Tadi, sempat juga aku tengok badminton yang disiarkan kat Astro. All England. Salah satu pertandingan yang agak mahal dan berprestij yang menjadi kemanisan bagi semua pemain badminton yang mahu menjadi juara bagi pertandingan itu. Dan malam ini, Lee Chong Wei merakam sejarah bermakna buat dirinya untuk menjadi salah seorang juara bagi siri-siri All England.


leechongweiallengland2011 Lee Chong Wei Menang All England 2011


Nampak ketara yang permainan banyak berpihak kepada Chong Wei sejak diawal permainan. Beliau agak bersahaja dan agak tenang walaupun ada seketika dahinya berkerut kerana bulu tangkis asyik sangkut di net dan kandas sahaja. Tapi memang malam ini milik beliau kerana Lin Dan lebih banyak membuat kesilapan di net. Asyik tak masuk aje dan banyak kali beliau tersilap langkah dengan serangan-serangan Chong Wei yang aku rasa agak bersistematik pada malam ini. Banyak perangkap bola tinggi yang menjadi dan banyak umpanan berjaya dilakukan sehingga memaksa Lin Dan bagi bola tanggung untuk dismash oleh Chong Wei. Ya, malam ini memang milik Chong Wei. Banyak yang menjadi dan banyak bola jatuh betul-betul diatas garisan. Kiranya, tuah memang dimiliki oleh beliau ditambah pula sokongan padu rakyat Malaysia yang berada disana. Aku yakin, lepas ini akan timbul isu yang mana tanpa Misbun Sidek, Chong Wei tetap akan jadi juara. Percayalah. Akan keluar nanti dari mulut mereka yang merasakan khidmat Misbun dah tak boleh pakai. Tapi jangan dilupa, siapa yang didik Chong Wei sehingga menjadi seberjaya ini?

Malam tadi juga merupakan peningkatan kepada bergu pertama Malaysia. Kee Kiat dan Tan Boon Heong. Tampak ketara banyak yang menjadi. Tapi nasib memang kurang menyebelahi mereka dan aku rasa bergu Denmark tu akan kekal ditangga pertama buat satu tempoh yang lama jika mereka berjaya menguasai kelemahan mereka. Nampak ketara kelebihan bergu Denmark yang dua-duanya tinggi lampau menggunakannya dengan baik dalam 3 set. Walaupun kalah set pertama, mereka tetap positif dan cool dalam set kedua dan set ketiga. Walaupun mereka agak tidak berpuas hati dengan pengadil garisan yang banyak memihak kepada pemain bergu negara, tapi mereka reda dan terus berjuang dan akhirnya mereka berjaya menjadi juara All England dan aku rasa itulah kali pertama mereka berjaya dapat title tu. Bukan senang tu sebab bergu negara kita tu dah lama pegang title nombor satu dunia untuk satu tempoh yang lama. Cuma sekarang, agak ketinggalan dan perlu berusaha untuk dapatkan balik ranking tu semula dengan memenangi lebih banyak perlawanan super series yang akan datang. Penguasaan negara China juga agak berleluasa. Dengan adanya bergu Denmark ini, bergu indonesia, bergu Korea dan bergu Malaysia, ternyata mampu mengekang bergu-bergu dari negara China. Aku yakin ini satu perubahan yang baik dalam permainan bergu. Hoho..

Barisan pelapis Badminton Malaysia, aku tak pasti siapalah yang akan menjadi pelapis untuk Chong Wei dan Koo Kiat/Boon Heong pada 10 tahun yang akan datang. Mereka kurang konsisten dan aku harap lebih banyak pendedahan akan didedahkan kepada pemain muda negara. Jika tidak, mungkin tidak ada harapan lagi untuk merampas kembali Piala Thomas pada masa yang akan datang.

Ps: Satu lagi perlawanan yang baik sebelum aku tidur. Tahniah Chong Wei! Jasamu dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia pada saat ini dan 20-30 tahun yang akan datang.


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 7 comments. Apa plak komen korang?
Amim - 14 Mar 11 at 00:26:15
malaysia memang power .. ^^
merahkatak - 14 Mar 11 at 01:00:15
Tak sia-sia tak tidur malam tadi. Chong Wei memang handsome malam tadi. Menang dengan bergaya walaupun aku cuak semacam aje.

haha :D

Tahniah chong wei!
Ronaldmohoni - 14 Mar 11 at 01:41:46
Tak sempat layan perlawanan ini. Tertidur, dan terus tertidur sehingga pagi.
aimannajmy - 14 Mar 11 at 11:38:54
yeah tercungap2 lin dan menangkis serangan bertubi2 LCW huhu..tahniah datuk LCW..
kulanz - 14 Mar 11 at 14:05:22
tak dapat tengok semalam.. mata meragam.. apa2 pun tahniah juga kepada Datuk LCW.. juga kepada peminat
akazuma - 14 Mar 11 at 23:24:38
Lin Dan cam penat je..tu yang kalah agaknya. Tapi dia usaha gak nak menang tu. Cuma Chong wei tak bagi chance Lin Dan kejar lama-lama.

Apapun, tahniah pada lee chong wei. :)
ainun - 29 Aug 11 at 12:35:48
hidup chong wei…menang!



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011