Beberapa hari lepas selepas aku sibuk dengan
buffered earning dari Nuffnang aku yang masuk kempen baru setiap hari itu, aku mendapat satu offer baik dari seorang advertiser yang agak asing bagi aku. Dia terus email aku dan tanya direct jika blog travel aku tu boleh buat satu sponsored post atau review tentang website dan servis yang ditawarkan oleh syarikat travel itu. Memang agak terkejut. Sudahlah blog travel aku tu memang asyik wanted aje dengan advertiser, cuma kali ini dia nak aku buat blog post. Bukan letak link macam biasa aku dapat tu.
Ini hasilnya. 100 dollar untuk 1 blog post bagi blog yang bernichekan travel. Aku ada 3 travel blog. Itu aje yang mampu aku buat. Tak larat aku nak karang banyak-banyak untuk niche yang sebenarnya agak susah untuk diupdate setiap hari. Jadi, untuk 3 blog ni biasanya aku update dalam 1 hari. Tapi setiap blog tu aku akan buat dalam 10-15 artikel untuk cover satu bulan punya kerja. Jadi, 1 hari tu memang aku buat kerja bagai nak gila sebab kena siapakan dalam 30 artikel untuk blog travel aku. Hasilnya, memang dalam sebulan akan datang paling teruk pun 5-6 job untuk dapat review dari advertiser dan juga 5-6 jualan link kat blog-blog travel sahaja. Belum campur niche finance, technology, make money dan blogging. Pendek kata, menjadilah
projek niche blogging aku nih walaupun belum boleh dikatakan mencapai target yang aku mahukan. Alhamdulillahlah kan, siapa nak bagi..
Walaupun nilai untuk 1 job tu kekadang dapat tinggi melampau-lampau macam 200 dollar, 100 dollar dan kadang-kadang mungkin serendah 10 dollar sahaja, aku tak kisah sebab apa yang aku usahakan telah berhasil walaupun ianya bayaran yang rendah. Yelah, letak text link kat dalam blog post, dan blog post itu tinggal copy dan paste aje, terima ajelah. Sape nak bagi duit RM30 macam tu aje kan? Untuk pengetahuan, 100 dollar yang aku dapat ni adalah bayaran seumur hidup selagi blog travel aku tu masih berjalan sampai ke hari ini. Ya, aku tahu aku rugi dan sangat rugi kerana tak bagitau yang aku patut bagi untuk setahun atau 6 bulan aje. Tak apa, ini kali pertama advertiser tu beriklan kat blog travel aku. Aku yakin dia akan datang lagi nanti..
Dan kerja ini cuma ambil masa aku selama setengah jam untuk karang blog post sepanjang 400-500 patah perkataan. Tambah sikit 2-3 gambar, dah siap. Advertiser semak, blog post hidup, link hidup, dia terus bayar ke akaun paypal aku.
Apapun, dunia blogging ni memang best. Walaupun ianya tidak semudah dengan apa yang kita sangka, tetapi ianya tetap mampu berikan kita gembira. Gembira dengan apa yang kita lakukan dan sentiasa membuatkan kita teruja setiap masa.
Promos: Blog aku ni dah buka dan menawarkan khidmat untuk membuat review atau ulasan tentang website, blog, produk, ebook dan sebagainya sejak 3 tahun lepas. Jadi, jika ada yang berminat, boleh tengok
review-review yang lepas dan
hubungi aku jika berminat untuk mendapatkan khidmat aku ini.
Ps: Apa pendapat korang
DIgi Opera Mini?
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content