Tadi, bila aku semak akaun Churpchurp aku, rupa-rupanya, ada banyak kempen terbaru yang aku tak perasan telah muncul. Ada yang tinggal sikit aje baki dan ada yang 2-3 ribu masih berbaki. Jadi, aku kongsi dengan korang disini, mana tahu ada yang macam aku. Lupa nak login akaun churpchurp selalu.
1. kempen tentang pertandingan Milo Fuze. Aku rasa kempen ni pun ada masa kat Youthsays dan aku perasan ada juga iklan Nuffnang yang sedang promote Milo-fuze contest ni sekarang. Pendek kata, youthsays, churpchurp dan Nuffnang, tengah promosi benda yang sama.
2. kempen tentang gula-gula getah Wrigley baru yang diberi jolokan sebagai 5 Gum. Kononnya ada lima rasa yang berbeza dan setiap rasa itu ada ciri-ciri tertentu. Yang pasti, tak ada satu pun gula-gula getah tu yang rasanya rasa belacan, durian atau cencalok. Mesti rasa buah yang pelik-pelik agaknya.
3. kempen pasal Axe. Tahukan pasal minyak wangi Axe tu. Ada semacam kempen cari gadis cuci kereta untuk kempen Axe kali ini. Kalau korang perasan, kat tv pun ada promosi pasal Axe. Banyak betul duit syarikat Axe ni rupanya. Promosi sana-sini. Aku rasa mahu ribu-ribu juga habis promosi kat Malaysia aje. Lum campur kat negara lain lagi.
4. kempen pasal Pizza Hut terbaru sempena tahun baru Cina tu. Kiranya macam pertandingan juga. Kena makan piza, ambil gambar dan share gambar. Rajin betul-betul Piza promosi kali nih. Yang best, leh dapat keju lebih. Apapun, layankan aje kempen ni..
5. kempen kesihatan dari Nestle. Aku rasa kempen ni dah lama jalan. Ni kempen baru. Cuma diberi nafas baru dan disuntik dengan modal baru. Kalau tak silap, ada baki dekat 2 ribu ringgit untuk dihabiskan. So, bahagi dengan 20 sen, berapa kali klik aje yang tinggal?
Ok, nak tahu lebih lanjut pasal kempen-kepen tu, korang gi sendiri kat website diorang. Ada yang kat facebook, ada yang terus ke website promosi diorang. Cuba aje mana-mana contest yang korang berkenan. Mana tahu, leh angkat iphone ke, dapat duit ke, dapat laptop ke. Mana tahu kan? Rezeki korang bulan februari nih..
Ps: Mahu tidur. Esok nak kena gi kerja lagi. Adeh, adeh..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen Pertama dari Adf.ly | Komisen ke 14 dari BurstTraffic.net »
















banyak gak kempen churpchurp ni rupanya.
Walaupun earning sekejap laju, sekejap lambat. Kadang-kadang, tak jalan langsung. sedar-sedar dah ada earning.
rina. hehe, cuba aje. kalau dapat, bagusla..
zik. aku pun biasa promote gak kat situ. tapi idaklah selalu.
akazuma. yap, nak tak nak, kena pandai promosi.
penhitam. yap. Cubala.
ronaldmohoni. Earning memang slow. Susah nak capai seratus..bila la agaknya payment yang seterusnya.