Okeh. Hari ini aku nak cite balik pasal ManggaAd. Aku rasa masih ramai yang masih ingat tentang program ManggAd ni kan? Yang dulunya famous tapi sekarang macam tenggelam tak timbul-timbul. Ada banyak benda yang buat aku susah hati dengan program nih. Antaranya..

Aku tak tau rate pay per impression dia. Dari main agak-agak pun aku tak tahu. 10k hits bersamaan dengan berapa ringgit ke apa ke. Aku tak tahu sebab diorang tak bagitau. Takkan nak aku trace setiap bulan? Tapi aku akui benda ni memang boleh buat duit. Tapi trafik blog-blog korang mesti super gila. Tak main trafik rendah-rendah ni. Kalau tak, memang sampai umur korang 40 tahun la takkan cecah RM100 tu..

manggadearning Setelah 9 Bulan Bercouple dengan Cik ManggaAd..


Ini jumlah earning ManggaAd yang aku dah kumpul sejak 9 bulan. Sikit kan? Baru masuk RM70. Ada dekat 20 ringgit lebih barulah aku boleh cashout. Mungkin 3,4 bulan lagi barulah aku cecah angka tu sebab memang susah sikit nak dapat earning banyak setiap bulan. Bulan Julai, November dan Disember. Itulah earning ManggaAd aku yang tinggi sikit berbanding bulan-bulan lepas.

Sejak aku join ManggaAd pada bulan Jun 2010, aku rasa macam serba-salah nak promosi benda ni sangat-sangat. Memang rasa macam susah sangat nak buat duit dengan ManggaAd. Tapi aku yakin aku boleh dapat komisen yang pertama. Komisen kedua? Itu aku tak pasti bila. 2 tahun lagi agaknya. Aku harap, pihak ManggaAd boleh buat perubahan. Tetapkan rate dan buatlah peluang buat duit dengan klik. Ini asyik bagi tiket free aje. Cuba buat offer tukar tiket kepada duit, confirm ramai gila blogger mempromosikan ManggaAd ni kembali. Aku lihat, ramai yang dah turunkan banner-banner ManggaAd kat blog. Semuanya gagah gantung banner Innity dan Nuffnang. Jadi, rasa macam tak best sebab persaingannya terlalu ketara. Betul tak? Tapi itu pandangan aku aje. Mana tahu, ada blogger lain yang dapat capai RM100 setiap bulan dari ManggaAd? Nampak sangat aku tak terer berbanding blogger-blogger tu. Haha..

Apapun, ManggaAd tetap menjadi penyeri dalam dunia buat duit dengan blog. Kemunculannya dah cukup untuk menyaingi Nuffnang dan Advertlets. Innity? Lom tercabar lagi. Innity kekal unggul ditempat pertama.

Ps: Wokeh, aku rasa tak lama lagi, akan ada pesaing untuk Nuffnang, Advertlets, Innity dan ManggaAd. Pasti ada wujud syarikat-syarikat baru yang akan bagi saingan pada otai-otai ni. Betul tak?


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 15 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 09 Mar 11 at 12:12:30
hehe..cik manggad yang meran menyala..
Nizam6281 - 09 Mar 11 at 12:50:44
Diorang punye email da macam SPAM.
Beri emel yang sama berulang ulang kali
pftt
suri - 11 Mar 11 at 01:15:07
setaka ni cik nuff di hati tapi tak tahu pula tahun akan dtg nak amin innity .dgr cam best heee
Amim - 11 Mar 11 at 09:51:38
arghh . tension gak lame2 ngn manggaAd nie . haha . earning siket benor
Ali ridha - 11 Mar 11 at 13:41:23
nuffnang ni guna cara ‘tak baik’ ke
nak membunuh persaing baru, dalam dunia iklan blog.hmmmm..
Ali ridha - 12 Mar 11 at 05:11:23
mengandung juga cik ManggaAd.orang dah turun kan bendera.

manggaAd ni orang melayu punya ke? kena tolong promosi ni.hehe..
Ronaldmohoni - 12 Mar 11 at 13:47:28
Setakat nih belum teringin nak join ManggaAd, walaupun ada terfikir untuk join. Advertlets, rasa macam nak cuba.
dnoBiz - 12 Mar 11 at 16:08:00
aku memang tak paham denga cara pengiraan yang mereka lakukan, lebih lebih lagi Nuff
titan - 13 Mar 11 at 15:41:06
merahkatak. Hehe..sangatlah merahh.. :)

Nizam. Takdelah sangat. Tapi kadang-kadang annoying gak la. haha..

suri. Memang setia dengan nuffnang yekk..

Amim. Memang sikit. Jadi, sabar ajela..

Ali ridha. Cara yang tak baik? Camana tu?? Aku tak pastila orang melayu punye ke tak. Aku just try aje..

Ronaldmohoni. Cuba aje kalau ada banyak blog. :)

dnoBiz. Nuffnang tu aku kira faham lagi. Tapi Manggaad ni, memang aku tak faham langsung..
adaakukesah - 30 Mar 11 at 18:57:04
susah mau cakap la bro.. kata tak dpt duit.. org lain dpt beribu
animous - 12 May 11 at 12:30:50
mangga ads ni saye nampak iklan dia kat utusan. nak try,s aye google dlu tgk rating bloggers, maka saye termasukla site ni. terima kasih kerana sharing info ni.. nampaknya blum masa lagi saye nk ambil mangga ads.
titan - 12 May 11 at 14:09:58
adaakukesah. Yap, susah mahu cakap, cuma yang dapat tu tak ramai orang. Memang susah sket. aku sampai hari ini masih cuba program ini. Sebab nak support benda ni, aku masih tak tanggalkan banner manggaad kat sesetengah blog aku..apapun, kalau aku dapat bayaran nanti, aku share kat sini.

animous. Nak cuba boleh, tak nak pun takpe. Takde masalah. Benda ni memang boleh buat duit, tapi memang ambil masa sikit la.
nizamghazi - 13 May 11 at 07:36:27
Titan, y not ko try ebay/mudah jual produk
sbb making money with blog ni sbnrnye
ssh..

Sbb nak dpt trafik gile2 ni nk kena blogwalking lah, fanpage mesti kena ada dlm 5000 ke atas

Tpi xpe, keep it up.
At least duit ko btambah. just my opnion

BTW ko mmg expert cari program affilate ni. Boleh jdi source ak nnti
sjiehan - 04 Aug 11 at 14:50:14
selamat x pakai mangga ad nih… trafic mencanak pon payah nak dapat duit… hehehhe
ainun - 29 Aug 11 at 12:38:02
dah ramai yang tak guna kan



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011