Seperti tajuk diatas, aku sudah pun capai minimum payout untuk program Advertlets. Aku cuba di dua buah blog yang trafiknya agak tinggi dan juga di dua buah blog yang trafiknya agak rendah. Hasilnya..dalam tempoh 23 hari, aku sudah capai seratus lebih. Sudah cukup untuk aku request payout untuk bulan Mei 2011 ini.

Ya, aku belum terima bayaran. Tetapi aku bakal terima bayaran dari Advertlets. Aku harap tidak lagi kena soal-siasat seperti mana 2 tahun lepas sampai bayaran pertama aku tertunggak hampir 2 tahun. Aku harap selepas tempoh pra-matang 30-45 hari itu akan memudahkan bayaran aku terus masuk ke akaun maybank aku. Aku juga harap proses ini licin seperti mana blogger-blogger lain yang menerima bayaran dari program Advertlets.
Aku tahu ramai yang sudah benci dengan Advertlets. Sudah banyak isu tak best tentang Advertlets. Â Aku malas cakap macam-macam. Aku juga kurang gemar tetapi tidak salah untuk aku mencuba semula program ini. Aku cuba selama sebulan dan tak sampai sebulan, aku sudah mampu capai angka minimum yang diperlukan. Ini juga bermakna aku berpotensi untuk kumpul angka yang sama pada bulan-bulan yang akan datang. Cuma aku harap pihak Advertlets boleh semak dalam akaun aku sebab ada 1 hari iaitu pada 20hb Mei 2011, tak ada earning stat langsung. Adakah ketika itu Advertlets menghadapi masalah atau aku sendiri yang mempunyai masalah diblog aku? Itu aku kurang pasti. Nanti aku tanya personal melalui ruang contact. Sekarang sibuk sangat sampai nak hantar email pun sangat malas..
Bagi yang baru dengar program Advertlets ni, korang buat keputusan sendiri mahu mencuba program ini atau tidak. Aku sudah dapat bayaran pertama dari Advertlets dan aku ini memburu untuk bayaran kedua. Aku harap aku akan dapat dan tidak menghadapi masalah seperti blogger lain.
Habis dah cerita pasal Advertlets. Aku sekarang mungkin sedang mengambil akak dan adik aku di Sentul dan Bandar Sunway. Kemudian, aku akan pecut ke Jerantut untuk kejar kereta abah aku yang sudah bertolak lebih awal dari aku. Jadi, artikel ini adalah artikel yang telah aku setkan masanya..
Mahu cuba Advertlets? Gi website diorang kat sini >> Advertlets
Ps: Wokeh..aku kena fokus untuk memandu laju tanpa kena speed trap..eh?
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content















