Dalam beberapa minggu ni, aku lihat sudah banyak iklan dari Innity diblog-blog kepunyaan blogger-blogger Malaysia yang kurang dipaparkan. Aku rasa memang tak banyak iklan yang ada di Innity sekarang. Mungkin Innity ada sebab tersendiri. Malah, aku lihat ramai yang mengadu yang income Innity mereka sudah jatuh teruk sejak beberapa bulan kebelakangan ni. Aku juga rasa ramai yang mungkin ada tawar hati dengan Innity dan tak mustahil juga yang mungkin sudah menggantikan iklan Innity dengan iklan dari company lain. Betul tak?

Apakah sebab-sebabnya? Aku rasa cuma satu aje. Belum ada lagi advertiser dari syarikat besar yang lain. Mungkin kerana Innity ada perancangan yang lebih? Mungkin juga ada strategi dan plan dalam 2-3 bulan lagi. Mungkin juga kerana keadaan gawat sampai ramai orang kena buang kerja dan tak dapat cari kerja dalam kebelakangan ni. AKu lihat ramai kawan aku yang dulunya kerja kontrak samada under kerajaan atau swasta diberhentikan kerja kerana untuk menjimatkan kos. Betul atau tidak, tepuk dada dan tanya selera. Itulah krisis yang sedang berlaku dan aku yakin kita mesti cari jalan penyelesaiannya sebelum kita sendiri yang sengsara.

Bukan itu sahaja, aku juga sudah lihat keghairahan untuk mencari duit dengan blog tidak meriah seperti awal tahun 2010. Masuk awal 2011 ini, aku tidak nampak ramai yang berjaya dengan cemerlang dengan apa yang mereka buat. Tapi aku juga nampak ramai blogger baru muncul dan berjaya naik dengan baik. Tak perlu aku sebutkan nama, tapi cukuplah aku gembira melihatkan perkembangan ini. Yang ketara, blog sudah diterima sebagai medium yang baik untuk banyak perkara. Tak kiralah untuk buat duit atau menaikkan kredibiliti sesebuah syarikat atau individu, ianya tetap menjadi satu cara untuk memajukan diri ke level yang lebih tinggi.

Satu yang ingin aku pesan, jika tidak ada income dari blog anda dari satu-satu program. Sila jangan putus asa dan menyalahkan orang lain. Cuba bertindak dan buat sesuatu. Fikirkan cara untuk mencari pendapatan dari sumber yang lain. Ada banyak cara untuk buat duit dari blog. Anda hanya perlu cari, kaji, belajar dan ambil tindakan. Jangan mudah putus asa dan jangan mudah menyalahkan orang lain. Berusaha kerana usaha itu tangga kejayaan. Jika kita putus asa dan hilang semangat, tidak ada satu perkara baik pun yang akan dalam hidup kita.

Ps: Ntah berapa income Innity aku bulan lepas dan bulan ni. Aku dah lama tak login akaun Innity aku tu..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 8 comments. Apa plak komen korang?
Kujie - 13 Jan 11 at 15:40:21
ini trend biasa setiap tahun - awak tahun memang semua pengiklan tak ghairah sangat untuk beriklan

ini kerana bajet - kebanyakkan pengiklan dah berhabis habisan untuk promosi hujung tahun, krismas dan awal tahun

ikut pengalaman - kebiasaaan suku tahun pertama ( ayat pinjam ) pengiklan tak semeriah akhir tahun.

tak bercadang nak tukar - kekurangan belum kritkal , tak sampai 50%
megat - 14 Jan 11 at 01:48:10
setuju dengan kak jie, awal tahun sememangnya berlaku seperti tersebut.
Amim - 14 Jan 11 at 03:08:11
belum lagi try innity nie … tringin gak nk cuba
Ronaldmohoni - 14 Jan 11 at 17:03:10
Setakat ini belum join innity.
Part yang membuatkan diri ini terharu ialah jangan mudah berputus asa. Thanks dengan nasihat.
akazuma - 14 Jan 11 at 23:31:39
Takpe. nanti dia ada balik la tu.
Fazreen - 17 Jan 11 at 16:14:47
Aku sendiri pun dah bosan dgn misi mencari duit di internet. Tak seghairah dulu. Banyak blog nihe aku dibiarkan expired. Aku skg ;ebih berminat dengan start up business dan web design. Betul la cakap otai, lagi lama kita kat dlm internet ni kita akan dapat cari hala tuju kita dan kenal pasti apa yang kita nak sebenarnya. Sesuatu yang boleh beri kepuasan pada diri sendiri.
titan - 20 Jan 11 at 05:47:43
Kujie. Yap. Tahu tentang bab tu. Cuma memang terlalu ketara. Sampai 4-6 campaign aje yang run. Yang keluar, kekadang satu-dua iklan ajer..

megat. Yap, mungkin itulah faktornya. Tunggu dan lihat la jawabnya.

Amim. Cuba aje. :)

Ronaldmohoni. Yap. Kena tak mudah putus asa. Kalau putus asa..usaha lagi dan lagi.

akazuma. Yap. Aku percaya.

Fazreen. Yap. Itu yang sepatutnya berlaku.
ainun - 29 Aug 11 at 13:04:53
masih blom dapat merasa innity ni



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011