Archive for January 2011


Dalam 2-3 hari ini, sibuk sana sini dengan krisis dan kehangatan isu yang berlaku ke atas pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Ramai pelajar kita yang dianggarkan lebih 11 ribu itu cuba untuk pulang ke Malaysia akibat huru-hara yang berlaku disana. Dikatakan sampai rumah-rumah bagi pelajar Malaysia dijadikan sasaran oleh pihak-pihak tertentu. Dan usaha ke arah untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia sedang giat dijalankan dan aku tak pasti adakah dua orang kuat Malaysia iaitu Dato Najib dan Dato Muhyiddin Yasin akan berbuat sesuatu tentang perkara itu. Aku harap, mereka telah berbuat sesuatu dan menyelamatkan pelajar-pelajar Malayia. Dengarnya sampai balai polis kena hentam sampai polis pun susah nak kawal keadaan. Malah, lapangan terbang pun turut dibakar dan keadaan kelam-kabut sehingga saat ini. Oleh itu, aku harap tak ada apa-apa yang tidak dingini berlaku pada mereka.

Semalam, Lin Dan mengalahkan Chong Wei dalam terbuka Korea. Memang tak ada rezeki Chong Wei dan aku boleh lihat Lin Dan sangat bersungguh-sungguh mengalahkan Chong Wei. Tidak seperti ketika dia bermain dengan pemain-pemain badminton lain yang nampak lauk baginya. Asal jumpa Chong Wei, barulah nak main sungguh-sungguh. Semalam, memang aku nampak baik Chong Wei atau Lin Dan, boleh menang. Dua-dua boleh menang. Set pertama, nampak memang fair, mata pun tak jauh sangat dan Lin Dan menang. Masuk set kedua, Chong Wei main steady aje, cuma Lin Dan nampak sangat nak cepat menang dan akibatnya banyak kesilapan mudah berlaku dan Chong Wei mengambil kesempatan dan menang pada set kedua. Set ketiga, nampak sangat Lin Dan bermain bagai naga yang sudah terluka, mengaum dan mengganas. Sampai naga Malaysia tewas dengan naga China akhirnya..

Dalam piala Sumbangsih pula, Kelantan jadi johan. Menang 2-0 ke atas Selangor. Tak dapat nak buat apa. Ada Sapik dan Sapee belum cukup untuk memalukan penjaga gol kebal Kelantan tu. Khairul Fahmi tetap kebal baik diluar negara atau di tanah air sendiri. Jadi, tahniah kepada Kelantan.

Jepun memenangi Piala Asia mengalahkan Australia walaupun aku lihat pemain tengah dan striker Australia memang gila menyerang. Jepun nampak menganas pada minit-minit akhir dan aku tahu itulah style permainan Jepun. Suka tunggu minit-minit terakhir, barulah dapat gol. Sejak dari Piala Dunia sampai berjangkit ke Piala Asia. Tak menang minit-minit terakhir, menang masa penalti. Entahlah, mungkin itu taktik diorang dari dulu sampai sekarang. Nampak memang mudah taktik tu, tapi mereka berjaya dengan cara semudah itu.

Emm..hari ini aku penat. Jadi, mahu tidur awal..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini, kalau kalau korang ada akaun Youthays, korang akan didirectkan ke website baru diorang iaitu Says.my. Pendek cerita itu website baru bagi YOuthsays.com dan itulah juga jenama baru bagi mereka. Pendek dan agak mudah diingat. Mungkin mereka ada sebab tersendiri setelah membuat perubahan sebegini. Bagi aku takde salahnya selagi ianya tidak menyukarkan hidup aku dan blogger-blogger lain. Malah, kali ini, lebih mudah untuk dilogin. Cuma gunakan akaun facebook sahaja. Says.my juga tidak ketinggalan menggunakan facebook untuk login akaun mereka. Mungkin ada yang tak berapa suka, tapi bagi orang macam aku, ianya sangat memudahkan kerja kerana banyak website dan aplikasi yang menggunakan akaun facebook untuk login. Jadi, ianya jimat masa dan tak perlu nak ingat banyak email atau password ketika login nanti.

Ok. Disini, ada 5 kempen terbaru dari Says.my. Pendek cerita, setiap klik yang korang dapat tu akan memberikan korang RM0.20. Doploh sen tu, kira banyak gak. Kalau sehari dapat 10 klik, dah 2 ringgit. Sapa nak bagi? Bagi sesetengah blogger, nilai tu dah cukup banyak dan mampu beri pulangan yang lumayan. Kalau sehari 2 ringgit, 30 hari dan 60 ringgit. Leh beli macam-macam benda dengan duit banyak tu. HOho..

Kempen 1 - Kempen dari Hotlink. Kempen ni membocorkan rahsia camana korang boleh dapat RM20 percuma dari hot tiket hotlink tu. Kiranya, ada triknyalah. Tapi takdelah susah sangat nak buat trik tu. Kalau korang nak tahu, leh la cuba gi website tu dan belajar trik tu. Mudah aje.

Kempen 2 - Kempen dari Petronas. Macam biasa, setiap kali nak tahun baru Cina, mesti Petronas akan keluar drama sebabak yang berkaitan dengan orang Cina. Jadi, layankan aje. Aku rasa masih ramai lagi yang tak tonton drama tu. Gi cepat tengok.

Kempen 3 - Ini kempen dari Maybank. Dia ada buat contest pasal Maybankcard dan hadiahnya dari Apple punya produk macam Macbook, Iphone, Ipad dan sebagainya. Kalau korang rasa korang terer, leh cuba. Kalau tak terer, jangan cuba.

Kempen 4 - Ini pun satu lagi kempen dari Maybank. Tapi dia promosi baik punya untuk kredit kad Maybank. Kalau korang rasa kredit kad lain tu macam tak best, leh la cuba Maybank punya kad kredit. Offer dia macam menarik dan aku rasa macam nak angkat satu. Korang tak nak angkat satu?

Kempen 5 - Ini kempen dari Milo. Salah satu minuman kegemaran jiran aku. Asal pergi kedai, mesti minta milo. Benda lain dia tak nak. Ini pun salah satu contest yang Milo buat. Milo cukup suka buat contest sepanjang tahun. Kalau korang tak pernah pegang playstation 3, iPhone dan iPad, leh la cuba. Mana tahu, ada peluang nak pegang benda-benda panas macam tu. Hoho!!

Ok. Cukup. Kalau korang rasa nak pergi join salah satu contest dan berminat dengan kempen yang Says.my kongsikan, leh pegi melawat. Aku tak paksa. Dan memang aku akan dapat sikit keuntungan kalau korang klik iklan-iklan tu. Hoho..

Ps: Aku cukup malas 2-3 hari ini. Tak tahu kenapa.. icon sad 5 Kempen Terbaru dari Youthsays

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Dalam 2-3 hari ini, memang aku agak slow sikit. Banyak berehat dan tinggalkan sikit kerja online. Ada beberapa kerja yang perlu diuruskan. Kerja offline plak ada yang perlu dibincangkan dengan lebih lanjut. Kiranya, banyak gak benda yang hendak dibuat dan perlu dirancang. Takut apa yang dirancang tak menjadi dan akhirnya, kena buat post-moterm lagi dan lagi. Aku malas buat kerja banyak kali. Sebab tu, aku akan rancang dan rancang sampai aku rasa aku boleh lakukan tugas tu dengan baik tanpa perlu buat banyak kali.

komisenke12bursttraffic 300x141 Komisen ke 12 dari BurstTraffic.net


Ok, ini bayaran komisen ke 12 dari BurstTraffic. Lambat nak update kat blog ini, jadi aku updatelah hari ini. Memang income Bursttraffic tidak sekencang income Tnx dan beberapa program yang lain. Tapi ini antara program ujikaji baru yang aku lakukan pada tahun lepas, 2010. Tahun ini, baru dalam 5-6 program luar yang aku masukkan dalam senarai ujikaji aku dan aku harap tahun ini program-program yang aku ujikaji dalam 1-2 tahun lepas akan membuahkan hasil. Ya, aku buat ujikaji bukan untuk sehari dua atau sebulan dua. Memang kadang-kadang akan ambil masa setahun dua tahun. Memang ada orang kata aku bodoh buat benda macam ni. Tapi aku tak kesah. Dah banyak kali aku dengar baik dari depan atau dari belakang yang mengutuk aku atau kata aku ni bodoh dan bangang. Tapi selagi aku tak kacau korang, selagi aku tak kacau mak bapak atau anak dara atau awek pakwe korang, itu dah cukup. Nak kata aku bodoh pun tak apa. Tapi jangan tiba-tiba sentuh pasal mak abah atau famili aku. Silap sikit, ada yang kena terajang nanti. Dah banyak kes aku terajang anak orang bila tiba-tiba menyumpah seranah keluarga aku atau kawan-kawan aku tak tentu pasal tanpa bukti. Hujung cerita, diorang mintak maaf. Mak bapak mintak maaf. Bila sampai tahap macam ni, baru nak minta maaf. Malu la sikit. Mak abah ko yang minta maaf. Cuba ubah sikit perangai tu. Jangan jadi derhaka sangat.  Aku sendiri tak faham perangai orang kita. Suka cari pasal, suka mengutuk, suka kata orang lain bodoh, padahal, dia sendiri tak tahu apa yang dia cakap. Main sedap mulut bicara tanpa bukti atau pendapat yang bagus dan bernas. Kalau betul, aku tak kesah. Ini tak betul. Memang cari pasal punya. Jangan ingat aku senyap aje, aku malas nak buat apa-apa. Bila aku dah hangin, tahu pula merayu-nangis nak minta maaf. Bila buat onar dulu, tak fikir plak pasal maruah dan malu keluarga. (Hemm, aku hangin sikit hari ini. Jangan tanya kenapa..)

Berbalik pada program BurstTraffic ni, memang tak ada perkembangan menarik. Tetap tak boleh daftar lagi dan pada yang berharap program ini akan dibuka semula, bawa bersabar ajelah. Cuba program-program lain yang mungkin boleh bantu korang dapat income tambahan. Banyak lagi program yang lebih lumayan dan boleh bagi big return untuk blog-blog korang.

Ps: Hari ini ada mood sikit nak menulis. Setelah lama berdiam diri..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Semalam baru aje dapat bayaran terbaru dari program Tnx. Ini merupakan bayaran yang ke 66 dan aku harap aku akan dapat terus bayaran setiap bulan dari program Tnx. Memang tak banyak yang aku dapat, tapi sekurang-kurangnya setiap bayaran komisen yang aku terima dari Tnx membuatkan aku rasa berbaloi-baloi untuk terus menghabiskan masa aku untuk program sebegini.

komisenke66daritnx Komisen ke 66 dari TNX


Dulu, bila ada orang kata join program Tnx akan membuatkan blog kita akan kehilangan pagerank. Aku tidak nafikan hal itu kerana memang ada blog-blog aku yang hilang pagerank selepas menyertai program ini. Tapi aku dibayar dengan harga yang mahal diatas kehilangan pagerank blog aku. Income Tnx aku meningkat dan pada masa yang sama aku dapat banyak tawaran untuk beriklan diblog-blog Tnx aku. Mungkin sebab kebanyakan blog yang aku gunakan Tnx menggunakan artikel yang aku karang sendiri dan agak unik, jadi ianya menjadi sebab untuk mereka melanggan beberapa keyword atau meletakkan banner syarikat atau program mereka diblog-blog aku. Memang tak berlaku disemua blog-blog aku yang berada di marketplace Tnx, tapi sebahagian besarnya mendapat habuan yang agak lumayan. Sebab itu, aku tidak hairan jika ada orang yang berjaya buat duit dengan Tnx berbanding dengan program-program lain.

Sekarang, bila sebut tentang Tnx. Sudah ramai yang tahu. Dulu, memang tak ramai yang tahu sebab tak nampak potensinya. Memang untuk bermain dengan Tnx ini kita perlu bijak dan kreatif. Kena pandai tackle advertiser untuk beriklan ke blog kita. Advertiser dulu tak sama macam dengan advertiser hari ini. Advertiser hari ni sangat memilih. Jika dulu, advertiser yang aku dapat sangat ramai dan kadang-kala aku boleh dapat 5-7usd untuk satu hari tapi sekarang, paling tinggi pun cuma leh dapat 3usd sehari. Biasanya antara 1-2usd sehari. Tapi sekurang-kurangnya income aku dengan Tnx agak stabil berbanding tahun-tahun diawal penglibatan aku dengan program Tnx. Aku akui dulu memang best tapi ianya agak kurang stabil. Kini, aku rasa Tnx boleh aku cadangkan untuk semua blogger di Malaysia untuk dicuba. Memang tak banyak, tapi jika kita boleh dapat 10 hingga 50usd dari Tnx setiap bulan, bukankah itu sudah cukup menggembirakan?

Boleh cuba Tnx disini >> Tnx.net

Memang Tnx berbeza dengan TLA, Inlinks, Backlinks, Teliad, Intelilinks dan yang lain-lain. Memang ada yang bayar lagi mahal. Tapi aku tetap lebih suka Tnx berbanding yang lain. Sebab ianya lebih istimewa.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011