Ok, hari ini aku nak cerita tentang potensi blog. Yap, memang dah macam-macam jenis blog yang kita nampak hari ini. Ada yang menjadikan blog sebagai tempat untuk meluahkan perasaan, ada pula yang gunakan blog untuk berkongsi cerita, ada yang bergosip tentang artis, ada yang jual peralatan kereta, ada yang jual GPS, ada yang jual peralatan golf, ada yang jual resipi dan ada juga yang menggunakan blog untuk menjana pendapatan sampingan.

membinablogjualan Buat duit dengan Blog Jualan


Adakah ianya salah?

Tidak, blog mampu menjadi satu senjata bagi sesiapa sahaja tak kiralah untuk mencapai apa-apa tujuan sekalipun. Jadi, mahukah anda untuk memiliki blog yang mampu menghasilkan jualan dan mempunyai hasil yang lumayan setiap pulangan? Jika jawapan anda Ya, anda wajar memiliki blog jualan.

Blog jualan agak serupa dengan web jualan. Cuma yang berbeza, kita menggunakan blog untuk menjual barang dan menjual perkhidmatan. Aku agak kagum dengan saudara Syahruddin yang mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan melalui blog jualan beliau. Beliau menjual peralatan golf melalui blog eCommercenya. Malah, beliau juga telah menjual melalui platform Mudah.my sebagai salah satu alternatif. Tidak salah aku katakan beliau merupakan salah seorang yang agak berjaya memanipulasikan blog jualannya untuk mendapat pendapatan yang lumayan setiap bulan.

Di internet ini, Syahruddin lebih dikenali sebagai budakboy dan kini beliau menawarkan perkhidmatan untuk menghasilkan blog jualan yang mampu menjual berdasarkan pengalaman beliau yang sangat berharga itu. Aku tidaklah kawan rapat ataupun jiran sebelah rumah beliau, tetapi dari hasil pemerhatian aku di blog golfnya, aku yakin beliau bukan calang-calang orang dikalangan kita semua. Mungkin ada yang tidak kenal beliau tetapi aku yakin selepas hari ini, lebih ramai akan mengetahui kelebihan budakboy dan mahu belajar dari beliau.

Jika ada antara anda semua yang berminat dengan sukan golf, bolehlah mengunjungi blog beliau untuk belajar dan mengetahui lebih lanjut tentang dunia golf. Aku pun berminat dengan golf cuma kat Banting ni, tak ada kawan yang satu minat dengan aku. Maklumlah, golf ini bukan sukan yang murah. Harga satu kayu golf tu pun boleh tahan kacak harganya. Jadi, lebih ramai yang main facebook berbanding main golf.

Jadi, jika anda mahu buat duit dengan blog jualan korang tetapi korang tidak tahu cara dan bagaimana untuk menghasilkan blog jualan tersebut, hubungi budakboy dengan segera. Beliau akan membantu korang untuk menghasilkan blog jualan yang mampu menjual. Malah, harga yang beliau tawarkan agak murah berbanding mereka-mereka yang menawarkan perkhidmatan yang serupa dengannya. Siap bagi domain sendiri dan hosting dari Hostgator tu. Bukan pakai blogspot atau site-site percuma. Hoho..

Dah, leh usha blog jualan beliau disini >> Perkhidmatan membina Blog Jualan

Ada testimonial dari seorang budak perempuan yang agak comel setelah menggunakan perkhidmatan Budakboy. Haha, camana leh dapat pelanggan super comel ni haaa? Ajar aku wehhh..

Ps: Tengah survey harga kayu golf yang murah-murah. hehe..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 27 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 19 May 11 at 00:13:00
blog jualan? ya, semua blog boleh jual apa-apa. hehe..
Ismail N - 19 May 11 at 00:17:29
e-commerce punya blog ke bro? huuu susah mahu maintain tu kalau ilmu tak cukup lagi :D kawe kalau buat e-commerce nak jual apa ehhh? jual gambo-gambo org mahu ker?
mat teropong - 19 May 11 at 00:44:29
ade je blog jualan untuk menjual pelbagai barangan..biasanya handbag, baju, kain batik..
madammondoq - 19 May 11 at 01:52:01
saya tengah memikirkan utk buat blog jualan ni..ermm..
decrewz - 19 May 11 at 03:26:26
Terpikir jugak tapi mau jual apa yer…emmm…
suri - 19 May 11 at 04:17:22
ada cara cuma pilih mana jualan yang kita nak buat..jual baju,kasut semua blh klua da minat dan usaha :)
fiezaradzi - 19 May 11 at 05:31:17
teringin gak nak buat blog jualan ni, tapi bahan jualan tu belum jumpa.. huhuu
azizan4444 - 19 May 11 at 06:23:24
sapa yang pandai ambil peluang die untung..contohnya benda2 mcmni.dengan blog pun boleh buat mcm2.hehe..
hafizmd - 19 May 11 at 06:49:59
menarik ni..nak kena fikir benda apa nak dijual..ermmm
MDHAFiZ.NET - 19 May 11 at 08:44:27
kalau bab jual menjual aku noob :)
debtrunner - 19 May 11 at 09:22:44
aku pun tak pandai sangat bab menjual nih. main redah aje..
tehr - 19 May 11 at 10:35:42
aku tak tahu nak jual apa
masalah juga ni, titan

rasanya macam semua orang dah jual
MEKAR - 19 May 11 at 11:15:32
Kena pikir masak2 sblm nak mula apa2 bisnes. tak mau separuh jalan.
eerr.. nak jual apa ya
nizamghazi - 19 May 11 at 13:49:35
Bagus jugak ada blog macam ni
akubiomed - 19 May 11 at 14:59:21
Ini affliate ker bro?
titan - 19 May 11 at 16:25:02
merahkatak. Betul, nak jual sambal belacan pun boleh sekarang. hehe..

Ismail N. Ehh, sape kata susah. Senang aje. Dimana ada kemahuan, disitu ada highway maa..

Bab gambar-gambar tu, kat malaysia ni jarang orang beli gambar. Kalau orang luar tu, ada gak yang berminat. Ada sesetengah program, bayar kita jika kita berjaya jual gambar. Tetapi aku dah lupa apa nama program tu. Nanti kalau aku jumpa, aku cite..

mat teropong. Yap, ada yang jual dadih, jual sate online. Kita order online..bila dah nak siap..diorang call, suruh ambil. Haha..simple macam tu..

madammondoq. Emmm..tengah fikir apa tu sampai lama sangat nih??

decrewz. Ada 1001 macam benda boleh dijual. Cuma kita kena fikir sikit la apalah yang kita nak jual tu. Takpe, ambil masa untuk fikir.

suri. Betul, leh gak jual tudung shawl yang orang perempuan suka sangat tu. Hehe..

fiezaradzi. Bahan? Haa..bahan apa yang nak dijual tu??
titan - 19 May 11 at 16:34:49
azizan4444. Yap, betul. Siapa nampak peluang, dia akan nampak hasil yang bakal diperolehi. Hehe..

hafizmd. Betul, kita kena fikir masak-masak. Jangan gelojoh. Nanti semua benda tak jadi. Dah habis fikir, mesti boleh decide nak jual apa nanti.

MDHAFIZ.NET..hehe..jual oksigen. Mesti laku gila..hehe

debtrunner. Aku pun main redah aje dari dulu. haha

tehr. Ehh, takdelah..banyak lagi orang tak jual. Karbon dioksida orang tak jual, cat pun orang tak jual online..cermin mata pun orang tak jual online..ehhh, banyakkk. Nak atau tak nak aje. Hehe..

MEKAR. Jual bunga? Hehe..

nizamghazi. Yap, memang bagus kalau ada produk yang memang sentiasa laku dijual.

akubiomed. Aku tolong promosikan aje. Hehe..
Sabahan Bloggers Club - 19 May 11 at 16:48:00
Blogshop?
Best ni ada perkhidmatan membuat blogshop juga. Kalau charge perkhidmatan murah boleh juga cuba nanti.
titan - 19 May 11 at 16:53:16
Sabahan Bloggers Club. Boleh cuba juga. Lebih kurang gak macam blogshop la. Kira nama lain bagi blog jualan. Kira murah la tu sebab diorang pakai hostgator tu..hoho..
Fazli - 19 May 11 at 20:53:36
huhuhu… memang comel. pandai dia cari yang comel…
titan - 19 May 11 at 21:08:52
Fazli. Haa, kan?
comel kan? hehe..
akazuma - 19 May 11 at 23:33:47
wahh..blog jualan..kalau aku ada benda nak jual..aku cari mamat nih..
pantaidalam - 21 May 11 at 17:39:27
saya mesti pilih :-)
zik - 22 May 11 at 16:21:04
aku nak jual kerepek pisang… agak2 laku tak??
Budakboy - 31 May 11 at 17:57:15
Salam rakan2 semua…saya nak offer special price kepada 20 orang pertama bermula 1 JUN . Harga promosi cuma RM100 sahaja (harga asal RM 350) dan sesiapa yang menjadi pelanggan kami untuk harga promosi tersebut, kami juga akan membantu mempromosikan blog anda secara percuma dan membimbing ada tentang cara2 berniaga di internet berdasarkan pengalaman kami selama 5 tahun berniaga peralatan golf dan yang terbaru baju baby =).

Kejayaan anda adalah kebanggaan kami. Hanya untuk pelawat blog ini, kemukakan coupun EARNCENT untuk menebus harga promosi tersebut. Salam hormat
akazuma - 31 May 11 at 19:01:17
wahh, promosi baik punya dari budakboy. siap ada kupon earncent lagi.. :)
ainun - 29 Aug 11 at 10:50:32
eh-eh…kenapa nama kupon tu nama earncent..haha



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011