Archive for March 2011


Ramai yang tanya aku macam mana nak buat duit dengan blog. Kalau jumpa kawan-kawan kat luar, mengeteh sama-sama. Semua tanya, camana aku boleh buat duit dengan blog aku tu. Camana aku leh dapat bayaran. Macam mana ada orang berminat dengan blog aku tu..dan banyak lagi soalan-soalan diorang sampai aku dah penat jawab semua soalan yang sama. Bukan aku tak pernah explain dengan diorang, tapi macam itulah. Sama aje dari dulu sampai sekarang.

Bila ada yang tanya tentang Tnx. Mereka tanya camana aku boleh maintain dapat income baik punya dari Tnx setiap bulan. Walaupun tak ada sampai ribu-ribu, tapi diorang tetap nak tahu. Sebenarnya, susah nak main dengan Tnx ni. Kalau silap gaya, memang susah nak jual link. Kena pula silap jurus, memang langsung tak lepas blog-blog yang kita hantar kat marketplace Tnx tu. Walhal, Tnx ini antara yang paling mudah untuk buat duit berbanding program-program lain. Kalau tidak, tidaklah aku merasa sampai 71 kali dapat bayaran dari program ini. Betul tak?


komisenke72daritnx Komisen ke 71 dari TNX


Ini bayaran komisen yang ke 71 dari Tnx. Aku malas nak cerita banyak-banyak, samada korang baca semua artikel yang berkaitan dengan Tnx ni diblog aku ini atau korang beli aje Panduan Tnx 2.0 aku tu. Tidak pun, search aje kat Google. Sudah banyak dah blog yang cerita pasal Tnx ini. Dan ada sebahagiannya juga merupakan pembeli Panduan Tnx aku tu. Jika mereka boleh buat duit dengan Tnx, korang pun boleh. Sila percaya pada diri sendiri, sebelum korang percayakan orang lain.

Untuk pengetahuan, Panduan Tnx 3.0 ini merupakan siri terakhir yang aku keluarkan dalam trilogi Panduan Tnx. Memang aku tak sangka aku akan tulis sampai 3 panduan. Tapi aku memang tak larat dah nak karang panjang-panjang untuk panduan ini. Panduan ini dah cukup baik untuk bantu korang faham apa itu Tnx dan sekaligus bantu korang buat duit dengan Tnx. Panduan Tnx 3.0 lebih kepada pelengkap dan penutup untuk panduan trilogi ini. Harap korang maklum ye.

Dahh, korang rasa macam berminat dengan Tnx ni, leh daftar kat sini: Tnx.net

Ps: Huh..aku ngantuk sangat ni. Malam tadi tak tidur sampai ke pagi..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Baru aje check email tadi, masuk pula live email dari paypal. 2 bayaran komisen masuk. Satu dari bayaran advertiser yang berminat untuk beli link kat blog finance dan satu lagi adalah bayaran dari program Paid-to-Promote.net. Alhamdulillah, masuk gak bayaran. Boleh buat bayaran untuk bil Streamyx dan bil Celcom Broadband aku yang berjumlah mahu dekat seratus lebih tu. Itu bagusnya ada blog ni. Boleh buat macam-macam dan boleh buat duit dengan blog-blog kita tu.

komisenke17daripaidtopromotedotnet Komisen ke 13 dari Paid to Promote.net


Bayaran kali ini tidaklah banyak mana. Tapi cukuplah untuk buat aku sengih sorang-sorang. Ye, memang tak banyak yang aku dapat dari program ini setiap bulan. Tapi aku suka tengok aku dapat bayaran komisen dari program-program luar sebegini. Korang pun boleh cuba kalau berminat >> Paid-to-Promote.net

Ada yang tanya, kat mana aku letak iklan-iklan PTP ini. Memang tak ada kat dalam blog ini sebab memang kurang sesuai. Aku cuma akan dapat earning jika aku dapat klik dari negara luar dan negara-negara yang diterima dalam sistem mereka. Klik dari Malaysia memang takkan dapat apa-apa. Zero earning. Jadi, toksahlah tanya mengapa aku tak letak dalam blog ini walaupun aku yakin aku boleh dapat beratus klik dari blog ini jika aku letak disini. Memang kurang sesuai dan tidak kurang dari 10 buah blog yang aku tepekkan banner PTP ini. Hehe..

Oklah, aku mahu masak air. Mahu buat air kopi. Sangat dahaga dan aku mahu sambung tengok cerita korea yang baru. Baru aje download 12 episode. Satu pun tak tengok lagi. Nama cerita korea kali ini adalah God of study. Cerita bagaimana seorang peguam yang mahu jadikan sekolahnya dari tempat tercorot ke tempat yang lebih baik. Kena pula sekolah itu sangatlah bermasalah. Sesuai tontonan untuk semua peguam, cikgu dan budak sekolah. Yang takde kena mengena, boleh juga tengok kalau tak malu. Haha..

Ps: Proton Tuah dengan Proton Exora. Mana satu pilihan korang?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ada banyak kempen yang dijalankan oleh Churpchurp setiap bulan. Jadi, korang boleh promosikan kalau berminat. Ada yang menarik dan semuanya datang dari syarikat-syarikat yang agak besar seperti Digi, Maxis, Milo, Celcom, TM, Proton, MilkAdeal, Cornetto dan sebagainya. Kali ini kempennya datang dari..


1. Kempen kali ni datangnya dari Digi. Digi tengah promosi iPhone 4 dan korang boleh dapat harga yang agak murah hanya dengan melanggan line Digi. Jadi, kalau nak dapat iPhone dengan harga yang agak best ni, korang yang rasa nak tukar dari prepaid ke line, bolehlah cuba. Tak mahal pun.

2. Kempen Digi broadband. Dengan harga serendah RM38 sebulan, korang boleh dapat broadband ini dengan harga yang terbaik. Sesuai pada mereka yang masih tak ada broadband, selalu berjalan dan sukakan produk-produk Digi. Nak tahu offer terbaik tentang broadband ini? Pergi ini >> Digi Broadband Offer

3. Kempen dari Digi tentang Opera Mini FY. Sesiapa yang rasa nak surf guna opera kat smartphone atau telefon bimbit korang, bolehlah download opera ni secara percuma. Camana? Caranya ada kat sini. Cuma perlu SMS aje. Gi tengok cara-caranya kat SINI.

4. Kempen dari Frames Care, Sunway Piramid. Kedai ni ada buat berger yang paling besar kat Malaysia. Naman berger tu adalah GOLIATH burger. Kiranya diorang ada buat cabaran atau contest. Cabaran GOLIATH. Sesiapa yang nak makan burger besar ni dan mahu cabar cabaran gila ni, bolehlah pergi sana dan makan. Maklumat lanjut ada kat website ni. Cabaran makan burger GOLIATH.

5. Kempen dari Milkadeal. Kalau korang rasa bosan dengan nasi. Boleh cuba pergi makan Pie. Dengan RM13.80, korang dapat makan pie yang sedap, dapat rasa sosnya yang mengagumkan dan kepedasan yang mengegar jiwa, dapat rasa salad yang segar-bugar dan sup yang menenangkan jiwa. So, boleh pergi cuba kalau rasa macam tak pernah atau mengidam nak makan pie. Maklumat lanjut, leh rujuk site Milkadeal ni : Makan Pie

6. Kempen ni datangnya dari Proton. Diorang tengah sibuk promosi Proton Exora dengan specs baru. Kalau tidak kerana aku dah ada kereta sendiri, memang aku rasa macam nak angkat kereta nih. Mengapa Proton Exora ni yang diorang sibuk nak promosi? Ada pertandingan yang tawarkan banyak hadiah termasuklah sebanyak RM6000! Nak tahu? Semuanya ada di SINI.

7. Kempen dari Cornetto. Syarikat aiskrim yang sangat famous di Malaysia. Kalau korang rasa nak dapat hadiah menarik dari Cornetto, bolehlah sertai pertandingan atau contest yang mereka anjurkan ini. Contest COrnetto.

Ps: Ada 10 kempen. Tapi aku cerita 7 kempen aje. Sebab lagi 3 kempen tu, aku lom join lagi..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya. Sekali dua buffered earning dari nuffnang yang aku dapat. Itu yang kali kelima dan keenam yang aku dapat dari Nuffnang untuk blog ini. Dan pada masa yang sama juga, aku dapat buffered earning yang kedua dan ketiga untuk blog earnword. So far, ianya satu permulaan yang baik setelah aku berjaya mendapatkan semula status Glitterati. Untuk 1 minggu lebih ini aje, aku dapat kumpul 9 buffered earnings yang aku tak sangka-sangka boleh dapat. Aku bercadang nak letak lagi satu blog lagi untuk lihat jika blog baru itu boleh dapat buffered earnings aku tidak.

bufferedearningkeempatkelimakeenamdarinuffnang Buffered Earning ke 5 dan ke 6 dari Nuffnang


Emm, ini gambar lama. JIka yang baru, hampir kesemuanya sudah berjaya mendapat CTR bonus. Aku rasa bonus tu kita akan dapat jika ada orang klik iklan nuffnang pada waktu kempen itu berlangsung. Lagi banyak orang klik, lagi tinggi nilai CTR dan lagi tinggi kita akan dibayar. Itu agakan liar aku aje. Mungkin betul, mungkin tidak.

Apapun, aku tak ada tips untuk dapat buffered earnings. Seingat aku, yang aku buat selepas akaun aku dapat status glitterati, aku update survey setiap blog aku yang ada kat dalam dashboard Nuffnang tu, aku letak ketiga-tiga banner Nuffnang kat tempat yang dicadangkan, aku juga pastikan setiap hari ada artikel baru kat blog-blog aku tu dan aku pastikan setiap blog aku tu boleh dicapai oleh semua pembaca dan agak laju untuk diloading. Itu sahaja yang aku buat. Yang lain tu, doa-doalah sikit. Haha..sebab yang aku diberitahu, pihak Nuffnang akan mencadangkan blog-blog kita untuk dipilih oleh advertiser. Jika advertiser minat, dia akan pilih blog kita untuk campakkan buffered earnings campaign kat kita. Dengarnya, diorang ada lebih hak untuk pemilihan. Nuffnang hanya mencadangkan sahaja blog-blog untuk mereka pilih. Kira oklah tu, kan? Anyway, thanks Nuffnang.

Okeh. Aku nak masak air dan nak minum kopi. Minum kopi pada pagi ahad macam ni, memang menyegarkan. Salah satu nikmat didunia adalah minum. Kena pula dapat minum air kopi yang hangat dan ada pula tauhu goreng yang ditabur dengan secubit garam. Ohhh..

Ps: Okeh. Waktu untuk mandi. Errr…

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011