Hari ini takde sangat tips buat duit dari aku. Sebab aku tengah mengalami sindrom malas dalam pertengahan bulan ini. Jangan tanya kenapa aku malas. Ada banyak sebab untuk aku jadi seorang yang pemalas. Kalau korang terer, korang mesti perasan kenapa aku malas. Haha..
Ok. Oleh sebab aku rasa macam malas, aku saje nak rajinkan diri aku review contest member kita yang seorang ni. Dah lama aku tak join contest komen-komen kat blog orang lain ni. Ok, blog Esempoi ada menganjurkan satu pertandingan komen diblognya. Macam biasa, salah satu sebab orang buat contest, untuk dapatkan trafik dan mempromosikan blog mereka. Jadi, mari kita support contest ini dan komen ramai-ramai. Bukan susah pun, baca, komen seikhlas mungkin. Lagipun, banyak gak artikel yang best-best untuk dibaca di blog Esempoi ni..

Ini serba sedikit apa yang korang perlu tahu tentang contest ini:
1) Link ke post ini iaitu post untuk pertandingan komen dan menang.
2) Link ke blog penaja iaitu blog kimirekonen
Untuk daftar, guna nama yang sama dan email yang selalu guna, supaya senang penganjur contact untuk urusan pembayaran hadiah. Jangan lupa sertakan post blog korang di bahagian komen untuk penganjur check.
Tempoh masa pertandingan pula adalah dari hari ni iaitu 1 Jun 2011 hingga 31 Julai 2011 (12 malam). 2 bulan tempohnya. Sekejap sahaja tempohnya. Kena cepat bertindak. Nak tengok siapa yang lead, tengok kat sidebar pada ruangan pengomen terbanyak (tapi ni ikut bulan sahaja). Untuk tentukan pemenang, korang check guna top commentator plugin secara custom date.
Hadiahnya pula adalah seperti berikut: (HADIAH TUNAI)
Tempat pertama: RM100
Tempat kedua: RM70
Tempat ketiga: RM50
Bonus: Referer terbanyak ke blog ini akan menerima RM80 (Penganjur akan check guna awstat) Pemenang akan diumumkan pada 1 Ogos 2011 atau secepat mungkin. Hadiah ditaja sendiri oleh penganjur iaitu Blog Kimirekonen
Aku tak rasa aku boleh menang sebab ramai lagi yang terer-terer boleh menang. Aku cuma nak kacau daun aje. Dapat tempat ketiga pun dah cukup bagus apa. Tapi kalau tak menang pun tak apa. Sebab aku pun memang tengah malas nih. Kalau aku rajin, mungkin boleh menang tempat pertama. Hehe.. tidak pun, korang tak yah join. Bagi aku menang aje. Senang cerita. Hehe..
Ps: Sekarang ni, memang tengah ramai orang buat contest sana-sini. Dulu, aku selalu buat contest. Sekarang ni, memang cukup malas aku nak buat contest. Kalau ada masa, kalau aku rajin, memang aku nak buat contest. Cuma itulah, aku ni dah pemalas benar sekarang nih..

Saya buat contest nak tahu apa kesannya kepada blog. Tapi kena hati-hati kalau contest yang melibatkan social medai seperti Facebook dan Twitter. Mereka ada undang-undang sendiri untuk contest ni.
Sabahan Bloggers Club. Takde masalah nak buat contest. Asalkan tahu tatatertibnya. Bab twitter dan facebook tu, kena faham-faham la. Tak leh main redah aje..
saudara titan goyang kaki pun dh boleh buat trafik berduyun-duyun…
kalau nak buat contest jgn lupa jemput aku
sama lah dah jadi pemalas juga puanbee ni .. hukhuk titan .. pakai tulisan jenis apa eh tuk blog ni .. berkenan pulak
Tidak apa sekali-sekala malas sebab program affiliates banyak yang menjadi
ehh..mana boleh bagi menang aje. hehe..
ada kontest baru ke??best ni!!
contest lagi heee..rasanya ni contes lagi mudah weee..
byk duit masuk buat hati tersenyum..klu malas ni adakah sb takder in come yn masyuk huhu..
p/s:rest bro mungkin bdn letih ..syik keje badan pun eprlukan rehat gak =)
wahh..ada lagi rupanya orang buat pertandingan komen ni..
aku pun hampir terkena sindrom malas update blog..sbb tgh busy kerja..hihihi..
wah nak singgah sat la ker blog tuuu
malas konon… sajer jer tuh nak kasi semua tak bersedia… tup2 dah leading no1… join jugak.. menang belakang cerita… huhu
itu saje-saje malas tu. Taktik tu..taktik. haha
MDHAFiZ.NET. Hoho..mana ada sampai goyang kaki maa..kalau tak kerja..takde hasil. Jadi, kena kerja gak. Jadi, marilah kita bekerjaa…
puanbee. Jenis tulisan? Entahlah..masa guna theme ni, memang dah guna font nih. Tak pernah pun semak ni font jenis apa. hehe..
akubiomed. Tapi tetap kena usaha dulu. Baru boleh nampak hasilnya. Hehe..
akazuma. Ala..bagi jela aku menang. hehe..
mat teropong. Haa..datang sudah pencabar..hehe..mari. mari..mari cuba contest ini..
suri. Aah, ini yang agak mudah. Tinggal komen aje..
merahkatak. Ada. Banyak. Cuma yang ini aje aku larat follow. Itupun sebab blog tu memang aku suka datang selalu.
wrizuan[dot]net. Biasalah tu..sindrom malas ni, memang ada kat sapa-sapa..takde vaksin untuk virus malas nih..
zik. Betul. Aku malas..ni baru nak rajin lah nih. Kang korang kata aku malas plakk. Haha..aku pun tak kesah menang ke tak. Saje je kacau daunn..
akazuma. Hehe..bukan taktik la. Tu perang saraf la..haha..
bulan lps ada juga join contest ni. tp xterkejar. wa.. hadiah dia mewah juga kali ni. good luck ! esok pasti jadi rajin (sbb harini dh malas!)
Semoga malas itu hanya datang lalu sahaja.
Aku tak pernah buat contest..Menang contest tu ada lah..hehe
malas berbakul-bakul neh.. kena kawen cepat supaya ada yang menjadi pendorong..
MEKAR. Hehe..banyak betul contest sekarang. Dah tak tahu mana satu nak join nih. haha..nak buat macam mana, tengah malas nih..hehe
Hadi Rofiee. Harap-harap begitu.
Fazreen. Hehe..biasalah tu. hehe..dah lama tak menang contest nih..
samdadddycool. Hehe.. nak kawen. nak kawen..
Menarik ,tpi kompom blog ni da menang..hehe
nizamghazi. Manada kompom..haha..suka-suki hang aje..
tutup 31 julai, ada masa g nie nak koin.. tq2…
gud luck bro! ;D
yer.. mari2 kita join..
time tak buat apa2 ni kan.. hehe
memang ramai..termasuk la aku..jom join gak..hehehe
aku ni terkena penyakit tak sempat ni
banyak sangat hal nak buat bulan ni
seperti kata sabahan blogger, mmg FB ada undang2 sndiri psl kontest.. tp rmai je buat, asal xder org report sudah hehe…tp blog Esempoi ni aku selalu gak baca jd silent reader huhu
Tak payah buat contest pun trafik dah kencang dah. Sebab dulu dah buat. Bila dah dapat trafik yang stabil, blog pun dah terkenal update je post.
wow..mwnarik nih
saya join pertandingan ni..hehe