Sejak 2-3 tahun ini, aku lihat perkembangan buat duit melalui blog sudah menjadi trend blogger-blogger yang baru berjinak-jinak dengan blog. Tidak aku nafikan, setiap blogger pasti mempunyai niat untuk buat duit melalui blog-blog mereka. Pasti mereka akan mencari cara untuk buat duit melalui blog mereka. Memang jarang untuk aku lihat blog-blog mereka tidak terhias dengan iklan dari beberapa syarikat pengiklanan gergasi dan tempatan.
Malah, kini trend di Malaysia, program Nuffnang telah menjadi ukuran bagi blogger-blogger Malaysia. Paling tidak dari 10 orang blogger yang baru menulis blog, 8 orang akan berminat untuk mencuba program Nuffnang. Itupun setelah mengetahui tentang kewujudan tentang Nuffnang disamping sudah melihat kejayaan ramai blogger yang mendapat cek dari Nuffnang setiap bulan. Dari situ, sudah ramai blogger mula berjinak-jinak dengan Nuffnang dan cuba buat duit dengan Nuffnang.

Masalahnya, masih ramai yang kurang berjaya dengan Nuffnang. Selama aku mencuba Nuffnang, sudah 9 kali cek Nuffnang yang aku terima. Tapi ada dikalangan blogger yang masih gagal untuk dapat satu cek. Jika ada pun, cuma sekali, lepas itu, cek kedua tak pernah muncul disebabkan gagal untuk mencapai nilai minimum yang diperlukan. Di sini, apa yang korang kurang adalah senjata yang hebat dan sesuai untuk berjaya dalam Nuffnang.
Disini ada satu video yang menceritakan tentang 6 senjata utama Nuffnang yang mampu membantu korang mendapat cek dari Nuffnang setiap bulan. Paling teruk pun, 2 bulan. Itupun jika korang betul-betul melaksanakan kesemua 6 senjata utama Nuffnang itu dengan sebaik-baiknya. Memang bila aku dengar dan lihat video tersebut, aku mengakui bahawa 6 senjata yang diberitahu itu benar-benar pernah aku lakukan. Cuma mungkin aku tidak asah skill aku dengan lebih baik sedangkan aku memang sudah memiliki 6 senjata itu. Senang cerita, aku tidak gunakan 6 senjata utama itu dengan maksimum. Aku yakin, jika aku lakukannya dengan maksimum, aku boleh kumpul RM100 setiap bulan dari Nuffnang. Itu yang paling minimum. Aku yakin aku boleh dapat lebih jika aku betul-betul gunakan 6 senjata utama ini dengan lebih berkesan. Insya-Allah, aku boleh lakukan.
Jadi, korang pun boleh cuba untuk mengetahui tentang 6 Senjata Utama Nuffnang. Anda cuma perlu tonton video tersebut dan ketahui sendiri 6 senjata itu. Untuk pengetahuan korang, 6 senjata utama itu sebenarnya sudah ada dalam diri kita. Cuma mungkin kita tak sedar, atau mungkin kita pernah gunakan senjata itu, tetapi tidak ke arah yang lebih berkesan. Nasihat aku, cuba dulu tonton dan lihat apakan potensi 6 senjata utama itu dan gambarkan dalam fikiran korang, berapa korang boleh capai dari Nuffnang. Jika korang fikir korang boleh dapat RM300 sebulan dengan Nuffnang, aku percaya, korang mampu capai RM300 sebulan dengan Nuffnang. Syaratnya, gunakan 6 senjata itu dengan lebih baik dan lebih berkesan.
Apapun, dapatkan 6 senjata utama yang telah korang lupa itu disini >> 6 Senjata Utama Nuffnang
Ps: Benar, aku yakin ramai yang telah lupa akan 6 senjata utama Nuffnang ni. Aku tak tipu. Tonton dan fahami. Insya-Allah, korang akan dapat income yang lebih lumayan dengan Nuffnang. Fokus itu penting. Teknik itu penting. Usaha itu penting. Tapi tanpa senjata yang sesuai dengan diri kita, kita takkan dapat apa yang kita mahukan.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















Amim Erkk.ko dah tau ke tekniknya??? Hehe..hebat. hebat.
aina natasha. Haa..kena gi tonton video tu dulu aa..
Afiffudin. Bukan Kasimo dan TItan adalah orang yang berbeza. Yang sama, kami lelaki. Hahaha.. apa yang top 1 tu??
Saya sebenarnya tak menyangka,
Rupa-rupanya saudara Amirul pun
nuffnanger juga. Diam diam ubi berisi.
Saya memang kenal dengan dia nih,
tetapi kenal sebagai IM, bukannya blogger.
zik. Haa, inilah masanya nak praktikkan.
merahkatak. Memang menarik. Menolak pun ada..
suri. Takde bunuh-bunuh orang. Senjata ni, kalau guna untuk benda baik, baikla jadinya..
Ronaldmohoni. Hehe..banyak IM ni adalah blogger. Tapi tak semua blogger adalah IM.
rina. Hehe..takyah amik tahu..