Okey, hari ini aku nak update sikit bayaran dari program Paid-to-Promote.net. Tidaklah banyak yang aku dapat, cuma aku nak terus update program ini dari masa ke semasa untuk membuktikan bahawa program ini boleh bagi kita sedikit pendapatan melalui blog-blog yang aku ada. Dalam masa yang sama, korang semua juga berpeluang untuk buat duit dari program ini.

komisenke17daripaidtopromotedotnet Komisen ke 16 dari Paid to Promote.net


Bagi yang masih baru dengan program ini, nasihat aku korang kena usaha kuat untuk dapat duit dari program ini. Memang ianya tidak mudah dan korang kena buat sesuatu untuk menaikkan trafik blog korang agar memudahkan korang buat duit dengan program Paid-to-Promote.net ini. Dan bukan itu sahaja, jika korang berjaya buat duit dari program ini, korang juga akan mampu buat duit dengan program yang lain termasuklah program YMads, Adsense, Blue Advertise, Bidvertiser, Nuffnang, Innity dan sebagainya. Pendek cerita, jika blog korang mampu ada trafik yang cukup mantap setiap hari, tak ada masalah untuk buat duit dari program sebegini.

Apa yang penting sekarang, belajar cara untuk bagi blog korang mempunyai trafik yang hebat setiap hari. Aku bagi satu tips mudah untuk korang mampu untuk ada blog yang trafiknya tinggi dan sampai satu tahap, korang sendiri mahu blog korang tu tak banyak trafik. Dan mungkin juga korang akan rasa tak ada masa nak jawab soalan-soalan atau komen dari pembaca blog korang. Aku sendiri sampai satu tahap, tak sempat nak tengok semua blog aku setiap hari. Aku yakin juga blog-blog member lain yang trafiknya tinggi, juga tidak mampu nak survey atau lihat setiap komen yang mereka dapat setiap hari.

Jika korang ada soalan nak tanya, tanya kat ruang komen. Aku akan jawab secepat mungkin yang aku mampu. Aku tidaklah duduk depan latop setiap masa. Ada masa aku kena basuh baju. Ada masa, aku kena lari apabila dikejar oleh kucing jiran sebelah. (Haha, sape suruh aku kacau anak dia) Ada masa aku kena ambil mak aku balik dari sekolah. Ada masa, aku kena call orang-orang yang aku sayang. Ada masa, aku kena pergi makan kuew tiaw kegemaran aku walaupun kedainya hampir 100km jauhnya dari rumah aku. Ada masa, aku sempat gak jeling awek-awek kat Banting, ada masa juga, aku kena teman abah aku sarapan pagi. So, janganlah ada yang kata aku duduk menatap laptop fujitsu aku ni sahaja. Aku tak punya banyak masa untuk semua itu. Tetap kena bahagikan masa untuk macam-macam perkara. Hehe..

Dah, boleh daftar kat program ini kalau mahu >> Paid-to-Promote.net

Ps: Emm..camana aku nak lawan mereka-mereka yang tengah meninggalkan aku jauh dalam perlumbaan berlagenda Churpchurp ni. Terer betul diorang ekk..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 14 comments. Apa plak komen korang?
Danial razali - 20 May 11 at 01:41:40
Banyak saya belajar daripada Titan.. TQ banyak2.. =)
akazuma - 20 May 11 at 02:06:31
tahniah. tahniah.. hehe :)
Afiffuddin - 20 May 11 at 04:14:46
Ada masa Titan akan update blognya. Hehe, tahniah bro! P2P best!
tehr - 20 May 11 at 04:15:54
takat ni ada masa lagi nak ngadap laptop
esok lusa tak tahu la sibuk tahap mana
hehe
Donha - 20 May 11 at 05:12:57
blueads tu ok juga. sebab kita akan masih dalam status gliterati dengan nuffnang. sama juga dengan bidads.

aha! sempat yea lari sana-sini..kena pakai ipad ni.boleh update blog mana2 saja =)
rina - 20 May 11 at 08:10:05
tahniah titan. tahanih..
azizan4444 - 20 May 11 at 09:00:49
bro, ajar aku weh nak hebat cmni.huhu
merahkatak - 20 May 11 at 09:55:18
tahniah..tak penah-penah putus komisennya
MDHAFiZ.NET - 20 May 11 at 12:20:01
nak gi terjah jap gi.. :)
debtrunner - 20 May 11 at 15:45:15
fuhh, masih menten bergaya dapat income dari PTP nih..
azhaan brothers - 21 May 11 at 16:03:44
oooo..nama awak Titan ya…Hebat…gogogogo
esempoi - 23 May 11 at 02:51:56
titan memang sempoi
duit masuk je tiap2 bulan.. hehe
liyana - 23 May 11 at 14:46:49
tahniah. banyak tu bro. :)
ainun - 29 Aug 11 at 10:49:07
tahniah titan



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011