Hari ini merupakan hari pertama dalam tahun ini, 2011. Aku rasa memang ada perbezaannya. Hari ini aje aku dah hampir tidur separuh hari. Tapi bukan pada waktu malam, waktu siang. Satu hobi yang patut diketengahkan atau masuk mesyuarat. Ditentukan samada perlu meneruskan hobi ini atau tidak. Huh..

Alhamdulillah, masuk aje 1 Januari 2011. Aku terima beberapa bayaran dari program-program luar yang aku sertai. Tak sia-sia rupanya bila aku sertai program-program tersebut. Teringat aku 5-6 tahun lepas bila aku mula-mula menyertai program tersebut dan juga aktif diforum-forum luar seperti Thegreennation, Hyipstalk, Talkgold, DP dan sebagainya. Setiap hari, mesti posting sana sini kerana ketika itu aktif dengan program paid to post. Setiap post yang kita buat diforum akan diterima bayaran. Teringat aku dengan mereka-mereka yang selalu bersaing dengan aku dalam forum-forum tersebut. Memang best kerana income waktu itu sangat lumayan. Aku boleh dapat dekat 100-200 dollar hampir setiap hari. Itupun kalau aku rajin. Kalau aku malas, setakat 10-20 dollar ajelah sehari. Dan duit tu aku gunakan untuk tampung belanja ketika aku masih di UMS. Mana tidaknya, belanja makan, rumah sewa dan transport memang tak ada. Duit PTPTN aku hanya cukup-cukup untuk bayar yuran sahaja. Jadi, bila kerja online dulu, adalah juga nampak hasilnya. Alhamdulillah, kini aku dah lebih baik berbanding dulu. Dunia internet marketing dan blogging menjadi lebih meriah dan meluas sekarang. Kini, aku boleh lihat ramai blogger dan IM dari Malaysia. Kalau dulu, berapa kerat ajelah..

Tahun ini mungkin juga tahun untuk aku all out. Buat sehabis baik sebab ada banyak benda yang perlu aku tanggung dan jaga. Dah bukan tahun main-main dan aku kena serius. Domain-domain yang tak memberikan profit pada tahun lepas, semuanya akan tidak aku renew melainkan ada nilai-nilai yang mampu memberikan aku profit pada masa akan datang. Sudah dekat 5 domain yang aku let go dalam masa beberapa hari lepas. Terpaksa. Aku sayang gak, tapi kalau tak ada hasil susah gak kan? Lagipun, dah lama aku tak update dan aku rasa macam susah sikit nak naikkan balik blog tu. Nak letak kat TNX, itu sajalah penyelesaian terakhir.

Oklah, wish tahun baru? Sama aje macam tahun lepas. Cuma kena ubahsuai sikit untuk lebih sesuai dan relevan untuk tahun ini. Tak perlu nak wish-wish baru. Pakai aje tahun-tahun lepas punya. Sama aje. Bukannya berbeza pun. Ini tidak, tiap-tiap tahun baru nak pasang azam dan niat baru. Aduhh..aku dah renew sejak 1 muharram lagi. Malas nak tunggu 1 Januari, lambat sangat..

Apapun, untuk memaniskan bicara dan memulakan langkah tahun 2011, aku tetap nak ucapkan selamat tahun baru bapda korang semua. Semoga setiap apa yang aku tulis dalam blog ini akan memberikan manfaat pada korang semua. Aminn..

Ps: Artikel ni lambat keluar pada waktu yang sepatutnya. Aku dah set masanya. Tapi terkandas..entah mana silapnya. Ahhh, biarlah..


Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 7 comments. Apa plak komen korang?
Pakar Clickbank - 03 Jan 11 at 01:09:08
titan sama-sama kita usaha dalam dunia IM ..saya dah dalam dunia online selama dua tahun lebih ,sekarang tiap bulan ada dapat income dalam dunia malaysia RM3000-4000
megat - 03 Jan 11 at 01:51:57
selamat tahun baru bro! mudah2an rezeki pada tahun ini semakin melimpah ruah.

p/s - aku juga harus memulakan sesuatu yang baru ;)
Amim - 03 Jan 11 at 03:18:09
selamat tahun bru ..
start tahun ni , saye pun nak try habis - habisan untuk blogging … nk try .. huhuu
rina - 03 Jan 11 at 11:33:20
hehe..

selamat tahun baru. saya pun nak usaha lebih sikit untuk tahun ni.
debtrunner - 04 Jan 11 at 11:27:40
harap tak terlambat. Selamat tahun baru!
Barang-Baik - 05 Jan 11 at 04:17:19
baguslaa titan, dulu time ak belaja takpenah pun ade idea nak carik duit tepi, mungkin sbb duit ptptn ade lebih.. yelahkan yuran itm nie murah..
ainun - 29 Aug 11 at 13:13:16
selamat tahun baru…walaupun sy komen ni berapa hb ya…hehe



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011