Duit raya.
Setiap tahun pasti ada cerita duit raya apabila masuk aje bulan Ramadan. Jadi, kita takkan lari isu Duit raya apabila memasuki bulan Syawal nanti. Pasti ada antara anda yang sudah pergi ke bank untuk menukarkan duit kepada duit yang lebih kecil. Duit RM5 dan RM10 pasti sudah kehabisan dan Duit RM1lah yang paling popular sekali ditukarkan sehingga sampai habis kebanyakkan bank untuk ditukarkan.
Sampai satu tahap, bank terpaksa pula menyatakan bahawa mereka sudah kehabisan stok baru untuk menukarkan duit. Penangan duit raya ini berjaya membuatkan banyak ATM juga sesak sepanjang hari-hari terakhir dalam bulan Ramadan. Situasi ini juga berlaku dalam diri aku dan keluarga aku. Kat tempat kursus aku ni cuma ada 1 bank sahaja. Itupun Agro bank. Duit RM1 pun sudah hampir habis dikeluarkan dan aku rasa dah takde duit RM1 dan RM5 untuk ditukarkan. Hebat orang kat sini yang kebanyakkan orang felda. TUkar duit kecil sampai RM5 ribu. Ngeri gak aku tengok felda ni tukar duit. Penuh RM1 dalam beg diorang. Berani juga diorang bawa duit tu keluar selamba dari Bank. Harap takde berlaku kes kecurian apabila menukarkan duit kecil ini.
1.
Masa aku kecil dulu kalau ada orang bagi 20 sen pun aku terima dengan hati yang cukup gembira. Begitu juga dengan kawan-kawan aku yang lain. Kalau dapat RM1 pun dah cukup banyak bagi kita orang. Kalau tiba-tiba ada orang yang berhati baik bagi sampai RM2 atau RM5, itu dah cukp menggembirakan hati kami. Bolehlah beli robot atau kereta control dengan duit tu. Hoho..tak kurang juga ada yang pergi ke restoren KFC untuk menghabiskan duit raya yang dikumpul. Aku sendiri bersama kawan-kawan pergi ke KFC untuk bantai apa yang ingin dimakan. Maklumlah, baru terasa pegang duit banyak sikit. Dengan muka kacaknya buka sampul duit raya depan kaunter untuk kira duit dan bayar duit snack plate. Haha..
2. Dulu, kalau dah banyak kumpul duit, duit itu sebahagian besarnya akan dikumpulkan dan diserahkan kepada mak abah korang kan? Diorang kata, diorang akan simpan dalam bank. Bila aku fikir balik, aku mana ada akaun bank waktu aku kecil dulu. Huh, nampak sangat permainan politik mak bapak berjalan dengan licin sekali. Rupanya duit itulah yang digunakan untuk cover balik kos yang digunakan untuk sambutan Raya lagi.
Bukan masuk ke bank kita orang. Tapi masuk ke bank mak bapak kita. Haha..mesti ada yang terkan taktik kacak mak bapak masing-masing kan? Katanya, budak kecil tak boleh bawa atau pegang duit banyak-banyak..
3. Dulu, kalau pergi beraya. Biasanya aku memang datang nak duit raya. Golongan pakcik-makcik ni dah tahu taktik kita orang. Makan dalam 15 minit, lepas tu minta diri nak balik. Maklumlah, banyak lagi rumah untuk diserang. Tapi bagi mereka, aku rasa mereka gembira ada orang datang ke rumah. Nampak meriah sikit. Terubat hati melihat anak-anak kecil berusaha untuk mengumpul duit raya. Tapi sekarang, anak-anak ni mahu berhari raya? Berapa kerat ajelah. Yang beraya depan tv aku rasa lebih ramai berbanding yang beraya..
4. Dulu, sanggup kita orang berjalan kaki atau menaiki basikal pergi berhari raya untuk memburu duit raya. Tapi orang sekarang ni, kalau berhari raya, paling tidak pun pakai motorsikal. Maklumlah, semua dah dapat lesen besar dari mak bapak. Boleh bawa motor. Bila ada yang kena saman sebab tak ada lesen, mulalah buat perhimpunan bersih dengan geng-geng polis. Katanya polis tidak adil, polis jahat. Siapa yang bangang sebenarnya nih??
5. Orang sekarang, mungkin dah tak ada semangat nak berhari raya. Budak-budak pun dah macam tak seronok berhari raya.
Semangat nak jadai juara dalam bab kumpul duit raya pun makin luntur. Nak melawat rumah kawan-kawan pun malas. Semua dok tunggu hari terbuka atau jamuan hari raya yang dianjurkan oleh pihak terbabit. Katanya lebih senang, tunggu 1 hari, dan hari itulah berhabis baik keluarkan duit dan buat rumah terbuka. Dalam 30 hari berhari raya, hampir setiap hari ada rumah terbuka. Kadang-kadang, tak sempat aku nak pergi semua. Kalau aku pergi semua, 10kg lemak, selamba-selamba aje aku topup. Kalau masa kecik dulu, aku tak kesah sebab kalau dapat 10kg lemak tu, dengan selamba hilang pada waktu petang akibat bermain bola sepak tanpa henti. Sekarang? 10kg tu dah macam jadi kawan baik pula..
6.
Orang lelaki lebih suka berhari raya bersama kawan-kawan berbanding orang perempuan. Jangan tak percaya. Aku dah lama buat kajian ini. Memang terbuki lelaki bujang lebih suka berhari raya dengan mengunjungi rakan-rakan berbanding orang perempuan. Tak tahu kenapa. Orang perempuan malu sangat agaknya. Tu pasal kalau ditanya jumlah duit raya yang budak perempuan dapat, jumlahnya mesti kalah dengan budak lelaki. Maklumlah, orang lelaki ni kan pandai sikit dalam bab-bab cari duit berbanding orang perempuan. Tu pasal budak perempuan tak pernah jadi champion dalam bab-bab kumpul duit raya ni. HOho..
7. Dulu, orang kita sanggup lagi bagi duit raya dengan duit syiling. Zaman sekarang, kalau ada budak terima duit syiling, mahu ada yang memberontak sampai mencaci tuan rumah. Silap hari bulan, ada yang mencaci pakcik tu sampai berbulan lamanya. Itulah budak sekarang, bagi pun salah. Tak bagi pun salah. Bagi sikit kena caci, tak bagi pun nama kena jaja. Penangan duit raya punya pasal..
8. Percaya atau tidak, sebahagian orang zaman sekarang memang malas dah nak cari duit raya. Termasuklah budak-budak. Salah satu sebabnya adalah cutinya terlampau singkat. Jadi, macam mana nak memburu duit raya? Kalau dulu, cutinya panjang. Kekadang sampai sebulan pun ada. Kekadang sampai 2-3 minggu cuti. Sekarang? Dapat cuti raya 1 minggu, itupun separuh cuti tu adalah pada bulan puasa dan separuhnya lagi barulah berhari raya. Jadi, bila cuti sikit, camana nak kumpul duit raya banyak-banyak? Mak bapak pun happy sebab duit belanja untuk hari raya ini bertambah sedikit berbanding tahun yang sudah-sudah. Budak-budak yang nak duit raya pun dah tak ramai yang datang. Yelah, balik kampung aje dah makan 3-4 hari. Jadi, bila masanya pula budak-budak ni nak cari duit raya?
9. Dulu, kalau ada budak tersesat berhari raya kat rumah kita, kita layan dengan baiknya. Tak kisahlah anak mana yang tersesat nak berhari raya. Sekarang, kalau ada budak tersesat, dengan selamba aje kita cakap, salah rumah. Si polan ni tak ada. Adik tak ada. Abah dengan mak tak ada. Yelah, takkan nak bagi orang asing masuk rumah kita selamba aje. Dibuatnya ada yang berniat tak baik mahu merompak rumah kita, tak pasal-pasal ada yang kena rompak. Sampaikan ada juga tuan rumah yang menghalau budak-budak yang mereka tidak kenal datang berhari raya dirumah. Mungkin tuan rumah takut duit raya tu lari budgetnya.
Aku rasa tuan rumah tu malu sebab tak kenal budak-budak dikawasan rumahnya. Maklumlah..jadi kera sumbang. Takkan sampai anak jiran selang 1-2 rumah pun tak kenal sampai kena halau?
10.
Percaya atau tidak kalau aku kata sambutan duit raya ni macam dah tak semeriah dulu? Kalau dikampung, aku masih percaya sambutan ini cukup meriah dan hari yang ditunggu oleh budak-budak. Tapi kalau rumah-rumah dibandar, aku rasa tidak. Daripada berhari raya yang diorang anggap macam menyusahkan diri. Baik mereka tengok filem-filem di tv. Kalau ada kawan beraya, dibiarpunya pula mak bapak kita yang melayan. Takkan segan kot layan kawan sendiri berhari raya? Mak bapak kita pula tak pasal-pasal jadi penyiasat peribadi dan beramah mesra dengan kawan-kawan kita. Korang pula, dok dalam bilik macam perempuan nak kena risik. Malu konon-kononnya. Ko lelaki ke perempuan derr??
Dan ada banyak lagi isu duit raya ni. Aku tak tahu sambutan duit raya pada tahun ini sama atau tidak pada zaman aku kecil-kecil dulu. Tapi kalau ikut tahun lepas, memang tak ramai budak-budak berhari raya ke rumah aku. Yang tersesat pun dah menghampiri nilai sifar. Macam tak best pun ada. Bila aku dan kawan-kawan nak pergi berhari raya rumah member pula, mereka tak ada. Ada yang belum balik kampung lagi. Ada yang bila call berangkat, tapi bila sampai depan rumah..bagi salam. Selamba badak aje malas buka pintu. Kereta ada, motor ada, basikal pun ada. Tapi tuan rumah buat sardin dalam rumah kunci pintu rapat-rapat layan movie? Kawan macam ini pun ada ker??
Pendek kata, macam-macam karenah orang pada hari raya nanti. Jadi, jangan terkejutlah kalau korang jumpa situasi-situasi yang aku tulis nih. Ada 1001 satu macam situasi akan berlaku. Jangan terkejut kalau ada tuan rumah terus tanya pada budak-budak, korang nak makan ke nak duit raya? Of courselah budak-budak cakap nak duit raya berbanding nak makan! Apalah salahnya jamu diorang dulu, kan? Beramah mesra, kenal budak-budak satu taman. Kalau sibuk macam mana sekalipun, tak salah luang masa untuk kenal mereka. Mana tahu, ada yang bakal jadi anak menantu korang kerr??
#Kepada yang nak berhari raya ke rumah aku atau rumah mak abah aku, bolehlah datang ke Banting. Halo-halolah aku bila dah sampai. Nanti aku ambil korang kalau korang gagal jumpa rumah aku tu. Dulu, ada 1 pokok mangga depan rumah aku. Besar punya. Kalau nak cari rumah aku pun senang. Sekarang, pokok tu dah kena tebang. Tak hairanlah kalau ada yang cari tapi tak jumpa-jumpa. Haha..
Ps: Aku tahu korang ada benda nak tambah kan? Kan?
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content