Jika semalam aku bercerita tentang program Churpchurp, hari ini aku sambung cerita tentang program Says.my. Yap, ini bayaran yang ke 4 aku terima dari Says ini dan untuk bayaran ke 5, aku sudah layak untuk buat request. Cuma aku tunggu lagi beberapa hari untuk tambah lagi earning Says aku tu. Biar banyak sikit. Hehe..

komisendarisays Komisen ke 4 dari Says.my


Memang tak banyak yang aku dapat kali ini. Tapi kira boleh tahan ajelah kan? Nak tunggu banyak-banyak, aku pun tengah nak pakai banyak duit sekarang. Untuk apa? Haa, jangan tanya. Adalah projek-projek aku tu. Projek tulis ebook ni pun banyak benda yang tak setel lagi. Yap, program Says ini juga akan masuk dalam projek ebook baru aku tu. Aku akan ulas sedikit tentang Says berdasarkan pengalaman aku ketika aku cuba buat duit untuk Says ini. Cara aku tu, mungkin berkesan pada korang dan mungkin juga langsung tak berkesan. Jadi, lepas korang beli ebook baru aku tu..korang buat apa yang aku cadangkan dan tiba-tiba korang tak berjaya, jangan pula salahkan aku. Cara yang aku buat tu, ambil masa untuk berjalan dengan sepenuhnya. Bukan senang nak tarik perhatian pelawat untuk klik-klik kat iklan-iklan yang kita umpan kat blog atau facebook masing-masing kan? Betul tak? Sebab tu, cara aku ni mungkin ada yang kurang berkenan dan mungkin juga ada yang suka. Yang tak suka mungkin sebab banyak kerja kena buat, manakala yang suka, mungkin sebab mereka rasa cara aku tu senang nak diikut. Walaubagaimanapun, cara aku ni masih ada kekurangan. Aku tak kata cara aku ni adalah pasti untuk bagi korang earning semacam apa yang aku dapat, tapi kalau dapat 10-20% dari apa yang aku dapat, itu dah cukup bagus kan? Aku usaha berganda-ganda untuk dapat hasil seperti hari ini. INgat, usaha hari ini, adalah hasil kerja kita yang dah bertahun lamanya.

Aku takde banyak nak cerita. Banyak kerja lagi kena buat. Inipun nak update ringkas, tapi dah macam jadi karangan panjang untuk budak PMR rasanya. Mungkin juga ini tips merepek yang aku karutkan. Tunggu sahaja ebook tu keluar. Harga aku dah tetapkan. RM50. Tapi untuk tempoh seminggu, aku akan diskaun ke RM30. Lambat sambar, korang terpaksa dapatkan pada harga RM50. Bagi aku, RM50 itu adalah sangat murah berdasarkan lebih dari 10 program yang bagi aku income yang lumayan sepanjang aku menulis blog. Sejujurnya, bukan 10 program sahaja, tetapi lebih dari itu. Dan bila korang baca nanti, korang akan tahu yang mana pengalaman itu adalah sangat berharga dan tiada nilai untuk bayar harga pengalaman tersebut. RM50 tu, adalah nilai yang sangat kecil bagi mereka yang tahu nilainya.

Siapa yang berminat nak join Says, boleh baca kat sini >> Says.my

Ps: Wokehh, mari makan oreo bersama-sama aku kalau korang datang ke Banting. Baru aje beli oreo. Ni semua iklan Innity punya pasal. Asyik keluar iklan Oreo aje memanjang. Haha..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 22 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 09 Jun 11 at 00:57:57
tahniah. dapat lagi bro.. :)
Sabahan Bloggers Club - 09 Jun 11 at 01:09:46
Tahniah.
Waaaaah. Minggu ni Titan banyak cash out duit. Mesti banyak projek besar ni. :)
azura - 09 Jun 11 at 04:14:37
boleh tahan tu titan…
Lizz - 09 Jun 11 at 04:53:09
aku tak pernah dapat apa2 dari says ni. awat die kedekut ngan aku ek?hahahaha
fiezaradzi - 09 Jun 11 at 05:24:12
wah, hebatnye.. saya yg first pun ciput lagi.. haha.. tahniah2..
akazuma - 09 Jun 11 at 11:35:15
hoho..tahniah. tahniah.. :)
tehr - 09 Jun 11 at 16:09:29
beberapa hari aku tak sempat singgah kat sini
ntah dah berapa banyak tips yang aku ketinggalan
huhu
Fadzmie - 09 Jun 11 at 17:01:54
Dapat lagi? Murah rezeki bro ni. Alhamdulillah. :)

# orang lain buat salah, orang lain terima akibatnya #
nizamghazi - 09 Jun 11 at 20:33:22
Ak sebenarnya pun dah banyak cash out dgn says ni.. Mmg says terbaik..

Yang lain agak slow sikit dapat earning..
samdaddycool - 09 Jun 11 at 20:42:29
Aku mula jatuh chenta pada says ni.

p/s - projek apa yang banyak guna duit tu bro?? nak sambar anak orang ke.. hik.. hik
Afiffuddin - 09 Jun 11 at 21:58:57
Tahniah bro. Hehe, aku pun baru perasan msg Says smpai inbox pagi tadi. 6 hb aitu Says dh send reward. Akhirnya dapat juga Bayaran Pertama dari Says.my nie..

PS: Bro nk buat eBook pasal Says juga ke? hehe, aku pun ada niat nk buat, tp tak buat-buat lagi. Erm, bro buat la Affiliate, bleh aku join dan bagi ebook yg aku nk buat nanti sebagai Bonus! Hehe :)
yas - 10 Jun 11 at 00:45:59
Hehehe…den nak makan “oreo” ngan ko gak lah bro…cicah kopi “o” pun sodap!!

#Klau dh kuar ebook tu inform kt aku bro…aku nak
pantaidalam - 10 Jun 11 at 09:09:51
dah kuar ebook nanti,boleh laq kitaorang beli
suri - 10 Jun 11 at 17:45:18
beratus kira oklah le hee…

teruskan bro
suri - 10 Jun 11 at 17:45:55
klu ada usaha rezki tak akan kemana2
mat teropong - 13 Jun 11 at 00:18:08
says.my ni dulu pernah join waktu nama masih youthsays.com..lepas derang baned akaun aku, menyampah plak..elok nk withdraw, banned!!
Sobri Mansor - 13 Jun 11 at 05:55:33
Jeles plak tengok income dari says nih
zik - 14 Jun 11 at 06:26:30
kalau banned tuh yang sedap nak dengar….alhamdulillah dah cash out.. baru sekali…
mancai - 14 Jun 11 at 20:01:23
kutip2 keliling… sikit2 pun kalau di tambah2 dengan yang lain2 banyak juga tu….
titan - 14 Jun 11 at 21:12:50
merahkatak. Sama-sama. hehe..

Sabahan Bloggers Club. Takdelah, projek kecil-kecilan aje. hehe..

azura. Hehe..bolehla..

Lizz. Manada diorang kedekut..kena rajin promosi menda nih la..

fiezaradzi. Hoho..kalau macam tu, kena rajin buat promosi la lepas nih..

akazuma. Sama-sama..hehe :D

Fadzmie. Alhamdulillah. Hehe..

nizamghazi. Yap, yang aku suka dengan says ni, earning dia update cepat..

samdaddycool. Projek sambar anak orang tu, masih pending lagi la. haha..

afiffudin. Yap, termasuk dalam ebook aku. Hoho..aku buat ni pun sebab ada orang suruh. Buat ajela..haha..
titan - 14 Jun 11 at 21:15:07
tehr. Takpe..masih ada banyak masa lagi..

yas. Insya-Allah, kalau dah siap. aku bagitau..

pantaidalam. Hehe..ko nak beli ke?

suri. Insya-Allah..

mat teropong. Takpe, buat akaun lagi. hehe..

Sobri Mansur. Hehe..jeles? Haa..kena promosi la kempen says nih hari-hari..

zik. Takpe, lepas ni akan dapat yang kali kedua plak. hehe..

mancai. Yap, sikit-sikit, lama-lama jadi bukittt.. :)
ainun - 29 Aug 11 at 10:00:39
saya pon suka main says ni



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011