Maaf, lambat pula buat entri untuk hari ini. Sebab aku keluar dari pagi tadi sampailah ke tengah hari untuk survey satu tempat yang aku cakap tempoh hari. Dah setel dengan urusan aku tu, jadi aku pun baliklah dengan muka tahap mengantuk akibat berjaga sepanjang malam. Sampai rumah aje, buka pintu, kunci pintu, selak apa yang patut, tutup suis apa yang patut, tutup gas kat dapur, buka kipas kat bilik, tepuk bantal 2-3 kali, baca apa yang patut, ok..tidur..
Kul 3 petang lebih aku bangun. Buat apa yang wajib, buat apa yang patut. Pastu..masuk bilik semula. Aku tidur..sebelum tu, ini bayaran terbaru dari program Paid-to-Promote.net. Tak banyak, tapi kira bolehlah tu kan? Nak dapat banyak-banyak, nanti korang tanya aku tips bukan-bukan pula..

Okeh..dalam kul 6 petang barulah aku terbangun semula. Buat lagi apa yang wajib, gi minum air. Mandi jap..pastu, melayan tv sampailah waktu yang aku tunggu iaitu Perlawanan Persahabatan antara Malaysia lawan Myanmar yang berkesudahan dengan Malaysia menang. Wokehh..pastu, aku tertidur depan tv pula..
Dan la ni, aku baru lepas bangun sebenarnya dan aku sambung balik buat kerja-kerja apa yang patut disebabkan aku dah tak sanggup nak tidur lagi dan badan pun rasa macam cergas seperti biasa. Jadi, aku buat apa yang patut. Lagipun, esok cuti. Takde hal kalau nak overtime hari ini. Haha..
Kalau korang sanggup baca sampai setakat ni, tahniah sebab sanggup layan cerita merapik aku hari ini. Tidur aje sepanjang masa. Haha..
Ps: Bila Dato Sharizat dan Altimet masuk dalam Youtube. Heboh dah satu Malaysia tentang kes diorang nih. Semuanya semata-mata hari bapa esokk..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 3 dari Bidtraffic | Macam mana nak dapat 600 dollar dari YMads? »
















hehe
mata masih segar ni
merahkatak. aku baru bangun tidur tadi. So…sekarang ni, aku tak tidur lagi la..
Fazreen. Aah, tak ada minimum. dapat 1 sen pun diorang bayar gakk..
rina. Sapu aje selagi mampu..