Hari ini aku malas nak update sebenarnya. Ingatkan nak biarkan hari berlalu begitu sahaja. Tetapi aku rasa aku perlu tulis sesuatu untuk blog ini. Mungkin sebahagian besar dari korang dah perasan yang YMads tengah buat hal sekarang. Dalam 2-3 hari lepas, tiba-tiba sahaja ada iklan popup yang sibuk promosi website Couponmaster.co.my. Aku tak tahu siapa punya website tu, tapi memang sangat annoying jugaklah. Dan untuk pengetahuan korang, iklan Couponmaster.co.my ni memang selalu ada kat mana-mana program iklan yang ada cpm punya program. Kalau 1 popup aje, aku boleh terima lagi. Tapi kalau setiap kali nak tukar page, akan datang popup 3-4 kali yang berturut-turut..memang boleh buat mana-mana blogger terkena serangan sakit jantung. Sebab tu, aku telah membuat tindakan yang aku rasa wajar korang lain ikut juga..

ymadscouponmaster.co  Simpton kurang baik dari YMads


Turunkan code javascript dari YMads. Selagi tak buang dengan sepenuhnya, selagi itulah popup tu akan keluar. Jika korang ada code dari blueadvertise, pun turunkan sekali sebab popup yang sama juga akan keluar. Ya, aku dah join semula BlueAdvertise dan aku dah dapat bayaran terbaru dari BlueAdvertise. Mula-mula, takde keluar iklan popup ni, sekali..berjangkit sekali dengan YMads. Jadi, saranan aku, buang kedua-dua code dari program BlueAdvertise dan YMads untuk buat sementara waktu melainkan korang tak kesah jika iklan popup tu keluar kat blog-blog korang. Untuk semua blog-blog utama aku, aku buang code dari dua program tersebut dan aku cuma kekalkan dibeberapa buah blog yang trafiknya tidaklah sebanyak blog-blog high traffic aku. Sekurangnya, aku boleh monitor jika ada apa-apa hal berlaku.

Bagi aku, ini adalah simptom-simptom yang kurang baik dari YMads. Kebarangkalian untuk mereka tidak membayar kita sangat tinggi ekoran serangan popup ini. Kalau korang perasan, income YMads naik setiap hari sebelum sampai ke 1 Julai. Dan rate untuk cpm juga sangat tinggi dan kekadang aku rasa ramai juga berfikir seperti yang mana rate tersebut agak tidak masuk akal. Aku kurang pasti, mampukah YMads untuk bayar semua blogger yang rata-ratanya dah dapat 50-100 usd dalam akaun mereka? Akaun aku sendiri..dah cecah 1000 dollar. Aku sendiri tak tahu diorang bayar atau tidak..

Satu lagi symptom. Dalam beberapa hari ini, tak ada apa-apa email masuk inbox email aku. Selalunya mereka akan update sesuatu setiap minggu. Dan blog mereka juga tak ada apa-apa makluman. Nak tak nak, kita tetap kena tunggu minggu depan untuk membuat keputusan tentang program YMads ini.

Apapun, final day adalah minggu depan. Memang mana-mana syarikat luar takkan membayar pada hari sabtu dan ahad. Biasanya mereka akan bayar pada hari isnin jika 1 atau 2hb itu jatuh pada hari sabtu atau ahad. Tapi kalau ada yang bayar, kira nasiblah. Jadi, bagi aku, final day adalah esok. Dan aku bagi tempoh 1 minggu untuk YMads buat bayaran. Jika masih tak dapat apa-apa, terpaksalah aku declare yang program YMads ini sudah tidak bayar kita dan bolehlah kita tinggalkan program ini buat selama-lamanya. Walaupun agak sedih, tetapi tak ada apa yang kita mampu buat jika sesebuah program itu tidak membayar. Lagipun, syarikat luar ni bukan boleh percaya sangat. Kalau diorang tak bayar, diorang tak nak bayar aje. Suka hati diorang ajelah..

Namun, aku tetap menaruh harapan agar mereka bayar kita minggu depan. Mudah-mudahan mereka bayar semua blogger yang menyertai mereka. Nampak macam boleh percaya. Tapi serangan popup ni memang betul-betul buat aku seriau dan bengkak ulu hati. Grrr..

Ps: Tak mahu kata-apa. Kita tunggu dan lihat sahaja..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 38 comments. Apa plak komen korang?
akazuma - 03 Jul 11 at 08:32:00
patutlah annoying sungguh. kene remove iklan ni la. sakit mata tengok. ;)
syahrilhafiz - 03 Jul 11 at 09:12:12
memang sakit hati la kan.
blog ni tak ada ke? dengar kata ymads tu bayar mahal gak
Mus - 03 Jul 11 at 09:17:27
menyampah dengan popup ni..
suffer8zine - 03 Jul 11 at 09:55:13
aku nk blogwalking pun kene klik sampai 3-4 popu[, menyirap tol
akubiomed - 03 Jul 11 at 09:55:46
Memang kacau betul pop up kerana liat benar hendak tutup :-)
Haru Biru - 03 Jul 11 at 09:57:00
aku tgk kalo kuar popup nie trus aku tutup blog tu..tensen..
Chipcoklat - 03 Jul 11 at 10:01:18
btul la titan..chip ade guna kat blog lagi satu..tp tu la popup ni mengacau btul.. perghh..titan dah dapat 1000usd..kencang siot.. anyway titan.. ape2 update bgtau yek.. chip akan tunggu…
yas - 03 Jul 11 at 10:04:02
Kalau derang x bayo kasi hack je web site derang tu…
Sabahan Bloggers Club - 03 Jul 11 at 10:20:56
Hahahaha….
ingatkan saya jer bengang tengok pop-up.
FirdausNS - 03 Jul 11 at 12:24:25
Start semalam kuar, adei,kaco2..dah ar lambat bayo.. kita bakor weh!
ellen - 03 Jul 11 at 13:06:31
Salam kenal dari ellen…tercari2 sebab pop up tu…buat hati panas jer..so jalan yang ellen ambil ialah ucapkan selamat tinggal untuk Ymads buat sementara sampai probs ni selesai…

Thanks atas perkongsian ini.
sabree hussin - 03 Jul 11 at 13:19:27
Tension dengan YMads ni atas dua sebab. pertama sebab dia punya pop up yang menjolok mata, dan kedua. glitteratti aku dah kena tarik.. sepatutnya kan tak effect.. tapi ni dia effect pulak
Fazreen - 03 Jul 11 at 13:25:33
memang annoying gila benda ni.sampai 8 kali kena klik baru boleh nak baca entri..fuuhh
zik - 03 Jul 11 at 13:43:02
apa agaknya yang berlaku… aku buang kejap ads nih… dan aku ada baca banyakkkk forum yang tak elok dari ymads nih…huhu
MDHAFiZ.NET - 03 Jul 11 at 13:43:55
baru hari ini aku perasan td. memang annoying gila menatang tu… 2-3 kali keluar
samdaddycloo - 03 Jul 11 at 15:24:08
memang menyeramkan bab pop up dan bayaran nih.. akaun dah mencanak-canak naik usd.. kalau bayar, Alhamdulillah.

p/s- aku tunggu update ko
nizamghazi - 03 Jul 11 at 15:26:48
Ak try kejap aritu Ymads ni (ko ler yg bg cadangan berapi2..hehe so aku pun try lah)
Tapi blog jadi berat ..adeh
Tpi earning dia mmg cepat,
tpi kan boleh caya ke YMads ni
Tgok page dia pun x brapa konfiden je
Wizurai - 03 Jul 11 at 16:20:02
owh, maka bermulalah iklan pop up yg merapu2…….
tehr - 03 Jul 11 at 18:04:59
banyak tu $1k
kalau tak bayar…
alahai ruginya, titan
izwan - 03 Jul 11 at 19:11:05
patutlah ada popup yg menyampah itu…
Afiffuddin - 03 Jul 11 at 19:25:03
Aku dah remove aitu, tp bukan YMAds saja, Blueadvertise pun sama. Traffic maintain tp kaco kat impression turun habis!
Aqif Azizan - 04 Jul 11 at 00:17:24
Simptom ini dilihat berlaku dalam blog Rohaizad (dot) com. Serius sakit hati bila syarikat pengiklanan cuba mengambil kesempatan.
Sobri Mansor - 04 Jul 11 at 01:02:02
Nasib baik tak pasang YMADS nih….
Mr Rileks - 04 Jul 11 at 03:38:15
patut la terjumpa benda nie masa blogwalking…
izwanyusof - 04 Jul 11 at 03:54:21
baru2 ni jadi benda ni.. ada ke blogger yg suka BW keluar pop-up?.. hehe :D
Wizurai - 04 Jul 11 at 15:55:36
rupa2nya ke DDoS attacks la…
siap delayed payments lagik…. ahaks…
Dulu Lain Sekarang Lain - 05 Jul 11 at 00:12:07
tips yg baik bro.. keep it up!
mat teropong - 05 Jul 11 at 00:16:58
popups ni mmg menyusahkan…
reezluv - 05 Jul 11 at 07:29:58
kalau dah ada sampai 5 kali bayaran dari YmAds ni baru aku letak..hehehe..nak pantau dulu..sebab aku tgk agak merepek YmAds ni..:P
Firdaus - 05 Jul 11 at 10:32:37
dah RIP pun ymads ni.. huhu
Pacifista - X - 05 Jul 11 at 14:10:40
aku pun dapat jugak email dari ymads.nonsense!
mamat - 06 Jul 11 at 06:04:13
serius mamat tak suka…bila nak blogwalking banyak2 blog..tiba2 keluar benda ni…..rimas kan je..
titan - 06 Jul 11 at 10:38:01
akazuma. Remove aje. Wat sakit jiwa je dibuatnya nih..

syahrilhafiz. Aku tak letak kat blog nih. Memang dia bayar mahal. Tapi sekarang ni, tak tahu lagila..bayar ke tidak..

Mus. Amboi..haha.. :)

suffer8zine . Takpe, minum air sirap banyak-banyak ye..

akubiomed. Yap, memang susah benar nak nutupnya. Aku pun sakit kepala bila nak komen kat blog orang lain.

Haru biru. Hoho..sampai macam tu sekali..

chipcoklat. Kalau dapat 1000 tu..memang sedap la. haha..

yas. Nak hack pun dah takde mood ni. :(

Sabahan Blogger Club. Ramai yang tengah bengang pun. Hoho..

FirdausNS. Nak bako apa? hehe..

ellen. Hai hai bye bye ajela. haha.. :)
titan - 06 Jul 11 at 10:41:54
Sabree Hussen. Kalau dengan nuffnang ni, apa jenis iklan pun tak bolehhh..

Fazreen. haha..jangan risau. Blog aku ni takde..

zik. Memang banyak yang tak elok. So, aku tunggu dalam seminggu ni aje. Kalau takde apa-apa berlaku..malas dah nak fikirkan pasal benda nih dahh..

MDHAFiZ.NET. Rasa nak sepak pun ada. haha..

samdaddycool. Hoho..tunggu, tungguuu

nizamghazi. Tunggu dan lihat ajelahh..

Wizurai. Biasalah..diorang tengah buat hal. haha..

tehr. Kalau tak dapat..itu tandanya bukan rezeki aku la tu..

DuluLain Sekarang Lain. Hehe.. :)
titan - 06 Jul 11 at 10:47:41
Afiffudin. Aku dah buang dahh dua-dua. Memang kacau la dibuatnya..

Aqif Azizan. Sabar ajela ye. hehe..

Sobri Mansur. Hehe..

Mr Rileks. dah ramai yang bising pasal benda nih. hehe..

izwanyusuf. Baru2 ni je. Sekarang dah takde..

Wizurai. Harap-harap betul ddos attack. Jangan kerana ngelat tak nak bayar..

mat teropong. Tauu takpe. hehe..

reezluv. Kalau nak tunggu 5 bayaran..bilalah ko nak join program ni. haha..

Firdaus. Dah hilang dahhh. haha..

Pasifista - X. Hehe..sabar. Sabarrr..

mamat. Sabarr..sabarrrr… :)
Ronaldmohoni - 09 Aug 11 at 00:19:29
Terus terang, saya sendiri kurang gemar dengan iklan popup nih. Mengganggu tumpuan sewaktu melayari blog.
ainun - 29 Aug 11 at 09:28:58
saya memang anti iklan popup ni,resah
sjiehan - 29 Aug 11 at 09:32:46
saya pon x suka..annoying~



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011