Archive for July 2011


Hari ini hari ahad. Jadi, aku kurang berminat untuk cerita panjang-panjang. Aku sentuh 1 perkara dalam penulisan blog. Aku bukan seorang penulis blog yang popular ataupun penulis blog yang berbakat mahupun pengkritik yang semula jadi. Tapi aku berusaha ke arah itu. Bukan mudah dan bukannya susah. Cuma kita kena ada usaha ke arahnya. Kalau tidak, sukar untuk menghasilkan super blog yang unik, kreatif dan mampu menjadi popular dalam sekelip mata.

1. Benda yang harus korang tahu ialah keunikan. Gaya penulisan yang tersendiri, unik dan akan ditiru oleh ramai blogger baru. Jika korang perasan, ramai yang cuba meniru style dan taktik yang penulis blog terkenal cuba lakukan. Mereka cuba lakukan. Tapi gagal. Hasilnya juga tidak seberapa dan akhirnya..gagal dan gagal. Aku tahu benda ini susah dan memang sukar. Aku sendiri meniru dari blogger luar untuk menghasilkan blog Earncent ini. Maaf, bukan aku tak ada blogger atau penulis blog tempatan yang aku suka. Tapi kalau DULU, 4-5 tahun DULU, memang tak ada. Jadi, aku terpaksa buat dan cipta gaya tersendiri untuk blog ini dan hasilnya, korang sudah nampak kan? Berapa ramai yang cuba tiru apa yang aku buat tetapi gagal? (Aku malas tunjuk contoh lain. Lebih baik guna contoh diri sendiri sebab aku sendiri mengalaminya)

perbezaan Mahu jadi penulis blog yang popular?
2. Jadi, bagaimana nak jadi unik? Nak jadi berbeza berbanding dengan orang lain? Nak tak nak, korang memang kena tiru TAPI ubah dengan gaya korang tersendiri. Aku ada cerita dalam Tips naikkan Alexa rank dalam part 3 kan? Cuba baca kat situ. Walaupun tips yang mungkin pada pandangan mata korang bernilai 20 sen sahaja, tetapi sangat besar sumbangannya dalam penulisan blog aku. Dari situlah aku belajar dan terus belajar sehingga hari ini.

3. Jangan takut untuk buat silap. Yang ini ramai yang tak berani lakukan. Mereka takut buat silap. Mereka takut kena hentam. Mereka takut tersilap langkah. Mereka takut tak balik modal dan macam-macam benda lagi. Kalau nak popular, nak jadi yang terbaik dan nak bersaing dalam arus penulis blog yang mencabar ini, korang kena berani. Berani buat silap, berani menerima kritikan, berani tanya soalan, berani merendah diri, berani berbangga, berani untuk pelbagai perkara. Kalau tak berani, macam mana nak pinang anak dara orang nanti?

4. Jangan takut untuk mencuba. Jangan takut untuk buat ujikaji. Dalam isu ujikaji ini, aku serius memberitahu korang bahawa aku memang suka buat ujikaji. Tak kiralah untuk cara baik atau cara yang tidak direstui oleh ramai blogger. Aku cuba. Aku halusi, aku lihat dan aku alami. Kalau cara tu tak berkesan, aku cuba cara lain. Kalau untuk blog jenis ini, cara tu tak sesuai, aku cuba pada blog jenis yang berbeza sampai aku jumpa cara yang sesuai. Sebab itu ujikaji aku kekadang mengambil masa yang terlalu lama. Ada yang 3 bulan. Ada yang 1 hari. Ada yang 6 bulan. Ada yang 1 tahun dan ada juga yang dah masuk 3 tahun tapi masih tak nampak hasil dari ujikaji tersebut. Aku memang jenis macam ini. Aku tak takut untuk ambil risiko dan tidak gentar untuk rugi dalam ujikaji aku. Kita cuba aje. Hidup cuma sekali aje. Jadi, cuba sahaja. Tapi jangan cuba bunuh diri atau cuba bunuh orang. Itu tak wajar untuk dicuba.

5. Penulis blog juga harus ada niche atau kategori tersendiri dalam blog masing-masing. Misalnya, kalau nak tahu pasal hiburan. Korang akan cari blog apa? Kalau nak tahu tentang isu semasa, blog mana yang korang terfikir dulu? Kalau nak cari pasal blog buat duit? Blog siapa yang korang taip dulu? Kalau nak cari info tentang pendidikan, blog mana yang ada maklumat yang korang nak? Nampak? Setiap blogger yang popular, ada 1 atau 2 powerful kategori atau niche yang dia pegang. Orang akan ingat sampai bila-bila. Jadi, tumpukan pada situ dan hasilkan blog itu. Tak guna pegang banyak niche..orang susah nak ingat. Tak ada keunikannya tersendiri. Dan aku yakin, korang setuju dengan aku dalam isu ini. Betul?

6. Err, apa yang menyebabkan korang tiba-tiba boleh teringatkan blog aku ini, sila jawab diruang komen. Nak juga aku tahu. Hehe..

7. Entri ini telah aku taip malam semalam. Sebab pagi ini aku akan sibuk dengan macam-macam perkara. Pukul 10 lebih nanti aku akan bertolak ke tempat kursus. Jadi..layann..

8. Tak juga aku lupa, selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Aku tahu korang semua boleh dan mampu berpuasa penuh terutamanya yang lelaki. Yang perempuan, jangan dok suka sangat sebab boleh dapat OFF ye.

Ps: Aku bawa celcom broadband ke tempat kursus aku. Kalau line ok, aku online dan update blog. Kalau line mengecewakan, sila tunggu hari Jumaat nanti. Itupun kalau aku dapat lari dari tempat kursus kejap..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku malas nak cerita panjang-panjang sebab aku ada banyak kerja yang kena buat. Nanti tak siap, macam-macam hal pula yang tak menjadi. Jadi, fokus pada kerja dan buat apa yang penting terlebih dahulu.

Tentang semalam, kes atau isu 100 artikel dalam 1 hari.  Macam-macam ye korang tulis kat ruang komen untuk artikel semalam ek. Ujikaji semalam aku itu sebenarnya gagal dilaksanakan. Status, gagal. Aku gagal untuk buat 100 artikel dalam sehari semalam. Cuma sempat buat dalam 20 artikel sahaja. Ini bukan artikel swing ke, spin ke apa ke..memang semua aku karang macam blog ini. Cuma ada artikel yang agak pendek dan ada juga yang panjang lebar macam aku tulis dalam blog ini. Dari mana idea aku datang? Aku tak tahu. Aku jenis yang tulis atau taip apa yang terlintas dalam kepala otak aku ini. Aku bukan jenis buat draft, pastu sambung balik karangan tu. Aku jenis, tulis dan siap pada waktu itu juga..

menulisartikelberkualiti Isu Ujikaji 100 artikel dalam 1 hari..gagal atau berjaya?


Tapi kalau aku dapat job macam review daripada para advertiser, memang aku kena buat draft, rangka isi dan nak guna style macam mana review tersebut. Tak sama macam aku buat artikel yang biasa aku. Artikel berbayar, caranya berbeza. Tak sama. Tapi aku tetap letakkan elemen peribadi dalam artikel tersebut. Ada orang kata, nak buat job ni..tak boleh letak isu-isu peribadi..tapi pada pandangan aku, tak ada salahnya. NAMUN, kadang-kala ada advertiser tak suka. Dia mahu buat ikut cara yang dia nak. Dan kena follow guidelines yang diberikan. Haa, yang ini kena ikutlah. Diorang sanggup bayar 50-200 dollar untuk 1 artikel. Takkan kita tak boleh nak penuhi permintaan mereka bukan? Bukan mereka suruh kita buat benda bukan-bukan pun. Bukan mereka minta kita bunuh orang pun, kan? Jadi, selagi aku rasa permintaan mereka tidak melampau, aku akan follow dan sesuaikan ikut gaya aku sendiri.

Nak tulis artikel ni, mudah aje. Tulis aje apa yang korang suka. Janji korang kekalkan elemen-elemen tertentu dalam artikel korang. Itu lebih bagus berbanding korang letak artikel kopi gula pasir dari blog orang lain ke blog korang tanpa bagi kredit langsung.

Tips nak buat artikel yang berkualiti dan panas. Mudah aje. Beri pandangan korang, ulas ikut hati dan akal korang dan jangan lupa..terapkan elemen SEO dalam artikel tersebut. Insya-Allah, pembaca suka baca. Advertiser pun rajin datang dan trafik dari search engine juga akan dapat. Yang penting cuba dan berlatih. Tak ada masalah punya. Memang mula-mula kita akan rasa artikel kita macam tangkap muat aje. Tapi lama-kelamaan, korang akan yakin dengan apa yang korang tulis. Penulis yang bagus, akan menghasilkan lebih ramai pengunjung setia berbanding artikel copy paste dan artikel yang membosankan. Jika artikel korang bagus, aku yakin setiap hari pasti ada orang tertunggu-tunggu artikel dari blog korang macam korang tunggu artikel yang aku tulis setiap hari. Betul tak? Hehe..ada yang tertunggu-tunggu artikel aku setiap hari tak?

Dan atas sebab yang sama juga aku selalu menarima undangan dan permintaan untuk tulis review untuk advertiser luar. Malah, ada juga blogger, Internet Marketer dan advertiser tempatan yang sudah rajin minta aku tulis review berbayar untuk blog mereka. Memang aku tak caj mahal. Dalam RM30-RM50 sahaja untuk 1 artikel melainkan advertiser tersebut sanggup bayar lebih untuk aku ulas produk atau blog mereka. Dalam sebulan, paling teruk pun adalah dalam 2-3 advertiser luar atau tempatan yang cari aku untuk tulis review berbayar untuk mereka. Bukan untuk diblog Earncent ini sahaja, tapi juga diblog-blog aku yang lain. Malah, ada yang just mahu aku letak link blog atau produk mereka dalam artikel aku tanpa perlu aku ubah gaya penulisan aku. Kata mereka, mereka suka dengan cara aku menulis review untuk produk mereka. Tak percaya? Tanya sajalah pada mereka yang pernah ambil servis aku. Boleh rujuk disini untuk tahu siapa yang pernah ambil servis aku. Majalah IM pun pernah. Raja Kamil pun pernah. Din Beramboi pun pernah dan ramai lagi. Bukan nak riak, tapi ingin berkongsi. Jika aku boleh, Insya-Allah. Korang pun boleh.

Iklan: Apa benda Xplay Opera ni. KOrang tahu? icon smile Isu Ujikaji 100 artikel dalam 1 hari..gagal atau berjaya?

Ps: Ok. Aku nak kemas. Kena bertolak ke tempat kursus esok.. icon smile Isu Ujikaji 100 artikel dalam 1 hari..gagal atau berjaya?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Dari hari Ahad sampailah hari Jumaat ini aku dah kena culik. Jadi, kiranya aku dah 5 hari hilang dari dunia blogging ini. Antara sebab aku hilang..

1. Aku kena gi kursus. Bukan 5 hari aje. Tapi agak lama. Jadi, mungkin aku cuma akan update pada hujung minggu sahaja atau pada bila-bila masa aku aku dapat capai talian internet.

2. Kursus apa? Jangan ditanya. Sebab memang aku ni memang perahsia orangnya.

3. Jika ada apa-apa nak tanya, boleh tanya diruang komen atau hubungi aku diruang contact. Aku akan cuba balas dengan secepat mungkin. Aku tak janji. Tapi aku cuba.

4. Sepanjang aku hilang ni, income dari blogging tetap berjalan macam biasa. Sebab memang aku dah setkan post-post atau artikel disebahagian besar blog-blog dan rangkaian super blog aku. Aku juga akan buat benda ini setiap hujung minggu semampu yang aku boleh memandangkan aku akan kena culik dalam tempoh yang lama..

5. Isnin ni dah berpuasa. Aku akan cuba puasa penuh pada tahun ini…seperti tahun-tahun lepas. Siapa yang belum ganti puasa, sila ganti cepat!

churpchurpearning2011 5 hari dah aku hilang..diculik..


6. Susah dah aku nak maintain earning untuk Churpchurp dan Says. Dah tak boleh dapat income bulanan dari 2 program ini memandangkan program ini memerlukan komitmen yang sangat gagah. Jadi, jika aku tak dapat untuk online setiap hari dengan kacaknya, maka earning untuk 2 program ini juga tidak kacak.

7. Jangan risau. Aku tetap akan kembali dan aktif seperti biasa. Hanya selepas aku kembali dari berkursus. Mungkin tak lama. Jadi, jangan risau. Rindu-rindu aku selalu. Jika rajin, sila baca semua artikel-artikel aku yang ada dalam blog ini MACAM korang baca surat cinta dari awek tercinta korang tu..

8. Baru hari ini aku dapat pulang bercuti. Minggu depan, sambung kursus balik. Jadi, 2 hari ini akan aku manfaat sepenuhnya untuk buat apa yang patut. Huh..target 100 artikel malam ini. Tak tidur la dibuatnya. Nasib bekalan kopi ada untuk peneman setia.

9. Ya, aku tahu korang rindu dengan tulisan-tulisan aku. Aku masih hutang korang Tips naikkan Alexa rank untuk part 4 dan part 5. Part 6 dan part seterusnya aku akan cuba update bulan depan. Tapi malam ini aku akan draft untuk part 4 dan 5 untuk aku publishkan esok atau hari Ahad. Aku cuba.

10. Ok. Aku kacak. Aku hensem. Aku pandai. Aku memberi dan menerima. Aku bijak, Aminnnn… icon smile 5 hari dah aku hilang..diculik..

11. Iphone, Blackberry Playbook, Ipad 2 dan netbook baru. Mana satu yang perlu aku beli untuk hadiah hari jadi aku tahun ini?

Ps: Ini entri rindu dari aku. Gila, 5 hari tak jumpa internet. Sekurangnya, aku bukan orang yang gila internet sampai mahu bunuh orang jika tak main twitter dan facebook. Aku masih manusia normal. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Apa kebendanya isunya ini?

1. Earning bulan Jun 2011 masih belum diupdate. Sampai la hari ini, masih tak ada update. Takkan nak kena genap 2 bulan baru nak update earning bulan tersebut? Sekarang dah nak masuk penghujung bulan Julai. Apakehalnya lambat sangat ni? Ke memang kena tunggu 2 bulan baru earning tu diupdate?

earningmanggadterkini Isu ManggaAd yang jadi tanda tanya..


2. Aku rasa official fanpage untuk ManggaAd dah hilang. Ke itu hanya perasaan aku sahaja? Dulu, selalu gak aku skodeng fanpage tu. Tapi hari ini, apasal macam dah hilang aje? Kat website ManggaAd pun..takde link ke facebook diorang. Yang ada Twitter sahaja.

3. Update dari Twitter? Paling akhir adalah 13 April 2011. Itupun nak bagitau tentang update earning bulan Mac. Boleh plak bagitau. Yang bulan Jun ni, bila pulakk?? Update terakhir di email ada aku dapat beberapa hari lepas. Itupun suruh tukar dan update kod banner iklan. Aku rasa ada 1-2 kali dah email yang sama masuk cerita benda sama. Korang pun ada dapat juga email tersebut, kan?

4. Aku pernah baca kat facebook ManggaAd yang ada blogger yang masih belum dapat duit walaupun dah request payout dan juga dah hantar email bertanyakan hal tersebut. Tapi masih tak ada maklum balas. Aii..biar betul. Dah la aku baru nak cecah payout nih..time ni buat hal ke??

5. Minimum payout adalah RM100. Rate untuk impression atau klik masih lagi misteri. Jadi..susah nak agak. Aku sendiri tak tahu rate yang macam mana mereka buat. Ini lagi misteri dari rate Nuffnang atau Innity.

6. Ada mana-mana dikalangan korang yang dah pernah dapat bila buat duit dari ManggaAd? Ce cite sikit.

7. Facebook atau fanpage ManggaAd yang official ni wujud ke tak sebenarnya. Betulkan wujud? Tapi cuma sekarang sahaja gagal untuk diaccess. Ke aku salah masuk fanpage orang sebenarnya?? Aku perlukan confirmation ni.

8. Patutkah aku putus asa dengan ManggaAd? icon smile Isu ManggaAd yang jadi tanda tanya..

Ps: Bukan 9 bulan lagi dah. Dah 13 bulan aku bercinta ManggaAd. Tapi masih tak ada hasilnya lagi. Grr..

 

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011