Archive for February 2011


Malam tadi, aku sempat tonton siaran langsung antara Malaysia melawan Pakistan. Tidak aku sangka yang permainan malam tadi memang best. Banyak yang menjadi walaupun aku agak rasa tak best masa separuh masa kedua. Keeper kedua Pakistan tu memang buat aku huru-hara malam tadi.

Tahniah kepada pemain Malaysia iaitu Wan Zaharulnizam pada minit ke 4 dan Ifran Fazail pada minit ke 46 yang berjaya menyumbatkan gol-gol yang sangat cantik pada malam tadi. Teruja jugak bila tengok pemain Malaysia boleh buat gol susah macam tu. Satu volley, satu lagi first-timer kick. Memang hebatlah. Dah lama aku tak buat volley dan first-timer masa kat sekolah dulu. Sekarang, ada juga yang berjaya buat. Haha..macamlah aku terer sangat.

Dulu, posisi aku ada banyak. Kiranya aku ni jenis all-rounder. Semua posisi boleh main. Dari keeper, defense, mid-fielder, stopper, striker, power striker dan pemain simpanan. Semua boleh. Tapi aku suka main defense kiri. Sebab aku suka buat overlap dan lari naik ke atas. Stamina kena tinggi dan masa sekolah dulu, itulah posisi favourite. Selalunya mid-fielder kiri dengan aku akan selalu tukar position. Bila aku naik, dia akan turun cover tempat aku. Sebab memang diorang tahu aku boleh jadi striker. Nak jadi striker, ada satu benda yang korang kena tahu. Korang mesti boleh sumbat gol. Kalau striker tak boleh sumbat gol, jangan jadi striker. Itu striker sejati. Dapat bola, semua pemain pertahanan pihak lawan cuak. Kalau striker dapat bola, cukuplah 5 minit dalam satu perlawanan. Insya-Allah, kena caranya, 1-2 gol kira normal. Itu striker sejati. Korang tahu tak, purata Ronaldo Brazil dan Ronaldo Sepanyol dapat bola setiap permainan? Kalau korang kira, dalam 5 minit lebih aje. Diorang mesti gunakan masa tu untuk sumbat bola dalam gawang gol. Sebab tu, harga 5 minit tu, diorang dibayar berjuta-juta dollar. Tak rugi bayar punya sebab diorang confirm boleh sumbat gol.

Apapun, nanti ada satu lagi game dengan Pakistan. Dah main tempat kita, kita pula kena main kat Pakistan. Jadi, harap-harap boleh sumbat lagi gol banyak-banyak untuk bagi semangat pada pemain kita. Inilah pembuka langkah kita ke Sukan Olimpik 2012 nanti. Mesti score setiap game. Baru nampak peningkatan. Bila striker boleh sumbat gol, itu membuktikan seluruh 11 orang pemain berjaya bermain dengan baik. Malam tadi, pemain tengah dan pertahanan bermain dengan cemerlang. Khairul Fahmi tak banyak kerja malam tadi dan sebaliknya penjaga gol Pakistan, Umer. Dia pula yang paling penat malam tadi. Kena serang setiap minit dari pemain Malaysia. Tapi aku terpaksa respek dia sebab selama 45 minit tu, dia berjaya mempertahankan kubunya dari diratah oleh Malaysia. Kalau tak, kita boleh pesta gol malam tadi.

Ps: Ok, cukuplah berita bola pada hari ini. Majulah sukan untuk negara! icon smile Malaysia kalahkan Pakistan malam tadi..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Jika kita pernah cuba program Nuffnang, Innity, Advertlets dan macam-macam lagi. Tapi hari ini aku nak kongsikan satu lagi peluang buat duit melalui blog. Aku dah cuba program ni sejak bulan Januari lepas. Jadi, aku letak kat satu blog aku yang ada banyak trafik dan aku lihat prestasinya. Ternyata, ianya agak bagus untuk dicuba dan aku galakkan korang untuk mencuba program ini. Lagipun, percuma aje. Bukan kena bayar pun. Ini sedikit info tentang program 701 panduan ni.

1. Aku cuba pada bulan Januari dan pada bulan Februari ni, aku dah capai minimum payout. Jadi, aku tengah tunggu bayaran yang mungkin akan dibayar pada hujung bulan ni. Kalau dah dapat, aku kongsi bukti bayaran aku dari program 701panduan.com nih.

701panduan Edisi Siasat   Buat Duit dengan 701panduan


2. Program 701panduan ni lebih kepada website classified. Dia banyak iklankan program-program dan website-website kat Malaysia nih. Kalau korang perasan, website 701panduan ni ada banyak kat iklan Google Adsense. Bersepah dan aku lihat diorang banyak buat promosi untuk mempromosikan servis 701panduan nih. Pendek cerita, aku suka gak la website 701panduan ni. Ada gak aku buat search macam-macam kat site tu. Dan 701panduan ni boleh dikatakan juga sebagai salah satu local search engine kat Malaysia.

3. Website 701panduan ni ada tawarkan peluang buat duit. Kita akan dapat income melalui klik yang kita perolehi dari banner-banner yang kita paparkan diblog kita. 1 klik bersamaan dengan RM0.30. Dulu, dia bayar 1 klik RM0.10. Aku dah tau lama site ni. Cuma bila aku tengok balik, nilai klik yang dulunya seposen dah naik ke 30 sen, terus aku cuba dan buat ujikaji kat blog aku. Ternyata, salah satu peluang yang baik untuk kita buat duit.

4. Program ni berbeza sikit. Kita kena isi borang pendaftaran dan mereka akan reply melalui email. Kat dalam email, baru kita dapat code untuk banner iklan kita tu dan kat sini juga kita akan dapat link untuk login akaun kita. Dah dapat username dan password akaun kita, baru kita boleh login dan lihat prestasi trafik dan earning kita dalam program 701panduan ni. Takdelah pening sangat. Simple aje. Cuma aku harap diorang boleh update agar lebih baik daripada apa yang ada sekarang.

5. Mereka juga telah minta aku buat satu review tentang program ini. Jadi, apa yang aku tulis ni adalah satu maklum balas untuk support mereka dan juga setelah aku buat ujikaji dalam 1 bulan lebih bersama dengan 701panduan.

6. Mereka bayar kita melalui cek. Cek itu akan ditransfer ke akaun bank kita samada akaun Maybank atau CIMB. Urusan penghantaran cek ke akaun bank kita, diuruskan oleh mereka. Kita tunggu duit masuk aje. Dari salah seorang member aku yang dah dapat bayaran, diorang akan email jika mereka dah transfer duit ke kita. Aku lom lagi dapat bayaran, nanti dah dapat bayaran, aku cite lebih-lebih kat korang.

7. Cara nak buat duit dengan program ini mudah. Lebih kurang aje macam Nuffnang dan Advertlets. Ambil code, tepek kat blog masing-masing. Cukup RM50, diorang akan transfer ke akaun bank kita.

8. Ya, program ini untuk orang Malaysia. Tapi aku tak pasti orang Malaysia yang dok belajar kat luar negara, boleh atau tidak join program ni. Boleh kot agaknya.

9. Kalau nak tambah blog baru, korang emailkan saje link  blog korang ke mereka melalui email. Nanti diorang buatkan dan jika korang nak code banner yang lain, bagitau diorang. Diorang akan uruskan dan buatkan code baru untuk bentuk banner yang korang suka. Nak yang 250x250 ke, 300x250 ke, 728x90 ker, semua diorang akan sediakan. Sebab code-code ni tak ada dalam akaun dashboard kita. Mungkin diorang akan tambah benda ni kat dalam akaun dashboard kita seperti mana yang Nuffnang dan Advertlets buat. Itu lebih mudah.

10. Program ni tak ada affiliate program. Jadi, aku tak dapat apa-apa kalau aku promote. Tapi kalau pihak 701panduan tu nak bayar aku buat review ni. Aku terima je. Haha.. Tapi aku tahu, artikel aku ni akan masuk ke muka surat pertama dalam search engine dalam tempoh 24 jam. Hehe. Tak percaya? Dalam 24 jam, korang tengok dan search dengan kata kunci “701panduan” atau “buat duit dengan 701panduan”. Mesti ada link blog aku. Camana aku buat? Hehe, rahsia. Yang terer bab SEO, mesti tengah sengih sebab diorang semua tahu camana aku buat. Betul tak?

Dah, boleh daftara kat sini : 701 Panduan Ad Network

Ps: Okeh, camana boleh layan lagu tema Storm Rider plak nih.. icon smile Edisi Siasat   Buat Duit dengan 701panduan

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Ini bayaran yang ke 11 dari Paid-to-Promote.net. Aku ada tersilap post kat blog aku yang satu lagi tu. Aku keliru antara yang ke 10 atau yang ke 11. Bila aku semak balik kat akaun PTP aku, memang dah dapat 11 kali. Jadi, yang kat sini betul dan yang kat sana tu. Aku biarkan ajela. Malas nak edit balik. Haha..

komisenke16paidtopromote 300x150 Komisen ke 11 dari Paid to Promote.net


Berita terbaru, code untuk banner PTP ni dah ditambah kepada 2 lagi jenis. Jika dulu untuk 468x60, tapi kini dah ada yang untuk banner jenis 728x90 dan juga 300x250. Kira makin maju sikitlah program ni. Aku rasa mungkin ada orang komplen sebab satu patern aje banner program ni. Jadi, korang pun bolehlah ada pilihan untuk letak banner Paid-to-Promote ni. Takdelah bosan aje dengan banner diorang nih.

Setakat ni, aku puas hati dengan program ni. Takde masalah besar yang berlaku. Cuma bagi sesetengah program luar yang tak boleh clash dengan code jenis iframe ni, terpaksalah pilih. Banner program mana yang korang nak. Aku ada banyak blog yang boleh aku jadikan ujikaji, jadi takde masalah. Bagi yang ada satu dua blog aje, mungkin pening kepala nak pilih mana satu program yang mampu bagi pulangan yang lumayan setiap bulan. Jadi, sila pilih dengan seadil-adilnya bagi pihak korang dan blog-blog korang. Aku tak terlibat, okeh?

Leh join kat sini : Paid-to-Promote.net

Ps: Ada satu lagi program macam benda ni. Bagi aku wat ujikaji dulu. Kalau ok, aku kasitau sama korang. icon smile Komisen ke 11 dari Paid to Promote.net

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


1. Ya. Ini komisen terkini daripada Innity yang aku terima pada beberapa hari yang lepas. Aku rasa semua pemain Innity juga terima bayaran pada hari yang sama. Aku harap, aku akan terima lagi bayaran dari Innity pada masa-masa yang akan datang.

2. Aku cuba tingkatkan income Innity dengan menaikkan trafik blog-blog aku yang sedia ada. Mungkin ini satu-satunya cara untuk tambah income Innity. Makin banyak trafik, makin banyak hit dan klik yang aku dapat. Bukan itu sahaja. ianya juga boleh mempopularkan blog-blog aku yang ada iklan Innity nanti.

komisenke8dariinnity Komisen ke 6 dari Innity


3. Iklan Innity memang tak berapa banyak kali ini. Yang aku perasan adalah iklan dari CIMB, Citibank, AXE Police Most Wanted, iklan pasal perlancongan Malaysia dan beberapa lagi yang au tak ingat. So far, aku rasa dah banyak iklan berbanding bulan satu hari tu.

4. Aku cuba naikkan trafik untuk satu lagi blog untuk disemak oleh pihak Innity. Moga-moga blog itu lepas jika ianya mencapai apa yang dikehendaki oleh Innity. Cuma kena tambah apa yang patut sahaja dan yang pasti, trafik kena banyak bertambah dalam 1-2 bulan ini.

5. Jangan taksub dengan Innity sahaja. Ada banyak program lain yang korang boleh cuba selain Innity. Memandangkan peraturan Innity sangat ketat sekarang, boleh cuba program lain yang lebih mudah seperti Nuffnang, ManggaAd, Advertlets, Heartbeat dan lain-lain lagi.

Itu sahaja. Boleh baca artikel lain tentang Innity kat bawah ni kalau rajin..

Ps: Sakit mata plak malam ni. Berpinau-pinau mata dibuatnya.. icon smile Komisen ke 6 dari Innity

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011