Masih dalam mood berkongsi tentang bayaran-bayaran yang aku dapat dalam minggu ini. Cabaran Usahawan Affiliate versi PPL telah pun berakhir. Aku berjaya dapat sedikit imbuhan dari program ini. Tidak banyak yang aku dapat, tapi bolehlah beli aiskrim dan makan cendol petang-petang selama 2-3 hari. Itupun dah cukup bagus kan?

komisenusahwanaffiliate Komisen pertama dari UsahawanAffiliate.com


Lihat, tak banyak kan? 1 lead dibayar sebanyak 50 sen. Aku dapat 10 lead aje. Itupun aku cuma letak banner sahaja. Tak buat artikel sangat. Jadi, lead yang dapat pun sikitlah. Aku tak all out untuk cabaran kali ini. Tak apalah, kalau ada cabaran macam ini lagi, aku akan cuba untuk buat sebaik mungkin.

Masih hilang mood sebab Malaysia kalah lagi semalam. 3-5. Dah macam lawan Liverpool sahaja. Macam siaran ulangan. Safee Sali juga yang terpaksa kita sandarkan harapan. Aku harap pemain Malaysia boleh buat sesuatu. Pemain pertahanan, lupakan apa yang dah berlaku. Buat post-moterm, buat ujikaji dan cuba bermain sebaik mungkin. Jangan bolos lagi. Aku tak nak defense kita hancur macam ketika lawan Liverpool dan Singapura semalam. Aku tahu mereka kuat. Cuma kena fokus, kreatif dan berdisplin.

Hari ini hari Ahad. Aku malas nak cakap panjang-panjang. Jadi, sampai disini sahajalah dulu.

#Gathering Wangcyber berakhir dengan baik. Aku dah tengok gambar. Teringin jumpa korang semua. Tapi apakan daya, aku ada hal hari ini di Jerantut. Esok kena pergi Kuantan pula. Jadi, tak dapat buat apa-apa.

Ps: Denaihati ada tawarkan peluang untuk buat duit. 1 klik 2 sen. 10 klik, 20 sen. 100 klik. 200 sen. Jadi, dapatkan banyak-banyak klik ke website Denaihati. Hidup ini untuk memberi. Bukan sahaja untuk terima gol sahaja. Kadang-kala, kita kena golkan lebih berbanding menerima bola masuk ke gawang gol. Ok, aku dah merepek. Babai!

 


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 17 comments. Apa plak komen korang?
Brader Orait! - 24 Jul 11 at 01:36:01
alhamdulillah..walaupun cuma 5 hinggit tapi ia adalah hasil dari penat lelah sendiri..puas rasanya dapat..aku tengok bro selalu dapat payment la..murah rezeki betul..kongsi la rahsia dengan blogger kecil kecilan macam aku ni… :-)
akazuma - 24 Jul 11 at 02:24:46
wahh, pagi-pagi dah nampak duit. :)
zik - 24 Jul 11 at 05:43:23
5 hengget . .tapi rasanya kepuasan tetap ada ….
Dulu Lain Sekarang Lain - 24 Jul 11 at 13:27:01
malam2 dah ngantuk ni, baca2 citer duit masyuk baguih jugak ehhh.. Buat semangat jer.. :D
nizamghazi - 24 Jul 11 at 13:48:52
5 inggit lepas duit topup tu. hehe
jadilah. Cmpur suma program mahu ratus2 ko dpt permonth
Cikgu Hairul - 24 Jul 11 at 14:12:21
lima hengget pun duit gak. bukan senang nak dapat tu. aku ni macam-macam program masuk, tapi satu pun tak mampu menghasilkan pendapatan tetap. mungkin kurang fokus kot. baca blog en titan ni sikit2 dapat gak tambah ilmu buat duit.
tehr - 24 Jul 11 at 14:19:39
1 blog rm5
10 blog rm 50

hehe
memang dah lebih dari cukup tu, bro

patutnya aku datang sini pagi2
orang kata kalau awal pagi, bagus kalau dapat tengok duit :D
zool - 24 Jul 11 at 15:22:20
Ko ni memang hebatlah.. aku belum tengok lagi ko dah dpt duit.. gile ah..
bEe - 25 Jul 11 at 03:02:17
Kalau jalan2 kat blog Titan ni, hari2 story mcm mana nak dptkan duit masyuk… hehehehe

Bagus bagus bagus! ;-)
reezluv - 25 Jul 11 at 11:02:14
ingat gath aritu ko ada…takde rezeki lagi tu nak jumpa :D
mat teropong - 26 Jul 11 at 01:23:09
okla tu…sapa nk bg duit free…
muhammad fakhruddin - 28 Jul 11 at 08:24:34
Saya pula tengah memilih nak beli Usahawan Blog ke Usahawan Affiliate…
sjiehan - 01 Aug 11 at 18:26:40
denai hati tu mmg nak kene kejar… hehhee..

tapi tgk rezeki jugak la… xtaw la dah berapa klik.. huhu.. 100 klik baru seringgit.. hahaha..trafik pon baru 1k sehari..
Buat Duit Mfadhly - 03 Aug 11 at 12:44:38
bro ni asyik masyukje… berapa agaknya income monthly… boleh cite bro?
Ronaldmohoni - 08 Aug 11 at 13:30:24
Tahniah Titan,
RM5 pun duit juga. Saya sendiri mengakui, program PPL nih mampu memberikan pendapatan tambahan kepada blogger.
Farahaznil - 10 Aug 11 at 01:26:39
5 hennget lps titan buat top up…hi hi hi
sjiehan - 28 Aug 11 at 14:37:21
oh, maksudnya, ikot pada kita la nk letak banner or artikel… kan kan



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011