Archive for June 2011


Aku rasa korang semua pun dah tahu tentang Majalah IM atau Majalah Niaga ini bukan? Sejak bermulanya Majalah IM ini dan penubuhan syarikat Flarebiz oleh Adli dan Zhafran. Dan kemudiannya mereka berkembang dan ramai penulis dan blogger bergabung dengan mereka dan menjadikan syarikat Flarebiz ni agak terkenal sekarang berbanding dulu.

majalahniagaisu17 5 Sebab kenapa korang patut baca Majalah Niaga edisi ke 17


Dulu, memang selalu juga aku ambil tempahan atau upah untuk buat ulasan atau review untuk Majalah IM ni. Adli atau labanon selalu order servis review aku. Korang boleh cari kat bahagian sitemap untuk baca apa yang aku tulis tu dalam artikel-artikel aku yang lepas tentang Majalah IM. Tapi hari ini aku nak kongsikan 5 sebab utama mengapa korang wajar untuk baca Majalah IM edisi yang ke 17 ini.

1. Donald Trump. Mamat ni memang salah satu sumber inspirasi aku untuk berjaya dalam dunia perniagaan. Walaupun bidang yang aku ceburi ni berbeza dengan bidang yang dipilih oleh Donald Trump, tapi aku yakin aku dapat banyak belajar dari Donald Trump walaupun dia tak kenal aku dengan rapat. Oleh sebab dalam Majalah IM kali ini ada artikel tentang Donald Trump. Aku suka kalau korang dapat baca artikel itu juga. Korang patut baca tentang Trump Tower dan bagaimana Donald Trump dapat nama untuk towernya dan macam mana dia mencipta penjenamaannya yang tersendiri.

2. Chef Li. Mamat ni pun aku tak kenal dengan rapat. Tapi setiap kali aku jumpa artikel yang menceritakan tentang kejayaan dan kisah hidup Chef Li, aku yakin korang akan suka dengan Chef Li. Dia juga salah satu orang yang aku anggap sangat berjaya dalam perniagaannya. Korang akan faham bila baca artikel tersebut. Kisah kejayaan dia mungkin nampak biasa. Tapi apa yang biasa itulah yang selalunya buatkan seseorang itu berjaya. Tak perlu buat benda pelik-pelik kalau benda yang biasa-biasa pun kita tak boleh buat. Apa yang Chef Li buat sampai dia berjaya sehingga ke hari ini? Haa, korang kena download majalah IM edisi ke 17 ini untuk tahu tentang kisah-kisahnya. Aku yakin, korang akan lebih percaya mengapa orang melayu pun boleh berjaya dalam perniagaan. Bukan bangsa lain sahaja boleh berjaya dan korang kena tahu dan percaya bahawa orang Melayu juga cukup hebat dimata bangsa-bangsa yang lain.

3. Pak Di. Aku selalu baca blog Pakdi. Memang dalam seminggu, wajib aku masuk blog dia dan baca artikelnya sehingga aku sanggup add Pakdi untuk baca setiap update yang beliau buat di akaun facebooknya. Jika korang kenal Pakdi, korang akan tahu yang Pakdi ni cukup hebat dalam bab-bab perbankan dan juga berkaitan dengan emas. Artikel Pakdi kali ini adalah berkaitan dengan emas. Apa kaitannya emas dengan Islam? Baca artikel Pakdi dan korang akan tahu mengapa aku menggemari setiap artikel beliau.

4. Eruwan Gerry. Ya, aku tahu pasti mereka yang bekecimpung dalam jurus-jurus E-bay akan mengenali beliau. Eruwan Gerry ni cukup berbakat dalam permainan Ebay. Bagi aku, dia dah cukup berjaya dengan E-bay. Jangan tanya aku berapa banyak dia dah dapat dari E-bay sebab bukan aku yang uruskan akaun bank beliau. Tapi kalau korang nak tahu sedikit tips yang sangat berharga dari beliau, korang boleh baca apa apa yang beliau beritahu dalam Majalah IM kali ini. Ya, aku juga selalu baca tips tentang E-bay diblog beliau. Walaupun aku tidak semahir beliau dalam E-bay, tetapi aku dapat belajar banyak perkara dari E-bay yang dapat aku manipulasikan dalam pemasaran blog.

pengasasflarebiz 5 Sebab kenapa korang patut baca Majalah Niaga edisi ke 17


5. Adli Mukhtar. OK, mamat muda ni memang aku kenal. Adli yang belah kanan. Yang tak kurus dan kacak sikit tu. Pernah gak jumpa mamat ni masa dalam seminar Speed Adsense dulu. Satu-satunya seminar yang aku pergi hanya semata-mata nak belajar macam mana nak tingkatkan income Adsense aku. Dan dari seminar itu juga aku jumpa Adli. Borak pun dalam 5 minit macam itu aje. Aku kenal beliau sejak beliau rajin menyebokkan diri kat forum Wangcyber sehinggalah dia bukak syarikat Flarebiz. Masa dia baru berhingus, masa dia baru nak naik, masa dia buat post bukan-bukan kat Wangcyber dan masa dia dah berjaya sampai hari ini, semuanya aku perhatikan. Bila aku jumpa dia kat Wangcyber dulu, memang aku dah rasa dalam hati budak ni akan berjaya satu hari nanti. Umur dia masa tu baru belasan tahun. 17-18 tahun rasanya. Baru lepas SPM dan bila produk-produk beliau meletup, Emm, memang jarang betul instict aku silap. Apapun, tahniah pada Adli. Dulu, selalu gak aku main mesej dengan dia kat Yahoo Mesengger. Tapi sekarang, dia sibuk, aku sibuk, orang lain pun sibuk. Jadi, tak ada masa agaknya nak borak macam dulu. Ok, ini salah satu sebab utama aku download dan baca Majalah IM edisi ke 17. Sebab aku hormat dan bangga dengan apa yang dia dah buat dari dulu sampai sekarang. Jadi, aku nak korang pun baca juga majalah ini. Haha..gi baca cepat wehh!!

Ok. Dah cukup 5 sebab-sebab utama mengapa korang patut baca majalah IM yang terbaru ini. Salah satu sebab aku baca ebook atau blog orang ada banyak. Tapi yang utama adalah siapa yang buat ebook itu, siapakah disebalik syarikat itu, dan siapa penulis blog itu. Jadi, sebab apa aku baca ebook ni, korang dah boleh agak bukan? Lagipun, bukan berat sangat pun filenya. Boleh download disini >> Majalah Niaga edisi ke 17

Ps: Majalah Niaga atau Majalah IM. Sama aje. Nama aje berbeza. icon smile 5 Sebab kenapa korang patut baca Majalah Niaga edisi ke 17

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya, mengapa aku kata menang tipis? Sebab ianya cuma berbeza satu gol sahaja. Aku tahu satu gol itu memang besar nilainya sebab bukan senang nak dapat sumbat satu gol. Tapi dalam permainan bola sepak, macam-macam boleh jadi. Satu gol, belum tentu boleh jadi bekalan yang sedap dan comel ketika di Taiwan nanti. Aku harap, pemain kita yang cedera seperti Safee, Norshahrul Idlan Talha, Khairul Fahmi akan cepat-cepat sembuh agar boleh bermain ketika di Taiwan nanti..

Malam ni, aku nampak sangat Badrul banyak dapat peluang tapi disia-siakan. Persembahan dari Safiq memang terbaik. Kalau ada anugerah pemain terbaik, aku rasa layak untuk bagi pada Safiq. Bukan sahaja dia jaringkan satu gol, dia juga ketua pasukan. Malah, dia juga mempamerkan persembahan yang sangat baik untuk semua pembayar piring astro seperti aku. Gol keeper Taiwan, memang kesian juga aku tengok. Jarang betul dia dapat rehat. Asyik sepak bola, pegang bola dan tangkap bola. Tidakpun..terbang sana-sini tapi kena tangkap dengan jaring gol. Gol keeper Malaysia pula, cukup sukar dapat bola. Tapi oleh kerana satu serangan kilat yang cukup pantas, satu gol berjaya diperolehi oleh Taiwan. Aku puji gol tersebut untuk menghukum skuad Malaysia kerana memang pemain kita memang tengah leka dibuai dengan dua gol awal itu.





Sejak dapat gol kedua tu, aku tengok pemain malaysia banyak buat cubaan liar dari luar kotak penalti. Semuanya nak sumbat gol sendiri. Apalah salahnya bertenang sikit, main gelek-gelek lama sikit, susun strategi macam masa main awal-awal permainan. Mesti boleh sumbat 2-3 gol punya. Sepatutnya, kita boleh menang 5-0 tadi. Tapi sebab main-main, hasilnya 2-1. Taiwan dapat 1 gol bonus untuk bekalan mereka di negara mereka nanti..

Apapun, aku ucapkan tahniah pada Safiq dan Aidil kerana menjaringkan dua gol untuk rakyat Malaysia yang berada di Stadium Bukit Jalil dan juga dirumah yang menonton di channel 801, Astro Arena. Sekurangnya, aku rasa berbaloi memiliki piring Astro dirumah..

Ps: Dahh..aku masih geram lagi ni. Memang tak puas hati. Tapi satu sudut kecil dalam hati aku yang tengah panas membara, aku syukur. Kita menang lagi..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Tadi, masa aku dok jalan-jalan kat blog orang..sedang aku main lompat dari satu blog ke blog yang lain, aku jumpa satu blog yang comel semacam aje. Nak tahu kenapa aku kata blog ni comel? Haa..ini dia..

apam Pertandingan Komen Terbaik di Apampolkadot.com

apam2 Pertandingan Komen Terbaik di Apampolkadot.com


Nampak? Comel tak? Rasa geram semacam aje. Sudahlah aku tengah lapar ni. Kalau dapat apam-apam ni, memang aku hentikan niat aku nak diet selama 2 bulan ni. Baru aje hilang 5 kg, dah rasa macam akan bertambah 10 kg. Ahhh, aku tak kira, apam ni sampai kat rumah aku nanti, aku ngap gak sorang-sorang. Tak bagi korang rasa. Korang nak, gi beli sendiri. Haha..

Ya, aku tahu. Korang jeles bila aku makan apam-apam polkadot yang berwarna-warni sorang-sorang. Jadi, aku nak bagitau korang satu cara mudah untuk dapat 100 biji apam yang ada warna biru dan merah jambu ni sampai ke rumah korang. Mesti pakcik posmen tu pelik. Apa kebendanya barang yang sampai ke rumah korang nanti. Kalau korang baik, masa dapat hadiah tu nanti, bagilah 5-6 biji apam ni kat pakcik posmen. Biar dia rasa tugas sebagai seorang posmen ini sangat dihargai.

Ok. Caranya senang sahaja. Korang boleh sertai contest atau pertandingan yang dianjurkan oleh blog Apampolkadot sempena pelancaran blog Apampolkadot ini. Huh, pelik benar nama blog ni kan? Nak sebuuut pun kena empat suku kata. Ahh, tak kisahlah. Janji blog ni ada apam yang aku suka. Pertandingan ini diberi nama Pertandingan Komen Terbaik ApampolKadot. Haaa, camana pulak tu?

Mudah sahaja, korang cuma perlu buat satu komen yang cukup ikhlas dan menarik sehingga mampu membantu korang menang hadiah yang ditawarkan oleh blog ApampolKadot. Kiranya macam pertandingan slogan yang korang selalu jumpa la. Tapi pertandingan ini cuma ada kat blog Apampolkadot sahaja. Tak jumpa kat Metro, tak jumpa kat Sinar Harian, tak jumpa kat The Star atau majalah Mangga. Kat blog ini aje ada.

Jadi, kalau minat, boleh join kat sini >> Pertandingan Komen Terbaik ApampolKadot

Syarat? Ohh, itu mesti. Mana ada pertandingan yang tak ada syaratnya. Korang cuma perlu like Fanpage ApampolKadot. Itu sahaja. Tak perlu nak komen banyak-banyak, tak perlu nak kumpul header berita harian selama sebulan, tak perlu nak subscribe blog dan tak perlu nak kumpul penutup tin coca-cola. Cuma perlu like sahaja. Bukan ambil masa pun kan? Masuk akaun facebook, klik pada link di link Apampolkadot dan klik pada butang Like. Tak sampai 20 saat. Itupun kalau line internet korang laju. Kalau super lambat, aku rasa mahu ambil masa 5-10 minit jugaklah agaknya..

apam3 Pertandingan Komen Terbaik di Apampolkadot.com


Jadi, kalau korang jeles bila aku makan sorang-sorang apam ni, korang boleh cabar diri korang untuk memenangi 100 biji apam yang menjadi hadiah utama bagi pertandingan ini. Lagipun, ada 3 pemenang. Nombor satu dapat 100 biji apam, nombor dua dan nombor tiga dapat 50 biji apam. Fuhh..ingat sikit ke 100 atau 50 biji apam tu? Tapi kalau sedap, tak sampai setengah jam dah habis kan? Kena lagi kalau memang tengah lapar. 10 minit pun boleh habis tanpa dikesan oleh bos atau rakan sekerja. Haha..dan yang best, apam ni ada isi dia yang berbeza-beza iaitu perisa Blueberry, Kaya, Orange, coklat dan juga apa-apa perisa yang korang mahu. Jangan mintak perisa durian sudah la. Haha..

Tapi kalau korang dah geram sangat dan tak sabar nak makan apam polkadot ni, korang boleh tempah terus hari ini. Boleh isi borang tempahan disini >> Borang Tempahan

Ps: Sedang menghitung hari….bila apam ni sampai. Kalau hantar hari ini, esok mesti sampai punya. Kalau cepat, petang ni pun boleh sampai. Hehe.. icon smile Pertandingan Komen Terbaik di Apampolkadot.com

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Seperti yang kita semua maklum, ramai dikalangan kita ni memang malas betul nak mengarang artikel sendiri. Ada yang kata susah betul nak buat artikel yang unik dan bagus. Malah, aku dah biasa dengar yang blogger kita ni sampai dah kena stress yang melampau kerana tak tahu apa yang hendak ditulis dalam blog masing-masing. Masing-masing hilang idea dan tak tahu bagaimana hendak melahirkan artikel-artikel yang menarik dan mampu membuatkan lebih ramai orang melekat kat blog mereka. Yelah, kalau artikel pun pendek-pendek, update pun nak tak nak, tulis artikel macam update kat Twitter sahaja, agak-agak korang. Nak ke orang datang balik kat blog tu? Selepas itu, bila mood dah bercelaru, hati dah hitam, mulut pula dah celupar. Mulalah tangan tu menaip benda bukan-bukan kat dalam blog sampai ada yang menuduh dan menyalahkan orang lain. Manusia macam ini pun ada ke?

Oleh itu, hari ini aku nak kongsikan pada korang satu lagi website yang memberikan servis yang agak sukar dijumpai dan jarang dibuat oleh blogger atau mana-mana IM di Malaysia. Yang penting, website ini dapat membantu korang untuk menghasilkan artikel yang unik untuk blog korang. Website tersebut adalah Penulisartikelmalaysia.com. Website ini digerakkan sepenuhnya oleh saudara Julmazli Dempollok dan penulis-penulis beliau.

Servis ini sebenarnya diketuai oleh saudara Julmazli Dempollok. Aku tertarik untuk bercerita tentang servis website ini sebab dalam pasaran Malaysia ini, tidak ramai yang menawarkan servis begini. Aku sendiri tidak berupaya untuk membuat servis begini. Jadi, usaha Julmazli ini sangatlah bagus dan aku harap beliau akan meneruskan usaha ini dengan baik. Jangan hangat-hangat tahi ayam pula.

perkhidmatanmenulisartikeldimalaysia Kenapa susah sangat nak buat artikel yang unik?


Antara servis yang ditawarkan adalah..

1. Servis Menulis Artikel Untuk Entri Blog
2. Stok Artikel Murah Yang Asli Dan 100% Unik
3. Menterjemahkan Teks BM-BI atau BI-BM
4. Penulisan Jurnal Ilmiah Dengan Disertakan Rujukan

Itu dia. Bagi yang nak upah orang tapi rasa macam mahal, bolehlah untuk mencuba servis yang ditawarkan oleh website ini. Kadar harga yang ditawarkan juga tidaklah mahal. Antara RM25 hingga RM40 sahaja. Bergantung pada servis yang anda mahukan. Bagi saya, ianya adalah harga yang berpatutan. Kalau nak murah, anda karang sahaja sendiri. Sekurang-kurangnya, servis ini dapat membantu korang yang selalu tak ada idea untuk menulis artikel diblog masing-masing.

Oh ya, topik artikel merangkumi topik pemasaran emel, pemasaran affiliate, blogging, perniagaan dan motivasi. Topik lain juga ada, dan korang cuma perlu sebut topik apa dan mereka akan buatkan artikel unik untuk anda. Mereka mempunyai Stok artikel 100% unik dalam pelbagai topik. Jap, mengapa anda perlukan artikel yang unik pulak?

1. Memperbaiki SEO
2. Kepercayaan Daripada Pembaca
3. Dijadikan Tempat Rujukan
4. Meningkatkan Kemesraan Enjin Carian
5. Memperkukuh SERP
6. Anda dapat ‘stand out from the crowd
7. Agar blog anda akan lebih kacak di mata pembaca-pembaca korang. Hehe..
8. Supaya lebih ramai pembaca dan blogger perempuan melekat diblog korang..erk??

Dan sebagainya. Jadi, jika korang dah tak tahu nak tulis artikel macam mana atau korang dah buntu. Korang boleh cuba servis yang ditawarkan oleh PenulisArtikelMalaysia.com. Insya-Allah, hasilnya tidak akan mengecewakan. Untuk lebih yakin, korang boleh minta pada mereka contoh-contoh artikel yang pernah mereka tulis sebelum anda menempah mana-mana servis dari mereka. Itu lebih baik dan korang akan lebih puas hati. Jadi, tidak ada masalah geram dan bengkak dalam hati bila artikel yang dihasilkan tidak menepati citarasa anda. Jika rasa tak best, suruh mereka edit dan betulkan apa yang patut. Fahamkan?

Dahhh, jika nak tahu lebih lanjut. Pergi sini >> PenulisArtikel Malaysia.com

Ps: Aku rasa, benda ni akan selesaikan banyak masalah korang, kan? Jadi, tak ada dahh masalah tak dapat nak update blog lepas ni ye. Kalau aku malas, mungkin aku juga akan upah mereka untuk tulis artikel kat blog aku. Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011