Sempena artikel yang ke 900 untuk blog earncent ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada mereka-mereka yang datang ke blog ini dan membaca artikel-artikel yang aku hasilkan. Biarpun tidak semua artikel tu merupakan artikel yang bagus-bagus, tapi aku harap artikel-artikel tersebut dapat membantu dan menceriakan hari-hari korang yang mungkin kadang-kalanya membosankan atau mengelirukan.

Ini artikel yang ke 900. Jadi, gambar kat bawah ni tunjuk 899 posts yang berjaya dihasilkan. Jumlah komen pun tak berapa banyak. Tapi kira oklah tu..

earncent Ini artikel yang ke 900 dalam blog Earncent ni..


Memang kebanyakkan artikel aku banyak berkisar pada buat duit, ulasan sesetengah produk, update untuk earning dan payment yang aku dapat dan tak kurang juga artikel tentang diri aku. Tapi aku harap artikel-artikel tersebut dapat membantu korang menyelesaikan perkara yang korang mungkin tak dapat selesaikan. Aku juga harap artikel aku dapat membantu korang buat duit dengan blog masing-masing. Biarpun tidak semua, tapi aku yakin ianya akan banyak membantu.

Sejujurnya, pada waktu aku menulis blog ini, aku tidak fikir yang aku akan tulis dekat 900 artikel dalam blog ini. Boleh dikatakan inilah blog yang mempunyai artikel paling banyak dalam sejarah blog-blog yang pernah ada dalam senarai blog-blog aku. Backlink memang kuat dalam search engine. Korang boleh jumpa banyak artikel aku kat google dan yahoo bila korang search. Jadi, agak kuat jugalah sebab banyak gak usaha yang aku curahkan untuk SEOkan artikel-artikel dan blog aku ni.

Dari segi trafik, memang tak sebanyak seperti 2 tahun lepas. Tapi jika dah dapat beratus-ratus unik visitor dan pelawat tetap setiap hari, itu sudah memadai untuk blog ini. Malah, dari trafik itulah aku berjaya buat duit dalam kebanyakkan program yang aku sertai seperti Nuffnang, TNX, TLA dan beberapa program lagi. Aku harap, lebih banyak income yang akan dapat aku hasilkan dari blog aku ni.

Akhir kata, bacalah artikel-artikel yang aku tulis dalam blog ini. Hehe..900 tu. Berapa hari agaknya habis baca semua agaknya. Haha..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 9 comments. Apa plak komen korang?
Ali ridha - 06 Mar 11 at 15:36:57
sehari makan masa juga nak habis
baca artikel di earncent.kalau 5 artikel belum tentu aku habis baca.hiii..
emme - 06 Mar 11 at 18:11:31
Superb bro! :) aku punya cuma ada

There are currently 398 posts and 3,050 comments, contained within 200 categories.
akazuma - 07 Mar 11 at 01:17:04
banyak tu wehhh. aku punye seratus lebih ajer wehh
ahmadhaikal - 07 Mar 11 at 18:23:05
baru je beberapa artikel. Banyak lagi kena taip. Tahniah sbb dpt buat dekat 9 ratus artikel.
titan - 07 Mar 11 at 19:47:22
Ali ridha. Hehe, boleh habis kalau mahu. Dari kita aje. Apapun, thanks sebab sudi baca blog yang tak seberapa ni.

emme. dekat 4 ratus tu, kira banyak juga tuh.. :)

akazuma. Ko malas tulis. Rajin komen aje memanjang. Haha

ahmadhaikal. Sama-sama. Rajin-rajinlah tulis artikel lepas nih..
rina - 08 Mar 11 at 01:15:16
900? mak aiiiiii..banyak tu. tak larat saya nak tulis banyak tuuu
Ronaldmohoni - 08 Mar 11 at 13:41:07
wow dahsyat tu, 900 kira banyak juga tu.
titan - 08 Mar 11 at 21:29:09
rina. Sikit aje tuh, ada blogger lain, lagi gempak artikel diorang. Beribu-ribu..

Ronaldmohoni. Banyaklah. Tapi selagi tak sampai 1 ribu, lom cukup banyak tu. Haha..
ainun - 29 Aug 11 at 12:40:13
wah…banyak nya….



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011