1. Aku mula menulis blog pada tahun 2005. Pada waktu itu, platform yang aku gunakan adalah blogdrive.com. Aku rasa korang semua tahu kan apa itu blogdrive? Ketika itu, blog bukan macam tahun 2011 ini. Berbeza sangat. Boleh dikira dengan jari sahaja blog-blog bahasa melayu yang guna blogdrive dan aku antara salah satu daripadanya. Blog itu lebih kepada personal dan tempat aku merepek. Pendek kata, apa cerita aku masa kat UMS dulu, ada aku cerita kat blog tu. Kisah suka-duka, kisah lara, kisah pukul orang, kisah macam-macam, semuanya ada dekat blog itu. Maaf, tidak dapat aku kongsikan URL atau link blog tersebut. Jika korang serius mahu tahu juga blog aku yang mana satu. Sila cari sendiri. Blog itu masih wujud dengan kacaknya.

2. Masuk pertengahan 2005, ramai blogger yang menggunakan blogspot. Aku juga salah satu yang terkena gelombang blogspot. Jadi, aku pun setup satu blog menggunakan blogspot (blogger.com). Blogspot ni, Google yang punya. Tidak termasuk dalam senarai harta-harta Ahmad Albab yang diluar negara. Pada masa yang sama, gelombang pertama tentang Google Adsense melanda di Malaysia. Ramai blogger-blogger tempatan ketika itu berlumba-lumba untuk dapatkan cek hijau dari Adsense. Aku masih ingat lagi ketika itu. Aku siap buat 10 blog hanya untuk adsense semata-mata. Tak sampai 3 bulan, akaun Adsense kena ban. Akibat klik sendiri. Itu kali pertama aku kena ban dari Google Adsense. Haa, padan muka aku. Nak duit cepat sangat.

3.Nampaknya, penangan blogspot memang mula meresap dalam diri aku. Ketika itu, aku dah tak pandang belakang. Terus sambung tulis blog kat blogspot setiap hari. Biarpun tak ada adsense, pada waktu itu aku mula kenal program-program seperti Reviewme, Blogvertise, Payperpost dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan, aku cuba 1001 program ketika itu. Semuanya aku cuba. Tak kiralah senang atau tidak. Aku cuba sahaja. Mungkin disebabkan aku gila mencuba, bila aku nampak program baru, masuk aje website program tersebut, dengan sekali imbas sahaja, aku dah boleh agak macam mana program itu beroperasi. Apa yang perlu buat, macam mana nak buat duit dan macam mana nak tackle program tu. Pendek kata, semuanya menjadi eksperiemen aku dengan blogspot.

blogspotdalamkenangan Blogspot dalam kenangan


4. Ujikaji dan siri-siri eksperimen aku memang bermula dengan blogspot. Dan macam-macam aku cuba untuk buat duit dengan blogspot. Tapi banyak kekangannya. Blog aku kurang popular, kurang SEO, kurang tarikan, tak banyak theme yang menarik untuk digunakan, tak banyak program yang bersesuaian dengan blogspot serta macam-macam lagi biarpun aku dah berusaha bagai nak gila. Jadi, aku rasa mungkin aku terpaksa meninggalkan blogspot dalam masa yang terdekat. Blogspot dulu lain dengan sekarang. Blogspot sekarang, kalau pandai monetize, senang-senang nak dapat alexa rank bawah 200k. Pagerank 3 tu, senang-senang aje boleh dapat. Sekarang? Dulu? Ahh, memang berbeda..

5. Blog kurang popular dan kemunculan banyak blogger menggunakan domain sendiri serta mempunyai hosting sendiri membuatkan aku paksa diri aku untuk mencuba cara ini. Beli domain, beli hosting, setup blog dan belajar tentang cpanel dan sebagainya. Pendek cerita, disinilah bermulanya cerita domain earncent yang berjaya aku beli dan sampai hari ini, blog ini masih bertahan dengan kacaknya.

6. Salah satu sebab utama aku meninggalkan dunia blogspot adalah kerana terlalu banyak kekangan. Banyak benda yang aku tidak boleh buat. Sejujurnya, masa aku menyertai blogspot, niat aku memang hendak cari duit. Yelah, sebagai student di UMS, nak harapkan duit ptptn, memang hidup aku kat UMS akan jadi papa kedana. Nak buat program susah, nak join program susah, nak bergerak susah dan waktu itu, duit menjadi salah satu sebab utama aku mencuba dan terjah dunia blog. Dan sebab utama aku tinggalkan blogspot itu adalah kerana banyak program luar yang tidak support dengan blogspot. Blog blogspot susah nak dapat job dari advertiser luar. Apatah lagi advertiser tempatan. Jadi, ianya merupakan langkah yang bijak aku membeli domain baru dan memulakan perjalanan aku sebagai blogger pada waktu itu.

7. Sekarang, aku lihat blogspot sudah menjadi lebih kacak. Banyak geng-geng underground yang mencipta theme baru untuk blogspot dengan lebih comel dan lebih kemas. Banyak blogger yang kreatif dengan mengubahsuai kod dan mencantikkan blogspot mereka. Aku sudah tidak berdaya mahu buat itu semua dan aku sekarang lebih selesa dengan menggunakan blog dot com sendiri. Blogspot ada banyak kelebihannya. Tapi blog sendiri ada berjuta macam kelebihannya yang kita masih tak tahu. Bila kita tahu, kita akan tahu betapa besar potensinya mempunyai blog dot com berbanding blogspot. Blogspot tetap pemain utama dalam dunia blog. Tapi jika korang mahu kelihatan lebih berbeza, lebih profesional dan mempunyai peluang yang luas untuk buat duit dengan blog, mempunyai blog dot com adalah satu kemestian.

8. Bukan aku membenci blogspot. Tidak. Cuma blogspot bukan menjadi keutamaan aku. Bila sudah ada option dan platform yang lebih baik, aku akan memilih apa yang lebih baik. Jika platform itu mendatangkan lebih banyak kebaikan dan kelebihan, platform itu yang aku pilih.

9. Salah satu dari banyak sebab aku dah tak aktif dengan blogspot adalah kerana jika kita tersilap langkah, bila-bila masa sahaja blogspot kita itu boleh kena tarik balik dari pihak Google. Jika blog kita tu agak kontroversi atau panas, atau terlalu banyak trafik, bila-bila masa sahaja ada orang dengki atau jeles akan report bagitau blog kita spam ataupun melanggar peraturan blogspot. Blogspot aku sendiri pernah terkena. Nak dapat balik blog tu, kena email diorang. Dekat beberapa minggu, barulah dapat balik blogspot aku tu. Ini salah satu perkara yang cukup aku risau bila menggunakan blogspot dan ternyata, memang kena kat diri aku sendiri. Bukan apa, semua artikel, gambar, pengalaman manis, data, penat jerih aku dekat blog tu memang susah nak ganti. Kalau dah kena padam, hilang tanpa sebarang jejak, mahu tidak taman-taman dalam hati aku dilanda tsunami?

10. Boleh. Boleh buat duit dengan blogspot. Aku tak larang atau suruh. Aku tak menghina atau mencaci. Siapalah aku hendak larang atau hina. Aku masih ada blogspot yang masih wujud sampai ke hari ini. Satu untuk peribadi dan yang lain untuk dummy dan supporter backlink untuk blog-blog network aku. Tidak aku gunakan secara serius. Cuma memang aku kurang aktif dengan blogspot jika dibandingkan pada tahun 2005-2006 dulu. Bila kenang balik apa yang aku buat dulu, memang buat aku tersenyum. Penat letih aku dulu, membuahkan hasil sekarang. Blog ini (earncent.com) adalah kesinambungan kisah kasih sayang aku dari blogdrive dan blogspot. Satu misi yang tidak pernah berubah sejak aku mengenal blog. Buat duit dengan blog. Ini satu legasi yang aku tanamkan dalam diri aku dan juga blog-blog yang aku jaga selama ini. Alhamdulillah, banyak yang berhasil.

Okeh. Cukuplah untuk cerita dengan blogspot. Ada banyak ceritalagi sebenarnya.  Aku cerita lain kali ye. Nanti takut korang bosan baca artikel panjang-panjang macam ni. Memang aku nak list pendek aje. Tapi memang tak dapat nak buat. Tak tahulah kenapa. Kalau korang bosan, sila baca komik Dewata Raya atau Pendekar Laut untuk melawan semula kebosanan korang tu. Tidakpun, bolehlah layan semula video-video youtube Maharaja lawak minggu pertama dan minggu kedua untuk memeriahkan dan menceriakan semula hidup korang dari dilanda kebosanan memanjang.

Ps: Bagi pengguna blogspot, korang memang hebat.  Jadi, siapa yang pernah menggunakan blogspot, sila angkat tangan macam Usop Wilchaa..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 24 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 14 Apr 11 at 11:20:52
aku masih setia dengan blogspot walaupun cukup malas update blog. haha
Izwan - 14 Apr 11 at 12:28:07
blog ni kesinambunga kasih sayang blogdrive n blogspot eh..syahdu giler..huhuhu..aku pun start ngan blogspot,tapi wordpress punya sistem memang best..byk lagi tak explore ni..
sjiehan.com - 14 Apr 11 at 16:35:46
pergh… ini baru la otai!! hahaha… nice!! i like…
cik bulan - 14 Apr 11 at 17:18:12
saya tengah angkat macam usop wilcha nih. hihi..
tehr - 14 Apr 11 at 17:38:23
pernah juga guna blogspot untuk tehramuan

bila dah guna wp ni, rasa memang ada kelainan yang lebih baik
akazuma - 14 Apr 11 at 22:26:25
dulu pengguna blogspot. Tapi bila dah try wp, memang takpakai dah yg lain.
Amim - 15 Apr 11 at 04:36:17
sye angkt tgn mcm usop .. heee!~
sye still gne blogspot :)
rina - 15 Apr 11 at 12:22:34
emm..masih pakai sampai hari ini. Pernah juga guna wordpress, cuma dah biasa pakai blogspot. So, stay ajelah dengan blogspot..
Jamal - 15 Apr 11 at 12:54:25
hebat2..boleh la ajar nie..hehe
debtrunner - 15 Apr 11 at 17:13:03
masih pakai blogspot. Tapi dah tak aktif sangat. tulis bila nak aje..
adele - 16 Apr 11 at 01:13:04
rasanya majoriti blogger yg baru bermula akn mggunakan platform blogspot..bila mereka dah pandai ckit, nak buat itu ini tak boleh rasa tersekat, brulah akn mncari wordpress..apapun dua2 ada kenangannya tersendiri..blogspot adalah platform yg mengenalkan sy kpd dunia blog.. :)
Ismail N - 16 Apr 11 at 05:30:26
woit LAMA dah berblogging.. lebih awal dari kawe rupanya :D
Kawe pun ada test beberapa platform sblm ni .. rasanya WP paling selesa
decrewz - 16 Apr 11 at 11:39:48
jai pernh guna blogspot suatu zaman dahulu.. Memang tak dinafikan nak setting dalam blogspot senang x macam WP yang silap sikit terus down.. Tapi kata org, pengalaman tu ialah satu ilmu yang cukup berharga..

p/s : Jai tukat ke dot com pun sama macam bro, takut kena tutup..hu3
titan - 16 Apr 11 at 17:05:49
merahkatak. Aku tahu, ko memang sangat setia orangnya..

Izwan. Yap, kisah kasih sayang. Hehe..aku tak banyak cerita pasal wordpress, ni pun masih belajar lagi. Tapi tahu gak la sepak terajang wordpress ni. Try error aje..

sjiehan. Bukan otaila..biasa-biasa aje..ramai lagi yang lagi otaii..

cik bulan. Haa, jangan lupa angkat lagi tangan tuh. haha..

tehr. Yap. Memang berbeza. Tak dapat feel ni bila kita kat blogspot..

akazuma. Haa, tahu takpeee.. :D

Amim. Takpe, nanti satu hari nanti, mesti ko nak tukar gak ke wordpress nih nanti..
titan - 16 Apr 11 at 17:10:23
rina. Ini lagi sorang yang sangat setia dengan blogspot. Hehe..

Jamal. Belajar apa??

debtrunner. Ko dari dulu malas aje..

adele. Yap, biasanya memang begitu. Bermula dari blogspot dan akan bertukar ke wordpress self hosted. Apapun, tahniah sebab dah pakai wordpress sekarang.

Ismail N. Yap, wordpress yang paling selesa dan paling mudahhh..

decrewz. Memang senang. Tapi cabaran untuk wordpress lagi menarik walaupun susah. Haha..tau takpe. Kalau kena tarik, pastu mintak, dia tak bagi plak. Memang menangis 6 tahun la dibuatnya..
MDHAFiZ.NET - 17 Apr 11 at 03:29:30
memang byk kelebihan ada hosting dan domain sendiri…
berblogging bukannya utk dptkan duit..ingat akan itu..jika itu matlamat utama kita baik buat IM..jgn blogging..affiliate berjuta2 menunggu di luar sana…tinggal nak promote je lg..tp kenalah usaha lebih.. :)
hafidz - 17 Apr 11 at 06:49:35
hmm…
blogdrive & blogspot….
memang teringat zaman dulu-dulu masa mula blogging.
kenangan terindah! heh
titan - 17 Apr 11 at 12:59:21
MDHAFIZ.NET. Hehe, matlamat utama aku memang untuk dapat duit. Cuma tak perlu nak tonjolkan sangat. Biasanya, kita akan dapat jika kita serius. Hehe..

Yang penting, usaha mahu lebih la. Hehe..

hafidz. Yap, memang kenangan terindah. Pengalama berblogging dengan blogspot dan blogdrive, memang kenangan yang tidak dapat dilupakan..
Aksi Panas Melayu - 17 Apr 11 at 16:45:45
erm, aku dah jarang guna blogspot… tgk pun sekali sekala jek… tp tak dinafikan… dah guna wp ni… syok je… buat je apa2 yg kita suka akt blog tu…

masa guna blogspot tu terkekang sikit… :-)
Izamir Ridzwan - 18 Apr 11 at 00:46:46
wahhh IR pon bru berpindah dri blogspot ke wp ni
titan - 18 Apr 11 at 12:01:59
aksibudaksekolah. Yap, memang lebih seronok dan mudah guna wordpress ni.

Izamir Ridzwan. Tahniah, masuk dunia baru plak. Hehe..
Sya Isya - 04 Aug 11 at 10:04:43
dulu masa guna blogspot, rajin godek html. skunk guna wp, xmaulah godek php tu. update blog je.
sjiehan - 09 Aug 11 at 15:22:18
saya dalam proses nk pindah ke wp…. tapi tgk la dulu macam mana…ade rezeki pakai la wp…
ainun - 29 Aug 11 at 11:53:22
saya masih pakai blogspot



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011