Malam tadi, ada seorang perempuan, email aku. Nama dia? Biarlah aku gelarkan dia gadis comel C. Jadi, gadis comel C ni tanya aku melalui emailnya.

“Macam mana nak buat duit dari program affiliate?”

Haaa!! Punya simple soalan dia. Direct to the point.

Aku sebenarnya tak berapa reti nak cerita panjang-panjang. Jadi, aku bagitau apa yang aku faham. Yelah, nak bagi korang faham dah satu hal, nak pilih perkataan dan nak jadikan ayat dah satu hal. Nak memahamkan dah satu hal. Jadi, aku cuba cerita apa yang aku tau tentang program affiliate ni.

Program affiliate ni lebih kepada menjadi agen jualan. Pernah tengok kan orang jual tupperware kat sekolah? Camtulah caranya. Misal kata 1 bekas air jenama tupperware tu harganya RM30. Komisen yang diberikan untuk 1 bekas air adalah RM8. Jadi, upah kita adalah RM8 sahaja. RM22 tu, company dah ambil. Jadi, program affiliate ni nak bagi senang faham kerjanya adalah mencari orang untuk beli barang kita. Cuma kalau yang kat internet ni, agen jualan ni ada nama khasnya. Dipanggil sebagai program affiliate. Kalau korang gi luar sana, diorang tak panggil program affiliate ni. Diorang panggil downline. Sama aje tu. Nama aje lain. Bunyi aje lain. Faham dah sekarang kan?

Jadi, program affiliate ni biasanya cuma ada kat internet aje. Jadi, kita kena daftar dan promosikan. Itu sahaja caranya. Kalau tak promosi, kita tak dapat komisen dari owner program tu. Contohnya, ada satu program affiliate jual kicap char kew tiaw special punya. Kalau tak special, dia takkan jual kat internet punya.Ok. 1 botol kicap char kew tiaw harganya RM7. Upah komisen cuma RM2 sahaja. Jadi, keuntungan kita jika berjaya cari orang beli 1 botol kicap tu adalah RM2. Kalau ada 100 orang beli botol kicap tu dalam bulan ni, kita dapat RM200 la gamaknya. Itu kalau botol kicap, kalau ebook atau laporan khas yang selalu kita dengar tu, haa. Sama aje konsepnya. Cuma program affiliate ni ada 2 jenis. Satu yang jenis menjual, satu yang jenis nak cari lead. Senang cerita, yang ni lebih kepada nak cari orang atau nak email orang. Bukan apa, senang nanti nak promosi apa-apa lepas ni sebab dah dapat email diorang tu.

Camana plak owner program-program affiliate ni nak bayar kita? Mereka akan transfer ke akaun bank kita. Biasanya bank yang selalu digunakan adalah Maybank dan CIMB. Jadi, kena ada 2 akaun bank tu la. Senang nak terima duit nanti. Banyak program affiliate tempatan yang dibangunkan oleh internet marketer Malaysia dan juga tempatan. Aku pun ada program affiliate untuk Panduan Tnx 2.0 aku tu. Itupun kalau nak tahulah. Apapun, kunci utama untuk buat duit dengan program affiliate ni adalah promosi. Tanpa strategi promosi yang berkesan, jangan mimpi nak dapat 1 sen dari program affiliate tempatan ni. Kena banyak belajar bab promosi ni dan selalu buat ujikaji. Insya-Allah, lepas tu boleh dah dapat income best-best dengan program affiliate.

Haa, gitulah caranya. Kalau tak berapa faham, takpe. Cuba search kat Google atau Yahoo. Mesti jumpa banyak penerangan yang lebih bagus dari aku. Apa yang aku tulis tu, apa yang aku faham. Mungkin betul, mungkin salah bagi sesetengah orang. Tapi aku tak kesah orang nak kata apa. Ini jawapan aku untuk gadis comel C walaupun aku tak tahu dia comel ke huduh. Apapun, harap dapat membantu.

komisenkerjakerajaan 300x84 Macam mana nak buat duit dari program Affiliate?


Ps: Ini contoh komisen bagi satu program affiliate yang aku sertai sejak tahun lepas. Dah banyak kali bayar aku dan hari ini, masuk lagi komisen untuk bulan lepas agaknya. Hehe..


Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 14 comments. Apa plak komen korang?
rina - 11 Feb 11 at 11:14:02
emm..rasanya ramai yang tak tahu lagi apa tuh program affiliate.
WanWMA - 11 Feb 11 at 15:42:19
Salah satu teknik yang agak mudah untuk menjana pendapatan secara online.

Saya juga sering mendapat komisen affiliate hampir setiap bulan walaupun tak banyak..
akubiomed - 11 Feb 11 at 15:43:38
Pernah cuba mendaftar program affliate tetapi tidak mendatangkan hasil

Mungkin belum rezeki lagi
tehr - 12 Feb 11 at 00:04:23
tak pernah cuba program ni, pengetahuan mengenainya pun masih sangat kurang

terima kasih kerana singgah di blog saya dan membawa saya ke sini
nampak macam banyak ilmu yang boleh dipelajari di sini
Razif Yusof - 12 Feb 11 at 05:36:58
Penulisan yang bagus bro… :) Jelas dan mudah difahami. InsyaAllah boleh dikongsikan di Group BisnesAffiliate nanti.
akubiomed - 12 Feb 11 at 07:46:26
Pernah mendaftar dengan affliate tetapi tidak menjadi kecuali pengunjung perlu signup dahulu
akazuma - 12 Feb 11 at 12:11:19
hemm..penerangan yang boleh difahami.

ikutkannya, senangaje nak buat duit dengan affiliate. cuma kena pandai promosi aje.
penhitam - 12 Feb 11 at 13:39:18
dah tahu sikit-sikit pasal affiliate ni. cuma kena usaha lebih la kalau betul-betul nak buat duit. usaha itu tangga kejayaan. hehe
Ronaldmohoni - 13 Feb 11 at 16:15:04
Titan,
Harap-harap gadis Comel tu faham.
Penerangan yang ko buat amat mudah difahami. kalau tak faham juga, tak tahulah.
titan - 15 Feb 11 at 18:41:36
rina. yap, memang ramai yang tak tahu. harap nanti depa tahu la. hehe..

akubiomed. Takpe. mana tahu, nanti satu hari nanti leh dapat banyak income dari affiliate macam ni.

tehr. tak apa, banyakkan membaca, insya-Allah. boleh dapat gak. Yap, blog yang banyak sajak dan pantun. :)

Razif. Ok je, takde hal.
titan - 15 Feb 11 at 18:48:52
akubiomed. Biasanya memang macam tu. Itulah yang biasanya berlaku dalam dunia affiliate ni.

akazuma. Faham ker? aku main hentam ajer tu..

penhitam. yap. Kalau tak usaha, memang tak dapat apa-apa. hehe..

ronaldmohoni. Harap dia faham. Kalau tak faham, boleh tanya lagi. hehe..ada ramai abang-abang handsome kat sini boleh tolong terangkan.
red wine - 17 Feb 11 at 10:01:16
We believe that excellent customer care, the ability to work well as part of a team and positive attitude are crucial to the success of our business. From your work, education or social activities please provide examples of how you have demonstrated these qualities.
sjiehan - 28 Aug 11 at 14:36:09
baru tahu affiliate ni downline…. hmm.. nak cari ayat2manis tu la yg agak sukar~
ainun - 29 Aug 11 at 12:51:14
affiliate downline…ehehe first time dgr ayat camni



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011