1. Aku lihat pengguna blogspot makin bertambah setiap hari. Dan ramai dikalangan mereka benar-benar aktif menulis blog setiap hari. Sampaikan ada yang sanggup tulis 5-10 entri setiap hari. Keghairahan mereka benar-benar terbukti. Tak hairanlah kalau ada seorang blogger yang baru 3 bulan menulis blog, jumlah entri mereka sudah mencecah 400 artikel. Ohh, itu sangat hebat..
2. Ada blogger yang tak suka blogger lain buat entri yang menumpukan isu-isu panas diblog mereka setiap hari. Kalau blogger tersebut mengulas isu tersebut, dikira tak apa. Tapi blogger tersebut cuma copy dan paste dari blog orang lain. Kredit pun tak bagi, sumber pun tak tahu dari mana. Disalinnya bulat-bulat sampai dekat 10 artikel. Memang benar-benar mahukan trafik rasanya. Mungkin mereka mahu cari duit dengan cepat. Sebab tu update bagai nak rak untuk dapatkan trafik dan populariti. Ada orang suka dia, dan ada juga yang tak suka. Tapi aku rasa sekurang-kurangnya dia berusaha untuk dapatkan duit dengan cara dia tersendiri. Ini lebih bagus daripada mencuri dan merompak beg tangan makcik-makcik dengan menaiki motor kapchai..
3. Ada blogger baru hilang punca sebab tak tahu apa yang hendak ditulis dalam blog mereka. Mungkin ini terjadi apabila ternampak banyak blogger yang dulunya mentah tapi dah berjaya buat duit dengan banyak dan mencapai populariti dalam masa yang singkat. Sebab itu, blogger baru ni ikut dan cuba meniru apa yang blogger lain lakukan. Tapi kurang berjaya. Akhirnya, blogger baru tu hilang entah ke mana. Mungkin kerana kecewa dengan dunia baru yang disangkanya peluang baru untuk dirinya mencari duit atau populariti.
4. Bila aku bercerita tentang potensi blog dengan kawan-kawan aku. Ada yang bertanya, halal ke haram buat duit dengan blog ni? Boleh percaya ker? Ada juga yang beritahu mereka serik buat duit dengan blog sebab kena tipu. Aku tanya bagaimana dia buat duit dengan blog? Dia bayar duit pada orang, suruh buat duit dengan blog. Tapi bila orang yang disuruh itu kurang berjaya dapat duit sebanyak mana yang dia mahukan, dia tuduh orang yang menolongnya itu menipu walhal, orang yang dia tuduh tu dah cuba bagai nak rak dapatkan duit untuk kawan aku tu. Pulak tu, kawan aku ni, satu habuk pasal blog pun tak tahu. Bukannya nak belajar dengan orang tu pun, ambil tahu pun tidak. Ini, dikutuknya orang yang bersusah payah untuknya dan buat fatwa sendiri. Apa bangangnya kawan aku sorang nih..tak payah tengok akal. Tengok muka pun tahu. Bodoh.

5. Kawan aku yang sorang lagi, tak percaya dengan yang kita boleh buat duit dengan blog. Ya, ini lagi seorang kawan aku yang sempit fikiran kecil hatinya. Aku tanya dia, kenapa dia tak percaya. Dia masuk satu program. Program tu kena cari orang. Dapat satu orang, baru dia dapat komisen. Pastu dia siap cerita bab pairing, matching, 13 level dan entah hape-hape lagi. Aku cuma sengih sorang-sorang aje lepas dia habis cerita dengan tangannya turut sama berlakon..
Apa kaitan buat duit dengan blog dengan program matching pairing 13 level ni? Itu MLM la derr. Perbezaan macam ni pun tak dapat nak bezakan. Lantas, dia terus menghukum bahawa apa jua benda yang berkaitan dengan internet ni, tipu belaka. Sandiwara semata-mata. Dia kecewa sebab gagal dapat buat duit dengan program MLM tu. Aku tak kesah dia nak buat duit dengan MLM ke dengan forex ke, dengan Adsense ke dengan jual baju online ke..tapi kena tahu perbezaan setiap program atau method tersebut. Besar perbezaannya. Inilah masalahnya bila orang yang tak tahu cuba berlagak dia tahu semua benda. Aku sabarkan ajelah hati ini dan aku explain satu demi satu pada dia. Terlopong mulut dan terkebil-kebil mata bila dengan aku patahkan semua hujah-hujah beliau yang dikatakan mantap tu..
6. Ada satu orang blogger ni, jenis buat duit. Tapi dia jenis tak bising. Dia buat senyap-senyap aje. Dalam setiap entri blog beliau, satu artikel mengenai nuffnang pun tak ada. Apatah lagi google adsense dan program-program lain. Dia dok cerita apa yang dia setiap hari, cerita kisah naik bas, kisah gi pantai dan semua aktiviti yang dia lakukan setiap hari. Ramai orang tertarik dan suka lepak diblog beliau. Sebab dia jujur cerita semua tu. Bila aku selidik punya selidik, income bersih sebulan dari satu blog tu sahaja dah cecah RM1000. Iklan yang dia letak dalam blog dia, cumalah Nuffnang dan Google Adsense. Tapi serius, memang takde satu perkataan yang dia cerita berkaitan lansung dengan buat duit. Perkataan nuffnang pun tak ada, apatah lagi perkataan google adsense. Blog dia sebijik macam diari. Duit yang dia dapat, semuanya dia gunakan untuk bayar duit kereta mak dia. Punya sweet kawan aku yang lelaki sorang ni. Mesti ramai anak dara dan blogger perempuan minat kat dia. Ya, dia lagi handsome dari aku. Tapi sayang, dia dah suka kat sorang perempuan ni. Aku tahu pun, sebab dia bagitau. Haha..
7. Ada satu blogger. Dia pun suka buat duit. Cuma satu yang aku puji. Dia bagitau terus terang kat pembacanya dia suka duit. Dia nak buat duit dengan blog dia. Semua entri dia memang 80% cerita pasal duit. Tapi cara dia bawa cerita dalam setiap entri beliau, memang berbeza dengan blogger yang kejarkan populariti dan trafik. Dari situ agaknya para pembaca jatuh hati dengan blog dia. Blognya sangat simple. Dan dia adalah pengguna blogspot. Yang aku suka, dia kelakar dan berbeza dengan blogger-blogger lain cari duit melalui blog mereka. Cara dia sangat berbeza. Yang pasti, dia bukan jenis update blog dia dengan artikel copy paste, cedok idea orang lain dan cara dan gaya dia menulis blog, aku belum jumpa lagi kat pasaran tempatan.
8. Ada blogger…(korang sambung sendirila..)
Emm, cukuplah untuk hari ini. Aku malas nak cerita dah. Sebab aku dah mengantuk. Jam dah menunjukkan pukul 5 pagi. Esok banyak kerja nak kena buat. Jadi, kepada korang yang baca entri ni, aku harap korang terhibur dan cuba dapatkan apa yang aku cuba sampaikan. Ada double meaning disebalik point-point yang aku sampaikan. Mungkin juga ada yang tak suka, dan mungkin juga ada yang suka. Tafsiran dan pemahaman setiap orang tu berbeza-beza. Aku nantikan respon dari korang. Kalau suka, kata suka. Kalau tak suka, kutuk je aku ni. Aku tak kesah punya. Yang baik, aku ikut. Yang aku rasa macam aku tak nak ikut, aku tak nak ikut la. Haha..
Ps: Mana rojak yang aku beli kat pasar malam tadi. Aku rasa ada kat peti sejuk..sape tibai ni..
Papaepun, tanya diri sendiri apa tujuan asal buat blog kan.. Tengok ada 1 blog, padahal kat belakang ada 10 lgi blog lain.. 🙂
yer.. marilah kita meriahkan industri blog tempatan..
sumber pendapatan yang sangat best..
alamak… aku dah malas nak tulis entry dekat blog aku…. hahaha
bersawang aje jadinya….
titan oh titan,
nape feed blog ni tak kuar yg latest bahkan keluar yg blog lg stu tu..x bestlah mcm ni..rsa ketinggalan plak entri best2 cenggini..
haha.sy pun semak jgk rasa sstgh blogger asyik nak menunjuk traffic n pendapatan je..sbulan sekali ckuplah kot..
decrewz. Yap, kena tanya diri sendiri. Yap, aku juga ada banyak blog yang lain. Hehe..
Esempoi. Yap. Memang bestttt. 😀
abdfatah. Hehe..ada labah-labah ker?
adele. Ye ker? Rasanya ok aje. Takpelah, nanti aku check semula. Tidakpun, datang aje blog ni hari-hari untuk mengelakkan miss entri-entri dari blog nih. hehe..
Aku pun ada tunjuk trafik dan pendapatan. Tapi memang ini tujuan blog ni dari dulu lagi..
bagus betol blogger no 6 tuh…. kawan rapat ke??
bercita2 nk buat satu blog yg ciri2 cmgitu.. tp nuffnang tak marah ke pasang gan adsense?? blog BI ke tuh??
hanafi. Rasanya takde masalah dengan adsense. Nuffnang nak marah apanya. Blog melayu aje..dia pun jenis tak bising-bising. Biasa-biasa aje..kalau jumpa kawan rapat aje baru bising. hehe..
huhu , panjang gak cite ni .
tapi best bile bace banyak gelagat org pasal blogging ni .
ade yg pecaye ade yg tak pecaye .
same gak ade membe sye ni , bile ckp kat internet ni banyak care bleh buat duit , tapi die x caye .
yg die pertahankan , dengan MLM die tu . tak habis2 ajak join ckp benefit itu la ini la .. haishh . tu la jenis org pikiran sempit ..
panjang sungguh entri ini. menunjukkan macam-macam jenis blogger yang ada di malaysia nih. tapi aku still tak faham konsep blog hang ni.. 😀
Panjang lebar penerangan mengenai karektor blogger yang ada didalam dunia maya ini.
macam2 ada karekter blogger nih… senyapp2 sudah…
Amim. TU la, aku dah cuba taip pendek-pendek. Jadi gak panjang. Bab tak percaya ni, aku payah tol nak cakap. Kita dah cerita, tak kesedaran tetap macam tu. Aku tumbuk diorang kang, kata aku jahat plak nanti..
eastbullet. Hehe, panjang ker? Terima kasih kerana sanggup membaca artikel sepanjang ini. Konsep blog aku? Emm, aku pun susah nak kata konsep sebenar. Tapi aku rasa blog aku lebih kepada blog personal.
aku biomed. Hehe..setiap orang, ada peel masing-masing..
zik. Betul. Senyap-senyap aje. Ni riuh satu rebann..
@Zik,
Senyap tu kalau duit kencang memang di a sorang je tahu. Kalau gagal pun dia sorang je tahu.
Takde la malu sangat. hehe
Zaini. Hehe..betul tu..senyap-senyap sudah la. haha..
saya punya entri sudah di copy.. hahaha…bulat2…sabo je laa
dah la depa x linkkkan entri tu kat saya… tapi kantoi… hahaha
kantoi jugak akhirnya…tp senyap2 je la..ahaha