Ok, hari ini kita sambung tips untuk naikkan alexa rank blog korang. Part 3. Sejujurnya, aku tak nak kongsi artikel ni sebab ianya terlalu panjang.

Tips kali ini melibatkan penghasilan sesebuah artikel yang boleh dikatakan menarik, berkualiti, simple dan mencapai target yang kita mahukan. Ok. Untuk menghasilkan artikel yang bagus, ianya mesti mempunyai kesinambungan dari pelbagai perkara. Macam aku kata sebelum ni, kalau korang nak buat duit, korang mesti kejar sekurangnya 3 perkara. Pertama, alexa rank. Kedua, pagerank dan ketiga relevancy. Aahh, payah aku nak terang dengan perkataan. Artikel hari ini mungkin panjang sikit sebab aku cuba nak bagi korang faham apa yang aku buat. Sejujurnya, aku tak nak kasi tau sebab apa yang aku buat ni, mudah diikut dan ramai orang akan hentam aku sebab bocorkan rahsia yang sebenarnya mudah tetapi orang kita tak perasan.

tipsalexarank1 Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 3


Sebelum aku pergi jauh. Aku nak korang faham sesuatu. Apa yang aku buat ni, memang berlandaskan duit. Maksud aku, aku menghasilkan super blog. Super blog yang aku buat ini, mesti mampu menghasilkan duit. Jadi, ianya berbeza dengan blog personal. Namun,  super blog ini ada ciri-ciri personal atau peribadi. Sebab apa? Jika blog kita tidak ada langsung nilai personal, susah nak tarik minat advertiser, pembaca blog dan juga peminat. Jadi, untuk menghasilkan blog yang mampu menghasilkan duit, kita kena setkan dalam minda kita. Kita nak buat duit. Bukan nak buat hobi yang biasa-biasa. Kalau kita set biasa, kita dapat hasil yang biasa. Kiranya setimpal dengan usaha kita yang biasa itu. Sebab tu, korang akan nampak komen sana-sini atau artikel yang beritahu, mereka takde luck nak buat duit, susah nak dapat cek nuffnang, susah nak buat duit adsense, susah nak itu dan susah nak ini. Mengapa? Usaha korang tak cukup. Trik korang belum cukup power dan kekurangan skill serta tools yang mampu membantu korang menghasilkan super blog yang berkualiti. Dan korang kena faham, untuk menghasilkan super blog yang berkualiti, bukan mudah dan ianya akan mengambil masa.

Ok. Untuk menghasilkan super blog. Macam mana? Korang dah tahukan dari 2 artikel aku sebelum ni. SEO, alexa rank dan blog. Memang tak boleh dipisahkan. Once korang start beli nama domain, dari situ sudah bermulanya permainan SEO. Aku tahu ramai yang tak tahu. Sebab tu korang boleh nampak ramai yang beli nama domain ikut suka hati diorang. Aku takde masalah dengan itu. Tapi sekurangnya, nama domain tu jangan mengarut sangat. Baca balik tips no.6 tu. Nama domain tu penting. Sebab utamanya, memudahkan orang ingat nama blog korang. Contoh? Ohbulan.com, blogserius.blogspot.com, beautifulnara.com, lensarosak.blogspot.com, keretamayat.com, earncent.com dan macam-macam lagi.

keretamayat Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 3

ohbulan Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 3


Nama domain yang aku tulis ni, unik dan mudah diingat. Sekurangnya mesti ada 2 suku kata.(kalau salah bagitau aku) Oh-bulan. earn-cent. beautiful-nara. lensa-rosak. kereta-mayat. Nampak? Senang nak ingat kan? Dan dari nama domain ni, kalau nak diSEOKan atau tidak, takde masalah sebenarnya. Aku boleh buat mana-mana super blog yang namanya ada 2 suku kata dan nama domain tersebut tidak susah untuk diingat dan tidak mengarut. Faham? Pemilihan nama earncent.com juga aku adalah salah satu projek super blog aku. Nama domain ini aku fikir lebih setahun sebelum aku beli nama domain ni. (Aku dah rasa panjang dah artikel ni.citer bab nama domain pun boleh 1000-2000 patah perkataan kalau aku nak..)

Ok. Skip bab nama domain. Aku harap korang pepandailah ye. Masuk bab artikel. Untuk menghasilkan super blog, korang mesti PANDAI dan KREATIF menghasilkan artikel. Camana nak hasilkan artikel berkualiti dan bagus untuk menarik pembaca dan trafik?

# tajuk artikel
# isi artikel (gambar dan video)
# tag dan category
# permalink
# bold dan italic.

Ok. 4 point ini adalah antara benda utama untuk hasilkan artikel yang berkualiti. Aku skip untuk tajuk artikel sebab aku rasa korang dah boleh tangkap dari artikel yang lepas, bukan? Tengok point no.8 dulu.

9. Isi artikel (gambar dan video) - akhirnyar baru masuk point utama..demm. icon sad Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 3

Untuk menghasilkan artikel yang bagus, ada BANYAK cara. Dan benda ni sebenarnya agak subjektif. Tak semua orang rasa artikel yang korang tulis itu berkualiti. TAPI sekurang-kurangnya, korang mesti yakin dan percaya artikel yang korang tulis dan taip itu berkualiti. Tak kiralah pendek atau panjang. Kalau korang rasa dah berkualiti, itu dah cukup. Tak yah dengar sangat cakap karut blogger otai lain. Entri panjang, tak semestinya bagus. Dan entri pendek tak semestinya huduh. Korang rasa dah bagus, itu dah cukup. Percaya pada abiliti dan kekuatan korang. Faham?

Seterusnya, penjenamaan blog. Ingat kan isu ni? Ada aku selit dalam artikel yang lepas kan? Setiap artikel yang korang tulis sebolehnya ada unsur atau elemen peribadi korang. Antaranya penggunaan kata ganti nama diri yang pertama dan kedua. Aku, saya, ana, kita, kome, gua, I, Amat, Bakar, Anis, cikgu, doktor, dan sebagainya. Kau, ekau, deme, engkau, ko, mereka, korang, awak, lu, dan macam-macam lagi. Pilih. Macam untuk blog ini, aku pilih ‘aku’. Ada blog lain, aku pilih ‘saya’. Ada blog lain, aku pilih ‘gua’. Ini salah satu unsur peribadi. Korang pilih ikut kesusaian blog dan diri korang. Aku tak nak masuk campur. Pilih mana korang selesa. Ini penting dalam penulisan artikel. Nampak macam remeh kan? Tapi orang akan ingat ini sebagai jenama dan identiti blog korang.

Next, penggunaan video. Jika artikel korang memerlukan video untuk membantu dalam penerangan. Jangan malu atau segan untuk gunakan video. Contohnya, dulu ada isu bola Malaysia lawan Lubnan. So, confirm dari kul 12 malam, mesti ramai dok cari video jaringan gol dari budak-budak Lubnan kan? So, lepas habis perlawanan blog tu, sepatutnya korang dah sediakan dengan artikel yang khusus untuk ulas tentang perlawanan bola tersebut mengikut imaginasi dan kekreatifan korang dan letakkan video dalam tu. Sebab kita tahu, ramai orang nak cari video-video tersebut. Even kalau artikel korang tu, cuma penuh dengan video jaringan gol sahaja, kena plak tajuknya kena dengan keyword yang selalu dan akan orang cari, artikel itu dah cukup berkualiti dan bagus untuk tarik pembaca. Mana nak cari video panas tu? Haa, itu korang kena pandai-pandailah cari. Takkan aku nak ajar gak. (Bersambung untuk cerita yang lebih detail)

isubersih Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 3


Penggunaan gambar pun sama juga. Perhatikan pada isu yang sedang panas. Mesti mereka rajin cari gambar-gambar berdasarkan isu semasa. Sebenarnya bila ada isu panas macam isu Bersih 2.0, isu bola, isu artis, isu pendidikan. 3 benda yang selalu orang akan cari di search engine. Informasi, gambar dan video. 3 benda ni ada dalam blog korang ketika itu, berduyun orang datang masuk blog korang. Contoh macam isu bersih, aku letak 3 artikel yang hanya berisi gambar sahaja tetapi berkaitan dengan bersih 2.0. Beribu-ribu orang datang ke blog ujikaji aku tu. Sampai hari ini, masih ada orang lagi gambar-gambar yang berkaitan dengan Bersih 2.0. Jadi, kena pandai tackle bab ni. Cara nak tulis artikel senang aje. Ulas tentang isu tersebut, ulas sikit-sikit pasal gambar mengikut gaya dan kekreatifan korang dan beri kredit kalau korang jumpa gambar tu dari mana-mana website atau blog. (Ini juga ada sambungannya nanti..)

kujie2 Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 3

ariffshah Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 3


Isu kekretifan dan gaya penulisan artikel. Ok, benda ni subjektif. Ikut suka korang sebab blog tu korang punya. Jadi, ayat-ayat, perkataan, punch line, slogan yang korang gunakan dalam artikel korang, mesti ada ciri-ciri korang. Orang akan kenal dan ingat. Contoh? Pernah masuk blog blogserius dan blog lensarosak? blog keretamayat Nampak perangai diorang dalam tulisan diorang? Tengok blog aku. Nampak perangai aku macam mana? Dari tulisan, korang boleh ingat perangai dan peribadi seseorang penulis blog tu macam mana. Dari situ, tarikan sesebuah artikel itu akan dapat menarik perhatian pembaca korang. Dan beribu orang akan datang jika perangai korang itu unik dan pembaca boleh terima. Tengok blog ariffshah, blog denaihati, blog kak jie dan sebagainya. Korang nampak perangai dan peribadi mereka macam mana bukan? Jelas dan terang bukan? Sebab apa korang masuk blog mereka? Sebab apa yang mereka tulis dan sebab diri mereka, Malah, ada 1001 sebab mengapa korang boleh tertarik dengan sesebuah blog. Dari sinilah korang kena pandai cari dan tackle pembaca. Tapi benda ni ambil masa. Mereka yang aku sebut tu, ambil masa untuk jadi sebegini popular dan disegani. Tak ada jalan mudah untuk jadi popular. Sama macam artis. Macam-macam kena buat kan? Contoh terbaik, Aizat. Dulu dia gemuk, ada orang pandang? Sekarang bila dah kurus, lagu pun sedap, menang banyak anugerah pula tu, jadi penulis lagu dan lirik lagi. Awek dan gadis pun tergilakan beliau. Buat konsert pun penuh memanjang. Nampak usaha beliau? Duit tak datang bergolek maa. Nak minum air oren pun. Kena masak air, kena bancuh dengan kordial. Tambah gula sikit. Tambah limau nipis sikit. Letak ais. Baru sedap kan?

denaihati Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 3


Artikel yang kreatif dan mampu menarik trafik ni sebenarnya gabungan banyak benda dari segi teknik, taktik, skill dan pengalaman.  Tapi hari ini, aku cerita dari beberapa sudut sahaja. Part yang paling penting adalah lepas ini. Tag, category dan bold. Part ni paling menarik sekali sebab ada cara jahat yang aku buat dan korang boleh tiru. Haha!! Ini aku cerita lain kali. Dah panjang sangat ni. Kang korang kata aku ajar benda sesat pulak..

Ini bukan artikel yang lengkap, ada masa, aku sentuh lagi bab artikel ni dalam siri-siri yang akan datang. Benda ni aku cerita dalam teori sahaja, tapi aku yakin ianya berkesan. Cuma aku tak dapat nak tunjuk bukti gambar dari apa yang aku pernah buat. Insya-Allah, kalau panjang umur, aku cerita lagi.  Ada banyak yang aku tak terangkan lagi. Dan banyak peperangan dalaman yang perlu korang handle dengan baik dan teliti sebelum sebuah artikel tu jadi bagus dan berkualiti. Sekali lagi aku ingatkan, artikel berkualiti, korang yang tentukan. Bukan orang lain. Kalau korang sendiri rasa artikel korang tak best, huduh dan tak menarik. Korang rasa, orang lain suka ke artikel korang? Last, ya. Cara dan teori aku ni berhasil untuk menaikkan ranking Alexa. Bukti? Lihat pada alexa rank blog ini sahaja. Compare dengan blog korang. Mesti korang nampak sesuatu kan? Sesuatu yang berbeza bukan?

Dan apa yang aku tulis ni, mungkin ada percanggahan dari segi penerangan, kefahaman, makna dan macam-macam lagi dengan apa yang korang tahu. Kalau silap, kalau ada yang terasa, aku minta maaf. Aku memang tak berapa pandai dalam menerangkan dalam bentuk perkataan ni..

to be continue.. icon smile Tips naikkan Alexa rank cara Titan   Part 3

Ps: Sori. Ini tips no.9.  Sila ingat. Artikel ini sangat panjang dan mungkin agak menjelikkan bagi sesetengah blogger. Anggap aje aku bermonolog dengan salah satu hati dalam diri aku. Siapa nak baca, baca. Siapa tak nak baca, pangkah aje blog aku tu. Baca blog orang lain. Tapi siapa yang sanggup baca sehingga perkataan ini, ucapkan tahniah kerana melayan siri-siri artikel gila aku.  Itu membuktikan bahawa korang juga  memang kacak dan hensem macam aku. Haha..


Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 51 comments. Apa plak komen korang?
wrizuan - 14 Jul 11 at 00:22:05
panjang tp berisi takpe bro….jangan pendek asyik nk sambung jerr…
ihihi..
Ronaldmohoni - 14 Jul 11 at 00:49:37
Panjangnya artikel ko ni titan. Tapi takpe, yang penting ianya mampu membantu blogger.
Fazreen - 14 Jul 11 at 01:18:36
Aku syak BM karangan ko memang power time zaman sekolah. Ada satu kemusyiklan, sebelum ni ak tkn button reset kat blog menas aku delete suma entri lama2 aku dan mula dgn topic yang baru. apa yang aku perasan walaupun trafik meningkat hampir 150% tapi alexa semakin bertambah. mungkin ada masalah SEO disitu..so apa pandangan ko dgn kes ni?
madammondoq - 14 Jul 11 at 01:42:26
suka baca tips u.. good info!! thanks for sharing!!

JOM BACA NI : PIKOM DIGITAL LIFESTYLE EXPO 2011

JOM BACA NI : ADEGAN BOLLYWOOD DI MELBOURNE
titan - 14 Jul 11 at 02:22:58
wrizuan. Haha..sah. Ko baca artikel aku sampai habis ni. Haha.. :)

Ronaldmohoni. Hehe..kan aku dah kata. Ni artikel panjang..

Fazreen.. aah. BM aku sejak darjah 1, aku tak pernah tak dapat A. Masa SPM pun aku dapat A1.

kalau alexa makin bertambah, even trafik naikk..aku rasa site ko kurang backlink. Alexa still main backlink dari blog lain. Ada kira-kiranya dari situ. Jangan tanya aku mengapa.

Cuba ko update 1-2 artikel setiap hari. Dan Hari yang sama, ko komen kat blog orang lain dalam 10-30 blog yang berbeza. Kompem dalam seminggu tu, bila alexa update, alexa rank ko berubah ke angka yang lebih baik..

Ini agakan aku la..

Sebab, ada 1 super blog aku yang memang trafik banyak setiap hari..tapi alexa trafik aku tu naiknya sikit-sikit..tapi bila aku buat komen konsisten setiap hari..alexa rank naik gila-gila..dah bawahh 300k. Selalu maintain 500-600k aje..

tapi kalau aku biar bodo aje..seminggu-dua tak update..haa..mulalh blog tu wat perangai..jatuh balik ke 500-600k plakk..penat aku nak naikkan semula. haha..

harap ini dapat memuaskan hati ko. Sebab aku pernah kena kes macam ni. Jadi, aku jawab macam ni la. haha..
titan - 14 Jul 11 at 02:53:39
madammondoq. Suka ye? Hehe..terima kasih. terima kasih… :)
rina - 14 Jul 11 at 07:25:54
panjang betul artikel kali ni. tapi memang banyak betulnya..menarik. :D
zik - 14 Jul 11 at 08:38:27
tentang pejenamaan blog nih yang agak susah sikit… takpelah amik masa sikit2… huhu
bEe - 14 Jul 11 at 09:07:36
Wah, entri menarik ni Titan!!!!

Tak sangka walau phg berjela mcm ni leh nak naikkan ranking Alexa ;)
Zaini - 14 Jul 11 at 11:30:22
Sama-sama sebab ko ucap terima kasih kat akhir perenggan. Maksudnya aku dah baca sampai habis.

Aku dapat 1 benda penting dalam tulisan ini iaitu penulisan yang menarik.

Teruskan bro.
woot woot - 14 Jul 11 at 12:34:56
usih bro..panjang gila..huhu..penat den baco..haha..

btw nicely wrote :)

congrate..byk ilmu bro..hoho..if ada ada2 tegur la silp saya ^^
akazuma - 14 Jul 11 at 14:52:29
warghghghrghgrhr..

penat aku baca. Ok. Aku nak piza. Belanja cepat! Haha.. penat ni. penat ni.. :D
Juan - 14 Jul 11 at 15:12:34
panjang yer entry ko ni, tulisan ko kecil la, jgn marah yer, mata aku kena focus nk baca entry ko nih, hehe
nizam ijam - 14 Jul 11 at 15:32:51
berpinar bijik mata…hehehee
gud info :)

” Nizam Ijam Dot Com”
zool - 14 Jul 11 at 16:13:02
hehehe.. yg bold ngan tag ni aku nak baca.. mesti menarik ni.. cara jahat le katakan…
zool - 14 Jul 11 at 16:16:24
tambah sikit.. aku suka tang samada artikel berkualiti atau tak.. 100% setuju yg kita sendiri tentukan.. pedulikkan dengan kutukan org lain..
Lizz - 14 Jul 11 at 16:31:48
aku kena baca part 1 and 2 dulu. huhhuhu. semua yang kau tulis ni ada yg aku dah tahu tp belum reti buat.hehehehe.
Jai - 14 Jul 11 at 16:44:34
Pergh.. Panjang berjela.. Bro ni konfirm A dalam karangan BM dulu ek..he3
wazy - 14 Jul 11 at 16:55:13
wahh dah masuk part 3
boleh la praktikkan semua tips ni nanti
mirul - 14 Jul 11 at 17:06:30
sangat terus terang insight tetang alexa ni.
tips tips memang mantap. kene cuba kesemuanya :D
nizamghazi - 14 Jul 11 at 18:36:18
Info yg berkesan utk subjektif skill
Boleh ak try implemen kan.
Tpi ak ada cara sendiri buat duit tanpa perlu trafik dan user click. Ini biarlah jadi rahsia untuk tahun pertama ni. Tahun depan ak akan bongkar.
Dulu Lain Sekarang Lain - 14 Jul 11 at 21:51:21
rujukan pada blogger-blogger tegar tu… kena respek diaorg semua ehhh… Tips yg amat baik bro. Normally yg org suka abai adalah pemilihan domain name… walhaal antara semua tips SEO yg kawe tahu, rasannya penggunaan domain name yg sesuai paling byk membantu dari segi SEO serta mempengaruhi trafik kita :D
khairul - 14 Jul 11 at 21:57:04
sebenarnya ada yg lebih senang kalau setakat nak naikkan alexa rank ni.
setup satu website automatik, dan biarkan dia running. saya dah buat website macam ni sejak 2007 dan rata2 website yg saya buat boleh dpt alexa rank dalam 100k ke 500k.
tehr - 15 Jul 11 at 00:37:57
aku juga kacak dan hensem
haha

lepas aku akan cuba guna sekurang2nya satu dari tips yang ada

kalau banyak2 aku payah nak ingat
syahrilhafiz - 15 Jul 11 at 02:38:15
nak dapat top ten juga utk alexa ni
insyaallah :)
yas - 15 Jul 11 at 04:14:43
Hahaha…hr ni aku rasa aku dh kacak dan hensem lebih dr ko lagi…:)
azura - 15 Jul 11 at 05:55:25
earn cent memang 2 suku kata (earn/cent), tapi kalau contohnya Denaihati itu ada berapa suku kata (de/nai/ha/ti) ada 4 suku kata… maka titans sebenarnya merujuk kepada 2 perkataan iaitu Earn/Cent dan Denai/Hati… Papan Kekunci juga merujuk kepada 2 perkataan dan mempunyai 5 suku kata…
MDHAFiZ.NET - 15 Jul 11 at 06:28:12
sedikit demi sedikit melangkah…alhamdulillah.. alexa blog personal aku dh naik..hanya setelah 7 bulan..dan pr pun dpt 2…hasil permainan SEO…
Hafiz - 15 Jul 11 at 14:29:15
Trimas bro for the info :)
aktechpage.com - 15 Jul 11 at 23:34:26
Nice tutorial, TQ3…
koleksi tips yg sangat bagus utk blogging…
Fazreen - 16 Jul 11 at 06:07:12
Thank you titan sebab jawab soalan aku..aku memeng jarang blog walking..maklum lah jadi piad writer byk blog + keja design lg..kurang masa..nanti aku cuba buat dan tgk result mcm mana
abdfatah - 17 Jul 11 at 06:48:49
kena buat revolusi penulisan artikel yang menyenangkan hati dan mengenyangkan minda dengan sekala besar nih… hehehe

blog aku… masih lagi sepi dalam alam maya… kehkehkeh…
Rafhz - 17 Jul 11 at 08:56:11
lame suda aku x dtg sini.. penulisan ko still menarik mcm dlu, mlh kipas ssh mati pon ade lg.. best bro… :D
Nik Thoha - 17 Jul 11 at 09:41:43
Salam. wah terima kasih kerana berkongsi artikel ni. walaupun panjang saya memang baca sampai habis. Best sebab dapat menimba ilmu dalam dunia blogging ni.. :)
reezluv - 20 Jul 11 at 03:51:23
Super blog..manis je dgr..hehehe
Cik Kuntum - 20 Jul 11 at 06:18:37
tak bosan baca post yang panjang ni pasal padat dengan info yang membina dan gaya penulisan yang santai…so Cik Kuntum suka dan ambik keputusan nak baca dari tutorial 1 lagik siap bookmark neh nak baca malam nantik…
MEKAR - 22 Jul 11 at 03:49:57
Kena baca sampai habis. ada point yg faham dan ada point yg masih kabur.
madlut - 31 Jul 11 at 10:11:24
aku baca dari part1 sampai part 3 hari..dan aku rasa aku x sabar dah nak baca lagi..smbung2
mancai - 31 Jul 11 at 16:27:31
berkaitan “Nak minum air oren pun. Kena masak air, kena bancuh dengan kordial. Tambah gula sikit. Tambah limau nipis sikit. Letak ais. Baru sedap kan?” setuju bro rezeki kalau nak memang kena usaha… nak makan pun tangan yang angkat… jari yang bantu masukkan ke mulut… kalau tak ada rezeki, makanan tu akan jatuh…
Buat Duit Mfadhly - 03 Aug 11 at 12:50:59
Tips yang berguna untuk dapatkan organik traffic… nice job
sjiehan - 08 Aug 11 at 15:43:29
sedang mempraktikan tips ini… mmg nak buat domain kene nama yg mudah di sebut…jika kurang 10 huruf lagi baik….
Teratakerapung - 19 Aug 11 at 02:25:59
Sebagai orang baru dalam berblog ni, informasi yang sangat menarik, akan mempempraktikannya.
RedBoys - 22 Aug 11 at 23:15:07
wah.. satu lagi karangan yang terbaik dari bro.. dari part 1 -3.. aku baca sampai habis.. wa salute lu bro..

gua akan cuba praktikan lepas ni.. tq
ainun - 29 Aug 11 at 09:13:08
wow…tips yang hebat
sjiehan - 29 Aug 11 at 09:18:55
blogger mantap2 jugak di sebutnya, obefined tu mmg power la… mmg dah selalu menulis agaknya
zack - 08 Sep 11 at 10:05:14
Terbaek la tuan Titan….
farahaznil - 08 Sep 11 at 13:13:06
haha..pnjang gle cerita…
mfirdausmohd - 09 Sep 11 at 01:54:57
super blog? waha, first time dengar ni, nice tips bro!
faiz - 06 Dec 11 at 09:08:30
saya hanya guna auto-surf je dah bleh daftar 30000/day..nk belajar bagaimana nk letak auto-surf dalam blog bleh belajar tutorial dalam ni http://jomwayangku.blogspot.com.

~sharing is caring!
cik tom - 18 Jan 12 at 05:16:54
giler panjang entry..tp terkejut 1st time ciktom bc habis entry pnjg camni dr part 1-3…pndinya olah ayat sampai tertarik nak bc a-z..

penjenamaan tue susah ckit nk bt sbb bukan glamer…blog pn br lg..kena usaha kuat lg ni..huhu..

bl nk smbg tang bold n italic plk??
arrizz - 28 Jan 12 at 14:17:45
aku baca sampai habis kot..nie bermakna aku juga kacak..haha..sangat bagus entri ko bro..memang aku akui nak popular dan blog dikenali ramai memang ambil masa yang lama..tapi kalau tahu trick-nya memang smooth jer jalan tue..

bab entri nie memang betul subjektif..stail penulisan mesti ada kelasnya yang tersendiri barulah ramai orang minat..macam aku nie kadang-kadang stail penulisan macam pandai berubah..kejap lagu nie, kejap lagu tue..entahlah pelik pon ada..haha..

apapon aku setuju dengan semua point ko bro..aku siap bookmark lagi so that next time boleh rujuk balik..aku tak pernah jumpa entri pasal tips alexa sekacak entri ko nie..haha..terbaik!



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011