Hari ini aku nak update bayaran terkini yang aku terima dari program Innity. Nampaknya kali ini aku dapat sikit sahaja. Tak berapa banyak macam dulu. Tapi itu lebih baik daripada tak dapat langsung bayaran dari Innity dalam setiap 45 hari. Betul tak? Lagipun, blog aku yang lepas Innity tu pun dah jarang aku update macam selalu. So, trafik pun macam milo suam ajelah dibuatnya. Kena usaha lebih kuat sikit la gamaknya. Haha..

komisendariinnity2011 Komisen ke 8 dari Innity


Salah satu sebab bagi blog-blog Innity aku ni, aku jarang nampak iklan CPM keluar kat blog aku. Tak selalu. Bukan tak ada langsung. Jadi, memang kurang sangatlah aku dapat income melalui iklan CPM mereka. Aku cuma berharap pada iklan CPC sahaja. Kena dapat iklan yang kliknya antara 70-80 sen untuk 1 klik, itu dah cukup bagus. Kalau 10 klik aku dapat sehari, ada peluang untuk aku dapat 7-8 ringgit. Tinggi jugak tu kan? Jika nak dibandingkan pula dengan iklan CPM, kekadang tawaran yang ada adalah 6-7 ringgit untuk setiap 1000 impression. Kalau betul iklan CPM tu selalu keluar, tak apa. Tapi kalau jarang macam yang aku kena, memang sakit jiwa la dibuatnya. Tak apa..aku kena buat test something dulu. Tengok menjadi ke tak untuk bulan ini.

Aku takde tips istimewa untuk program Innity. Jika korang nak buat duit dengan Innity, pastikan korang ada blog yang cukup mantap dan mampu dapat trafik yang tinggi setiap hari. Nescaya korang akan dapat banyak berbanding apa yang aku dapat. Lagipun, ramai blogger yang lebih terer dan kacak berbanding aku dalam jurus-jurus Innity ni. Jadi, bolehlah belajar dari mereka berbanding aku yang slow sikit dalam berInnity nih..

Siapa yang berminat, boleh daftar dengan Innity. Pengkerasnya mudah sahaja. Blog korang sentiasa berupdate, ada 20 ribu unique visitor dan 100 ribu page view atau impression setiap bulan. Itu sahaja.

Ok, aku penat sangat hari ini. Jadi, aku update lambat. Lagipun ada kenduri doa selamat kat kampung. Kena balik tolong apa yang patut. Bungkus nasi apa yang patut. Masak apa yang sempat. Inipun baru terbangun dari tidur jam 5 tadi. Haha..

Ps: Pakcik aku beli kereta Proton Inspira baru plak. Rasa cam best plak test drive keliling kampung. Ramai plak awek kampung jalan-jalan petang tadi ek. Bangga plak dengan Inspira pinjam semalam. Haha..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 26 comments. Apa plak komen korang?
hafidz - 18 Jul 11 at 03:37:02
nak usaha juga naikkan trafik blog. biar layak pakai innity :D
merahkatak - 18 Jul 11 at 05:39:21
wahh, 8 kali dah dapat duit dari innnity. tahniah. :)
Fazreen - 18 Jul 11 at 08:29:15
Satu je aku belajar dri ko..klu nk income tu berterusan pastikan ada content baru tiap2 hari..cuma aku nk tny ko..ko ada promote blog2 ko guna social bookmarking ke atau2 lain website x?
MDHAFiZ.NET - 18 Jul 11 at 09:58:59
aku on the way nak built traffik untuk aplly innity di blog… mudah mudahan dapat diluluskan..amiin… :)
Oh Malaysia - 18 Jul 11 at 14:18:15
ok la tu kan daripada x datang langsung. susah jugak nak maintain trafik ni.
danish - 18 Jul 11 at 15:43:50
20k unik visitor per month untuk apply. Gila punya banyak. Apapun tahniah untuk titan sebab dapat income dari innity ni
Mr Rileks - 18 Jul 11 at 17:54:10
nie yg aku jeles masuk blog nie, mesti tgok benda macam nie… hahaha… bro, innity nie smua impian blogger bro… tahniah bro… :) aku suka terjah blog nie sbb share benda2 mcm nie…
mancai - 18 Jul 11 at 20:07:44
wah tahniah… aku masih2 lagi tak layak untuk daftar innity ni… kena berusaha lagi nmampak gayanya ni…
Jai - 18 Jul 11 at 20:17:03
Aku rasa bro ni jenis low profile blogger… Semua blog rahsia.. Blog ni je yang aku tau.. Blog lain aku x tau…hu3

Mna blog lain? Nak usha jugak..
rina - 18 Jul 11 at 21:57:55
hoho..duit dari innity lagi.. :)

tahniah..tahniahhh
alamonline - 19 Jul 11 at 07:56:44
Jai, list blog bro titan ada sikit2 dia list kat footer ni…
zool - 19 Jul 11 at 12:26:30
Blog kereta aku layak dapat innity walaupun traffik tak lepas syarat., tapi income tak berapa la..
Esempoi - 19 Jul 11 at 16:49:31
aku pun nak share gak la duit dari innity ni.. hehe
zik - 19 Jul 11 at 19:25:14
to jai… dekat footer nih ada salah satu blognya.. haha.. banyak weyh blog bro titan…. innity mungkin bulan depan nak apply.. tapi masih takut2 lagi… huhu..
nizamghazi - 19 Jul 11 at 22:36:17
Mcm ne nk dpt 20,000 unique visitor permonth?? at least sehari mesti ada 666 unique visitor. Takkan nk Blog walking or promote blog smpi jari meletop. Pelik ak. Nasihat sikit kt ak please..
titan - 19 Jul 11 at 23:02:15
hafidz. Innity ni, nak tak nak, trafik kena banyak. Baru senang dapat duit.

merahkatak. Sama-sama. :)

Fazreen. Ada. Tapi takdelah hari-hari. Ikut mood aku la..

MDHAFIZ.net. Haha..aku perasan. Banyak entri yang menarik trafik kat blog ko sekarang.

Oh Malaysia. Yap, tak semudah dari apa yang kita sangka.

danish. Sama-sama. Itulah yang Innity mintak. Barulah dapat join diorang. hoho..

Mr Rileks. Impian semua blogger? Wahh, ayat panas dan mantap tu. hoho..
titan - 19 Jul 11 at 23:16:44
mancai. Usaha lagi sampai dapat. Itu yang aku buat sampai aku diluluskan. hoho..

Jai. Tidaklah..ada yang aku bagitau. Ada yang aku tak bagitau. hehe..

rina. sama-sama. :)

alamonline. Hoho..

zool. Yap, kategori blog juga salah satu syarat untuk lulus dari innity.

Esempoi. Share ajelah. hehe..

zik. Apply aje kalau syaratnya dah cukup. Kalau kena rejek, tanya balik kenapa tak lulus..pastu, baiki semula dan apply semula..

nizamghazi. Senang aje. Ko tiru apa yang blogger kita buat. Kejar topik panas. Artikel sehari..paling cikai pun 5-6 artikel..bila dah banyak artikel..baru slow down 1-2 artikel sehari..dah capai target..update 1-3 artikel seminggu dah cukup..mula-mula..memang kena jadi gila sikit..
Muhammad Iqbal - 19 Jul 11 at 23:52:49
Hoho.. Terbaik bro…

boleh buat belanja duit tu… :D
titan - 20 Jul 11 at 00:17:31
Muhammad Iqbal. Hehe..belanja nasi lemak hari-hari. :)
Jayce - 20 Jul 11 at 01:26:30
Congrats. :D
reezluv - 20 Jul 11 at 03:48:47
blog picisan cam aku ni mana layak lagi nak apply Innity..rasa macam nak apply Kontera plak..:P
titan - 20 Jul 11 at 05:50:23
Jayce. Thanks. :)

reezluv. Haha..apply ajelah. Aku dah kurang berminat dengan kontera..
hafizmd - 20 Jul 11 at 08:58:11
nak pinjam inspira sekali boleh?

hahaha…takde kaitan langsung dgn entri…keh2
Ronaldmohoni - 08 Aug 11 at 15:04:40
Tahniah Titan.
8 kali tu. Hanya blogger hebat mampu bermain dengan innity. Pengerasnya, cukup menyakitkan kepala juga nak capai. Tengah berusaha nih, nak capai pengerasnya.
sjiehan - 08 Aug 11 at 15:39:19
20 ribu unique visitor dan 100 ribu page view atau impression setiap bulan??


x mampu lgi vro.. kene menuntut lgi nih
ainun - 27 Aug 11 at 16:20:53
20k…angka sangat banyak bg saya..tak mampu lagi



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011