Ya, kepada semua guru-guru dan cikgu-cikgu yang berada di Malaysia, jika korang sedang melayari blog ini, aku ucapkan Selamat Hari Guru kepada korang semua. Semoga korang kekal gagah mengajar anak-anak pelajar yang comel tu menjadi pemuda-pemudi harapan bangsa yang berguna bukan sahaja kepada tanah air, juga menghormati kedua ibubapa kita. Hehe..

Ok, ini bayaran komisen yang aku dapat dari program Innity. Memang aku tak dapat banyak macam owner Panduan Kuasa Innity tu. Takdelah sampai 5-8 ribu, tapi sekurangnya mampulah buat aku tersengih-sengih untuk minggu ini. Mungkin boleh buat untuk belanja mak abah aku sebab hari ini kan hari guru memandangkan kedua mak dah abah aku memanglah pekerjaan mereka guru sekolah. Jadi, sesuai sangatlah kalau aku belanja mereka nasi dengan ikan pari bakar atau ikan talapia kukus. Mesti sedap kalau makan dengan sambal belacan ni.

bayarankomisenke7dariinnity Komisen ke 7 dari Innity


Saje je aku tutup berapa aku dapat kali ini. Tapi jumlah ini antara yang terbanyak aku dapat dari Innity. Tidak sikit, tidak terlalu banyak. Sedang-sedang sahaja.

Sedikit tips dari aku, untuk buat duit dengan Innity, tekniknya cuma satu. Trafik. Mesti ada trafik yang banyak setiap hari. Memandangkan syarat untuk blog kita lulus bagi program Innity sangat gila dan ketat iaitu 30k unik visitor dan 100k impression, jadi kalau korang lepas pemeriksaan mereka, secara automatiknya, RM100-RM300 dah dalam tangan untuk setiap bulan dan aku yakin, memang senang-senang boleh cecah RM500-RM1000. Pokoknya, macam mana nak dapat trafik sebanyak itu?

Teknik kita dah tahu iaitu trafik. Taktik untuk dapat trafik tu macam mana? Secara asasnya, kena ada blog, kena buat artikel, kena komen kat blog orang lain, kena main SEO, kena itu dan kena ini. Jadi, kuasai asas tersebut. Kalau asas ni korang mampu handle, tak perlu dah taktik yang pelik-pelik tu. Tak yah dah beli trafik kat Adword atau beli iklan banner kat blog orang lain. Itu taktik lama. Taktik asas yang kita sepatutnya dah tahu, patut kita gilap dan kuasainya dengan sepenuhnya. Barulah mampu sengih bila dapat bayaran dari Innity nanti.

Aku tak cukup terer lagi dengan Innity dan aku harap bayaran yang akan datang mampu buat aku sengih lagi seperti hari ini. Itu sahaja tips dari aku hari ini. Tak banyak, tapi yang mudah inilah kita kena kuasai. Tak payah dah cari taktik atau teknik mahupun tips yang pelik-pelik. Korang sendiri dah tahu sebenarnya. Dan kita wajar tahu, tak ada rahsia yang korang tak tahu. Korang dah tahu, cuma korang tak apply aje ke dalam blog-blog korang tu. Itu sahaja. Faham?

Mamat ni, dia lagi terer dengan Innity. Siap buat ebook lagi >> KuasaInnity

Ps: Lagu hari guru tahun ni tak best. Tahun lepas jugak yang aku rasa macam best..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 33 comments. Apa plak komen korang?
Ismail N - 16 May 11 at 00:15:37
Innity ni kawe belum try lak tapi mcm best lak. kawe suka tgk iklannya yang cantik.. sesuai utk mencantikkan blog :D
merahkatak - 16 May 11 at 00:16:39
betul, iklannya cantik sangat. tapi iklan yang kaler hijau dia tu, tak best. hehe
Sabahan Bloggers Club - 16 May 11 at 00:33:00
Innity dah makin ok sekarang. Ramai dah blogger yang berubah ke innity dari nuffnang. Tahniah kerana menjadi salah seorang publisher Innity. Kami tak tahu bila lagi ni nak pasang Iklan.
direktori Hosting Murah - 16 May 11 at 01:46:30
terbaik Titan! bile mau buat panduan bedah siasat adsense pulak? hehe
Orang Akaun - 16 May 11 at 01:49:18
masyuk laa income dah cekangg..hahah..jenuh woh nak lepas requirement innity tuh..terberak gak laa…
esempoi - 16 May 11 at 03:27:48
berapa dapat tu titan.. ada cecah 5xx tak?
hehe..

lagi satu, ni akaun maybank ke? lain plak saya punya description, saya nya ada tulis autopay lebih kurang..
akazuma - 16 May 11 at 05:15:05
hoho..dapat lagi. hebatttt. cayalah. hehe
yas - 16 May 11 at 05:53:32
Hehehe…tahniah bro…gua nak tgu masuk.com /org dulu la…satu lg nak tarik traffik 100k tu yg penat tu..huhuhu
rina - 16 May 11 at 06:08:15
terhebat dan terganas. Haha..maintain dapat duit dari innity. apakah rahsianya?
phycrewz - 16 May 11 at 07:12:17
tahniahla bro.. bila la aku bole layak apply innity ni
MEKAR - 16 May 11 at 08:03:36
betul..betul.. kena rajin blogwalking dan rajin tinggalkan komen
zik - 16 May 11 at 09:37:49
dah ketujuh… erkkk… bilalah nak apply nih… uv mungkin dah lepas… pageviews jer yang tak lepas… takda idea untuk naik pageviews nih…
nizamghazi - 16 May 11 at 10:59:56
Macam2 ko tahu buat duit
hehe, tpi nk tnye lah mr pakar buat duit ni, what is the best affliate program so far?
Afiffuddin - 16 May 11 at 11:13:39
:) Tahniah TITAN. Aku belum lagi buka akaun Innity. Dah beli Panduan Kuasa Innity tu. Hehe..
debtrunner - 16 May 11 at 11:29:20
wahh, terbaiklah. dah ke 7..lepas ni apa lagi yang akan dibayar agaknya. haha
Budakboy - 16 May 11 at 17:53:56
Saya paling suka ayat nie:

“Taktik asas yang kita sepatutnya dah tahu, patut kita gilap dan kuasainya dengan sepenuhnya. Barulah mampu sengih “

dan

“Tak payah dah cari taktik atau teknik mahupun tips yang pelik-pelik. Korang sendiri dah tahu sebenarnya”

saya sendiri selalu terlupa…sedangkan dulu dah pernah buat ribu2, bila dah lama tinggal, then lupa balik…thanks for the info…Back To Basic bak kata org putih hehe
Aqif Azizan - 16 May 11 at 18:44:57
Serius gempak. Aku punya blog asyik kena reject je. hehe.
samdaddycool - 16 May 11 at 19:30:31
Sifu aku ni mmg power.. nak sikit!
pantaidalam - 16 May 11 at 20:40:19
hmmm nampaknyer jauh lagi perjalanan ku untuk mengejar syarat inniti
tehr - 16 May 11 at 23:07:34
syarat tak lepas lagi la, titan
huhu
zool - 17 May 11 at 03:27:32
blog kete aku layak walaupun traffik tak tinggi..tapi nak cashout penat menunggu la
SamsulAhmad.com - 17 May 11 at 17:02:09
mmg hajat nak pasang innity nie, tp x kesampaian… trafik x mengizinkan g… :(
liyana - 17 May 11 at 20:37:28
masih belum capai apa yang innity nak. Kena usaha lagi la jawabnya..
mat teropong - 18 May 11 at 00:53:26
nak try innitty tapi belum layak..trafik kurang~~
Fazreen - 18 May 11 at 15:19:38
Serius aku respek dgn ko. pandai cari masa update dan trafik walaupun ko ada keja full time. Boleh bust post share. Skg ni sumber utama aku innity je..
nizamghazi - 19 May 11 at 13:51:34
innity ni macam mana nk apply?
syarat umum dia apa?
titan - 19 May 11 at 17:15:46
Ismail N. Memang iklannya nampak cantik sikit. Sebab tu ramai orang suka. Kena pula Innity bayar mahal. Siapalah yang tak suka..

merahkatak. Yang tu, siapalah yang suka agaknya. hehe..

Sabahan Bloggers Club. Takpe, bila dah cukup syarat nanti, mesti akan berubah angin punya. Hehe..

direktori Hosting Murah? Adsense? Hehe..aku kurang minat dah adsense nih. hehe..dan hehe lagi..

Orang Akaun. Hehe..memang terberak la dibuatnya. Dulu aku lepas pun sebab requirement diorang rendah. Sekarang dah melampau-lampau tingginya. haha..

esempoi. Ntah..dari dulu memang camtu. Aku compare dengan kat innity, jumlah dia sama aje..so, aku agak itulah bayaran dari innity sebab program lain, tak ada bayaran yang sama nilainya.

akazuma. Hehe, bolehlah sket-sket..

yas. Memang penatlah. Aku sendiri menyesal tak submit banyak blog masa tu. Apahal la bengong sangat aku waktu tu..dulu..cuma nak 3k aje unique visitor..

rina? Hehe..makan nasi lemak banyak-banyak. Mesti hebat dengan Innity punya. Hehe..

phycrewz. Bila? Bila ko punya blog dah cukup requirement yang mereka mintaklah..hehe..wehh, aku tak leh komen kat blog ko la..ubahla setting kat bahagian komen tu..

MEKAR. Hehe..tau takpe.. :)

zik. Blog baru aku, uv memang dah lepas. Tang impression tu..itu aje yang sakit. Nak dapat 100k..memang sakit jiwa jika blog kita bukan blog artis atau blog politik..

nizamghazi? Tak ada lagi yang best. Setakat ni, so-so aje bagi aku..kalau nak kata terbaik, memang aku letak pada adsense la..

debtrunner. Alhamdulillah..dah yang ke 7. Harap yang ke 8 lagi 45 hari lagi tu dapat banyak sket..
titan - 19 May 11 at 17:22:51
Budakboy. Betul, kita kena usaha lebih kuat. Baru dapat hasil. Bab asas tu, memang ramai orang lupa. Sebab tu aku ingatkan semula.

Aqif. Haha, blog aku..tiga kali dah kene reject. Blog yang sama tu..saje cuba nasib, mana tahu lepas ker..sekali, tak lepas gakk..

samdaddycool. Hehe, meh datang sini kalau nak..datang banting. hehe..leh makan nasi lemakk..

pantaidalam. Begitulah hendaknya. Kita nak lebih..mesti buat pengorbanan sket..

tehr. Kena usaha lagi. Blog tehramuan tu ada potensi. Kena banyak promosi la jawabnya. hehe..

zool. Mungkin niche kereta tu memang diorang nak. Sebab tu agaknya diorang luluskan. hehe..

SamsulAhmad.com. Emm, itu kena usaha lagi kuat la jawabnya. Terpaksa,kena berkorban sket..

liyana. Haa, tau takpe.. :)

mat teropong. Takpe..lama-lama nanti, mesti cukup kan? kan?

Fazreen. Hehe..aku tak nak masa tua nanti aku hidup susah..aku tak nak bakal bini dan anak aku hidup susah. Sebab tu aku kerja kuat dari dulu..penat tu..dah mainan aku dahhh..hehe..

nizamghazi. NI syarat umum dia:

1. 30 ribu unik visitor sebulan
2. 100 ribu impression atau hits.
3. blog selalu update

Ini yang simplenya. Kalau ini lepas, selamat datang ke keluarga INnity. :D
Joe - 20 May 11 at 21:57:57
mmg innity terbaik dari nuffnang mahupun advertlets.
titan - 21 May 11 at 02:10:59
Joe. Bergantung pada seseorang. Ada orang kata nuffnang, ada orang kata innity, ada orang suka advertlets..so, bergantung..
mezmuda - 20 Jun 11 at 13:09:06
camner tuh nk wat yee..kawan ni baru jee blaja wat blog…leh tolong tunjuk caranyer?
titan - 19 Jul 11 at 23:48:14
mezmuda. Kalau ada masa nanti, rajin-rajinlah melawat blog ni. Insya-Allah aku akan kongsikan dari masa ke semasa. :)
ainun - 29 Aug 11 at 10:52:13
innity..akan ku capai suatu hari nanti



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011