Aku dapat satu email 2 hari lepas. Pakcik ni bertanyakan tentang program Dapatwang.com. Apakah perkembangan terkini dan benarkah kita boleh buat duit dengan Dapatwang.com ni. Ok, bagi aku simple. Bolehkah kita buat duit dengan program Dapatwang? Bagi aku, boleh. Bolehkah jadi jutawan dengan program Dapatwang ni. Jawapan aku, BOLEH. Tapi ianya mengambil masa. Mungkin berbulan-bulan atau beratus-ratus minggu. Bila? Aku tak tahu. Sama juga konsepnya. Bolehkah hanya dengan berblogging kita boleh dapat 100 ribu atau 1 juta? Jawapan aku tetap sama. BOLEH. Soalnya, tanya pada masa dan cara kita lakukan. Jika kena caranya, kita boleh dapat 100 ribu. Tapi ianya pasti akan mengambil masa yang panjang. Itu hipotesis aku jika ditanya bolehkah Dapatwang ni bagi kita peluang buat duit atau tidak.
Soalan kedua. Adakah program Dapatwang ni SCAM dan menipu orang ramai.
Jawapan aku simple. Jika kita follow peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh program Dapatwang ni. Kita akan terima bayaran dan takkan timbul soal scam ataupun tipu-tipu ni.
Soalan ketiga. Tapi ramai yang bising kata Dapatwang tipu, tak bayar duit promoter dan juga potong sebahagian besar duit komisen yang mereka dapat. Sepatutnya boleh dapat Rm300-400. Tapi cuma dapat RM100 lebih aje.
Jawapan aku. Aku tanya secara logik. JIka korang ambil plan yang mana korang akan dapat 1 klik bersamaan dengan RM0.10. Berapa klik yang korang perlukan untuk capai RM100. 10 klik, dapat RM1. 100 klik. Dapat RM10. 1000 klik, dapat RM100. Jadi, korang perlukan 1000 klik untuk RM100. Kalau korang dapat komisen untuk affiliate, bolehlah dapat dalam 20-100 ringgit. Itupun kalau korang terer promosi sedangkan sekarang, Dapatwang dah tak femes macam dulu. Susah nak dapat downline untuk Dapatwang ni sejak ramai yang teriak dan mengatakan Dapatwang ni penipu. Jadi, dari segi logik. Mudahkah korang dapat downline dan capai 1000 klik untuk cecah RM100? Susah bukan?
Jadi, bagaimana pula sesetengah promoter boleh dapat RM300-400? Aku bukan nak menuduh. Tapi aku tahu, nak dapat 100-500 klik bukan mudah. Jadi, toksah la nak menipu program Dapatwang ni. Aku tahu ramai yang buat aktiviti klik-mengelik ni dulu. Siap buat group klik-klik. Camana tak sampai beribu-ribu klik korang dapat. Sebab tu mudah-mudah leh dapat earning dekat beratus-ratus..dan ada juga yang pandai sikit, buat bot atau script agar ada robot tolong klik banner Dapatwang ni. Aku tahu sebab aku pernah cuba dulu. Bukan susah nak dapat beribu-ribu klik nih kalau ada software macam ni. Tapi aku tahu juga kesannya. COnfirm akaun kita akan diban dan income yang kita kumpul tu hilang begitu sahaja. Aku banyak buat ujikaji dan ulangkaji. Jadi, siapa yang jadi penipu sekarang? Jangan declare program tu scam atau apa-apa, kalau korang tak buat research dulu. Dengan cara tipu-tipu ni, bukan sahaja owner Dapatwang ni leh tutup website dia sebab tak cukup nak bayar promoternya,malah Google pun boleh bankrupt jugak kalau cara ni mereka gagal kesan. Sebab tu Google ban kebanyakan pemain Adsense yang mereka syak boleh mendatangkan bahaya pada advertiser mereka. Jarang plak aku dengar orang buat bising bila Google ban akaun diorang. Sebab ada yang tahu, mereka memang langgar peraturan dan tahu akaun diorang ada risiko untuk kena ban. Sebab tu diorang senyap aje. Yang bising-bising ni sebab mereka tak tahu yang mereka sebenarnya dah langgar peraturan yang ditetapkan sejak awal-awal lagi. (korang nak complain, boleh complain kat ruang komen dan cite ketidakpuashatian korang tentang Dapatwang ni)
Soalan terakhir, titan pernah dapat komisen dari Dapatwang? Dan pernah dapat tak komisen yang terkini?

Jawapan aku. Pernah dapat 3 kali. Dan untuk komisen ke 4. Memang akan ambil masa. Bila? Aku tak pasti sebab sekarang, aku cuma berjaya kumpul RM60 lebih sahaja. Itupun jenuh buat promosi dulu dan ada juga downline baru yang join under aku. Terima kasih kerana daftar under aku. Jadi, tak ada komisen terkini. Harap maklum.
Ps: Kalau ada yang nak tambah dan bangkang, boleh cerita kat ruang komen. Bukan aku nak backing program ni. Aku tak kesah jika aku tak dapat 1 sen pun. Cuma aku pelik, ramai orang suka tuduh tak tentu pasal tanpa bukti dan rujukan tertentu. Ada yang kata program ni penipu, walhal, tak pernah pun join program ni. Malah, yang pernah join pun, jarang lakukan promosi. Jadi, camana nak dapat klik atau downline?
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content















