1. Dalam beberapa hari ini, aku banyak baca blog orang lain. Bukan aku takde kerja lain buat, sementara apa yang aku buat tu siap dan sementara apa yang aku buat tu mendatangkan hasil, aku jalan-jalan ke blog orang lain. Baca sana-sini dan komen apa yang patut. Cerita yang panas sekarang, yang pasti adalah cerita yang berkaitan dengan nuffnang. Mana-mana blog aku pergi, mesti cerita nuffnang, BE, cerita pasal buffer earning, meter earning, cek nuffnang dan sebagainya. Nuffnang dah menggantikan Google Adsene. Ini yang mampu aku simpulkan. Jarang aku dengar orang cerita tentang google adsense diblog mereka. Dari 20 blog aku lawat, 18 blog akan cerita tentang Nuffnang dan 2 blog akan cerita tentang Google Adsense.
2. Nuffnang menjadi daya tarikan bagi sesiapa yang ingin buat duit dengan blog. Pergi sahaja merata blog di yang bermodalkan bahasa melayu, ada iklan nuffnang ke iklan google adsense? Korang pergi 10 buah blog, 5 blog wajib dan pasti ada iklan Nuffnang. Termasuk blog-blog aku.
3. Pemain-pemain Innity tidak seramai pemain-pemain Nuffnang. Pemain Advertlets semakin berkurangan. Begitu juga dengan pemain ManggaAd. Tetapi pemain Heartbeat semakin rancak bertambah. Pemain Google Adsense? Masih maintain. Tak banyak berubah. Begitu juga dengan pemain Tnx seperti aku. Graf agak mendatar.
4. Pengguna facebook semakin bertambah setiap hari. Begitu juga dengan pengguna Twitter. Pengguna Myspace dan Friendster sudah tenggelam. Aku rasa pasti ada orang malu mengaku yang dia masih ada akaun friendster yang masih aktif. Sekurang-kurangnya, aku tak malu mengaku yang aku ada akaun aktif.
5. Walaupun pengguna blog dan pengguna facebook bertambah, dari 10 orang 5 orang daripada mereka pasti tidak ada akaun paypal. Dan kebarangkalian mereka ada akaun Maybank2u dan CIMB dikalangan 10 orang tersebut adalah tinggi.
6. Lebih ramai yang membaca blog berbanding yang menonton television. Korang setuju?
7. Masih ramai yang membeli surat khabar walaupun ada surat khabar online hari ini. Sekurang-kurangnya, aku antara yang masih membeli 2 surat khabar setiap hari. Perasaan aku berbeza membaca suratkhabar biasa dan suratkhabar online.
8. Dari 10 orang pengguna paypal, separuh daripadanya tidak pernah pun ada 1 sen dalam akaun mereka. Tapi, pasti ada 1 sen dalam akaun Maybank atau CIMB mereka.
9. Dari 10 orang blogger, separuh daripada mereka menipu pembaca atau pelawat mereka dari macam-macam aspek. Cuma segelintir aje bercakap benar di dalam blog mereka. Manusia memang tidak mudah untuk mengaku walaupun didalam blog masing-masing ataupun di ketika berborak dengan kawan-kawan.
10. Pada tahun 2011, pengguna blog akan bertambah dan penonton bola sepak turut berkurang melainkan perlawanan yang melibatkan Malaysia diperingkat antarabangsa.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Macam mana nak buat duit dari program Affiliate? | Bila 1 dollar sama dengan RM2.97.. »
















dazz. hehe..mungkin. Tapi kalau melibatkan international macam piala AFC tu, mesti ramai yang tonton punya.
blog buat masa ini adalah ketat.trafik yang meragukan ada peluang ampa kena tolak.
kena buat blog yang mempunyai trafik yang kukuh.baru la innity terima.paling seronok ada innity ni bayaran masuk ke dalam bank kita.heeee..
akazuma. betul. Innity sangat ketat sekarang.
topo. Ko tak buat lagi ker wehh akaun paypal. dah lama aku suruh wat..
reezluv. Haa, buat, jangan tak buat..