Yap. Cek yang datangnya dari Penang, akhirnya tiba ke rumah aku hari Jumaat lepas. Memang aku tahu surat yang berisi cek ini akan sampai sebab pihak Exabytes dah email aku untuk beritahu hal ini, tak sangka agak cepat juga cek exabytes ini sampai. Terima kasih kepada Exabytes.
Mesti korang curiga dan syak wasangka macam mana aku boleh dapat cek dari Exabytes ni. Ada program klik-klik macam Nuffnang atau Innity ke? Tak. Tak. Ini bayaran komisen untuk banner yang ditempah oleh pihak Exabytes di dua blog aku. Aku letak code banner yang mereka berikan pada aku di dua blog tersebut untuk tempoh 3 bulan. Kira banyak gak la tu untuk 2 blog yang aku rasa trafiknya boleh aku kategorikan agak baik. Jadi, purata untuk RM20 setiap bulan yang aku terima untuk setiap blog tersebut dari Exabytes.

Dulu, pihak Exabytes ada offer dan diorang nak 200 blog untuk mempromosikan produk-produk Exabytes. Jadi, aku salah seorang blogger yang ambil kesempatan untuk curi peluang tu secepat mungkin. Aku hantar 4 blog. Tapi 3 blog sahaja yang mereka terima. Tapi aku reject 1 blog iaitu blog ini kerana bayaran yang aku terima agak rendah. Jadi, terpaksa tolak dan mereka bagitau mereka cuma terima 2 blog sahaja dan aku pun terima jugaklah harga yang mereka letak.
Jumlah yang aku dapat, sama seperti yang korang nampak kat gambar kat atas ni. Bahagi dua, dan korang akan dapat tahu berapa aku dapat setiap blog. Exabytes pun ada budget yang terhad untuk siri promosi kali ini. Dan mungkin mereka akan tempah lagi untuk 3 bulan yang akan datang sebab dari apa yang aku tahu mereka nak teruskan promosi ini sehingga 6 bulan. Betul atau tidak. Aku tak pasti.
Samada offer ini masih terbuka atau tidak. Aku tahu pasti. Korang pergi aje kat facebook Exabytes dan korang tanyakan pada mereka samada offer ini masih terbuka atau tidak. Hoho..
Ps: Nak cari nasi lemak. Lantaklah orang nak kata makan nasi lemak ni leh jadi gemuk ke tak..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat – Buat Duit dengan YMads | Buffered Earning yang ke 13 dari Nuffnang »
















Ko mintak berapa kat diorang? seratus? 3 ratus? hehe..
dapat dari exabytes pulakk
KTM lancar Tiket 1RM
merahkatak. Yahh, dari exabytes pula. Cuma aku tak hantar ke bank lagi. Isnin nanti baru aku masukkan dalam mesin tu..
Miecyber. Sama-sama.
Entri terkini :
Nabil Bakal Jadi Maharaja Lawak
usah pedulikan orang kata
asal kita dapat cek dan makan nasi lemak
rezeki ada kata mana2
cik bulan. Hehe..biasalah tu.
tehr. Yahh, janji dapat makan nasi lemak. Hehe..
debtrunner. Tahu takpe.
zik. Jeles? Hehe..
encik putih. Tak pasti. Lupa nak tanya si charles tu..
terima kasih bro kongsi…naik juga semangatku ini…hehe
rina. Hehe..
hafizmd. Sama-sama. Semoga ramai yang berjaya buat duit dengan blog masing-masing lepas ini.