Sempena pagi Jumaat yang kacak ini, aku mahu kongsikan bayaran terkini yang aku peroleh dari program Bidtraffic. Mungkin ini akan jadi bayaran yang terakhir atau mungkin juga tidak. Maklumlah, ada sikit benda yang buat aku bengang dengan program ini. Tapi kalau diorang masih bayar aku seperti bayaran-bayaran yang lepas, aku terima dengan hati terbuka. Aku masih tak buang iklan diorang dan aku cuma letak kat 2 blog sahaja. Blog-blog yang lain, aku terpaksa buang untuk memberi nafas baru untuk program cpm yang lain..

Ya, tak banyak yang aku dapat. Tapi bagi sesetengah orang jumlah yang aku dapat ini sangat besar. Maklumlah, nak dapat satu dollar dari internet ni bukanlah mudah. Aku sendiri dah merasa betapa azabnya nak dapat satu dollar dari internet masa mula-mula menulis blog dulu. Tapi alhamdulillah..sekarang nak dapat satu hingga sepuluh dollar setiap hari, bukan masalah besar bagi aku. Cuma kita kena jadi super rajin aje dan juga memiliki banyak rangkaian super blog. Hehe..
Aku tahu program ini juga membuatkan ramai orang fobia hendak menyertai Bidtraffic. Maklumlah sekarang dah terlampau ketat rasanya. Nak create iklan pun susah. Nasib baik aku ada simpan stok-stok iklan dan aku cuma perlu ubah suai sikit sahaja kat bahagian keyword. Kalau tidak, mungkin aku juga terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada program Bidtraffic ini yang sudah tiga kali membayar aku tanpa gagal walaupun banyak betul soal-siasatnya. Setakat ini, ketika aku buat withdrawal dari Bidtraffic, dua kali kena soal-siasat dan sekali aku tak kena. Tak boleh buat apa-apa sebab Bidtraffic tu bukan aku yang punya.
Tak ada tips yang bagus untuk buat duit dengan program Bidtraffic ini sebab aku sendiri rasa nak buat duit dari program ini tersangatlah susah berbanding buat duit dengan Nuffnang atau YMads. Jadi, tak payahlah korang join program ini sebab memang sangat menyusahkan korang. Dari awal hingga nak dapat duit, terasa terseksa sangat. Tak percaya? Tanyalah pada pemain-pemain Bidtraffic yang dulunya gembira menjulang ke langit tetapi hari ini sujud ke bumi dengan air mata kekecewaannnnn..
Wokehh..aku malas nak cerita panjang-panjang. Kalau nak join gak benda ni, korang boleh pergi kat laman web Bidtraffic dan daftar. Tapi kena guna proxy la. Sebab diorang dah ban habis direct link melalui ip address negara kita dan negara asia yang lain. Kalau bila dah join, terasa macam nak hantuk kepala kat dinding. Anda sangat dialu-alukan. Cuma janganlah sampai terjun bangunan..carilah tempat rendah sikit ye..
Ps: Ni yang terasa nak buat mini contest dengan hasil duit Bidtraffic ni. Contest apa aku nak buat ye. Cuba korang bagi cadangan sikit kat ruang komen ni.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Siapa sebenarnya Ridzuan Richie? | Komisen ke 18 dari Paid-to-Promote.net »
















tidakpun, buat contest komen dan review macam dulu. ko kan suka? dapat trafik lagi?
tapi siut la. dapat aje ko duit dari bidtraffic nih..akaun aku berapa sen aje ni
kalau yang payah2 memang aku tak akan sempat nak pikir
setakat ambik tahu je
So otai buat duit ckp x yah join, so ak x kan join
Ni post paling latest Eichikatsu: Restless Saturday!
dahsyat bro..semuga terus lebih masyuk lagi
p/s : chitika ads sebelah side bar..aku baru perasan..eheh.. mcm mana?? ok ke nda?
faiz. ALhamdulillah. Bolehlah sikit-sikit.
tengkorak emas. Hehe..susah. Serius, memang susahhh..
zik. La..kena ban dahh? aduhh..
Lizz. Hehe..kalau ko..banyak mana aku dapat..mesti ko komplennnn
debtrunner. Haha..rindu plak nak makan McD. hehe
Sobri mansur. Banyak gak tu..dekat dua ratus kalau wat kira-kira..
akazuma. Sapa yang kaya nih? haha..
penyubiru. Haa. betul tu. Bukan senang nak senang. Nak susah pun bukan senang nak susah..
tehr. Hehe..aku tak pasti aku akan dapat lagi ke tak dengan program ni. Dah rasa bengang dan menyampah pun ada..
nizamghazi. Haa, tak payah join. Tak yah..menyusahkan aje. Haha..
Amim. Hoho..tahniah. Lepas ni leh lah withdraw duit tu..
Eichikatsu. Hehe..jangan main. Tapi kita cuba. Cuba sampai dapat. Boleh kan?
MDHAFIZ.NET. Dah lama dah ada dalam blog ni. Kekadang aje muncul. Tapi kalau pakai proxy aku check, memang iklan tu sentiasa keluar..chitika tu selalunya keluar kalau ada visitor luar aje. Selalu kalat visitor malaysia, jarang nampakkk..kalau nampak, ada iklan target untuk malaysia la tu..
ok ke tak? Dah bertahun aku tak login akaun chitika aku tu. haha..nanti aku login aa..
itu org cakaplah,aku tak tahu betul ke tak,tapi aku pergi dkt site dia tak ada apa2 pulak….
betul2 scamlah tuh….
baru nak cuba hati tu….sedih…huhu