Ok. Sempena bulan puasa ini, aku rasa nak buat contest. Tak kisahlah korang nak sertai atau tidak. Tapi inilah salah satu cara aku nak bagi duit raya pada korang. Jadi, jika korang ada masa untuk sertai contest yang aku buat ini, korang semua dialu-alukan. Kalau tak minat pun tak apa. Tak ada masalah.
Ok. Ada 2 jenis contest.
1. Â Pertandingan Earncent Review 2011.
# Sila tulis review atau ulasan tentang aku (Titan) dan juga blog aku.
# Review tersebut boleh buat pendek atau panjang. Nak buat secara bersiri pun boleh. Kiranya ada part 1, part 2 dan part seterusnya. Nak buat boleh, tak nak pun takpe.
# Pemenang akan dipilih mengikut kekreatifan korang, gaya penulisan yang unik dan menarik. Kalau aku rasa menarik, tak mustahil korang boleh menang. Tak kisahlah review korang tu pendek ke, panjang ke bersiri ke, aku tak kesah. Janji aku suka review korang tu.
# Pertandingan ini akan tertutup secara automatik jika ada 150 artikel review yang ditulis yang ditulis oleh 150 orang blogger. Kalau hari ini aku dapat 150 review, hari ini juga pertandingan ini akan ditutup. Tapi tarikh akhir untuk hantar review adalah pada hari pertama Hari Raya AidilFitri. Hadiah akan diberikan dalam seminggu selepas pertandingan ini ditutup.
# Korang wajib LIKE fanpage Earncent.com. Itu sahaja. Aku tak minta yang bukan-bukan.
# Tips untuk tulis review ini, cerita tentang diri aku, kelebihan blog aku, kekurangan aku dan blog aku, sejauh mana korang kenal aku, apa yang korang dapat dari blog aku, cadangan untuk blog aku, komen tentang theme blog aku, kritik aku, gosip tentang aku dan macam-macam lagi. Ikut suka hati koranglah. Ini cadangan sahaja. Nak letak gambar ke, nak buat video khas ke apa ke, terpulang.
# Selepas buat review, sila bagitau aku link review korang diruang komen dan aku akan update review yang korang buat setiap minggu. Bagitau juga akaun facebook korang. Bagi link terus pun ok gak.
# Tajuk artikel adalah bebas. Isi pun bebas. Hantam ajelah yang mana korang suka.
# Aku tak nak korang salin bulat-bulat info tentang pertandingan ini. Korang review tentang apa yang korang rasa tentang aku dan blog aku. Tapi selitkan sedikit juga info tentang pertandingan ini sahaja.
Hadiah:
1. RM50 + Panduan TNX 2.0 + Pengiklanan 180x60 Banner di Kari-Ngeri.com 1 bulan
2. RM30 + Panduan TNX 2.0 + Pengiklanan 180x60 Banner di Kari-Ngeri.com 1 bulan
3. RM20 + Panduan TNX 2.0 + Pengiklanan 180x60 Banner di Kari-Ngeri.com 1 bulan
4. RM10 + Panduan TNX 2.0 + Pengiklanan 180x60 Banner di Ohcikgu.com 1 bulan
5. RM10 + Panduan TNX 2.0 + Pengiklanan 180x60 Banner di Ohcikgu.com 1 bulan
2. Pertandingan Komen Blog Earncent.com
# Caranya mudah. Cuma perlu komen setiap hari. Nak komen kat artikel lama-lama pun boleh. Nak komen kat semua artikel aku pun boleh. Cuma komen korang tu jangan nampakkan sangat macam komen spam. Itu sahaja. Tak ada syarat yang ketat untuk pertandingan ini.
# Guna username atau nama yang sama sahaja untuk memudahkan aku kira jumlah komen korang.
# tarikh luput untuk pertandingan ini adalah pada malam hari Raya Pertama tahun ini. Pemenang akan diumumkan dalam tempoh 1 minggu selepas tarikh tersebut. Aku tak tahu bila hari raya pertama. Jadi, kita tunggu ajelah pengumuman kat tv nanti ek. Haha..
# Syarat lain, korang cuma perlu LIKE fanpage Earncent.com. Tak sampai 1 minit boleh buat. Dan tak menyusahkan korang. Kalau tak ada akaun facebook, sila buka. Bukan aku suruh buat akikah pun. Jadi, sila ikut syarat ini. Habis contest, korang nak unLIKE balik pun boleh. Takde hal punya.
# Syarat wajib, mesti join contest Review Earncent 2011. Maknanya, korang kena buat review tentang pertandingan ini dan juga ulas sedikit tentang blog aku. Kiranya 2 in 1 punya contest. Nak tulis pendek boleh, nak tulis panjang pun boleh. Jika korang sertai contest pertama, secara automatiknya korang layak untuk sertai contest kedua. Tapi jika korang nak join contest pertama sahaja, tak ada masalah.
Hadiah:
1. RM100 + Panduan TNX 2.0 + Pengiklanan 180x60 Banner di Kari-Ngeri.com 1 bulan
2. RM50 + Panduan TNX 2.0 + Pengiklanan 180x60 Banner di Kari-Ngeri.com 1 bulan
3. RM30 + Panduan TNX 2.0 + Pengiklanan 180x60 Banner di Kari-Ngeri.com 1 bulan
4. RM10 + Panduan TNX 2.0 + Pengiklanan 180x60 Banner di Ohcikgu.com 1 bulan
5. RM10 + Panduan TNX 2.0 + Pengiklanan 180x60 Banner di Ohcikgu.com 1 bulan
#Dan sila tulis kredit macam ini diakhir review atau ulasan korang tu.
Pertandingan Earncent Review 2011 ini dianjurkan oleh Earncent.com dan AhmadFaizal.com. Hadiah ditaja oleh Titan, PanduanTNX.com, Blog Kari-Ngeri.com, AnakDunia dan Ohcikgu.com
Jika ada yang mahu sponsor pertandingan ini, tak kiralah berupa duit tunai, iklan banner diblog korang, kupon diskaun KFC ke, kupon Pizza ke, Ebook atau software, iPad 2 ke, smartphone ke dan sebagainya adalah sangat dialu-alukan. Sila hubungi aku diruang contact. Siapa-siapa pun boleh. Blogger ke IM ke, syarikat macam Maxis ke Celcom ke Airasia ke, TM ke, Majalah IM ke, syarikat Hosting ke, penjual burger, Denaihati ke, Astro ke. Semua boleh jadi sponsor kalau berminat. Aku akan update hadiah baru setiap minggu. Link sponsor akan aku update diruang kredit dari masa ke semasa.
- Ok. Aku dah update sponsor baru untuk Contest ini. Aku mohon jasa baik korang untuk gunakan kredit baru ini diartikel lama atau review korang tu. Aku nak tanya kat beberapa hosting jika mereka berminat untuk taja contest aku ini. Kalau ada rezeki, korang mungkin akan dapat hadiah tajaan berupa hosting. Hoho..
# Hadiah khas: 3 orang pertama yang sertai contest ini, akan aku berikan 1 ruang pengiklanan banner 125x125 di blog Earncent ini. Dan 3 orang seterusnya akan aku berikan 1 ruang pengiklanan banner 125x125 di blog peribadi aku yang sangat peribadi iaitu Ahmadfaizal.com selama 1 bulan. Jadi, ada 6 hadiah khas untuk korang rebut.
# 6 orang pemenang untuk 2 pertandingan ini juga akan akan aku review blog atau website mereka di blog aku nanti. Jadi, rebut peluang ini kerana bukan senang aku nak review blog orang lain. Selalunya review ini korang kena bayar. Tapi kalau korang menang, review ini adalah percuma. Tak perlu bayar.
Itu sahaja. Aku akan update tentang pertandingan ini lagi jika ada penambahan sponsor atau aku rasa nak tambah hadiah wang tunai lagi. Kalau banyak aku dapat banyak bulan ini, mungkin hadiah wang tunai itu aku akan tambah. Insya-Allah..
Ok, ini yang aku terfikir setakat ini. Aku harap korang akan sertai contest ini. Tak kiralah nak sertai dua-dua contest itu atau nak join satu aje. Terpulang, aku tak paksa korang join. Tapi korang sangat dialu-alukan. Ini adalah kali pertama dan kali terakhir aku buat contest untuk blog ini bagi tahun 2011.
Dengan ini, pada 1 Ogos 2011, aku merasmikan pertandingan Earncent Review 2011 dan ianya terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai talian internet di Bumi. Sekian. Dah habis. Gi tulis review cepat. Haha..
Ps: Ciss, panjang pulak. Aku ingat nak buat pendek-pendek aje tadi. Ahh, tak apalah. Korang tetap akan baca sampai habis kan? Kan? Hehe..
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Mahu jadi penulis blog yang popular? | Komisen ke 43 dari Text Link Ads »
















mudah dah hadiah sgt lumayan!
nanti aku nak pikir dulu nak wat pe…sabar bro…
facebook.com/izwannizam.ruslim
harap diterima.hehe
kena pikir artikel nak wat ni
Minta2 menang…hem..
http://www.sjiehan.com/2011/08/menjana-pendapatan-dengan-blog.html
secara tak sedar aku TERbaca sampai habis
hahaha
moga2 bro titan dapat banyak income bulan ni
banyak la bertambah hadiah
kan? kan?
http://syaisya.com/2011/08/pertandingan-review-blog-earncent-2011-siri-1.html
dah like FB sebagai Isya Sya
Hati Batu. Hehe..dah ada 2 sponsor. Nanti aku update. Hadiah mungkin akan bertambah dalam 1-2 hari ni nanti.
wrizuan.net. Haa..hang tak nak join ka? hehe..
Hairul Azni. Ada rezeki lebih sikit. Jadi, kongsilah. Hehe..
Lizz. Boleh. Ko cuma tambah bahagian kredit aje dan linkkan ke entri ni. Itu aje. Kalau nak buat baru pun takpe..
madammondoq. Hoho..takde masalah punya. Nak juga dapat review dari blogger mum ni. hehe..
mfadhly. Join aje. Aku tunggu review dari ko. hehe..
merahkatak. Ala, buat ajela. haha..
afiq aiman. Bergantung. Ada orang boleh bawa. Ada orang susah nak bawa..
MDHAFIZ.NET. Takde, takde..ko kena join. Haha…
Izwannizam. Ok, aku dah baca. Nanti ada masa, aku update kat entri ini untuk senarai review yang dah dibuat. Jangan risau, ko dah menang banner 1 bulan kat blog ini. Hehe..
Esempoi. HOho..buat aje. Aku tau ko suka contest-contest macam ni..
Maxmonic. Insya-Allah. Kalau takde apa-apa yang menghalang. Kalau ada yang lebih baik..haa..itu aku tak tauu..
sjiehan. Ok, dah baca. Wahh, siap buat secara bersiri tu lagi. hehe..
Sya Isya. Hoho..dah join dah pun kan? terima kasih untuk artikel tersebut.
akubiomed. Takpe. Boleh je join. Cuma subscribe email kat blog ini. Itu dah cukup. Sebenanyar aku nak korang like facebook atau subsribe blog ini sebab senang nak bagitau nanti siapa yang menang dalam contest ini. Itu aje..habis contest, nak unlike ke nak unsubscribe ke, takde masalah.
sjiehan. Memang aku set masa ikut waktu luar. Malas ikut waktu malaysia. haha..
rina. Cuba.
Amim. Haa..sila-sila..
Ikhwan. Yap, ada masa. Barulah buat. Aku tak paksa pun. Bukan wajib punn..
Syazwan. Sila-sila. hehe..
danish. Boleh. takde masalah punya. Dah balas dah email.
http://ohbuku.com/review-blog-earncent-dot-com/
Alahai…terlepas daripada 3 penyertaan awal
InsyaAllah kalau ada masa bEe akan buat
aku dah tambah kredit n link ke entry ni.
http://orensyafiqsalam.blogspot.com/2011/08/blog-untuk-hobi-atau-cari-duit.html
Bru kutahu blog2 kepunyaan titan di atas
Buat duit Mfadhly. Ok. Aku dah terima review ko. Thanks. Boleh proceed untuk contest komen pula.
Dulu lain sekarang Lain. Takde masalah. Boleh subscribe guna feed blog ni. Itu aje. Takde paksaan kan aku kata? Kalau ada masa terluang, bolehlah tulis review tu nanti.
Kamil Ace. Haa, kalau ada masa nanti, bolehlah join contest ni lagi. Baru 7 hari berjalan. Banyak masa lagi.
Lizz. Hehe..dah edit dah. Thanks sebab berminat dengan contest ini.
fiezaradzi. Hehe..joinlah. joinlah. Hehe.
zik. Insya-Allah. Sempat. Yakinlah sikit. Hehe..
azura. Takde masalahnya kalau salah kaji. Dari situ kita boleh belajar. Betul tak? Kalau ada masa nanti, leh la join contest ni ye..
bEe. Ok, aku tungguuu..
Lizz. Thanks aa..
mr.oren. Terima kasih kerana berminat. Dah update dah entri ini..
nizamghazi. Boleh aje. Nak buat video pun boleh, letak dalam entri. Takde masalah. Hehe..
sjiehan. Semua blogger sama aje. Mana ada yang berbeza..yang beza, blogger lelaki dan blogger perempuan. Haa, itu memang berbeza.
Ronaldmohoni. Ok, takdehal. Ambil aje masa ko nak tulis review nih. Banyak masa lagi. Hehe..
Link review - http://www.afiffuddin.com/review-blog/jom-terjah-blog-earncent-com-edisi-1-artikel
Facebook - http://www.facebook.com/afiffuddin
Semoga diterima.
farah aznil sila join…
aku… malas nak review laa…
malas nak komen daaaa…
selamat maju jayaaa…
nak sponsor laa…?? mana boleh??? hehehee
saya dah buat review, like fanpage pun dah. http://ronaldmohoni.com/1275/blogger-titan-dari-kacamata-ronaldmohoni/
Ok, Aku dah update. Terima kasih kerana menyertai contest ini. Hehe..
Ronaldmohoni. Ok. Thanks ye.
Sekali lagi, sesiapa yang berminat, bolehlah hantar review dan bolehlah mula start komen untuk memenangi dua-dua contest sekali gus.
sjiehan. Hehe, betul tu.
farahaznil. Bukan jalan la. Highway karak..
bluedianthus. Kalau ada masa,joinlah. Kalau tak ada masa, cari masa. Kalau terpaksa, gi curi masa. Hehe..
Tak apa. Masih boleh jadi antara 10 yang bertuah untuk memenangi 2 contest kat atas tu. Masih ada masa untuk mencuba.
Second Retail : RM 40
Third Retail : RM 30
halamak… farah aznil sudah muncul daaa…
abdafatah. Haha..dia sudah muncul. Habislahhh..
topo. Kena joinlah. Mana boleh tak join..
ko dah orang ke berapa kata blog kari ngeri tu aku punya. Mana ada wehh, bukan aku punya tu. Aku sendiri ngeri masuk blog tu. Haha..
bagus, bagus.
http://infonewbie.com/info-blog/pertandingan-earncent-review-2011
thanks..
nak sama2 nampak kacak
http://cetusanhati.com/info-and-articles/blogger-kacak-contest-review-2011
http://ayie-puteragahara.blogspot.com/2011/08/daku-mahu-duit-raya-dari-blog.html
http://ainunmardhiyyah.blogspot.com/2011/08/pandang-seorang-blogger-baru.html
fb: ainun mardhiyyah
sjiehan: memang makin ramai
titan : kol bp benda ni tutup?
http://syaisya.com/2011/08/siapakah-titan-si-blogger-kacak-pertandingan-review-earncent-2011-siri-2.html
Ni link :
http://1000-freedownload.blogspot.com/2011/08/titan-earncet-review.html
http://syaisya.com/2011/08/blog-cara-buat-duit-dengan-blog-review-earncent-com-siri-3.html
Alhamdulillah, done!
ainun : takde lah hebat, Just review sikit-sikit