Hari ini, aku nak cerita tentang satu lagi program yang agak mudah untuk korang sertai. Program itu adalah Peer Gomez. Tapi aku bagi amaran, benda ni boleh jadi mudah, boleh juga jadi susah. Jadi, nak join atau tidak. Terpulang. Aku tak paksa dan tak halang. Ikut hati koranglah ek..

Sebelum tu, ini bayaran terbaru dari Peer Gomez. icon smile Komisen kedua dari Peer Gomez

paymentfrompeergomez Komisen kedua dari Peer Gomez


Kalau tak silap aku, ini bayaran kedua. Kalau silap, mungkin ini bayaran ketiga. Aku malas nak login akaun Peer Gomez aku untuk check. Jadi, aku anggap aje ini bayaran yang kedua dari Peer Gomez. Ok, camana nak buat duit dengan Peer Gomez ni?

1. Daftar di website Peer Gomez.
2. Download software Peer Gomez. Agak berat gak la nak download. 40-50MB aje.
3. Dah download, install di komputer atau laptop korang.
4. Buka software ni setiap kali korang ON laptop korang. Itu aje.

Aku kurang pasti rate yang Peer Gomez bayar. Tapi sen-sen gak la setiap hari. Boleh dapat 5-10 sen sehari kalau tak silap. Minimum payout adalah 5 dollar. So, bayaran kedua ni aku dapat selepas run dalam 1-3 bulan. Tapi tak tetap. Sebab ada masa, aku tak ON benda ni dan ada masa aku terlupa. Ada member aku, dia bukak laptop 24 jam dan biar software ni run setiap hari. So, dia dapat lebih dari 5 dollar disampingan earning dari mereka yang register under beliau. Aku sendiri dah jarang promosi benda ni. So, susah nak dapat downline. Kalau tak silap, leh dapat 2 dollar untuk setiap downline. Dengan syarat, mereka jadi pengguna aktif untuk Peer Gomez ni. Tak aktif, korang tak dapatlah 2 dollar tu.

Minat? Boleh daftar disini >> Peer Gomez

Risiko? Aku tak pasti. Jangan tanya aku. Aku sentiasa ambil risiko dalam setiap program yang aku sertai. Ada yang kata program ni akan curi maklumat dari komputer kita. Betul atau tidak. Aku tak pasti. Tapi setakat ini, aku tak rasa software dan program ini membahayakan aku. Tapi kalau korang tahu sesuatu yang aku tak tahu dan ianya membahayakan aku, sila bagitau aku. Hehe..

Ps: Ada peraduan mengira logo. Korang dah join belum peraduan anjuran F&N ni?? icon biggrin Komisen kedua dari Peer Gomez


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 28 comments. Apa plak komen korang?
Dulu Lain Sekarang Lain - 20 Jul 11 at 01:41:31
kawe tunggu komisyen dari Salena Gomez.. he he :D
Jai - 20 Jul 11 at 02:54:32
40-50 mb? Aku guna berukband ni sampai meletup2 pun x bais2 download lagi..hu3
cmne program ni dpt keuntungan utk membayar peserta?


Artikel terbaru:
Menghasilkan Pendapatan Dengan Blog Dan Apakah Sumber Pendapatan
Fahmi Raazali - 20 Jul 11 at 05:25:26
erm… byk guna bandwidth tak program nie… kalau guna broadband sakit la… :D
titan - 20 Jul 11 at 05:42:15
Dulu Lain Sekarang Lain. Hehe..salena gomez? Hoho.. :D

Jai. Hehe..pakailah streamyx wehh..

FaizalSukri. Diorang ada duit. Diorang bayarlah. Pasti mereka ada cara untuk dapat keuntungan tersendiri.
Chipcoklat - 20 Jul 11 at 06:44:53
Hohoho..ini yg chip suka masuk blog titan ni.. hehehe… ade saje program buat duit yg titan ni buat..huhuu.. chip rase chip nak cuba la..hehehe
wandisini - 20 Jul 11 at 08:17:50
benda berisiko memang seronok nak dicuba. tak cuba tak tahu
hafizmd - 20 Jul 11 at 08:38:51
DLSL: haha…kang dah dapat, kongsi kat blog boleh? :D
hafizmd - 20 Jul 11 at 08:39:47
blog ni mmg tak sunyi dari cerita2 best camni…terbaik titan!
Zida - 20 Jul 11 at 08:49:02
Baru paham konsep blog ni. heheh
chii - 20 Jul 11 at 08:59:13
chii setuju ngan hafizmd..byk yg da titan share..tp sampai skrg ni..chii tak berkesempatan pun nak join mana2 program yg ada..
Kamarul Azriâ„¢ - 20 Jul 11 at 11:35:01
betul tu hafizmd, setiap hari ada je update tentang online money ni
nizam ijam - 20 Jul 11 at 12:35:07
alamak…tak pernah tahu nie..tak berani lak nak cuba..hehe
Ali ridha - 20 Jul 11 at 14:11:48
ni buat orang risau ni.dah la berat sangat.internet bukan lama sangat.
wrizuan[dot]net - 20 Jul 11 at 14:32:49
bro aku ingat nak belajar la skit mana part yg boleh bikin RM….:)
sabree hussin - 20 Jul 11 at 14:40:18
macam mana dia hasilkan duit.. i mean macam mana sistem buat duit dia berfungsi titan?
Sir Marcello - 20 Jul 11 at 16:29:49
pergh…berat giler software dia…respek kat lu…berani amik risiko…

high risk - high return…amirite?
tehr - 20 Jul 11 at 17:29:31
brukban siput sedut ni memang tak akan boleh muat turun, bro
dapat baca ni pun dak kira bersyukur sangat
zik - 20 Jul 11 at 18:17:47
erm… tak berani2… fokuskan yang sedia ada dulu….
catzer - 20 Jul 11 at 21:57:32
beb nanti aku turun jerantut belanja pizza erk :)
Juan - 21 Jul 11 at 01:40:09
mak ai, blog ni memang earn cent lah, hehe
mny - 21 Jul 11 at 03:43:15
aku pun nak tunggu komisyen dari selena gomez jugak laaa.. oh my love.. hahaha..



Petrol Oh Petrol
mat teropong - 21 Jul 11 at 03:49:24
wah..banyak dh $$ ni~~~
Mr.Bintang - 21 Jul 11 at 15:25:31
aku dah penah cuba dulu tp terhenti sbb format pc.. lupe nk install balik.. hohoho… da lama tinggal.. :P
titan - 23 Jul 11 at 00:32:30
chipcoklat. Hehe, sila cuba ye.. :)

wandisini. Sebab tu aku suka mencuba macam-macam program.

chii. takpe, ada masa nanti, barulah join ekk..

hafizmd. hehe..aku akan cuba memuaskan hati korang. haha..

Kamarul Azri. Hehe.. :)

nizam ijam. Cuba aje kalau mahu. Tak nak? takpe, aku pun bukannya paksa koran join.
titan - 23 Jul 11 at 00:36:46
Ali ridha. Hehe..join kalau nak. Tak nak pun tak apa.

wrizuandotnet. Boleh, boleh aja.. :)

sabree hussin. Itu aku kurang pasti. Bagi aku, dia bayar kita jika kita run software dia. Itu aje..dari mana dia dapat keuntungan, itu aku kurang pasti. Aku masih kaji lagi benda ni.

Sir Marcelo. Yap. High risk, high return la. Kena berani tanggung risiko.

tehr. Hehe..tukarlah. Pakai streamyx. Haha..

zik. Hehe. betul tu. Fokus dulu dengan apa yang dah ada tuu..

catzer. Dari dulu hingga sekarang, itulah juga yang ko cakap. Banting pun tak turun, inikan jerantut. Lalala…

JUan. Hehe.. :D

mny. Hehe..apsal semua cakap pasal selena nih wehh..

mat teropong. Bolehlah. Sikit-cikit..

Mr.Bintang. Aku pun dah lama tinggal. Bila aku tengok earning nak dekat cashout, so..aku run balik. Haha..
Ronaldmohoni - 08 Aug 11 at 14:33:42
Peer Gomez? benda baru nih. Teringin nak cuba. Benda free, bukannya berbayar. Cuma yang merisaukan, takut pula broadband nih bertukar jadi berukband.
ainun - 27 Aug 11 at 16:14:45
first time dengar…



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011