Hari ini aku cuma nak update bayaran terkini yang aku dapat dari satu lagi program affiliate tempatan iaitu program affiliate TipsPTD.com. Ya, ini salah satu projek singkat yang aku buat dalam bulan julai ini. Projek ini diberi nama projek 8 hari. Sebabnya aku cuma ada 8 hari sahaja untuk mempromosikan produk dari TipsPTD.com. Malah, cabarannya juga cuma 8 hari sahaja. Jadi, untuk promosikan pakej ebook TipsPTD ini bukanlah satu kerja yang mudah dan aku kena buat lebih kurang dalam 20 artikel untuk meraih income sebanyak ini.

komisentipsptd Komisen pertama dari TipsPTD.com


Haa, nampak? Sikit ke banyak tu? Aku rasa dah cukup banyak. Untuk dapat jumlah itu, bukan satu kerja yang mudah. Selama 8 hari itu, sekurang-kurangnya 1 artikel akan aku update di super blog aku tu. Ianya blog yang sama juga aku gunakan untuk promosi produk Pegawaikerajaan.com. Sebab blog itu niche utamanya adalah pendidikan. Jadi, memang blog aku tu sudah jadi salah satu tempat rujukan untuk ramai orang. Aku belum bersedia lagi bagitau blog yang mana satu. Tapi tunggu saja. Nanti aku cerita pasal blog tu..

Cara yang aku buat? Simple. Tulis artikel, letak gambar sikit, letak video sikit, buat ayat-ayat cinta sikit, swing sana, goreng sini..tup, tup..dah nak dekat 20 artikel dah rasanya. Haha..banyak kan? Tapi dari 20 artikel itulah aku berjaya memperolehi 31 jualan dalam masa 8 hari. Bukan senang untuk aku untuk capai tahap tu. Biasanya untuk blog, memang sukar nak dapat jualan. Biasanya mereka yang ada mailing list yang targeted dan juga mailing list yang ramai sahaja mampu capai level tersebut. Mereka yang otai dalam email marketing ni, selamba-selamba aje dapat 20-50 jualan dan ke atas. Aku kena guna segala pengalaman dan trik yang aku dah belajar sebelum ini untuk dapat sales sebanyak tu. Susah, tapi apa yang aku rasa itu sangat berbaloi. Tambah duit sikit, leh angkat iPad 2 kalau aku nak. Nak angkat Blackberry pun boleh. iPhone mahal sangat. Kang hilang, kang masuk lubang jamban, tak pasal-pasal aku hantuk kepala kat tiang lampu isyarat.

Cerita yang lebih detail aku akan kongsikan dalam tips menaikkan Alexa rank nanti. Bukan hari ini. Tapi hari-hari yang akan datang. Mungkin tips no. 11, 12 dan 13. Sekarang ni baru tips no.9 bukan? Jadi, tunggu sahajalah. Aku tengah ada mood nak update komisen yang aku dapat sahaja sekarang ni. Dah datang mood nak taip panjang-panjang, aku taip dan bagi korang baca. Hehe..

Ps: Ada sesiapa yang join contest Astro My Music? Korang ada hantar video tak? Mana tahu, kalau video korang dipilih, video tersebut akan dipaparkan di Astro. Bukan senang tu nak masuk tv..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 29 comments. Apa plak komen korang?
topo - 22 Jul 11 at 08:09:39
fuyooooo ehem.. ehem.. hahahha.. dasyat gak komisyen dia ye..

dah nak dekat exam ptd baru aku tau ramai member aku amek exam.. kalau tak memang aku dah promote abes2 dah rahsiaptd ni -.-
titan - 22 Jul 11 at 08:33:21
topo. Haha..aku sendiri terkejut. Aku target dalam 5-10 sales aje. Sekali..3x ganda aku dapat. Haha..

Ramai gak member aku beli. Tapi bukan beli under aku. Cisss… :)
mamat - 22 Jul 11 at 09:13:50
titan ni mmng pandai buat duit :D
Lizz - 22 Jul 11 at 09:25:43
tolonglah tunjuk ajarku sifu. hehehehehe. aku nak belajar!!!!!! wakakakaka
titan - 22 Jul 11 at 09:43:16
mamat. Hehe…aku mana reti buat duit. Aku paksa orang bagi aku duit ni. hehe..

Lizz. Nak belajar apa? Hehe..
dnoBiz - 22 Jul 11 at 10:50:49
uiksss
banyak tu…
mesti artikel power..
ahmadyani - 22 Jul 11 at 10:57:30
Baru menjenguk ke sini. Kena kerap menjenguk selepas ini. Banyak ilmu yang ada di sini terutamanya ilmu dapatkan duit melalui internet. Yang pentingnya ilmu blogging.
shamsuriyadi.com - 22 Jul 11 at 11:51:16
daripada blog dapat 1 sales je..itupun daripada artikel tahun lepas. 46 sales lagi daripada google adwords. Tak dapat komisen..tunggu turn.
Sobri Mansor - 22 Jul 11 at 12:03:33
Tahniah bro, kalau komisen dah 1 ribu, rasanya sales yang bro buat pun boleh tahan jugak nih
mancai - 22 Jul 11 at 12:38:27
wah… sudah ada duit raya tu… tak pernah merasa lagi komisen sebanyak tu… tahniah2
abdfatah - 22 Jul 11 at 12:38:58
semacam dapat aku meneka akan blog tersebut…

takper laa lain kali laa aku berteka teki…

tahniah banyak2… komisen banyak giler tuu…
izwannizam - 22 Jul 11 at 14:11:59
sifu,sila beri tunjuk ajar.heee
Jai - 22 Jul 11 at 14:24:07
Tahniah bro…. Harap dapat tunjuk ajar pada kami2 yang buta banyak nih…he3
Amirez - 22 Jul 11 at 14:52:53
pergh…memang mantop ni bro. bila agaknya nak bukak kelas jana duit ni hehe
Datin Tyka - 22 Jul 11 at 14:57:13
nak duit raya..
plisssssssss
MDHAFiZ.NET - 22 Jul 11 at 15:12:03
hari-hari tengok duit daa… :)
hairul azni - 22 Jul 11 at 15:54:16
Aku suka ayat ni ” iPhone mahal sangat. Kang hilang, kang masuk lubang jamban, tak pasal-pasal aku hantuk kepala kat tiang lampu isyarat.”
Lawak spontan punya ayat..
Apa-apahal pun, tahniah bro sbb dapat income banyak tu.. aku kena belajar banyak dari bro ni.. :-)
Fahmi Raazali - 22 Jul 11 at 16:17:53
tahniah… aku tak lepas2 main affiliate… perlu memperbaiki tahap utk fokus :D
Afiffuddin - 22 Jul 11 at 19:50:47
Haha, tahniah bro. Nie komisyen kedua aku, sebelum nie 1 jualan, kali komisyen ke-2 Aku dapat 3 angka. Alhamdulillah ada peningkatan. :)
tehr - 22 Jul 11 at 20:29:49
sila terima jeles aku yang ketiga
haha
Kak Long Mawar Merah - 23 Jul 11 at 00:03:13
Banyak tu. Pandai sungguh cari duit.
titan - 23 Jul 11 at 00:16:31
dnoBiz. Artikel tak perlu pelik sangat. Biasa-biasa aje. Janji, artikel tu ada maklumat yang dicari. Itu dah cukup. :)

ahmadyani. Lepas ni, rajin-rajinlah menjengok ye. Hehe..

shamsuriyadi. Yap..aku tahu iklan mana tu. Selalu nampak masa tempoh promosi tu..patutulah leh dapat banyak sales. haha..

Sobri Mansur. Sama-sama. Aku try aje. Tak sangka leh henjut banyak sales tu. HOho..

mancai. Haha..aku pun jarang-jarang leh dapat banyak ni. Yang lain lagi terer dari aku..top 10..semua beribu-ribu diorang dapat..aku dapat top 14 aje..

abdfatah. Haha..sila teka ye.. :)

izwannizam. Hehe..sila. Sila..

Jai. Insya-Allah. Tunggu sahaja ye. Hehe..

Amirez. Setiap artikel aku tu, anggaplah macam korang ambil kelas dari aku. Boleh? Hehe.. :D
titan - 23 Jul 11 at 00:20:08
DatinTyka. Ohh..duit raya kena cari maa. Rajin-rajinlah datang ke rumah nanti ye..

MDHAFIZ.net. Hehe..kita kena rajin maa cari duit raya. Anak buah aku ramaiiii nih..

hairul Azni. Hehe..gila meroyan aku kalau baru beli iphone, tetiba jatuh dalam lubang tandas..gila. gila. Haha..

Fahmi Raazali. Takpe. Boleh aje. Kena fokus dan disiplin la sikit. Hehe..

Afiffudin. Aku pun rasa ini bayaran aku yang kedua. Tapi aku tak jumpa post aku yang lama dulu. Ntah mana nyoroknya..

tehr. Aku terima jelesnya dari ko dengan hati yang terbuka. Hoho.. :D

Kak Long Mawar Merah. Hehe..kena pandai kak..anak buah ramai nak kena suap lepas raya nih. Haha..
faiz - 23 Jul 11 at 10:12:29
kagum tgk komisen ko..aku pernah nk try affiliate ni tapi susah sgt aku rase..
merahkatak - 23 Jul 11 at 11:13:57
waa. 1 riibuuu :)

takk kira. nak juga piza 10 biji!
Ronaldmohoni - 08 Aug 11 at 14:06:55
Tahniah Titan.
RM1000 lebih tu. Terus terang, semenjak berjinak-jinak dengan affiliate nih, tak pernah dapat income sebanyak itu.
sjiehan - 27 Aug 11 at 13:41:14
1k? wah2…. saya rasa, pendapatan melalui blog titan ni, dah lebih 10k….btul x?
Farahaznil - 27 Aug 11 at 15:23:14
31 jualan 1 hari..mantap tu brooo
ainun - 27 Aug 11 at 16:08:03
farah…bukan satu hari…8 hari semuanya…



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011