Hari ini aku akan survey satu tempat untuk memudahkan aku pergi tempat tersebut. Tempat tu adalah tempat untuk aku pergi kursus. Kursus plak dalam tempoh yang agak lama, jadi mungkin ketika aku berkursus tu banyak blog yang aku tak sempat update termasuklah blog ini. Ok, lupakan kejap sebab aku nak kenalkan korang dengan seorang lagi blogger yang boleh aku katakan sudah agak berjaya dalam mencari duit dari blog. Siapakah yang aku maksudkan? Ya, beliau adalah Ridzuan Richie. Mesti ada antara korang yang kenal dengan mamat bertuah ini kan?

richie Siapa sebenarnya Ridzuan Richie?


Aku tidaklah kenal si Richie ni dari hujung kaki sampai ke hujung rambut dia. Tapi sejak dia muncul dalam dunia blogger ni, aku memang selalu memerhatikan dia. Dari dia bermula, dari orang kata dia newbie mentah sehinggalah hari ini. Malah, ramai juga mengatakan beliau sudah setaraf dengan otai blogger yang lain. Pendek kata, perkembangan beliau dari sejak beliau bertatih dalam dunia blogger dan blogging ni, memang aku tahu. Daripada income blogger biasa-biasa sampailah sehingga ada beberapa rangkaian blog yang hebat-hebat dan sudah mampu ada akademinya tersendiri. Jika dulu, dia jenuhh belajar dari blogger dan IM yang otai-otai dan hebat-hebat tu, tapi kini dia pula membantu mereka yang memerlukan melalui produk beliau iaitu Akademiblog. Usaha beliau itu sangat aku kagum. Tidak kurang aku katakan dia antara blogger yang sangat berjaya dikalangan blogger-blogger Malaysia. Kena pula siap keluar dalam majalah dengan muka comel dia tu, aku rasa mesti ada mana-mana perempuan atau blogger perempuan cair dengan kekacakan beliau. Haha..rasanya dia tu single tapi mungkin tak available..

Dan jika korang tak tahu mana satu blog si Richie ni, blog beliau adalah ridzuanrichie.com. Bolehlah pergi skodeng mamat tu sekarang kerana beliau sedang mengadakan pertandingan atau contest diblog beliau sempena ulangtahun blognya yang dah 3 tahun berkecimpung dan bergelumang dalam dunia blogging ni.

pertandinganreviewridzuanrichie Siapa sebenarnya Ridzuan Richie?


Blog Richie ini simple aje. Guna theme pun yang biasa-biasa aje. Tapi setiap isi dalam blog dia sangat bermakna. Tak kiralah untuk target SEO atau sembang merapu pasal roti canai atau ulas filem dan drama tempatan atau gadget pelik-pelik tetapi aku faham setiap isi artikel beliau ada tujuan tertentu. Banyak ilmu dan info yang bermanfaat boleh korang dapat dan jika korang nak belajar sesuatu dari beliau, cukup sahaja korang perhatikan dari blog beliau. Aku yakin korang boleh dapat sesuatu dan dapat tangkap macam mana beliau berjaya seperti hari ini. Jika dulu ada orang menyampah dengan Richie, tapi hari ini aku rasa lebih ramai orang berbangga dengan beliau.

Kali pertama aku jumpa si Richie adalah pada seminar Speed Adsense. Korang masih ingat dengan seminar yang agak kontroversi ni? Haha..Walaupun aku ada peristiwa agak pahit dalam seminar tu, tapi sekurangnya aku dapat jumpa dan bersembang sekejap dengan mamat comel ni. Dapat 5-10 minit pun dah kira ok apa. Entah bilalah aku dapat jumpa lagi dengan mamat ni. Tak apalah, kalau kuat jodoh aku dengan dia, kat pasar malam pun boleh jumpa apa, kan?

Okeh, aku tak tahu lagi apa nak cakap. Korang boleh kenal dengan lebih rapat lagi dengan Richie diblog beliau. Salah seorang powerful blogger yang mampu hidup dengan hasil dari blog-blog beliau. Ya, dia juga merupakan seorang blogger sepenuh masa. Bukan blogger separuh masa macam aku. Dan jika korang mahu cari mana-mana blogger full time yang berjaya menjana pendapatan dari blog. Jadi, mari aku bagitau richie ni juga boleh dikatakan salah seorang blogger contoh yang berjaya buat duit dengan blog.

Dahh, pi blog dia dan tengok sendiri >> Blog Ridzuanrichie.com

Ps: Richie, ko selalu contact dengan Syed tak? Aku email mamat tu dari tahun lepas, sampai hari ini tak dapat-dapat.


Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 27 comments. Apa plak komen korang?
rina - 16 Jun 11 at 17:25:15
wahh..dah lama kenal richie ni. kenal pun dari blog titan ni. :)
Lizz - 16 Jun 11 at 17:37:39
tahniah sebab join!!bahahahaha. die hebat kan? sama hebat cam kau.okbye!!boring nk kene puji kau ni!!
Eichikatsu - 16 Jun 11 at 18:07:25
Baru je kenai..hehe :)
akazuma - 16 Jun 11 at 18:28:31
wahh..makin rajin ko review blog orang ye..
Fazreen - 16 Jun 11 at 20:11:32
tak sangka aku dapat kawan ngn richie..sama2 terlibat dlm akademi..rasa jga lak bertuah dpt dia sbg kawan..memang tak lokek ilmu
afzal laidin - 17 Jun 11 at 00:00:00
kenal melalui fb sebelum ni.
wrizuan[dot]net - 17 Jun 11 at 00:44:30
aku nak kenal hihihi…
Mr Rileks - 17 Jun 11 at 00:45:25
mcm best jer contest nie.. :) thanks bro…
reezluv - 17 Jun 11 at 00:56:09
aku pun tak pernah jumpa mamat richie ni..erm..gathering WC tu jadi ke?erm..sure ko dah lama tak masuk kan?hehehe
merahkatak - 17 Jun 11 at 01:24:21
tak pernah jumpa si richie nih. rajinnya ko join contest orang ye
Sabahan Bloggers Club - 17 Jun 11 at 01:27:16
Ramai lagi blogger2 hebat lain yang low profile, yang ni high profile sikit. :D
adamfaiz - 17 Jun 11 at 01:38:46
Pernah dengar pasal dia…tapi x berapa mengenali… boleh la jengok semula nanti… Nak gak cedok ilmu apa yg patut :)
Kamarul Azriâ„¢ - 17 Jun 11 at 03:01:39
yup, orangnya sempoi…KA bersembang dengan dia kat YM pun ok jer… santai jer
Fadzmie - 17 Jun 11 at 03:37:33
Pernah dengar, cuma belum pernah berinteraksi lagi dengan dia. Nanti nak berguru dengan dia la. :)
Amway Guy - 17 Jun 11 at 04:09:39
Budak baik Richie ni. Pernah gak berchating dgn dia. :)
debtrunner - 17 Jun 11 at 06:45:35
ok. mari berkenalan dengan encik richie..hehe
nizamghazi - 17 Jun 11 at 23:37:28
Tak penah singgah pon blog ni.
Nnti singgah kejap
titan - 18 Jun 11 at 23:59:35
rina. Haa..sekarang dah kenal kan? Bolehlah pergi melawat blog mamat tu nanti. Haha..

Lizz. Hehe..ko sendiri yang puji..bukan aku suruh pun. Haha..

Eichikatsu. Hehe, selamat berkenalan. :)

akazuma.Ala, sekali-sekala la wehh..

Fazreen. Ohh, ko dengan dia la wat akademiblog tu? Bagus, bagus..

afzal laidin. HOho..famous richie ni. Ramai orang kenal..

wrizuan[dot]net. Kenal aje ker??

Mr rileks. Haa, leh la join contest tu sekali. Hehe..

reezluv. Gathering yang mana wehh??
titan - 19 Jun 11 at 00:02:56
merahkatak. Bolehla. Time rajin, aku join gak contest orang lain nih..

Sabahan Bloggers Club. Wahh, ada blogger high profile dengan low profile ker??

adamfaiz. Ha..ceduk sebanyak mungkin dari mamat richie nih. haha..

Kamarul Azriâ„¢. Mamat tu memang sama jenis dengan AC mizal. Sempoi aje memanjang..

Fadzmie. Berguru? Ha, sila. Sila..

Amway Guy. Budak baik? Budak comel nih la..haha

debtrunner. Mari. Sila-sila.. :)

nizamghazi. Bolehlah singgah lama sikit nanti ye. Hehe..
Esempoi - 19 Jun 11 at 09:55:10
saya pun join jugak.. titan punya pasal la ni..hehe
titan - 19 Jun 11 at 23:08:21
Esempoi. Hehe..sila-sila. Aku join ni saje nak kacau daun aje..hehe.. :D
mat teropong - 20 Jun 11 at 01:24:33
selalu jugak baca blog die..
titan - 20 Jun 11 at 02:16:23
mat teropong. Tak nak join contest dia? Hehe..
samdaddycool - 21 Jun 11 at 02:55:12
aku akui dia jauh lebih glamer dan hebat berbanding aku
titan - 21 Jun 11 at 07:59:02
Samdaddycool. Hehe..dia memamg glemer. Haha..mamat comel la katakan..
ainun - 29 Aug 11 at 09:54:43
richie ni memang bijak buat duit…orgnya pon masih muda
sjiehan - 29 Aug 11 at 10:52:07
muda lagi ke? ainun kenal ke?



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011