Bukan aku nak riak, tapi aku nak senyum lebih sikit je dalam 1-2 minggu ni sebab aku dah dapat balik status Glitterati dalam akaun Nuffnang aku. Kalau ada yang perasan, kiranya dah masuk 3-4 hari dah akaun aku ni kembali ke status yang digilai ramai. Dan pastinya ramai nak tahu camana aku leh dapat balik status ni walaupun sebenarnya dah dekat hampir setahun lebih aku hilang status tu..
Ceritanya begini..
Oleh sebab aku rasa macam aku patut dapatkan status Nuffnang aku ni bertukar, sebab aku dah bosan dengan akaun Ordinary dan aku dah malas tunggu dekat 60 hari baru boleh dapat cek, jadi aku gi lah gatalkan tangan aku ni bertanya ke ruang pertanyaan nuffnang. Aku contact dan hubungi mereka. Aku tanyakan juga 1-2 soalan. Salah satunya adalah camana aku nak dapat balik status Glitterati dari Nuffnang ni. Dipendekkan cerita, diorang balas dalam sehari. Tapi aku perasan lambat sebab aku lupa bukak email dan akaun Nuffnang aku. Bila aku tengok depa reply dan bagi jawapan, diorang mahu aku buang iklan ManggaAd dan Adgitize yang dikatakannya merupakan persaingan kepada syarikat mereka. Jadi, aku malas buang masa dan aku buang terus masa tu juga. Dan lepas tu, depa balas lagi dan bagitau yang aku akan dapat balik status Glitterati dalam tempoh 4 hari. Orang lain aku tak tahu, tapi dia kata 4 hari. So, aku tunggulah 4 hari tu dengan penuh sabar dan sambil buat apa-apa yang patut.

Masuk hari ke 4, aku perasan status akaun Nuffnang aku dah bertukar. Hehe, aku dah sengih sorang-sorang. Dan tak sampai 2 hari, aku sengih lagi lebar sebab aku dah dapat buffered earning yang pertama dari Nuffnang. Kiranya macam bestlah hidup aku dalam 2-3 hari ini sebab satu lagi masalah aku dah selesai. Memang bagi sesetengah orang rasa macam aku ni gian semacam. Dapat status Glitterati pun nak bising. Tapi korang kena faham, hampir dekat 2 tahun maa, aku dapat 9 cek dari Nuffnang hanya dengan menggunakan akaun Ordinary, ingat sonang ke nak dapat cek-cek tu dengan akaun biasa ni. Buffered earning? Tak pernah aku dapat masa tu. Huh! Orang yang ada akaun Glitterati, senang-senang tiap-tiap bulan leh dapat duit dari Nuffnang. Aku? Kena tunggu 2 bulan baru dapat cek dan kena usaha berkali-kali ganda dari korang untuk cukupkan RM50 ke atas untuk dapat cek setiap 2 bulan? Susah woo..bukan senang. Bukan senang. Malah, ada plak aku baca kat blog-blog korang tu, dah dapat status Glitterati, tapi masih tak dapat cek? Masih tak cukup minimum payout. Waaa, ini gila. Kalau aku dapat status ni 2 tahun lepas, dengan yakinnya aku boleh dapat income baik dari Nuffnang dengan begitu kacak sekali. Tapi oleh sebab akaun aku ni biasa-biasa aje, so setiap 2 bulan, baru dapatlah 1 cek nuffnang. Super lambat kan? Jadi, bila dah akaun Glitterati ni, bolehlah tunggu dalam 30 hari aje, bukan 60 hari lagi. Jadi, kalau korang kata aku bengong ke, gedik ke, bangang ke, bodoh ke hanya sebab gembira dapat status Glitterati dari Nuffnang ni, lantak koranglah. Sebab korang tak tahu kesusahan aku nak tackle hati para pembaca dan pelawat untuk klik iklan Nuffnang aku yang secara ironinya 1 klik cuma membaca 15-25 sen sahaja bagi 1 klik. Tap kalau Glitterati, korang leh henjut dari 50 sen ke 75 sen untuk 1 klik. Terlalu besar perbezaannya tu. So, masih gedik lagi aku dimata korang? Haha..
Apapun, tahniah dan terima kasih banyak-banyak kepada pihak Nuffnang sebab selesaikan masalah aku dan juga bagi aku buffered earning yang pertama dari Nuffnang ni. Kalau boleh tiap-tiap hari bagi buffer earning kat aku. Itu lagi best. Mesti aku senyum hari-hari punya.
Okehh, dah. Aku nak gi buat kerja apa yang patut. Banyak benda lagi kena buat. Bulan Mac pun dah masuk pertengahan bulan. Macam-macam dah patutnya aku buat. Tapi cuma separuh aje mampu aku lakukan disebabkan kesibukan dan kemalasan yang melanda diri aku ni. Okehh. Cubalah Nuffnang dan usaha sedaya-upaya yang korang mampu. Insya-Allah, bulihhh punya dapat cek-cek nuffnang yang korang suka tu..
Ps: Aku rasa aku makin kacak sekarang. Haha!! Tak boleh blah langsung..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 12 dari Paid-to-Promote.net | Komisen ke 7 dari Co.cc »
















i can do that too!
lepas nih, sah bulan-bulan ko dapat cek dari nuffnang.
Ko rasa, says.my mempengaruhi status glitterati ke?
Hape-hape pun, tahniah titan. Tiap2 bulan la nampak cek nuffnnag kat blog ni. haha..
aliff. Sila baca semua artikel dalam blog ni. Insya-Allah anda faham nanti.
myvitrd. Wahh, hebat. Dah dapat 5 cek dari nuffnang.
Afiffudin. HOho..sabar ajelah. Kalau ko nak dapat balik, ko contact aje diorang, nanti depa bagitau apa yang patut..
foodpicture. Haa, cuba aje.
rina. Mudah-mudahan. Hhee..
akazuma. Ya. Mudah-mudahan begitulah hendaknya..
Amirez. Hoho..ada dah sorang yang kena pengalaman yang sama. Hehe..
GM. Tak juga. Aku kena buang satu iklan dari program luar. Adgitize tu. Haa, camana nak jawab tu. BUkan iklan Malaysia aje. Iklan yang dirasakan pesaing, depa akan suruh buang gak.. Jadi, aku tak tahu. Tu yang kot kena tunggu 4 hari..
Betul tu, 4 hari jeh.
cik bulan. Tipulah kalau tak seronok kan? kan?
akubiomed. Memang rate dia lain. Tapi kira ok gak la. Sape nak bagi kan? kan?
Ronaldmohoni. Yap. 4 hari aje.
akazuma. Nampak gayanya memang tak boleh la. Hehe..
Fazli. Yap. Sama-sama.
kemboja85. Kena banyak buat kerja promosi. Baru ada hasil dan yang paling penting, jangan mudah putus asa..
nak tanya sikit…
iklan dari paid to promote dan iklan dari text link ads dianggap pesaing nuffnang tak