Sedikit update ringkas, ini bayaran yang terbaru dari Bursttraffic. Income pun ciput aje. Tak banyak mana. Janji terus dapat setiap minggu. So far, masih berjalan macam biasa, cuma pendaftaran tetap dah tak dibuka. Bagi aku, program macam ni memang tak berapa lama. Mungkin akan hilang ditelan oleh program-program yang makin mantap atau mungkin akan muncul dengan cara yang berbeza. Entahlah, tunggu dan lihat ajer..

Hari ini adalah hari gembira untuk orang berbangsa cina. Hari yang mereka tunggu. Pukul 12 tengah malam nanti memang akan dengar bunyi mercun tak henti-henti. Confirm. Mesti mak aku marah bila dengar bunyi mercun tu nantil. Haha..bising yang amat. Memekakkan telinga yang tidak pekak. Menyakitkan hati dan mengegarkan jantung yang tidak terkesan dengan gempa bumi. Ahh, biarlah, janji mereka bahagia dengan cara mereka.
Aku tak pasti, tapi minggu ini merupakan minggu yang agak getir buat aku. Ada beberapa perkara kena aku sudahkan dan pastikan berjalan dengan lancar. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali walaupun pisang zaman moden ni boleh berbuah banyak kali. Jadi, aku kena buat sesuatu tentang itu. Insya-Allah, semua akan selesai dengan mudah.
Ps: Waktu untuk bersedia..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 10 dari Paid-to-Promote.net | Komisen ke 67 dari TNX »














