Archive for January 2011


Sejak 2-3 tahun ini, aku lihat perkembangan buat duit melalui blog sudah menjadi trend blogger-blogger yang baru berjinak-jinak dengan blog. Tidak aku nafikan, setiap blogger pasti mempunyai niat untuk buat duit melalui blog-blog mereka. Pasti mereka akan mencari cara untuk buat duit melalui blog mereka. Memang jarang untuk aku lihat blog-blog mereka tidak terhias dengan iklan dari beberapa syarikat pengiklanan gergasi dan tempatan.

Malah, kini trend di Malaysia, program Nuffnang telah menjadi ukuran bagi blogger-blogger Malaysia. Paling tidak dari 10 orang blogger yang baru menulis blog, 8 orang akan berminat untuk mencuba program Nuffnang. Itupun setelah mengetahui tentang kewujudan tentang Nuffnang disamping sudah melihat kejayaan ramai blogger yang mendapat cek dari Nuffnang setiap bulan. Dari situ, sudah ramai blogger mula berjinak-jinak dengan Nuffnang dan cuba buat duit dengan Nuffnang.

6senjatautamanuffnang 6 Senjata Utama Nuffnang yang anda telah lupa..


Masalahnya, masih ramai yang kurang berjaya dengan Nuffnang. Selama aku mencuba Nuffnang, sudah 9 kali cek Nuffnang yang aku terima. Tapi ada dikalangan blogger yang masih gagal untuk dapat satu cek. Jika ada pun, cuma sekali, lepas itu, cek kedua tak pernah muncul disebabkan gagal untuk mencapai nilai minimum yang diperlukan. Di sini, apa yang korang kurang adalah senjata yang hebat dan sesuai untuk berjaya dalam Nuffnang.

Disini ada satu video yang menceritakan tentang 6 senjata utama Nuffnang yang mampu membantu korang mendapat cek dari Nuffnang setiap bulan. Paling teruk pun, 2 bulan. Itupun jika korang betul-betul melaksanakan kesemua 6 senjata utama Nuffnang itu dengan sebaik-baiknya. Memang bila aku dengar dan lihat video tersebut, aku mengakui bahawa 6 senjata yang diberitahu itu benar-benar pernah aku lakukan. Cuma mungkin aku tidak asah skill aku dengan lebih baik sedangkan aku memang sudah memiliki 6 senjata itu. Senang cerita, aku tidak gunakan 6 senjata utama itu dengan maksimum. Aku yakin, jika aku lakukannya dengan maksimum, aku boleh kumpul RM100 setiap bulan dari Nuffnang. Itu yang paling minimum. Aku yakin aku boleh dapat lebih jika aku betul-betul gunakan 6 senjata utama ini dengan lebih berkesan. Insya-Allah, aku boleh lakukan.

Jadi, korang pun boleh cuba untuk mengetahui tentang 6 Senjata Utama Nuffnang. Anda cuma perlu tonton video tersebut dan ketahui sendiri 6 senjata itu. Untuk pengetahuan korang, 6 senjata utama itu sebenarnya sudah ada dalam diri kita. Cuma mungkin kita tak sedar, atau mungkin kita pernah gunakan senjata itu, tetapi tidak ke arah yang lebih berkesan. Nasihat aku, cuba dulu tonton dan lihat apakan potensi 6 senjata utama itu dan gambarkan dalam fikiran korang, berapa korang boleh capai dari Nuffnang. Jika korang fikir korang boleh dapat RM300 sebulan dengan Nuffnang, aku percaya, korang mampu capai RM300 sebulan dengan Nuffnang. Syaratnya, gunakan 6 senjata itu dengan lebih baik dan lebih berkesan.

Apapun, dapatkan 6 senjata utama yang telah korang lupa itu disini >> 6 Senjata Utama Nuffnang

Ps: Benar, aku yakin ramai yang telah lupa akan 6 senjata utama Nuffnang ni. Aku tak tipu. Tonton dan fahami. Insya-Allah, korang akan dapat income yang lebih lumayan dengan Nuffnang. Fokus itu penting. Teknik itu penting. Usaha itu penting. Tapi tanpa senjata yang sesuai dengan diri kita, kita takkan dapat apa yang kita mahukan.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ada macam-macam cara untuk buat duit dengan blog. Dan aku rasa korang sudah tahu ada banyak cara dan apa yang korang kena lakukan adalah cari dan ambil tindakan. Walaupun aku tahu masih ramai yang masih belum dapat seringgit atau satu dollar pertama dari blog mereka, tapi aku tetap harap mereka akan dapat lakukannya pada satu hari nanti. Hari yang bersejarah itu pasti akan tiba. Cuma masalah masa sahaja. Asalkan korang berusaha, korang pasti akan dapat apa yang korang mahu.

Ini mitos buat duit dengan blog yang aku sangka pada 3-4 tahun dulu. Dulu, aku tak percaya dengan blog self-hosting. Maksudnya, blog berbayar. Dulu, aku stick dengan blogspot dan blogdrive dan aku menyatakan hanya dengan blog percuma macam ini, aku tetap boleh buat duit dengan blog. Malah, dari blog-blog sebegitu aku berjaya dapat seringgit pertama dari blog aku, tapi kini, aku lebih kepada blog berbayar kerana aku tahu potensinya lebih besar dan meluas berbanding blog percuma. Aku tahu, blog percuma juga ada potensi yang sama cuma mungkin pada masa itu, blog-bog dari blogspot mempunyai banyak kekangan dan menghalang aku untuk dapat duit dari blog aku dengan lebih banyak, jadi aku paksa diri aku beli domain dan hosting dan mencuba dunia yang lebih baru. Ternyata, apa yang korang lihat hari ini, apa yang berlaku pada diri aku hari ini, itulah yang aku dapat, itulah yang aku hadapi. Ianya lebih mudah dan mempunyai hasil yang lebih lumayan.

Jadi, mitos susah untuk buat duit dengan blog berbayar aku terhapus sama sekali dan aku tidak katakan bahawa blog-bog dari hosting percuma tidak mendatangkan hasil. Aku tahu banyak yang lebih berjaya dengan blog sebegitu, cuma aku lebih suka dengan cara aku sekarang, income aku walaupun tidak ratus atau puluh ribu, sekurang-kurangnya dapat bagi aku buat banyak benda yang tak pernah aku dapat lakukan. Aku bersyukur, ditemukan dengan dunia blog

Dan kewujudan blog ini dan blog-blog lain adalah menyangkal bahawa dunia blog cumalah angan-angan yang tidak boleh dicapai oleh manusia. .

Ps: Mitos itu normal. Tanpa mitos, manusia takkan mampu hidup tanpa angan-angan atau impian.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Yap, aku rasa korang mesti tahu tentang Adf.ly. Salah satu website yang menyediakan servis untuk memendekkan link atau URL website/blog korang. Aku juga salah seorang pengguna Adf.ly. Malah, aku juga menyertai program publisher dan menjadi salah seorang advertiser dalam Adf.ly. Sekali-sekala, kalau ada duit lebih dalam akaun paypal, aku akan gunakan Adf.ly untuk test beberapa blog baru aku untuk dipromosikan.

Sebagai publisher Adf.ly, aku rasa memang aku ni agak malang. Memang aku antara 500 yang terawal menyertai program ini. Tetapi cukup susah untuk aku mendapat bayaran pertama dari program ini. Tapi setelah berhempas-pulas, aku akhirnya berjaya mencapai nilai minimum iaitu 20usd untuk program ini. Ianya tidak mudah sebab sejak mereka buat undang-undang tubuh yang baru, akaun baru cuma perlu capai 5usd untuk minimum payout. Tapi aku sebagai akaun lama, perlu capai 20usd. Tak adil namanya tu. Tapi nak buat macam mana, aku kena terima sebab itulah hakikatnya. Aku bangkang pun, diorang wat sardin aje. Takpe, takpe. Aku usaha gak dan akhirnya aku akan terima komisen pertama dari Adf.ly pada bulan Februari nanti. Tahniah untuk diri aku.

adflypayment Setahun lebih bersama dengan Adf.ly


Apa plak kisahnya dengan akaun advertiser aku? Aku ada dua akaun. Satu akaun untuk publisher dan satu akaun untuk advertiser. Aku tanya diorang, diorang kata aku kena buat dua akaun. Jadi, aku pun buatlah. Setakat ni, banyak kali gak aku gunakan perkhidmatan diorang. So far, memang dapat trafik dan aku suka servis diorang. Kalau korang nak cuba, boleh cuba jugak. Itupun kalau berminat.

Tentang bukti bayaran, aku tak perlu risau. Ramai yang dah dapat bayaran dari program ini. Kita boleh lihat diforum mereka dan aku nampak ada yang dapat beratus-ratus dollar. Ramai jugaklah yang dapat. Dengki pun ada bila aku tengok diorang share diorang punya income..

Kalau nak join. Gi Sini >> Adf.ly

APapun, bagi aku, kalau nak buat duit dalam apa-apa program atau apa-apa cara sekalipun, usaha itu penting. Aku dah penat cakap bab usaha ni. Tapi ada ramai yang pandang rendah dalam soal usaha. Semua nak mudah, semua nak senang. Semua ingat duit leh masuk terus ke akaun bank diorang tanpa usaha. Biarlah, aku malas dah nak layan orang macam tu. Tak ada kerja mudah didunia ini. Itu pasti. Itu hakikat.

Ps: Lapar nasi lemak..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


OK. Ini bayaran terkini dari program Paid-to-Promote.net. Ini merupakan bayaran yang ke 9 dari program ini dan terima kasih kepada pihak PTP kerana masih gagah dan kacak membayar blogger-blogger seperti aku yang berjaya membuat duit dengan program Paid-to-Promote ini. Walaupun tidaklah banyak mana, tapi sekurang-kurangnya, aku berjaya membuktikan yang aku masih boleh buat duit dengan program-program sebegini. Tidaklah rasa macam aku buang masa dengan program-program macam ini.

komisenke9daripaidtopromote 300x166 Komisen ke 9 dari Paid to Promote.net


Ya. Memang apa yang aku dapat tidak banyak. Malah, tidak aku ragui yang kita boleh dapat lebih tinggi dari program ini jika kita gandakan usaha kita. Aku cuma buat apa yang patut dalam masa 2 minggu dan aku tinggalkannya. Hasilnya, sudah masuk 4 bulan aku masih maintain dapat income dari program ini. Kalau aku gandakan lagi usaha promosi aku, aku rasa aku boleh dapat lagi banyak pada masa yang akan datang.

Ada banyak peluang diinternet ini. Cuma tinggal pilih dan usahakan aje. Jangan tunggu dan lihat. Lihat kawan-kawan anda dapat income yang hebat-hebat, tapi anda masih ditakuk yang lama. Usaha ini bukan usaha satu hari. Kita kena terus usaha dan usaha. Jika kita berhenti, tidak mustahil kita tak dapat apa-apa. Kat dunia ni, tak ada benda yang percuma. Tak mustahil juga satu hari nanti, kita perlu membayar untuk dapatkan oksigen. Siapa tahu bukan?

Berminat dengan program PTP ini? Pergi sini >> Paid-to-Promote.net

Ps: Emm..baru berjaya download 9 episode cerita drama korea Fugitive - Plan B. Nampak macam berat semacam aje. 700 MB bagi setiap episode. Tapi kualiti gambar punya pasal. Aku tak kesah..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011