Hari ini, sejujurnya aku malas. Ceritanya sama macam semalam, aku rasa macam 2-3 hari ini aku mengantuk sangat. Mungkin keletihan. Dari pagi hingga petang, aku tidur aje. Mungkin ada benda yang tak kena dengan badan aku ni. Tak apalah, entri ni aku gagahkan juga taip sebab nak kongsi sesuatu dengan korang. Kalau korang dapat sesuatu yang bermakna dari entri ni, itu dah cukup bagus untuk bagi aku rasa hari ini adalah sesuatu yang lebih baik berbanding semalam.

Semua orang atau kebanyakkan blogger sudah tahu tentang program YMads. Aku tahu aku antara yang pertama mempromosikan program YMads. Sudah ramai blogger tempatan yang pasang iklan YMads diblog masing-masing memandangkan bahawa YMads juga menerima trafik dari negara kita. Sampai hari ini, aku dapat rate $0.61 untuk setiap 1000 impression dari blog-blog aku. Rate setiap hari akan berubah dan jika kita dapat rate yang tinggi macam ini, memang mana-mana blogger akan tersenyum puas.

Jadi, bagaimana hendak dapat duit atau jana income yang tinggi melalui YMads? Ini selalu ditanya oleh kawan aku dan juga blogger lain bukan? Disini, aku senaraikan beberapa cara untuk tingkatkan income YMads korang agar korang juga dibayar tinggi melalui program ini. Walaupun nampak macam tak logik, korang anggap sahaja logik dan iyakan aje apa yang aku merepek ini. Haha..

1. Jika korang cuma ada blog yang dapat trafik, dan kebanyakkan trafik tersebut banyak dari negara kita, aku tak rasa korang boleh senang-senang dapat 100-200 dollar setiap bulan melalui YMads melainkan blog korang betul-betul super blog yang dapat trafik antara 10-30 unik visitor setiap hari atau 20-50k impression setiap hari. JIka korang terdiri daripada blogger yang mempunyai super blog sedemikian, aku ucapkan tahniah kerana korang memang mudah-mudah sahaja untuk buat duit dengan YMads. Jika korang boleh dapat antara 1-5 dollar setiap hari, itupun sebenarnya dah cukup banyak. Dah patut buat sujud syukur agaknya. Hehe..

earningymadsterkini Macam mana nak dapat 600 dollar dari YMads?


2. Jika korang ada blog yang trafiknya luar dari Malaysia dan korang berjaya maintain 10-50k impression setiap hari, ianya juga bermakna program YMads memang boleh bagi korang 100-300 dollar setiap bulan. Aku bukan blogger yang hebat sebegini, tetapi jika aku mampu dapat 50-150 dollar hanya melalui impression diblog-blog aku, itu sudah memadai bagi aku, kerana aku memang bukan expert untuk jana impression atau hits yang banyak setiap hari. Kadang-kadang sahaja. Bukan selalu. Tapi aku tahu, ada blogger dari negara kita yang memang cukup bijak untuk dapat trafik dari luar. Bagaimanakah caranya? Ada caranya dan nanti aku cerita dalam entri lain yang lebih terperinci. Hari ini, aku cuma nak simpulkan sahaja.

3. YMads juga ada program affiliate. 1 downline, mereka bayar kita $2.50 dollar. Aku ada berpuluh downline dalam akaun YMads dan jika aku beritahu korang aku sudah berjaya kumpul lebih dari 600 dollar dengan hanya downline sahaja, korang percaya tak? Ya, aku tahu ada antara korang yang dapat lebih dari aku. Aku punya earning tu ciput sangat berbanding korang. Dan kebanyakkan downline aku, adalah dari Malaysia dan juga dari luar negara. Aku ada downline dari negara luar dan dari dalam Malaysia dan aku ucapkan terima kasih kerana daftar melalui link aku. Siapa yang daftar program YMads melalui link aku, sila angkat tangan? Dan aku tahu sesetengah blogger hebat atau blogger otai yang daftar melalui aku. Terima kasih kalian semua.

Inilah salah satu cara untuk boost income YMads korang melebihi 100-300 dollar setiap bulan. Dan 600 dollar tu, aku dapat kumpul dalam 1-2 bulan sahaja dan jika tidak ada masalah, aku akan terima 300 dollar lebih pada awal bulan Julai nanti hanya melalui program affiliatenya. Bayaran untuk pubsliher pula, dibayar melalui bayaran yang berbeza. Yang bakinya pula akan dibayar pada bulan Ogos. Di sini aku nak beritahu, korang boleh tumpukan untuk cari downline untuk tambah income YMads korang disamping dapat income dari impression blog korang.

ymadsaffiliatearningupdated Macam mana nak dapat 600 dollar dari YMads?


Ok. Itu sahaja cara-cara untuk dapat income 100-500 dollar dari YMads dari aku. Ini cuma teorinya sahaja dan aku cuma mampu buktikan pada teori yang ketiga sahaja. Teori pertama, aku cuma berjaya capai antara 50-100 dollar sahaja setiap bulan selepas membuat ujikaji selama 2 bulan. Teori kedua, aku gagal. Memang sukar. Tetapi aku akan cuba untuk merealisasikan teori itu pada bulan-bulan yang akan datang.

Dan pesanan aku yang terakhir. Mungkin agak kejam sikit. Program YMads ini agak berisiko. Sebelum YMads muncul, ada banyak program yang menjalankan modus operandi yang sama dengan YMads. Kebanyakkannya tersungkur sebab tak mampu bayar publisher atau memang mereka jenis run and hit punya program. Mereka capai matlamat, mereka blah. Ini yang aku cukup takut dengan YMads dan aku harap seandainya YMads juga akhirnya tiba-tiba hilang dari dunia internet ini, korang takkan keji dan caci aku sebab aku antara yang pertama mempromosikan YMads di arena blogger Malaysia. Jika korang taip “YMads” atau YMads earning” atau “buat duit dengan YMads”, cuba korang tengok dari 1-10, ada berapa blog aku yang dalam first page di search engine? Jika masa awal-awal dulu, dari no.1 hingga no.10 semuanya link yang dipaparkan adalah blog-blog aku. Tapi jika sekarang, sudah ramai blogger malaysia yang pintas aku dalam pencarian keyword YMads. Tak percaya? Boleh lihat dan search kat search engine.

Apapun, jika korang dah berjaya dengan YMads nanti, jangan lupa untuk bantu blogger lain yang masih tak tahu apa-apa dalam dunia buat duit dengan blog dan jangan menyombong pula. Tanpa support dan bantuan dari blogger-blogger lain, aku takkan dapat income sebanyak ini. Malah, aku juga takkan dapat downline yang banyak bagi earning tinggi dalam program YMads ini. Sekali lagi, terima kasih aku ucapkan pada korang semua.

Sesiapa belum datfar, boleh pergi sini >> YMads

Terakhir sekali, terima kasih sebab baca ulasan yang agak panjang tentang YMads. Aku ada banyak lagi nak cerita, tapi aku rasa ni dah cukup panjang sangat ni. Jika korang sampai ke ayat ini, ucapkan tahniah untuk diri korang sebab sanggup bersusah payah baca entri aku kali ini. Bukan niat aku nak riak sebab dapat income banyak ni, tapi aku tulis benda ini untuk menunaikan permintaan beberapa orang rakan aku yang baru hendak mencuba buat duit dengan YMads dan juga jana income melalui blog mereka.

Ps: Baru sahaja habis tengok cerita “The King Speach”. Jika kita mahu dan jika yakin, kita boleh lakukan apa benda sekalipun. Tapi jika tak yakin, nak dapat 1 dollar dari YMads pun susah..


Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 42 comments. Apa plak komen korang?
rina - 19 Jun 11 at 19:43:17
hemm..600 dollar??? wahhhh. banyak tu!!
akazuma - 19 Jun 11 at 20:12:19
tahniah bro. banyak tu..300 dollar ke, 600 dollar..banyakjugak tu..bukan senang nak dapat tuuu :)
Afiffuddin - 19 Jun 11 at 20:29:34
Tahniah bro, :)
titan - 19 Jun 11 at 23:00:14
rina. Bolehlah. Kena usaha lagi kuat nih. Target nak dapat 500 dollar sebulan. Kalau dapat la. hehe..

akazuma. Memang tak senang. Susah tuuuuuuu.. :)

Afiffudin. Sama-sama. :D
faiz - 19 Jun 11 at 23:15:59
aku nak buat..tapi iklan dia keluar iklan seksi plak…aku dah letak pastu buang balik..
titan - 19 Jun 11 at 23:21:10
faiz. ko leh hantar email kat diorang, suruh diorang buang iklan tu bila run kat blog ko..

dan biasanya iklan seksi tu..yang jenis 300x 250.

ko letak yang 720x90 atau 468x60. Memang takde rasanya iklan seksi kalau guna yang tu..kalau iklan petak tu..mana-mana syarikat termasuk google pun ada keluar iklan tu..
BroZooL - 20 Jun 11 at 01:24:59
YMads ni nak kena daftar paypal dulu kan bro? kalau tak daftar paypal boleh ker?
mat teropong - 20 Jun 11 at 01:33:41
wow!! thanks!! good info titan!!
titan - 20 Jun 11 at 01:36:13
BroZooL. Yap. Sebab YMads cuma bayar guna akaun paypal sahaja.


Nak daftar paypal, senang aje. Percuma aje. Nak aktifkan akaun paypal, boleh guna maybank debit kard. Yang ada gambar ceri merah tu..

kalau kad maybank yang warna kuning tu, boleh aje tukar terus kat bank. Nanti dia bagi kad baru. kad baru tu..kad debit. Kad debit ni, kita boleh verify akaun paypal.

mat teropong. Sama-sama. Hehe.. :)
Sabahan Bloggers Club - 20 Jun 11 at 02:06:48
Semalam pun ada jumpa blogger yang cakap pasal Ymads ni. :)
Tahniah dan terima kasih bro.
titan - 20 Jun 11 at 02:22:13
Sabahan Bloggers Club. Dah ramai dah cuba program ini. Harap program ini akan kekal buat masa yang lama. :)
MDHAFiZ.NET - 20 Jun 11 at 03:37:51
agaknya berapa kali tahniah aku nak ucapkan kt ko Titan..hati-hari dapat berita gembira.. :)
Fazreen - 20 Jun 11 at 03:55:51
Aku harap ko buat post mcm ni utk innity..Aku tunggu sebab target aku mmg nk kaut kaw2 dgn innity..nk fokus satu..
Hisyam - 20 Jun 11 at 04:57:11
600 dollar. convert duit malaysia dah boleh beli ipad 2 tu. tapi blog ko ni banyak iklan, tapi tak berat. nape eh?
afzal laidin - 20 Jun 11 at 06:30:17
memang terbaiklah titan. betulbetul ada multiple source of income.
Firdaus - 20 Jun 11 at 06:58:59
Wow tahniah bro,banyak tu,tahniah gak sbb memperkenalkan ymads kat aku,aku dah reg bawah bro,sebulan dah test,tunggu kaut hasil 1jul nanti..huhu
Kamal Mustafa - 20 Jun 11 at 07:44:38
Rezeki tak datang bergolek kalau kita tak berusaha.KM join program iklan yang ada sekarang nie pun masih belum dapat 1 sen lagi. kena usaha lebih gigih lagilah.
merahkatak - 20 Jun 11 at 13:25:54
usaha itu lif kejayaan. :)

tahniah bro. dapat 600 dollar tu, leh la belanja piza ye. dah lama tak makan piza nih. hehe
Hati Batu - 20 Jun 11 at 15:00:51
kalau tgk betul2..bnyak gak dapat tu..hehe tapi kalau x silap kena guna paypal kan? errmmmm sy x ad lagi akaun paypal ni…debit kad pun x ad lagi..hehe
Kodet - 20 Jun 11 at 15:01:49
herm , ko trafik power boleh la …
akubiomed - 20 Jun 11 at 15:27:00
Dah daftar dan letakkan dekat blogspot. Buat masa ini masih belum memberansangkan dan terlalu awal
Kodet - 20 Jun 11 at 15:39:08
ko ni bnyk ilmu tul , leh kasi ilmu sikit?
samdaddycool - 20 Jun 11 at 20:30:36
Aku baru nak register.. lepas tu nak berangan usd $1000 sebulan daripada ymads
titan - 20 Jun 11 at 20:59:16
MDHAFiZ.NET. Ntah, aku pun tak kira. Hehe..dah memang niat aku dari dulu. Apa yang aku dapat dari blog, akan aku ceritakan..jadi, itulah yang aku buat hari ini..

Fazreen. Kalau innity, takdelah income aku macam ymads nih. Innity lain caranya. Tak sama macam ymads. Income innity aku biasa-biasa aje. Cukuplah untuk withdraw setiap bulan..tak leh lawan yang dapat ribu-ribu dari innity nih.. tapi takpe, nanti aku tulis gak macam yang ko nak nih..

Hisyam. Ipad? aku baru cadang nak angkat laptop baru. Haha..ipad tak mengiurkan aku. Hehe..

blog aku hostingnya kat netkl. Malaysia punya hosting. So, laju la..lagi satu..aku dah setting baik punya untuk kelajuan blog nih. Bagi yang guna plan broadband atau streamyx yang laju, blog ni dapat dimasuki dengan laju. Kalau pakai dial up, memang sakit la..

afzal laidin. Hehe..ko pun boleh. Sesiapa pun boleh kalau ada hati..

Firdaus. Aku harap semua orang akan dapat duit dari ymads nih. Mudah-mudahann…

Kamal Mustafa. Takpe, usaha lagi sampai berjaya. Insya-Allah boleh..

merahkatak. Ok aje. Ko datang banting, roger aku. Aku pun dah lama tak makan piza nih. hehe..

Hati Batu. Yap, diorang bayar pakai paypal. So, nak tak nak, kena ada akaun paypal la. So, kenalah buat. Wajib ada ni kalau nak join program luar.

Kodet. Manada power. Biasa-biasa ajelah wehh. hehe..tak semua power, satu dua aje..

akubiomed. Takpe, pelan-pelan. Insya-Allah akan ada hasil juga nanti.

Kodet. Baca aje apa yang aku tulis dalam blog ni. Insya-Allah akan bantu sedikit sebanyak. Aku bagitau apa yang aku tau je. Yang aku tak tahu, aku kena belajar lagi la…

samdaddycool. Haa..elok sangat la tu. Leh register under aku. Hehe..wahh 1k tu..banyak tu..
samdaddycool - 21 Jun 11 at 02:51:08
Kalau ikutkan khayalan aku, aku nak berangan 1k sehari wooo :D
reezluv - 21 Jun 11 at 04:28:00
orang otai tak heran lau dapat USD600 ni..hehe..biasa dah tu ye titan?hehehe..

banyak betul le income dari blog ko dapat eh..actually bape blog dah ko ada eh?hehe..leh reveal ke? :P

dan income ko dari YmAds ni,camne ye ko dapatkan downline tu?dari list email ke ko blast? :P
yas - 21 Jun 11 at 05:51:26
Woww…600usd….leh wat kekah dh nih bro…hehehe
titan - 21 Jun 11 at 08:09:32
samdaddycool. Wahh, hebat khayalan ko ekk..tak mampu aku nak berkhayal macam tu..hehe..

reezluv. Mana ada biasa. sekali dalam seribu nih. haha..

banyak gak la. Tak larat aku nak reveal semua. ko cari ajelah. hehe..

Mana da main mailing list dan blast-blast. Tak pernah lagi aku blast benda-benda macam ni kat mailing list..promosi kat blog aje. hehe..dah aku orang pertama promosi benda ni untuk orang malaysia..tu yang dapat banyak tu. hoho..

yas. Boleh dah kot. hehe.. :)
Dulu Lain Sekarang Lain - 21 Jun 11 at 12:40:11
alahai yg ni kawe tak pernah tahu.Thanks for sharing. Info yg baik bro.. keep it coming :D
Sobri Mansor - 21 Jun 11 at 14:00:41
Baru tau nih tentang ymads ni
azizan4444 - 21 Jun 11 at 16:00:05
bro, benda ni 1 akaun 1 blog ke?ke bloh bnyk2?..aku x dptkan abeskan bace entri ni.pnjg sgt..sbb bila tgk ss earning tu berpinar mata.haha
akazuma - 21 Jun 11 at 16:24:57
azizan4444. boleh je letak kat banyak blog. takdehal..aku jawab untuk titan plak. haha

sampai berpinar-pinar. aku dah sampai pening ni kene makan paracetamol..
titan - 21 Jun 11 at 21:51:24
Dulu Lain Sekarang Lain. Takpe, sekarang dah tahu kan? kan? Hehe..

Sobri Mansur. Hehe.. :)

azizan4444. Satu akaun, boleh letak code ymads ni kat berapa banyak blog yang kita mahu..

akazuma. ha..betul. betul. Sampai bantai paracetamol lagi tu. haha..
nizamghazi - 22 Jun 11 at 05:06:44
wei, ak tak paham menda ni
YMads ni terbaik ke??
sopek - 22 Jun 11 at 09:25:36
status nuffnang efek ker kalo letak iklan ni..
reezluv - 22 Jun 11 at 10:16:51
yg tak best kt blog ko ni takleh nak reply..install le plugin,kasi reply ma.
titan - 22 Jun 11 at 15:27:01
nizamghazi. Apa yang ko tak faham?

YMads ni tidaklah terbaik. Cuma salah satu program baru sahaja yang aku promosikan. Itu sahaja. Kalau berminat, boleh cuba. YMads ni macam nuffnang atau advertlets gak..dia bayar untuk impression dan juga klik.

sopek. Tak pasti sebab aku tak pernah campurkan iklan ymads dengan iklan nuffnang dalam satu blog yang sama.

reezluv. Bukan aku tak nak. Tapi theme wordpress ni tak sesuai dah nak guna. Dah banyak plugin comment reply aku try. Tak jadi. Siap berterabur theme ni dibuatnya..

So, kalau aku tak jumpa theme baru yang sesuai untuk blog aku ni..takde reply la..reply cara old skool la jawabnya. haha..
[…] Macam mana nak dapat 600 dollar dari YMads? […]
mankuchai - 10 Jul 11 at 14:09:06
Eh aku takut jadi macam blog bro rohaizad,ymads dia ganggu reader sebab byk pop ups..boleh bagi nasihat sikit pasal pop-up ni?
titan - 10 Jul 11 at 15:04:30
mankucai. YMads ni..rasanya dah boleh anggap terkubur. Dah tamat tempoh 1 minggu yang aku bagi kat diorang.

Aku pun dah remove semua code ymads dari senarai blog aku. Jadi..anggap aje ymads ni dah jadi sejarah..

dah takde popup dahh..website diorang pun dah hilang. Dengarnya teruk diorang kena DDOS attack..
ainun - 29 Aug 11 at 09:51:38
banyaknya 600 dollar…
pakmat kaya - 21 Dec 11 at 12:29:53
rm12,000 sebulan secara sampingan..1 jam sehari masa diperlukan..jom lihat kt sini pakmat kaya



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011