Hari Jumaat lepas, aku dah dapat bayaran kelima dari program BlueAdvertise. Nampaknya program ini tidak gagal dengan kacaknya untuk terus bayar aku ke akaun paypal aku. Walaupun tidak banyak sebab memang tak banyak blog yang aku cuba untuk program ini, namun sekurangnya aku masih tetap dapat program dari program yang baru aku jumpa dalam sebulan lebih ni..

Ok, aku cuma nak kongsi beberapa tips untuk tambah trafik ke blog korang khasnya untuk trafik international. Maksudnya, trafik dari luar negara kita ni. Pertamanya, sila lihat trend apa yang tengah panas dan popular untuk market luar. Cerita pasal Selena Gomez ke, Justin Bieber ke, Kung Fu Panda 2 ke, ulasan filem-filem luar ke dan sebagainya. Memang ramai yang buat begini dan terbukti memang korang boleh dapat trafik dari luar. Pendek kata, tengok trend semasa dan apa yang tengah panas pada waktu ini..
Kedua, attack pada keyword. Cari keyword yang panas. Keyword ni ada dua. Keyword yang kita kena sambar secepat mungkin seperti kad penganalan Obama dan Justin Bieber bercium dengan Selena Gomez. Buat satu artikel berkaitan keyword itu. Keyword tu mesti ada kat title, kat setiap perenggan, dan pastikan juga dibahagian tag, mesti ada keyword yang korang targetkan tu. Ini salah satu cara dan cara ni memang selalu diguna pakai oleh ramai otai blogger diluar sana. Jika blog korang dah berusia 1-2 tahun..itu sangat advantages untuk tackle keyword. Jika blog korang memang dah strong kat search engine, apa jenis keyword pun senang nak tackle jika korang tahu caranya. Sejujurnya, aku nampak ramai blogger Malaysia yang dah tahu cara ni dan gunakan semaksimum mungkin sampai aku rasa macam satu hari nak buat 10-20 artikel setiap hari. Kalau korang perasan, mesti korang jumpa blogger-blogger tersebut. Hoho..
Cara ketiga untuk hari ini, mantapkan blog korang. Banyakkan artikel dalam blog korang. Biasanya dalam tempoh 3-4 bulan, blog korang sudah patut ada lebih dari 100 artikel. (Boleh cuba tiru ujian 3 bulan aku tu.) Itu sahaja dah cukup hebat untuk tackle banyak pembaca dan pelawat ke blog korang. Jika masa itu korang letak iklan adsense dan mojoritinya adalah dari luar seperti US, UK dan Canada, memang senang-senang korang boleh dapat 100-200 dollar setiap bulan. Itu jika Google Adsense? Kalau BlueAdvertise? YMads? Atau program-program yang membayar kita melalui impression? Rasa-rasa berapa yang korang akan dapat?
Keempat, jenis blog korang. Niche blog dan personal blog ada keistimewaanya tersendiri. Aku tidak nafikan mana-mana blog boleh buat duit. Janji kita tahu caranya. Kalau blog niche, contohnya jika blog itu menumpukan niche hiburan, semuanya cerita pasal hiburan dari muka surat pertama hingga muka surat terkini. Jangan tetiba masuk pula cerita pasal politik ataupun kereta. Nanti blog tu jadi macam rojak pula. Lain ceritanya memang korang nak buat blog yang mempunyai 3-4 jenis niche. Itupun tak ada masalah, cuma nampak berselerak sikitlah. Dah tak nampak pula blog tu macam menumpukan satu niche sahaja. Tak nampak originalnya..dan jika ada advertiser, mungkin mereka kurang berminat untuk beriklan. Berbeza pula dengan blog personal, dia boleh masuk semua niche. Dan peluang untuk buat duit lebih besar. Sebab tu, kita nampak ramai blogger malaysia yang ada personal blog, cerita semua benda dalam blog mereka. Sebab mereka tahu, peluang mereka akan lebih besar walaupun blog mereka nampak macam surat khabar..semua cerita nak tulis walaupun kekadang macam ada yang copy-paste dan macam tulis satu dua perenggan aje.. Jadi, pilih mana-mana dan pilih program buat duit yang sesuai untuk blog korang tu. Insya-Allah, korang boleh jana duit dari blog korang.
Ok. Cerita dah habis..aku rasa aku mengarut dah ni dengan tips-tips yang macam tak masuk akal. Tetapi yang tak masuk akal ni ramai orang kita buat. Sebab mereka semua nak dapat hasil yang tak masuk akal. So, semua orang hilang akal. Haha..
Ps: Wokehlah..aku malas nak merepek lagi. Ayat aku agak bercelaru. Kalau korang dapat faham apa yang aku cuba sampaikan, aku ucapkan tahniah. Sebab apa? Sebab korang nampak hint yang aku cuba sampaikan..aku sendiri baca pun, aku rasa pening. Oleh sebab aku malas nak edit balik apa yang aku tulis, korang layankan aje apa yang aku merapu ni. Aku tahu, korang memang sporting dan sempoi. Ok. Layann..haha!
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content














