan dapat innity juga, hiks ;)
titan - 04 Aug 11 at 02:52:14
rina. topo. Sama-sama. Mudah-mudahan, memang itu harapan aku.

bEe. Hehe..tau takpe. :)

Dulu Lain Sekarang Lain. hehe, besar sikit aje kot. Hoho..

Wizurai. Blog melayu. :D

izwannizam. Yap, kena usaha lebih la. hehe

kopisoda. Insya-Allah, ko pun boleh punya. Semua orang bolehhh. Malaysia boleh. Blogger Malaysia pun bolehh!!
Iqbal - 04 Aug 11 at 03:02:44
Tahniah bro… murah rezeki di bulan Ramadhan..
Sya Isya - 04 Aug 11 at 03:18:24
tahniah2. Sya belum boleh apply pun lagi. huhu..InsyaAllah, one day nanti
titan - 04 Aug 11 at 03:18:37
Iqbal. Mudah-mudahan. Aminnnn. Meh tolong aku amin ramai-ramai. Hehe..
sabree hussin - 04 Aug 11 at 05:01:11
wah.. blog yang ni ke yang di submit tu titan? kenapa macam tak nampak je dia punya ads dari innity tu
titan - 04 Aug 11 at 05:26:18
Sya Isya. Takpe, nanti ada masa, leh apply kalau dah berminat.

sabree hussin. Bukan blog ini. Blog lain. Hehe.. :)
hafizmd - 04 Aug 11 at 05:50:58
tahniah titan!

lepas ni moga2 bertambah kepuk2 yg masyuk!

aku nk kena boost blog dululah…

pssst..akupun hensem dan kacak juga, tp tak tak letak innity sbb macam tak berbaloi (traffik rendah sgt!)
Lizz - 04 Aug 11 at 05:53:03
Amin. aku doakan kau makin kaya.bley share kat aku sket.hahaha!! aku dah lama ade innity tp sbb bersebab sebab… aku letak tepi dulu n pasang nuff balik. tp,pasni pas abis BE kat nuff,aku nk pasang innity balik. nk tgk ade perubahan ke x
suri - 04 Aug 11 at 07:19:07
syukur jika apa yg d pinta menjadi hajat d hati telah tercapai
Ali ridha - 04 Aug 11 at 08:00:07
trafik bulanan aku tak la banyak sangat.takut tak dapat pula mohon innity.harap kali ni boleh berjaya.
adam - 04 Aug 11 at 08:18:31
wow. tahniah titan. esok terus buat kenduri kesyukuran ok.
zool - 04 Aug 11 at 08:41:03
Blog kete aku lepas innity tapi sayang trafficnya 150 ke bwh. susah nak dpt earning
Afif - 04 Aug 11 at 08:41:31
pergh, bertambah macho lah bro bulan Ramadhan ni, muka pun senyum semacam je sebab innity dah lulus :)
tahniah bro!!
sjiehan - 04 Aug 11 at 09:34:51
rezeki bulan ramadan la tuh.. syukur alhamdulillah….



bg tips nak dpt innity pulak bro..mesti ade trik n tektik utk mendapatkannyaaa….
alamonline - 04 Aug 11 at 10:46:05
rezeki bro lah..cayalah… saya pun rasa bersemangat nak cuba juga nanti. boleh bagi tips niche blog apa yg trafik masyuk tu?
akazuma - 04 Aug 11 at 11:07:09
wahhh, diam-diam..dah ada plak blog baru yang diluluskan dari innity. Cayalahhh :)
faiz - 04 Aug 11 at 14:09:09
hebatla bro..rezeki bulan ramadhan la tu..
nizamghazi - 04 Aug 11 at 14:36:25
Memang kacak lah Titan.
Ak ase smpi bila pun blog ak tak lepas innity sbb ak ni kdg2 malas sikit nk jalan2.
mamat - 04 Aug 11 at 14:48:09
insyallah 300,400 ratus boleh dpat :D
adele - 04 Aug 11 at 15:37:06
ada tips tak bro? hr tu dah apply skali..gagal sekali rsanya gagal buat selamanyalah..huhu
danish - 04 Aug 11 at 16:30:45
Tahniah. Lepas ni buat kajian kes mengenai innity plak.
Fahmi Raazali - 04 Aug 11 at 17:16:43
tahniah… aku tgk syarat2 nk mohon innity ni mencabar gak… hehe… aku kena usaha lagi klu ingin merasa pakai innity nie… :)
eiela - 04 Aug 11 at 17:19:12
alhamdulillah..tahniah..
Izwan - 04 Aug 11 at 18:13:12
advenueplatform tu blog ko ke?..nak tengok tadi tapi kena login..
neo - 04 Aug 11 at 19:51:57
tahniah bro…aku ada apply tp xlepas lg ler…blog aku alexa rank rasanya mmg mantap sbb dah 45k tp PV dia kureng..hahaha

apa pun tahniah ke ko
Afiffuddin - 04 Aug 11 at 22:00:06
Hoho, tahniah bro. :) Akaun Innity bro dah ada lama dh kan? Cuma nak add blog jela yg dia sangkut. Hehe, tahniah!
Buat Duit Mfadhly - 04 Aug 11 at 22:08:13
Tahniah bro… aku dah pernah aply 3 kali … tak dapat-dapat lagi… bilala boleh dapat… rasa nak aply balikla tengok bro dah dapat..
muhammad fakhruddin - 04 Aug 11 at 22:33:12
Sebab blog saya tu belum setahun lagi, baru peringkat comel tak jadi kacak lagi ngeh3.

Tapi untuk tarik perhatian penerbit2 buku tu kira dah lepas ;)
titan - 04 Aug 11 at 22:39:12
hafizmd. Yelah, yelah. ko pun handsome dan kacak macam aku gak. Haha..

Lizz. kiranya blog ko dah lepas Innity la? Tahniah. :)

suri. Syukur. :D

Ali ridha. Tak apa. Cuba lagi sampai dapat. hehe..

adam. Hehe..takkan sampai macam tu sekali kot wehh..

zool. Kena rajin blog walking dan buat banyak post menarik la. Pilih juga theme yang putih backgroundnya. Mesti leh boost income tu nanti.

afif. Bolehlah. Tersengih-sengihla juga. hehe..

sjiehan. Tak ada trik sangat. Tackle isu semasa dan buat artikel yang orang lain tak pernah buat. Biar kita yang conquer keyword dan isu tu. Itu aje yang aku buat. Tup-tup, memang banyak trafik masuk hari-hari.

alamonline. Ko buat blog cerita pasal isu semasa, education, make money online dan technology. Itu orang suka cari.
titan - 04 Aug 11 at 22:44:39
akazuma. Hehe..

faiz. Alhamdulillahhhh. :)

nizamghazi. Haa, itu kena rajinlah. Kalau tak, memang susah nak lepas innity ni.

mamat. Insya-Allah. Aku yakin boleh.

adele. Takpe, nanti hantar lagi try semula. Kena banyak trafik la. Itu point utamanya.

danish. Haa, sila-sila. Nanti leh kongsi kajian tu kat sini.

Fahmi Razali. Yap, memang mencabar. Kalau tak, takdelah aku fail sampai 3-4 kali. haha..

eiela. Thanks. :D

Izwan. Bukan. Itu tempat nak cek earning kita. Kiranya tu tempat login la. Bukan blog aku yang diluluskan tu.

neo. Ko kena rajin blog walking dan buat lagi artikel yang mantap la. Mesti boleh dapat gak nanti. Usaha lebih lagi aje.

Afiffudin. Ya, tambah blog baru aje. Aku dah lama lepas Innity ni. Sejak diorang mula-mula launch dulu.

Buat duit Mfadly. Boleh. Try lagi sampai dapat. Sekali tak dapat, try kali kedua..

muhammad fakhruddin. Haa, itu dah cukup bagus. Mana tau, leh dapat bayaran bila review buku-buku nanti. Bagus tu. :)
Juanita - 05 Aug 11 at 00:08:15
Wowwwwww….kene menuntut dgn en titan lps ni
Esempoi - 05 Aug 11 at 00:12:33
wah tahniah
sama2 la kita dapat duit dari innity ni..hehe
titan - 05 Aug 11 at 00:12:34
Juanita. Takyah nuntut. Baca aje artikel-artikel kat sini. Hehe..
Zaini - 05 Aug 11 at 08:55:24
Ko ni memang terer bab2 buat duit ni. Lepas ni blh kut belanja bersahur..kalau pun tak blh berbuka..hehe
MaxMonic - 05 Aug 11 at 09:40:16
bila nak dedah blog super tu..
puanbee - 06 Aug 11 at 05:08:08
tahniah2… saya pun tengah nk up traffic blog baru saya utk aply inity juga ..tunggu ..
Esempoi - 06 Aug 11 at 05:14:52
oo no mesti blog ab…. kan, hehe
Ikhwan - 06 Aug 11 at 13:36:13
Belum ada rezeki lagi untuk apply Innity. Sebab syarat trafik tuh trlampau susah untuk dicapai untuk blog personal. Lagi-lagi yang jarang hapdate macam blog Ikhwan.
titan - 06 Aug 11 at 22:19:55
Esempoi. Hehe..mari. mari.. :)

Zaini. Hehe..boleh. bolehh..

Maxmonic. Hehe..lambat lagi la kalau nak dedahkan. Lambat lagii..

puanbee. Ehh, bukan blog puanbee dah lepas innity ker?

Esempoi. Itu memang dah lama lepas innity la..

Ikhwan. Memang susah. Tapi bukannya mustahil. Ada caranya. Ada triknya. Janji kena usahalah.. :D
Ronaldmohoni - 08 Aug 11 at 12:40:47
Memang sukar untuk memadu kasih dengan innity. Saya sendiri sedang berhempas pulas menaikkan pageview dan traffik salah satu blog. Harap-harap awal tahun depan boleh kahwin dengan innity. Yang pasti, innity mampu memberikan pulangan yang lumayan jika kena caranya.
titan - 10 Aug 11 at 21:58:39
Ronaldmohoni. Hehe, kena usaha lebih kuat bila dah ada Innity nih.. :)
ainun - 26 Aug 11 at 13:48:54
saya punya blom tentu bila akan dapat peluang camni
sjiehan - 26 Aug 11 at 14:44:07
titan : main seo jugak ke?

ainun : xpe,nnt akan dtg la peluang tuh
sjiehan - 27 Aug 11 at 23:29:34
tahniah bro, sy punya permohonan pertama di rejek! sob3
anjung maya - 02 Oct 11 at 10:13:52
tahniah bro..aku cuba submit tahun 2012 pla..nak tanya ni bro..klu unik visitor dah cecah 20k,innity x reject ke klu submit tp iklan sedia ada nuffnang/adsense masih lekat kat blog?
Shack - 01 Nov 11 at 22:26:45
bro..nak tanya ni..kalau syarat asas innity tu dah capai but semasa mohon innty blog tersedia pasang iklan nuffnang @ lain2,inntiy akan ambil kira ke ni utk approval permohonan tu..@ kena buang semua iklan dalam blog tu(adsense,nuffnang,dll)dan baru pohon innity..aku x faham pasal ni..bg penjelasan pada korang yg dah lulus innity ni..
merahkatak - 02 Nov 11 at 00:10:11
shack. rasanya tak perlu buang iklan company lain masa nak apply.
Shack@AnjungMaya - 02 Nov 11 at 06:43:52
thanks bro merahkatak
Isu Panas - 19 Nov 11 at 02:02:02
dah dua kali submit, x da satu reply pun dari innity nie..gagal ke lulus entah, x da respon..
Putera Nazran - 08 Jan 12 at 17:02:42
huhu, bukan senang nak apply innity ni.. tengok la web sya ni iklan nuffnang jer terpampang http://www.puteranazran.com hehe



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011