Malam tadi, aku sempat tonton siaran langsung antara Malaysia melawan Pakistan. Tidak aku sangka yang permainan malam tadi memang best. Banyak yang menjadi walaupun aku agak rasa tak best masa separuh masa kedua. Keeper kedua Pakistan tu memang buat aku huru-hara malam tadi.

Tahniah kepada pemain Malaysia iaitu Wan Zaharulnizam pada minit ke 4 dan Ifran Fazail pada minit ke 46 yang berjaya menyumbatkan gol-gol yang sangat cantik pada malam tadi. Teruja jugak bila tengok pemain Malaysia boleh buat gol susah macam tu. Satu volley, satu lagi first-timer kick. Memang hebatlah. Dah lama aku tak buat volley dan first-timer masa kat sekolah dulu. Sekarang, ada juga yang berjaya buat. Haha..macamlah aku terer sangat.

Dulu, posisi aku ada banyak. Kiranya aku ni jenis all-rounder. Semua posisi boleh main. Dari keeper, defense, mid-fielder, stopper, striker, power striker dan pemain simpanan. Semua boleh. Tapi aku suka main defense kiri. Sebab aku suka buat overlap dan lari naik ke atas. Stamina kena tinggi dan masa sekolah dulu, itulah posisi favourite. Selalunya mid-fielder kiri dengan aku akan selalu tukar position. Bila aku naik, dia akan turun cover tempat aku. Sebab memang diorang tahu aku boleh jadi striker. Nak jadi striker, ada satu benda yang korang kena tahu. Korang mesti boleh sumbat gol. Kalau striker tak boleh sumbat gol, jangan jadi striker. Itu striker sejati. Dapat bola, semua pemain pertahanan pihak lawan cuak. Kalau striker dapat bola, cukuplah 5 minit dalam satu perlawanan. Insya-Allah, kena caranya, 1-2 gol kira normal. Itu striker sejati. Korang tahu tak, purata Ronaldo Brazil dan Ronaldo Sepanyol dapat bola setiap permainan? Kalau korang kira, dalam 5 minit lebih aje. Diorang mesti gunakan masa tu untuk sumbat bola dalam gawang gol. Sebab tu, harga 5 minit tu, diorang dibayar berjuta-juta dollar. Tak rugi bayar punya sebab diorang confirm boleh sumbat gol.

Apapun, nanti ada satu lagi game dengan Pakistan. Dah main tempat kita, kita pula kena main kat Pakistan. Jadi, harap-harap boleh sumbat lagi gol banyak-banyak untuk bagi semangat pada pemain kita. Inilah pembuka langkah kita ke Sukan Olimpik 2012 nanti. Mesti score setiap game. Baru nampak peningkatan. Bila striker boleh sumbat gol, itu membuktikan seluruh 11 orang pemain berjaya bermain dengan baik. Malam tadi, pemain tengah dan pertahanan bermain dengan cemerlang. Khairul Fahmi tak banyak kerja malam tadi dan sebaliknya penjaga gol Pakistan, Umer. Dia pula yang paling penat malam tadi. Kena serang setiap minit dari pemain Malaysia. Tapi aku terpaksa respek dia sebab selama 45 minit tu, dia berjaya mempertahankan kubunya dari diratah oleh Malaysia. Kalau tak, kita boleh pesta gol malam tadi.

Ps: Ok, cukuplah berita bola pada hari ini. Majulah sukan untuk negara! icon smile Malaysia kalahkan Pakistan malam tadi..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 9 comments. Apa plak komen korang?
Ronaldmohoni - 24 Feb 11 at 08:51:26
Titan,
ingatkan ko main badminton je.
rupanya bola pun ko sapu juga. saya dulu pun main defense kiri juga. tapi tak pernah menyerang.
papabear - 24 Feb 11 at 09:39:13
Yup! keeper no 2 dia boleh tahan la. reflex dia cepat! so our strikers kena be more creative la in the return leg kat lahore…
rina - 24 Feb 11 at 11:58:01
masa tengok malam td, menjerit-jerit masa separuh masa kedua. tapi tak masuk-masuk. penjaga gol tu laju je terbang sana-sini. geram betoll.. :(
akubiomed - 24 Feb 11 at 16:39:15
Saya peluang menjaring gol tu ada kerana pemain Pakistan tinggal 10 orang sahaja yang bermain
akazuma - 24 Feb 11 at 21:15:58
emm..memang wajar malaysia menang. Pakistan serang cam nak tak nak ajer..
Amim - 25 Feb 11 at 02:37:44
pakistan main tah mcm ape !
suri - 25 Feb 11 at 14:31:16
masa kedua mmg rasa cam sush hatu jer..tapi bila dah selsai main bola bru rasa tak sakit jantung huuu
titan - 07 Mar 11 at 22:09:44
Ronaldmohoni. Aku main semua sport masa kat sekolah. Termasuk bola jaring. Sayangnya, tak leh wakil sekolah bola jaring sebab tak ada plak untuk orang lelaki. Haha..

rina. Wahh, tak sangka cik rina ni suka main jerit-jerit masa tengok bola..

akazuma. Pakistan hilang striker diorang. Tu pasal tumpul melampau-lampau serangan diorang.

Amim. Tau takpe. :D

suri. Ehh, ada sakit jantung kerrr???
ainun - 29 Aug 11 at 12:44:36
tahniah malaysia..mantap



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011