Kita kalah lagi. 3-5. Aku sedih. Tapi tak jumpa tiang nak hantuk kepala. Tak jumpa orang nak tumbuk. Tak jumpa lipas nak dipijak. Tak jumpa gelas untuk dipecahkan. Tak jumpa cili untuk dimakan. Jadi, aku kena sabar. Sabar itu separuh dari kekacakan seorang lelaki. Ok, itu mengarut.

1. Untuk 2nd leg nanti, sebolehnya aku nak Safee main sampai habis masa 90 minit. Dia penat ke, dia dah tak larat nak jalan ke. Dia kena berdiri dan berlari-lari kat kawasan penalti Singapura nanti. Kewujudan Safee sahaja sebenarnya dah bagi ancaman pada mana-mana negara sekarang. Cuba kira, berapa kali bola sampai kat kaki Safee bila dia berhampiran dengan gawang gol tadi. Dari 5-6 kali percubaan, dua tepat masuk ke gawang gol. Sebab tu, lepas ni banyak pass bola ke Safee. Kunalan tahu tentang benda tu. Sebab tu, dia pass ke Safee. Sebab Safee yakin dan percaya pada rakan, dia akan cuba golkan mana-mana bola ke gawang gol pihak lawan. Tapi, cuba tengok masa first half..berapa kali Safee dapat bola berbanding masa 2nd half?

2. Kemasukan Amirul Hadi memang mengubah corak permainan. Aku lihat Amirul bukan sahaja main sayap, dia take over bahagian tengah dan bahagian defend kanan. Kekadang main sayap. Kalau dia main tengah atau defend, Mahali akan take over tempat sayap. Tapi kesian gak aku tengok Mahali, turun naik bagai nak gila. Mahali ni, aku leh kata dia macam Ronaldo Carlos. Cuma dia tak terer kot bab-bab sepakan percuma. Apapun, bila separuh masa pertama, aku memang tunggu K. Rajagopal masukkkan Amirul Hadi dengan Abdul Hadi Yahya.

3. Fakri Sarani. Tak menjadi malam ni. Aku tak tahu kenapa. Tapi memang tak berapa menjadi malam tadi. Mungkin dia bukan pasangan yang serasi dengan Safee. Takpe, lepas ni kalau dia diturunkan lagi..mungkin dia boleh buat sesuatu. Aku berfikiran positif ni. Tapi serius, dia tak berapa menjadi..

4. Bila Abdul Hadi masuk. Aku yakin ianya adalah pilihan yang tepat. Safee tengah keseorangan kat atas. Dia sorang aje..dah boleh huru-harakan defense lawan. Tapi dia tetap kena ada kawan. Sorang-sorang kat atas, boleh jadi gila dibuatnya. Kemasukan Abdul Hadi berbaloi. Dia menjaringkan gol kedua hasil lambungan dari Mahali. Cuma Abdul Hadi ni, masa liga Super, memang menjadi-jadi. Malam ni, banyak gak dia cicir bola. Nak gelecek pun susah nak bypass defense Singapura. Dia kena lebih banyak berlatih lagi..

5. Kunalan. Tok sah ceritalah. Bagi aku, dia antara pemain terbaik malam tadi selain Safee Sali. Gerakan dia pada 2nd half berbeza masa dengan first half. Berapa kali dia berjaya gelecek pemain Singapura dan hasil gerakan dia juga Safee dapat gol yang ketiga untuk Malaysia. Aku harap Kunalan boleh kekalkan rentak ini. Kunalan jaga sayap kiri, Amirul Hadi jaga sayap kanan.

6. Safiq. Susah nak cakap. Kalau dia sepak macam tu, dan pengadil nampak depan mata. Bagi kad merah adalah jawapan yang tepat. Cuba kalau pemain Singapura buat macam tu kat pemain Malaysia. Mesti korang rasa nak buat tendangan padu maut kat pemain Singapura kan? Macam itulah perasaan pemain Singapura dan penyokong mereka. Dan akibatnya, next game pun Safiq tak dapat main..kan dah hilang seorang pakar sepakan percuma. Aidil pun takde. Sape nak ganti mereka? Kita cuma ada dua aje yang boleh dikatakan pakar sepakan percuma. Aidil cedera, Safiq dapat kad merah. Kita dapat apa? Dapat geram dan sedih aje..

7. Sarbini. 100% hati aku mengatakan dia tidak akan bermain untuk 2nd leg. Khairul Fahmi akan bermain. Mungkin malam ini bukan malam Sarbini. Tak menjadi. 2 free kick dia tengok aje. Gol ketiga aku boleh maafkan sebab itu memang silap defense. Kena plak sepakan yang memang laju macam peluru. Mana-mana gol keeper pun susah nak tahan. Tapi 4 gol lain, aku tetap rasa Sarbini boleh buat sesuatu kalau dia alert dan pantas bertindak..

8. Defense? Hancur. Kalau boleh sampai 5 gol bolos, itu tandanya defense hancur. Aku harap 2nd leg nanti defense tak hancur. Mesti kebal. K. Rajagopal pun aku rasa dah pening macam mana nak settlekan masalah ini. Tak guna tukar-tukar pemain ganti tempat defense. Kita kena latih pemain defense yang sedia ada untuk lebih alert dan bijak mengawal keadaan. Ini tidak, tadi..terlalu banyak peluang yang dibuka kepada pemain Singapura. Berapa banyak kali dah pemain Singapura masuk kotak penalti senang-senang aje?

9. Faktor padang yang macam gelanggang basketball membuatkan bola senang melantun-lantun dan bola laju walaupun disepak dengan perlahan. Aku rasa macam pemain Singapura main bola versi futsal sahaja tadi. Semua bola laju tapi tepat. Mungkin mereka dah biasa dengan padan sintetik ni. Emm, sapelah punya idea cipta padang sintetik ni haa?? Itu pasal pemain pertahana kelam-kabut tadi. Bola pun asyik cicir aje..

10. Pemain malaysia ni ada satu sikap yang dah lama aku perhatikan. Asal kita dapat gol, mesti diorang akan cool down. Rilek..tak kiralah tengah ketinggalan atau tengah leading. Asal dapat gol..time tu mesti defense huru-hara. Cuba agresif dan alert setiap masa. Jangan bagi dan buka ruang sangat kepada pihak lawan. Cuba macam Safee. Dia tanduk bola..pemain pertahana pihak lawan sampai tergolek dibuatnya..

#Ada banyak aku nak cakap. Tapi cukuplah. Kang ada yang mengamuk nanti. So far, 3 gol tu sebenarnya dah cukup banyak advantage. Kita cuma perlu menang 2-0 atau 3-1 atau 4-2 ketika berada di Malaysia nanti. Aku tak nak tengok angka lain. Aku nak tengok angka tu aje..kalau boleh, jangan bagi langsung Singapura golkan. Biar Malaysia aje golkan. Sampai 10 biji pun tak apa..

#Aku harap Safee akan perform untuk 2nd leg nanti. Kekalkan Amirul Hadi, Safee, Abdul Hadi dan Kunalan untuk 90 minit pertama nanti. Pemain tengah..pemain defense..itu K.Rajagopal kena buat sesuatu..

Ps: Tak ada video atau gambar. Biarlah dengan perkataan. Lebih mudah faham dan memahami.


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 25 comments. Apa plak komen korang?
rusliesophian - 23 Jul 11 at 17:46:55
Saya dah lama tak follow-up bola ni..! Dulu mmg hantu bola. Tgh nonton kat Stadium Merdeka…bila gol boleh tertendang kawan sendiri. Tapi harap Malaysia dapat cover balik deficit 2 gol tu.
Afiffuddin - 23 Jul 11 at 18:08:29
Ah.. diorang ada pemain omputeh, xaci.
aimannajmy - 23 Jul 11 at 21:03:29
kunalan botoi(gelecek) cukup sempoi punya.. pandai cari ruang dan peluang
Azah - 23 Jul 11 at 21:55:48
hujah2 di atas sume ak sokong. tp yg ak x brp nk sokong bab si Kunalan, dia main mmg bagus, player yg paling rajin berlari2 dan merampas bola. tp klau perhatikan dlm 1st half terutamanya, dialah punca bola terlepas dr kawalan malaysia. nk pegang bola lama sgt, x nk clear awal2. last2 singapore dpt sumbat gol. Tak dinafikan kunalan buat set piece mmg bagus, tp klau dia nk menyudahkan gol mmg kena practice byk lg. td ada satu peluang utk dia score, tp x dapat. mybe dia bukan seorg scorer.

Fakri? ak memang x berkenan dgn dia dr awal lg. mistake byk sgt mamat tu. huhu
wrizuan[dot]net - 23 Jul 11 at 22:52:50
adoi nak pi kerja pagi ni dgn semangat suram bro..
pantaidalam - 23 Jul 11 at 23:14:40
aku tengok cam ada yang kurang jer team raja gopal semalam,tapi apa2 hal pun aku memang suka dengan team olimpik kendalian kim swee
akazuma - 24 Jul 11 at 02:23:17
fakri tu tak yah maskkan. izzat pun sama. biar safee aje main. defense tu memang hancur pun..mentaliti tak kuat.
Pacifista - X - 24 Jul 11 at 03:50:39
kunalan MPV malam semalam!!!
zik - 24 Jul 11 at 05:40:46
lepas nie dijangka diaorang akan mark safee sali habis2 san… safiq rahim pun dah tak boleh main… aduyai…..
faiz - 24 Jul 11 at 05:55:21
defend mmg hancur semalam…tapi aku yakin malaysia bley menang dekat bukit jalil..
tehr - 24 Jul 11 at 12:05:13
aku juga heran
panjang gile tulis, tapi aku baca sampai habis rasa kejap je
hahaha aku tumpang geram

kat bukit jalil nanti kita akan lawan habis2an
Dulu Lain Sekarang Lain - 24 Jul 11 at 13:30:48
kecewa ehhh kalah. 2nd round mau balas balik!
zool - 24 Jul 11 at 15:32:45
aku harap norshahrul akan berganding ngan Safee nanti.. abdul hadi yahya akan jadi supersub lagi.. dia best jadi supersub..
amirul main starting.. n aku rasa defend memang kena tukar.. centre back kena cari baru. fadhli n muslim dah tak menjadi.
tgh yg nak ganti safiq tu susah.. tapi aku rasa leh try asaari.. bdn dia ok sikit..
faisalmizi - 25 Jul 11 at 02:36:57
Betui tue aku sokong kalu 3 org tue masuk awal..Safee,Abdul Hadi dan Amirul Hadi…
bEe - 25 Jul 11 at 03:11:10
Fuuyyooo
Bakal pengulas sukan ASTRO dak Titan ni tak lama lagi…. ;)
mat teropong - 26 Jul 11 at 01:28:15
aku paling hangin ngan sharbinie…langsung xboleh jd leader pada barisan belakang!!…hampes!! kayu!!
Esempoi - 27 Jul 11 at 04:11:49
aku harap kita layak je sekarang ni..

moga2 menang besar..
nuriz - 27 Jul 11 at 08:35:46
sabaq sabaq..nak wat cemana takdak rezeki huhu..tumbuk tiang takpa jgn tumbuk pompuan hehe
sjiehan - 01 Aug 11 at 18:25:20
biarkan je la…cerita lama… buat lain..lagipon singapore main laju…wpon boroi dan tua… huhu
Ronaldmohoni - 08 Aug 11 at 13:46:05
Terus terang, geram sebenarnya dengan Sarbini. Tugas seorang penjaga gol adalah menjaga gawang. Boleh kencang atau tidak, badan mesti diterbangkan, dapat tepis atau tidak, tu lain cerita, yang penting mencuba.
Farahaznil - 10 Aug 11 at 01:27:34
hu hu…biasalah tu…biladah gol…kepala pun besar…oleh main santai2 aje…bila nak kena 3 , 4 biji br la sibuk2 nak kejar baliik
Farahaznil - 10 Aug 11 at 01:38:41
hahaha…ko dah boleh gnti rajagopal pasni
Farahaznil - 10 Aug 11 at 01:42:48
hahaha…dah boleh ganti rajagopal titan nih
ainun - 29 Aug 11 at 09:05:14
pengulas hebat titan ni
sjiehan - 29 Aug 11 at 09:19:58
hebat ke ainun? hahha… nnt suggest kat asrto arena pgl titan.. heheh



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011