Hari ini aku nak cerita benda yang berkaitan dengan DPLI-MeDSI.

Cerita 1.

Baru sahaja 2-3 hari lepas keluar dah result untuk semakan temuduga DPLI-MeDSI. Jadi, bagi mereka yang berjaya lepas masa ujian MEDSI hari tu, anda akan melangkah ke peringkat seterusnya. Hehe, macam main game plak. Ada level-level.. Yap, ini bos terakhir iaitu temuduga DPLI-MeDSI. Anda akan bertemuramah dengan tuan penemuramah. Mungkin 2 atau 3 orang. Masa itu, keluarlah semua pedang, perisai dan segala pengalaman korang untuk menghadapi level terakhir ini. Insya-Allah, mungkin korang akan berjaya untuk melanjutkan pelajaran untuk menjadi seorang guru.

Cerita 2.

Bayaran keempat dari Panduan DPLI telah pun aku terima. Sekali lagi, aku berjaya memintas dan mendahului pesaing aku dalam cabaran kali ini. Cabaran kali ini agak berbeza sebab aku kena dapatkan sales. Mula-mula nak dapat 1 sales pun cukup susah. Tetapi setelah lebih dari 10 artikel berkaitan dengan DPLI-MeDSI, cerita pasal pengalaman guru dan juga tips temuduga, akhirnya berjaya mendapatkan 13 sales dalam tempoh sebulan lamanya. Kiranya hebat dah tu bagi aku sebab selama ini, memang cukup susah aku nak dapat sales sebanyak tu hanya dengan menggunakan artikel-artikel aku sahaja. Dengan sedikit trik dan permainan SEO, artikel aku berjaya mengungguli kebanyakkan keyword untuk DPLI dan tips temuduga. Kalau korang tak caya, boleh gi search. Website apa yang selalu ada dalam top ten bila korang cari keyword yang berkaitan dengan DPLI. Dan kebanyakkan artikel, artikel aku tu yang lebih banyak informasi dan penerangan. Siap ada siri-siri lagi. Sebab tulah agaknya, artikel aku stand by kuat di pasaran search engine. Bukan apa, selain main keyword, artikel yang kita hasilkan mesti strong dari segi content dan juga keunikannya. Kalau setakat main copy dan paste atau tulis ayat seperenggan dua, ingat pembaca nak stay ke kat blog kita tu? Ingat ada pembaca nak beli ke produk yang kita cadangkan tu? Tak ada punya. Aku cakap berdasarkan pengalaman. Bukan main serkap jarang aje. Ada bukti dan fakta. Dan, ada hasilnya.

komisenketigadaripanduandpli Komisen ke 4 dari PanduanDpli.com


Kenapa aku tak main guna email marketing? Untuk niche pendidikan, email marketing tidak sesuai. Cukup sukar untuk dapat banyak sales. Aku boleh katakan, untuk niche pendidikan ni, article marketing lebih maju dan hebat berbanding email marketing. Article marketing lebih berpotensi capai 1 juta pembaca. Berapa sales yang kita mampu dapat? Infiniti. Email marketing? Terhad pada bilangan mereka yang subscribe ke list yang korang katakan powerful list tu. Cuba cabar mana-mana Internet Marketer tersohor di Malaysia termasuklah Irfan Khairi.  Berjaya atau tidak mereka bermain untuk niche tertentu seperti pendidikan? Tapi aku tidak nafikan, jika korang bijak bermain dengan kata-kata ketika blast mereka-mereka yang ada dalam list korang tu. Itu tidak mustahil sebab memang ada internet marketer yang dilahirkan memang kreatif bab-bab mengayat pembeli mereka.

Dan macam biasa, mesti ada bonus yang akan dihulurkan sama. Kalau tidak, tak ramai yang nak beli produk yang mereka promosikan. Sebab tu sebolehnya aku tak nak guna cara email marketing. Penggunaan bonus sebenarnya aku kurang gemar. Teknik itu sangat berkesan, tetapi tidak mengasah skill yang aku mahukan.  Jadi, tepuk dada, tanya selera. Pilih teknik dan taktik yang korang gemar untuk mempromosi. Article marketing dan email marketing, ada perbezaaan dan ada kelebihan masing-masing. Tinggal pilih dan cuba. Aku lebih suka dengan artikel marketing. Teknik dan taktiknya lebih macho dan bergaya berbanding email marketing. Email marketing? Sesiapa sahaja boleh buat duit dengan cemerlang jika bijak menggunakan email marketing. Tapi tidak sesiapa sahaja mampu buat duit dengan macho melalui article marketing biarpun mereka bijak, kreatif , IM tersohor, pakar ebook terlampau atau blogger handsome sekalipun.

Sekian. Itu aje celoteh aku untuk hari ini. Kalau ada orang tak suka artikel ni, tak apa. Bagitau aje aku. Mungkin aku boleh ubah pendirian aku yang memang tak berapa sukakan email marketing dan bab-bab mailing list ni. Bukan apa, bila aku dah terkena mainan orang email marketing ni, memang aku cukup menyampah nak sentuh benda ni. Sedut orang pakai niche pendidikan. Tapi promote produk seks? produk cepat kaya?(Ini contoh, tapi lebih kurang gitulah IM-IM tu buat..)  Demm. Biarlah orang nak kata aku kolot. Aku tak kesah. Aku lebih suka dengan cara aku. Janji, aku tidak menipu dan mempermainkan orang. Ada banyak yang aku tak suka dengan email marketing ni. Tapi cukuplah aku cerita hari ini. Malas nak cerita panjang-panjang. Korang fikir sendiri sudahh..kemudian, senyum. Tak perlu kata apa-apa.

Last, terima kasih kepada owner PanduanDPli.com iaitu Saudara Ikhwan Fahmi kerana bayar aku. Tak sia-sia aku promosi produk beliau kali ini. Insya-Allah, kalau ada produk niche pendidikan, aku akan tolong promosi lagi.

Ps: Layan angry Bird lagi bagus apa..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 21 comments. Apa plak komen korang?
zool - 24 May 11 at 00:11:24
DPLI pun ada affiliate ek.. Rasa cam nak join je. dah lama affiliate aku tak kemana ni..
Sabahan Bloggers Club - 24 May 11 at 01:04:48
Tahniah.
Banyak juga tu RM300. Saya kurang sikit dengan affiliate ni tapi blog saya ada ynag dah affliate ready themes, mungkin akan join.
afzal laidin - 24 May 11 at 01:39:23
Tahniah, pendapatan dari affiliate adalah antara yang paling best di internet.
Kamal Mustafa - 24 May 11 at 02:38:58
Belum pernah cuba lagi, skrg nie hanya join,adsvertlets,nuffnang dan bidvertiser aje.
akazuma - 24 May 11 at 07:39:08
tahniah bro.
bukan senang tu nak buat sales. tapi ko leh buat. hebat. hebat.
suri - 24 May 11 at 08:05:55
syukur rezeki ada lagi :) bestya ada hasil yg masuk
dnoBiz - 24 May 11 at 12:19:57
malas aku nak cakap lebih lebih…
Tapi … kau memang Hebat.. Tahniah bro :D
Afiffuddin - 24 May 11 at 12:35:21
Tahniah bro! :) Mesti bro tulis pun laju ja artikel nie, sbb aku baca pun laju semacam ja. Ayat bro ada nada. hehe.
Ismail N - 24 May 11 at 13:21:59
Tahniah.. err open table ler bro :D
Esempoi - 24 May 11 at 14:36:22
titan ni memang banyak source of income.. terbaek la.. hehe
SyafzMagz - 24 May 11 at 21:24:37
boleh share tips sikit, titan…banyak source income dapat
mommy nana - 25 May 11 at 04:23:08
pernah dpt komisen dr ammar zahar mmg best. sket pun ok wut? :D
rina - 25 May 11 at 11:28:50
wahh, banyak tu..300 lebih..leh makan roti nan hari—hari..
zik - 25 May 11 at 16:05:47
banyak tuh… aku tak pernah guna email marketing.. bab nak tulis ayat nie tak berapa berkesan untuk suruh orang beli nih.. huhu
Hisyam - 25 May 11 at 18:12:58
Wow, sekali masuk RM300+. Memang masyuk ni.
electronic cigarette kits - 26 May 11 at 11:29:13
Komisen ke 4 dari PanduanDpli ? Please Tell me about it as soon as posible.Thank…….
pantaidalam - 27 May 11 at 11:33:20
aku pun suka dengan teknik artikel marketing kerana ianya lebih telus dan lebih jujur dalam mempromosi produk
titan - 27 May 11 at 18:44:20
zool. Ni bukan dpli punya, ni panduandpli.com punya affiliate. Hehe..

Sabahan Bloggers Club. Yap, ada banyak program affiliate. KIta boleh cuba. Banyak tu takdelah. Kira bolehlah sikit-sikit. Ada hasil gak selepas bersusah payah..

afzal laidin.Hehe, betul tu. Sebab tu kita wajar mencubanya..

Kamal Mustafa. Bolehlah cuba program affiliate nanti kalau ada masa. Hehe..

akazuma. Bolehla sikit-sikit. hoho!

suri. Ya. Sama-sama, usaha membuahkan hasil. Alhamdulillah..

dnoBiz. Sama-sama. :)

Afiffudin. Wahh, ada nada? Pandai ko baca artikel aku ni ye. Siap leh kesan ada nada lagi tu. hehe..

Ismail N. Memang rasa nak open table. Tapi minggu depanlah rasanya..awal bulan Jun nanti..

Esempoi. Aku cuba aje mana yang aku sempat. Kalau ada hasil, adala. Kalau takde, takdelah. hehe..
titan - 27 May 11 at 18:50:10
SyafzMagz. Tips? Kena belajar banyak pasal seo. Kebanyakkan sales yang aku dapat hasil dari seo yang aku buat kat artikel-artikel aku..itu aje. Kalau aku boleh, korang pun bolehh..

mommy nana. Wahh..mesti banyak dapat kan? Betul, sikit pun takpe. Janji ada..

rina. Ni mesti suka makan roti nan kan? kan?

zik. Ko boleh. Sama aje macam tulis blog. Tak banyak sangat bezanya. Cuma kena pandai pusing ayat sikit..

Hisyam. Tu usaha sebulan. Kira oklah tu, ada hasil. Aku memang usaha keras untuk program ni. Alhamdulillah, membuahkan hasil.

pantaidalam. Setuju. Lebih telus dan jujur. :)
abdfatah - 29 May 11 at 15:16:16
sapo yang tak suka dengan artikel ko? aku aaa yang tak suka…

tak suka tak suka tak sukaaaa… macam iklan cat laaa pulak… hehehe

sebab apa? sebb ko memang mengayat dengan bergayanya guna artikel marketing….

apohal pun tips artikel yang ko buat memang berguna untuk perangkap sales masyuk…..

kena guna strategigi ini semaksima mungkin…
ainun - 29 Aug 11 at 10:46:55
terliur tgk komisen tu



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011