1. Dulu, ketika aku belajar kat Matrikulasi, aku rasa macam tak best. Tapi bila dah masuk, dah kenal budak-budak lain dari serata negeri, aku tak nafikan yang belajar di Matrikulasi ada banyak faedahnya..
2.
Aku masuk ke Matrikulasi Kuala Pilah dengan intake kedua, bukan yang pertama. Bezanya cuma 2 minggu sahaja. Aku ambil aliran sains tulen yang mana aku rasa macam susah nak bawa. Tapi kira oklah, walaupun tidak dapat result yang cemerlang, sudah cukup untuk aku melangkah ke universiti.
3. Saat paling tak best adalah kelas biologi. Ada seorang pensyarah ni cukup tak puas hati dengan aku. Yela, markah aku tidak tinggi, sudahlah budak lelaki dalam kelas tu ada 5-6 orang sahaja, jadi pelajar lelaki ni macam dianaktirikan. kalau markah rendah, memang kena marah habis-habisan dengan kitaorang. Sabar ajelah. Pensyarah perempuan. Itu tugas dia. Kalau markah rendah, takkan dia nak senyum pulak..
4. Aku teringat masa bulan Ramadan, ada pasar. Setiap petang kami dibenarkan keluar untuk beli apa-apa yang patut kat pasar tersebut. Ini saat yang memang tidak dilepaskan, jadi memang kami semua keluar. Bukan setakat nak beli lauk dan juadah yang best-best, tapi curi masa nak skodeng pelajar perempuan. Haha..
5. Setiap pelajar kat matrikulasi tu, akan dapat satu payung.
Payung tu memang ada lambang KMNS. Kalau masa hujan, memang nampak seragam satu matrikulasi. Waktu nilah payung sangat penting sebab kena pada musim panas yang melampau atau musim hujan, memang pelajar tak lekang dengan payung tu. Memang aku takkan lupa. Sayangnya, payung aku tu hilang masa sem kedua. Tak sempat aku nak tunjuk kat korang.
6. Nisbah pelajar lelaki dengan perempuan perempuan kat Matrikulasi sangat tinggi. Pelajar lelaki tak sampai seribu, tapi pelajar perempuan, dekat dua ribu lebih. Boleh kata 1 orang lelaki bersamaan dengan 4-5 orang perempuan. Kelas aku sendiri, ada dekat dua puluh pelajar perempuan. Nasib ada yang lawa, kalau tak bosan duduk dalam kelas aku tuh..
7. Waktu kuliah, aku suka lepak kat belakang. Tapi yang selalu jadi mangsa kena tanya kat dewan kuliah, mesti budak-budak yang lepak belakang. Sepanjang aku duduk dewan kuliah, memang aku bawa kertas aje. Salin nota apa yang patut, yang lebihnya berborak. Kalau tak datang, suruh kawan sain attendance. Haha, macamlah pula korang tak biasa. Kena pensyarah kejam, dia semak sorang-sorang dalam dewan kuliah. Nasib time dia semak, aku ada dalam kuliah. Haha..
8.
Pernah aku tersilap masuk dewan kuliah waktu hari pertama aku kat Matrikulasi. Muka buat bodoh aje. Sekali aku perhati betul-betul, bukan kuliah aku nih. Aku lepak dalam setengah jam, pastu aku keluar ikut pintu belakang. Malu bukan main, semua orang tengok aku. Itulah, sape suruh masuk ikut pintu depan. Hampeh tol. Dah la dewan tu penuh dengan pelajar perempuan yang lawa-lawa. Nasib aku handsome..
9. Hari ini,
penempatan untuk pelajar matrikulasi boleh disemak melalui online dan sms. Kalau ada yang cari kat mana nak semak penempatan kolej Matrikulasi korang,
sila semak disini. Aku rasa ramai yang gembira kerana dapat masuk matrikulasi. Orang kata, dapat masuk matrikulasi ni, sebelah kaki dah masuk universiti. Syaratnya, korang cuma perlu lulus aje. Jangan fail. Kalau gagal, ulang lagi la jawabnya..
10. Aku tak pernah menyesal masuk matrikulasi. Ini kali kedua aku belajar jauh dari Banting. Dapat naik komuter, dapat gi terminal one, dapat gi jalan-jalan dan dapat makan pisang goreng dengan sambal. Memang seronok, tapi hidup aku di matrikulasi cumalah setahun setengah. Jadi, ianya sangat singkat mahupun untuk mengorat.
11. Jadi, siapa yang pernah masuk matrikulasi, mesti korang ada cerita masing-masing bukan? So, kongsilah sikit. Mana tahu, ada yang satu matrikulasi dengan aku. Haha..
Ps: Banyak aku nak cerita, nanti aku sambung sebab esok aku akan ke Jerantut. Lusa pula ada kenduri kahwin kawan aku. Hari Ahad pula kena rempit ke Melaka pula. Sedara aku punya giliran kenduri kahwin. Ahad, balik banting sebab ada kenduri kahwin kawan aku yang kat Banting pula. Habis duit minyak aku. Haha..
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content