Hari ini aku nak cerita sikit tentang satu lagi program yang dah lama sepatutnya korang tahu tapi mungkin korang tak perasan atau buat-buat lupa tentang program ini. Ya, nama program tersebut adalah Clicksor. Aku yakin ramai yang dah pernah cuba buat duit dengan Clicksor ni, tapi program ini kurang diketengahkan dan kurang popular dikalangan rakyat Malaysia dan aku juga tahu tak ramai blogger dari negara kita yang berjaya buat duit dengan Clicksor.

Ya, memang ada yang dah berjaya buat duit dengan Clicksor dan tak kurang juga yang dah ramai berjaya dapat gaji bulanan dari program Clicksor, kalau kena gayanya kita memang boleh buat duit dengan program ini. Cuma macam biasa, tak ramai yang tahu dan tak ramai yang mempromosikan program Clicksor ini.

Apa yang korang kena tahu tentang program Clicksor ini? Ya, sebenarnya program Clicksor juga lebih kurang macam Google Adsense ataupun Nuffnang. Clicksor juga merupakan salah sebuah program yang bayar kita berdasarkan klik dan juga impression. Mereka terima klik dari seluruh negara termasuklah Malaysia. Tetapi korang faham-fahamlah, nilai untuk 1 klik bagi negara kita ni sangat rendah untuk program macam ni. Begitu juga dengan nilai cpm untuk trafik dari Malaysia. Boleh kata rate untuk klik adalah antara $0.01-$0.20 sahaja untuk negara kita manakala untuk rate ecpm pula adalah antara $0.1~$0.2 sahaja. Memang tak tinggi, tetapi ini tidak bermakna blogger dari Malaysia tak boleh buat duit dari Clicksor.

Clicksor membayar tinggi untuk trafik luar. Ini bermakna jika korang ada website atau blog yang menumpukan trafik dari luar selain dari Malaysia, korang berpeluang untuk menjana pendapatan dari program Clicksor ini. Aku tidak tahu rate yang tetap untuk cpm dan rate bagi setiap klik, tetapi aku yakin ratenya lebih tinggi berbanding dengan rate yang ditetapkan untuk trafik dari Malaysia. Sekurangnya, jika korang ada blog yang tinggi trafiknya dari luar, tak salah korang mencuba program Clicksor ini. Itupun jika korang berminat. Betul tak? Hehe..

Bagi yang berminat, boleh cuba Clicksor disini >> Clicksor.com

Ps: 2 hari aku rehat dari menulis blog. Banyak pula blog kena monitor. Haha, kacau bilau dibuatnya. Nak buat macam mana, kadang-kadang, kita kena rehat maa. Takkan mahu menghadap laptop sepanjang masa. Ini artikel aku yang ke 1001. Tahniah untuk aku. Tak sangka aku dah berjaya tulis sampai 1 ribu artikel untuk blog ini. Aku sendiri tak sangka. Target aku 6 tahun lepas dah berjaya dicapai. Hehe..



468x60 1 Edisi Siasat   Buat duit dengan Clicksor




Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 27 comments. Apa plak komen korang?
mancai - 14 Jun 11 at 19:54:12
tahniah bro dengan pencapaian dan perkongsian selama ini sesungguhnya amat bermanfaat…
faiz - 14 Jun 11 at 21:03:56
status gliterri nuffnang hilang tak letak clicksor ni..
titan - 14 Jun 11 at 21:08:49
mancai. Harap apa yang aku kongsi ni dapat membantu. hehe..

faiz. Tak tahu la plak. Aku tak cuba kat blog-blog aku yang ada nuffnang. So, tak tahu la hilang atau tak..
Sabahan Bloggers Club - 14 Jun 11 at 23:35:39
Tahniah Titan untuk 1001 artikel di blog ni. Blog saya kalau kumpul semua sekalipun tak cecah lagi 1000 artikel. hihihi
titan - 14 Jun 11 at 23:40:39
Sabahan Bloggers Club. Kalau diikutkan, ini artikel yang ke 1002. Bukan 1001. Hehe..

Memang bukan senang. Sebab kebanyakkan artikel nih bukannya copy paste. Kalau copy paste..2-3 bulan dah setel. hehe..
afzal laidin - 15 Jun 11 at 00:02:32
bro titan memang hebat dalam buat duit kat internet ni. pelbagai sumber. ada je source nya.
wrizuan[dot]net - 15 Jun 11 at 02:00:11
tahniah bro…mmg mantap byk tips2 yang dpt dlm blog ini ..caya la…..
titan - 15 Jun 11 at 02:09:00
afzal laidin. Biasa-bias aje. Kena rajin cari aje, mesti jumpa. Itu aje. kalau malas, memang tak dapat apa-apa..

wrizuan[dot]net. Sama-sama. Kalau tips yang tak seberapa membantu. Itu dah cukup gembira buat aku. Ni pun tips biasa-biasa aje..
akazuma - 15 Jun 11 at 03:00:43
wahh, clicksor pun ko sapu gak?? :D
mat teropong - 15 Jun 11 at 03:29:37
clcik sor ni bukan banyak iklan bukan2 ke??
merahkatak - 15 Jun 11 at 04:48:28
ni mesti dah banyak kumpul duit kan dari clicksor…
GM - 15 Jun 11 at 06:40:58
Ada join dulu, tapi lama tak pakai, sebab income dia kurang menarik :(
titan - 15 Jun 11 at 07:43:30
akazuma. Mana ada sapu. Aku cuba aje. Hehe..

mat teropong. Iklan bukan-bukan? Yang macam mana tu? Semua syarikat iklan ada banyak iklan bukan-bukan..hoho..

merahkatak. tak la. Baru aje cuba balik. Dah lama tinggal..

GM. Income dia tinggi gak kalau banyak trafik dari us. ko leh cuba kat blog anime ko tu..
Amirez - 15 Jun 11 at 07:52:13
wah, ada lagi yg baru. murah rezeki bro nampaknya. thanks juga sudi berkongsi, bolehlah buat clicksor pula lepas ni
titan - 15 Jun 11 at 08:00:33
Amirez. Belum dapat apa-apa hasil lagi. Masih mencuba lagi. Tapi memang boleh buat duit dengan benda nih. hehe.. :)
nizamghazi - 15 Jun 11 at 22:52:42
Cliksor penah cuba dulu, tpi
bukankah mcam menggangu sesuatu hyperlink. Ak sbagai pembca pon x suka artikel ada clicksor..kacau ler
titan - 15 Jun 11 at 23:26:47
nizamghazi. Kita boleh control hyperlink tu. masa create iklan atau banner clicksor tu..kita boleh tentukan nak jenis iklan macam mana..nak ada hyperlink ke tak, nak text ads ke..aku biasanya ambil yang image ads aje. hehe..sebab aku target untuk cpm.
samdaddycool - 15 Jun 11 at 23:28:53
1001 dan clicksor… tahniah sifu sebab meju setapak lagi
titan - 15 Jun 11 at 23:36:08
samdaddycool. Hoho..biasa-biasa aje.. :)
nuriz - 16 Jun 11 at 03:59:03
1001 tu, banyak tu bro. blog pun banyak ke..dasatt giler la
tengkorak emas - 17 Jun 11 at 00:45:27
he ada je program baru dari bro, memang boleh buat panduan untuk blog TE yg lain, (plan akan datang)

untuk blog rasmi (cewah rasmilah sangat) memang tak letak apa2
yas - 17 Jun 11 at 03:00:31
terbaik….sampai aku x tau nk kata pe lagi dah…


#takut tulih lebih nti kne diri sendiri lak…:(
Ali ridha - 20 Jun 11 at 03:17:58
lebih kurang bermain chitika.
sasaran trafik dari amerika dan
kanada.katakunci pun ke cari
paling meletup mengikut negara.
baru duit boleh masyuk.

clicksor ni info pun aku belum dapat.tunggu habis semua program buat duit yang ada.baru cuba clicksor ni.
Dwen Rasid - 21 Jun 11 at 16:04:45
wah…thanks bro boleh cuba ni…..

Entry Terbaru Saya — Rahsia Pemasaran Email Sebenar + Bonus Paling Hebat
Rose Johari - 26 Jun 11 at 07:36:53
Clicksor? first time dengar…nice..thanks for sharing =)
ho kang tao - 11 Jul 11 at 06:45:58
I tried as well…Waiting for the results..=)
ainun - 29 Aug 11 at 09:58:47
clicksor..pernah dengar tp buat tak tau je…hehe



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011