Aku malas nak cerita panjang-panjang tentang isu Blueadvertise ni. Sebab bukan aku sahaja yang menghadapi masalah ni, tapi ramai yang sudah kena ban dari Blueadvertise atau akaun blueadvertise mereka deactivated oleh pihak BlueAdvertise. Tapi, sempat jugalah aku dapat 7 kali bayaran dari BlueAdvertise ni. Walaupun tak banyak, rasa macam terkilan jugalah sampai kena ban macam ni. Tak patut betul la..

Jadi, mengapa ini berlaku?
1. Mungkin aku sendiri ada langgar peraturan BlueAdvertise tanpa aku sedari. Aku sendiri pun tak tahu apa sebab aku kena ban dan aku sendiri tak tahu apa yang aku dah buat sampai akaun aku pun kena deactivatedkan oleh pihak mereka.
2. Memang aku letak iklan blueadvertise ni dekat lebih 10 buah blog. Nak kata aku spam diorang, tak boleh kata macam tu pula. Aku pun letak cuma 1 jenis iklan aje kat blog aku. Takdelah sampai 10 iklan aku letak kat blog aku tu macam sesetengah blogger. Mereka sendiri dah bagi amaran, 1 jenis iklan tu, tak boleh letak lebih dari dua. Entahlah..aku tak tahu..
Jadi, apa yang perlu aku buat?
1. Aku buat akaun baru dan mula balik macam biasa. Tapi aku takkan letak kat blog yang sama. Aku akan letak kat blog-blog yang tidak pernah lagi aku gunakan untuk blueadvertise. Aku masih ada spare blog yang masih boleh aku gunakan. Kita tengok, diorang bayar lagi atau tidak..(aku belum buat akaun lagi, tapi mungkin jap lagi kot..)
2. Atau, aku biarkan aje dan malas dah buat duit dengan Blueadvertise ni. Bukan tak ada lagi program luar yang aku tak boleh join. Masih ada banyak lagi program yang bayar kita melalui impression ni. Contoh terbaik adalah program YMads yang bakal bayar aku dekat 600 usd tu. Hehe..
Setelah apa yang terjadi, aku tahu yang aku memang tak boleh stick hanya dengan satu program. Aku mesti ada banyak program yang boleh support dan bekalkan aku duit-duit paypal untuk memenuhkan tabung paypal aku itu. Jadi, kepada semua rakan blogger sekalian, jangan hanya tertumpu pada satu program sahaja. Bukannya apa, lebih banyak program yang boleh bagi kita peluang untuk buat duit, adalah lebih baik berbanding satu program sahaja. Tetapi aku tak salahkan jika ada antara korang semua yang mahu stick pada satu program sahaja. Jika satu program itu boleh bagi beribu pada korang, stick terus. Tak ada masalah punya.
Sejujurnya, aku ada banyak blog. Jadi, aku tak boleh nak guna satu program sahaja untuk jana duit melalui blog aku. Aku perlukan banyak program untuk jana lebih banyak wang dari blog-blog aku. Lain ceritanya pula kalau aku cuma ada satu blog sahaja yang aktif. Jadi, tidak hairan kalau kita nak stick pada satu program tertentu sahaja. Kalau ada banyak blog, pulangannya juga akan lebih lumayan. Betul tak?
Ps: Okehh..aku nak sambung balik mengarang ebook baru aku tu. Ebook tu juga akan cerita sedikit tentang program BlueAdvertise. Jangan lupa beli bila ebook aku tu dah siap aa. Hehe..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Macam mana nak dapat 600 dollar dari YMads? | Komisen ke 77 dari TNX »
















akaun aku pun kena ban dahh. tak leh login dah bila aku cuba tadi.
merahkatak. Nak buat macam mana, dia dah tak suka kita, dia ban la..
Sabahan Bloggers Club. Hehe..macam tu la pulakk..
tengkorak emas. Kalau kena, memang menjadi la. kalau tak mengena..aku pun dah tak boleh buat apa..
samdaddycool. Haa..part tu pun aku malas. Bukan senang nak tulis kat semua blog aku tu..kekadang..terbengkalai gakk..
penyubiru. Aku pun tengah pening kepala nak manage semua tu. Haha..memang tak sempat, jadi aku buat mana yang aku sempat aje..
suri. Selagi mampu buat banyak, buat. Selagi tak mampu..sabar ajela.. blog lama suri tu memang dah tak boleh login ke? kena hack ke?
azura. Memmang cabaran. Naik gila gak kalau nak buat semua dalam satu hari. Hoho..
satu blog pun kelam kabut nak buat entri
haha
Dulu Lain Sekarang Lain. Tu la. Sabar ajela…
tehrr. Hehe..takpe, usaha pelan-pelan..
Mr Rileks. Cuba aje, bukan kena tumbuk orang pun..
reezluv. Dua-dua. Aku ada penulis upahan. Hehe..kalau rajin atau time aku tengah gila sikit..aku tulis sendiri. hehe..
gw uda $10/day dengan 70K UV akhirnya di suspend dengan sepihak tanpa pemberitahuan & alasan yg jelas, pendapat saya jngan bnyak2 kaliya dapetnya