1. Ini bayaran yang ke 15 dari Bursttraffic dan ini juga bermaksud, aku tak pernah miss dapat bayaran untuk setiap bulan. Satu bulan, dapat 4 kali bayaran. Jadi, dah dekat masuk hampir 4 bulan, aku tetap terima bayaran yang ciput-ciput dari program Bursttraffic ini.

2. Program ini agak mudah. Daftar, ambil code, tepek code kat blog dan promosi blog tersebut. Banyak traffic datang, makin banyak potensi untuk dapat income dari program ini.

3. Sayangnya, program ini dah tidak dibuka kepada orang ramai. Sudah ditutup. Hanya ahli lama sahaja yang boleh login akaun masing-masing dan masih terima bayaran sehingga ke hari ini. Yang baru nak join, memang tak dapat punya. Aku pun tak dapat nak tolong apa-apa.

komisenbursttrafficke15 300x134 Komisen ke 15 dari BurstTraffic.net


4. Dulu masa aku promote benda ni, korang buat sardin aje. Bila dah tutup, barulah tanya aku macam-macam sampaikan ada yang tanya kat email benda ni masih dibuka lagi atau tidak. Siap tanya lagi bila agaknya Bursttraffic akan buka pendaftaran baru. Ingat macam daftar kolej ker?? Pendek kata, aku sendiri tak ada jawapan.

5. Aku memberi agakan yang program ini akan dibuka semula. Cuma bila atau pukul berapa, aku tak tahu. Kalau aku tahu, aku dengan galaknya akan update kat blog ini.

6. Program ini tak ada affiliate program. Kalau tidak, nescaya aku akan promosi habis-habisan kat semua blog-blog bernichekan make money online. Hehe..

7. Jika korang ada jumpa program macam Bursttraffic ini, jangan lupa bagitau aku ye. Bolehlah aku cuba dan buat duit macam korang juga. Jangan makan sorang-sorang plak.

8. Aku dah dapat bayaran ni 2-3 hari lepas. Tapi hari ini baru aku dapat update. Biasalah, banyak draft-draft dalam blog aku ni. Bersepah. Tak larat nak tengok satu-satu. Aku pilih yang mana patut keluar dulu dan yang mana boleh aku peram dulu.

Ps: Hari ini, semua orang dalam ahli keluarga aku gi makan kat luar. Dekat dengan rumah bapak Misbun Sidek. Semua sedap, ikan siakap masak steam, kerabu udang, air mangga gelas besar, kerang bakar dan cendawan goreng yang tak berapa jadi. Semua aku rasa dan akhirnya aku bagi A- untuk kedai malam ni. Tahniah!


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 7 comments. Apa plak komen korang?
salim - 19 Feb 11 at 12:53:19
ni salah satu program buat duit la ye? mana websitenya?
akazuma - 19 Feb 11 at 15:34:10
salim. ni websitenya: http://bursttraffic.net

tapi dah tak boleh join. dah tutup.
titan - 19 Feb 11 at 17:20:39
salim. websitenya seperti yang ditunjukkan oleh akazuma.

akazuma. Yap. Pendaftarannya sudah ditutup. Harap maklum. Hanya member lama sahaja yang masih boleh buat duit dengan cara ini.
rina - 20 Feb 11 at 03:39:26
mantap.

masih dapat bayarannya setiap minggu. :)
merahkatak - 22 Feb 11 at 12:51:37
wahhh, masih berjay dapat income dari program ni lagi. bagus-bagus.. :)
titan - 22 Feb 11 at 19:07:18
rina. Bolehlah. Sikit-sikit. :)

merahkatak. Sama-sama..
ainun - 29 Aug 11 at 12:48:00
sikit-sikit lama lama jadi bukit



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011