Hari ini, aku tak berminat nak cerita panjang lebar macam entri Advertlets semalam. Cuma nak update satu lagi bayaran yang aku terima beberapa hari lepas. Bayaran ni sepatutnya dapat awal bulan ni atau penghujung bulan lepas, tapi ownernya baru bayar hari ini. Tak apalah sebab agak lewat sikit, janji dia bayar. Bayaran ni merupakan bayaran terakhir yang aku terima dari PanduanDPLI.com. Aku dapat 3 sales last-last minit pada penghujung cabaran yang dijalankan bulan lepas. Kiranya, siri-siri artikel yang aku buat itu agak membuahkan hasil. Terima kasih kepada owner Panduan DPLI kerana bayar aku dan harap pada tahun depan bila musim DPLI tiba semula, aku masih dapat buat sales untuk panduan ini. Hehe..

komisenke5panduandpli1 Komisen ke 5 dari PanduanDPLI.com


Tak banyak kan yang aku dapat? Tapi dengan jumlah tu, aku boleh beli macam-macam dan boleh buat pelbagai perkara. Sekarang, memang sukar nak buat duit dengan blog jika kita tidak tahu caranya. Aku teringat masa aku mula-mula menulis blog dulu, harapan tinggi menggunung. Mahu dapat ribu-ribu dari blog. Hasilnya, tak dapat apa-apa bila aku main redah aje ketika itu. Tapi setelah belajar macam-macam benda, kemaskan teknik promosi dan belajar apa yang patut, hasilnya aku dapat lihat pada hari ini biarpun bagi sesetengah orang, benda ini tidaklah seberapa sangat. Yelah, RM70 pun nak kasi heboh kat blog. Apa barang kan? kan? Itupun nak cerita kat orang. Tapi inilah salah satu hasil yang aku dapat setelah berusaha keras. Aku rasa ada lebih dari 10 siri artikel yang aku tulis tentang DPLI walaupun aku tak ada pengalaman dan informasi yang mendalam tentang DPLI dan dunia pendidikan. Kiranya, taktik dan teknik aku itu agak menjadi apabila mempromosikan produk-produk berelemenkan pendidikan. INi juga salah satu niche yang sangat panas bagi rakyat Malaysia yang dahagakan informasi. Jika tidak, aku takkan dapat buat satu jualan pun. Hoho..

Apapun, aku ucapkan tahniah pada diri aku sendiri. Tak sangka aku berjaya buat sales walaupun hanya bermodalkan artikel-artikel yang tak seberapa tu. Terima kasih juga pada mereka yang membeli melalui artikel aku itu dan aku harap mereka akan dapat sedikit kebaikan dari Panduan DPLI tersebut. Semoga mereka semua dapat jadi guru yang cemerlang suatu hari nanti.

Okeh, artikel hari ini pendek aje. Tak panjang macam semalam. Korang pasti boleh baca sampai habis kan?

Ps: Nak sambung balik tulis ebook aku. Sekarang tengah taip topik berkenaan program Says. Ada sikit lagi nak habis. Lepas tu, aku nak masuk bab Churpchurp pula..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 13 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 23 Jun 11 at 01:14:49
pagi-pagi dah baca bab duit. haha..
mat teropong - 23 Jun 11 at 04:07:15
RM70??banyak dah tu..syukur alhamdulillah…
rina - 23 Jun 11 at 09:13:47
huhu..rm70 tu dah boleh beli baju baru tauu :)
Sabahan Bloggers Club - 23 Jun 11 at 15:11:33
Banyak juga ilmu yang dapat dari blog ni. macam-macam cara nak cari duit rupanya…. :)
tehr - 23 Jun 11 at 17:27:59
aku nampak bro titan memang buat plan untuk blogging ni

teratur je rasa
tahniah

…dan aku sedang belajar ni
Hati Batu - 24 Jun 11 at 00:38:09
rm 70 tu dah bnyak tu…smelah mcm aku…harapan mngunung nak duit dulu….haha Dapat BE seronok sgt….last2…dia cakap aku buat fraud klik dulu…sadis gila…..
wazy - 24 Jun 11 at 03:40:57
boleh tahan tu ,walaupun rm70 je,lama-lama banyak la nanti
Mr Rileks - 24 Jun 11 at 04:35:27
bro nie x habis2 dpt hasil… cer share cer share… :D
bEe - 24 Jun 11 at 04:50:57
Lor…
Ingatkan DPLI yg kursus perguruan tu :lol:

Apa2pun, tahniah yek…. Hehehe, pandai dia cari duit. Anak cape lah ni :-P
titan - 24 Jun 11 at 08:15:34
merahkatak. Hehe.. :)

mat teropong. Yap, alhamdulillah. Syukur! :D

rina. Haa, tau takpe..

Sabahan Bloggers Club. Yap, ada macam-macam program yang kita boleh join dan jana pendapatan darinya.

tehr. Memang aku ada buat plan. Tapi dalam otak la..jadi ke tak. Aku cuba aje. Kalau jadi, ade la hasilnya nanti..

Hati Batu. Fraud klik? Nuffnang kerr?

wazy. Yap. Aku setuju. :)

Mr Rileks. Dah share la nih. hehe..

bEe. Memang panduan DPLI itu ceritanya tentang tips-tips dpli pun. hehe..anak mak abah aku la..haha..
Ronaldmohoni - 24 Jun 11 at 13:38:52
RM70 pun duit juga Titan. Tahniah.
titan - 01 Jul 11 at 02:36:45
Ronaldmohoni. Hehe..betul. Sama-sama. :)
ainun - 29 Aug 11 at 09:47:23
duit tetap duit



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011